Saturday, February 25, 2012

siapa kahwin dulu?

assalamualaikum wbt
.
panasnya, sekarang ni cam dah jadi topik hangat isu kahwin awal terutamanya kat fb, tak terkecuali sahabat2 russa. cam lucu plak tengok diorang share2 pasal kahwin awal ni kat group, then tak pasal tag nama orang lain, siap ada offer nak jadi orang tgh, suruh approach parents, dah tak macam gurauan, cam serius pun ada, hahaha :D
.
topik ni actually depends on individu lah kan, lain orang lain pendapat and kemahuan. tapi terus terang itu bukan pilihan sya, wlaupun bru2 ni hati terusik jugak bila dgr ceramah pasal nikah gantung (khitbah) bru2 ni, *hehe dah menggatal nampak* tapi inshaAllah pendirian lama masih dipegang. hehe byk alasan sya tapi yg paling utama adlh sebab sya nak mengembara, *inshaAllah* sebab itu adlh cara para nabi dan rasul, para sahabat dan para ilmuwan islam amalkan. malah Allah sendiri menyarankn kita mengembara,
.
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]
.
ok fullstop cakap pasal diri sendiri, bukan orang nak tau pun, haha, tujuan sya tulis ni pun bukan saja2, sebab dalam perbualan mereka tu cam ada sumthing je nak cakap, tapi kalau cakap kat situ cam tetiba menyelit tak pasal2 plak, so cakap kat sini je hehe,
ayat "..approach la parents dye dulu.."
and popular kan ayat tu esp "dont approach her, approach her wali". hurm yg ni depends on individu kot, means nak tackle anak kena tackle mak bapak dulu,, tapi camne kalau mak bapak gadis dah suka tapi anak dia tak suka sebab dah ada janji dgn org len, tak ke jadi sia2 and lagi menyakitkan sbb dia dah letak harapan yg tinggi tapi tk dpt. lagipun kita ni masih muda untuk benda2 ni. oh ya tapi bukan tu yg nak cakap, apa yg sya nak cakap, sebelum approach 'si gadis' atau 'si pemilik gadis' tersebut, approach lah Si Pemilik hati gadis dan pemilik gadis tersebut yakni Allah. so instead of ayat tu, guna la ayat "..approach la Allah dulu.." yang bermaksud ISTHIKARAH. 
.
ayat "takde maknenya. duit pon mintak dari mak, ada hati nk kawin"
btw bukan kita dapat duit dari tajaan ke,, kalau senior2 dpt kawin guna duit tajaan tu means kita pun mampu la nanti, haha. taaappiiii, in case lah kan, in case nak kahwin tapi takde duit, juz carry on. sebab Allah dah janji sape2 yang nak kahwin Dia akan murahkan rezeki. ni janji Allah tau~ so no worries..
“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nuur 32)
.
btw selain kahwin awal ada satu cara lagi, yakni BERSABAR. juz bersabar untuk beberapa tahun je. patience is trusting Allah's plans and timing, so inshaAllah berkat kesabaran kita selama 7 tahun study ni nanti hasilnya darjat kita dah naik ke kedudukan yang sangat tinggi. bak kata ibnu Qayyim al-jauziyyah:
"kalau kita mencintai seseorang lalu kita bersabar dan menjaga kemaluan, pasti besar ganjaran atas kesabaran itu." -ibnu Qayyim al-Jauziyyah-
so kini yang menjadi persoalannya, antara kami sape akan kahwin dulu? hehehe.
.
berkahwin jgn kerana terikut2 tapi tanya diri dulu, dah bersedia ke? gatov?

Sunday, February 19, 2012

hadiah kawan. :p

assalamualaikum wbt.

sekarang orang kalau dh rapat sgt mesti guna istilah BESTFRIEND,, tapi cam orangnya bole berubah2 depends on tahap kita, time sekolah lain, tadika lain, kolej lain, *mybe sya je kot huhu*, cam istilah ni tak sume orang bole dapat senang2 camtu je, btw bila terjumpa istilah GOD-GIFTED FRIENDs,, tetiba rasa cam kagum,, entah la sebab istilah ni cam lain dari yang lain,, cam ada sumthing,
.
mybe tak sume bestfren adlh god-gifted fren,, and camtu lah sebaliknya,, tapi rasa2nya keindahan ukhuwah tu terletak pada yang bernama GOD-GIFTED FRIENDs... sebab mereka sahabat yg Allah bagi sbg hadiah,, wah, sweet~ hihi...
.
ya Allah, terima kasih kerana mempertemukan sya dgn dia, dia, dan mereka. hidup ini takkan indah tanpa mereka. :) thanks Allah, segala puji2an hanya milikMu!!
.
ok tu je nak cakap, hehe :p
salam.

sos.

assalamualaikum wbt.
source sini
seketika ini mungkin kita tgh sibuk dgn hal masing2, online, bwat tutorial, atau tgh tabah melawan nafsu kita. seketika ini lah juga sedara2 kita di sana sedang tabah berjihad fisabilillah menuju syahid. terutamanya di syria. ya Allah camne lah kalau kita yang berada di sana. betapa kejamnya kerajaan syria memperlakukan rakyat2nya camtu, dah la majoriti rakyatnya adlah sunni sealiran dgn kita, and betapa luluhnya hati tgk kekejaman diorng, cam lagi teruk dri zionis. tapi rakyat syria sgt hebat, menghadapi tenteara2 bersenjata dengan tangan kosong, sebab diorang dah takde apa selain Allah. yang lebih menyayat hati nya bila 28 kanak2 yg ditangkap sampai sekarang tak lepas2 pasti katanya kuku2 mereka dicabut2, kalau nak tebus kanak2 tu kena serah kan wanita2 untuk jd tmpt melempiakan nafsu babi diorang, punca nya sebab kanak2 tu tulis "rakyat mahu jatuhkan kerajaan" dan secara tak langsung meletus lah kebangkitan rakyat yang setelah sekian lama terpendam.
.
nak menulis panjang memang tak munasabah dgn kerja2 yg ada ni, lagi dah mati akal nak tulis apa kalau nak pun kena perah otak ni yang mungkin amik amsa bape jam ntah. haha. maybe takde apa yang saya mampu bantu mereka, kalau sya ada di sana pun ntah apa yg sya buat ntah, menyorok je kot.
.
tapi takut jgk kalau apa yg berlaku ni ada propaganda2 yahudi laknatullah, btw apa yg mereka buat sekarang ni actually lagi memburukkan keadaan sebab maybe diorng pikir buat kejam2 supaya rakyat takut cam yg berlaku b4 kat syria tapi sbnarnya diorang lagi memarakkan lagi dan menyatukan umat islam seluruh dunia, lagi cam mempercepatkan kebangkitan sistem khilafah di muka bumi ini, inshaAllah. kita hanya mampu berdoa je di sini dan memberi sokongan. semoga kita menyumbang juga kebangkitan khilafah ini, at least dgn doa sebb tu adlh senjata kita.
.
"pertolongan dan kemenangan bukan dari obama atau erdogan, tapi dari mana?"
"dari ALLAH"
(kata2 abdelbaseet saroot, seorang golkeeper pasukan Homs tapi sekarang jadi hero kebangkitan rakyat syira) matlamat mereka hanya satu je, menang atau syahid. inshaAllah satu hari nanti umat islam akan menang, itulah janji Pencipta kita yang tidak memungkiri janji.
.
apa yg berlaku di syria
freesyria tumblr
hello syria tumblr
video sumpah rakyat syria yg diketuai olei baseet
.
tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah. marilah kita berdoa untuk syria dan seluruh umat islam, it juz that simple yet the result inshaAllah worth more than it. semoga Allah membuka hati kita untuk berjuang fisabilillah apabila tiba saatnya nanti, amen~
source: sini
btw, sos stand for 'save our syria'.
salam.

Saturday, February 18, 2012

Russa: Having fun at Genting.

assalamualaikum wbt.
bismillah.

110212
walaupun sya tak sepatutnya update blog dalam keadaan sekarang ni, tapi tarikh ini adalah hari yang genting untuk di ceritakan kerana kami pergi genting, di samping otak masih fresh dgn trip hari tu. seramai 13 orang bdk laki Russa kecuali sorang.
ktm shah alam and kl sentral. sdg bersemangat.

Rapid KL--KTM shah alam ke KL sentral--tren rapid ke Gombak--naik bas--Cable Car ke Genting.
refill tenaga dulu.
naik tren rapid ke gombak.
fyi, perjalanan mengambil masa 5 jam, bertolak 0730H sampai theme park 1230H. agak lama la jugak perjalanan, so perjalanan lama gambar pun banyak diambil, haha, btw lama bukan sebab pe tapi sebab menunggu and makan. kalau tak maybe dalam 3 jam je dah sampai kot, wallahualam hehe.

di tren gombak tunggu bas. bergabung dgn muiin! haha
kat dalam cable car, sorang terkantoi gayat di situ, haha.

dlm ketreta kebal.

atas tu posing arnab :p tgh2 tu apple hijau dedicate utk ttut.
dah sampai theme park, mula2 makan dulu kat satu restoran bajet murah bawah tanah. then baru lah beli tiket untuk masuk and keluar. mula2 tengok peta, *takut sesat kat dalam tu* then decide nak pergi mana dulu. memandangkan perut penuh dengan makanan tak pasal2 muntah atas roller coaster jadi kami cadang naik go-kart dulu. main go-kart 10min je tapi tunggu 1jam40minit. lama kan, huhu, tapi berbaloi la jugak men go-kart tu.
where to start?

go-kart sama2.
then kami try space shotter pula. time ni kitorang naik sama2. then sape jerit dia pondan. hahaha. so turn kami sunyi sepi je space shotter tu. krik krik. haha. roller coaster tutup. so kami gerak ke pirate ship. kat sini divide kpd dua, dua2 duduk hujung ship. time naik and turun sama2 and balas2 jerit "uuuuuuuu" "aaaaaaa" hahaha, memang kami je la yang bising kat situ, cam budak2 plak, aii camni ke plajar oversea, haha.. meriah la kat situ.. then jalan2 jumpa badut, k badut tu bosan. sori. tp sempat amik gamba. haha.
space shotter and pirate ship.


then gerak pula ke bumper boat. kat sini tak sume main, faham2 la bot tu kecik je guna pelanmpung, yang dah ada 'pelampung semula jadi' tu hanya mampu menonton je, hehe, sori kalau terasa :p eta shutka. kat sini pun akak yg jaga tu pun rimas dgn kitornag sbb bising, tapi yang peliknya rimas2 pun dia layan~ haha. mesti bosan kan kerja camtu, buat benda yang sama je tiap2 hari. hehe.
bump-bump guna bumper boat.
lepas tu kami try spider coaster pula. ingat kan kena bayar rupa2nya free saja *jimat duit*. and ride ni sangat best sampai naik dua kali, haha, rasanya kalau naik kali ke3 dah takde perasaan dah, haha. habis je saya and adib tolong shamin buat projek, projek yang korang tak perlu tahu, tak masuk exam pun. :p then dah petang kami try spinner yg kerusi gantung kat cendawan pusing2 tu. aaa yg ni naik sampai 3 kali, nasib bek kesuntukan masa kalau tak rasanya sampai malam pun takkan stop, hehe :D best.
spider coaster.

kerusi yg membuatkan otak berpinar
ok, dah 1845H kami gather dulu kat spinner tu, then ambil gambar *ofcoz* sebelum gerak pulang. pulang 1900H sampai cemara 2210H.
yg atas tu tangan, tepinya kasut, bawah kepala.
btw aktiviti ni nampak cam lagha je sebab guna banyak masa, duit, and gelak "hahaha~". tapi nak tahu tak benda ni secara tak langsung menjadi penguat bond antara kami tak kira warna kulit or agama. *cewah*. sungguh indah kan ukhuwah itu, salah satu cara Allah menunjukkan kecintaanNya pd kita :p lagi kat puncak genting tu, kita dpt nikmati keindahan hutan dan langit, subhanallah~ dan bersyukur sangat kepda Allah sbb trip kami ni berjalan dgn lancar, alhamdulillah~
langit Ilahi~ subhanallah~
itu je. salam. :)
*sori bdk pempuan sbb x ajak, hahaha*

Tuesday, February 14, 2012

Malam dicipta untuk berehat. :)

assalamualaikum wbt.
.
sekarang ni istilah "forever alone" tu cam hina and selalu jadi bahan lawak nak kena kan orang len, haha. tapi bagi sebahagian orang diorang jadikan diri sndiri "forever alone" sebab itu adlh salah stu cara uzlah untuk mendekatkn diri kpd Allah, cuma dalam islam xde istilah "forever" tapi "temporary" je, sbb bnda ni takleh dijadikan amalan hidup, hanya utk sementara. betul la, cuba bayangkn di saat kita bersama kawan2 and solat, mana lagi tenang? mesti la time solat. sebab apa? sebab time tu kita dekat dengan Dia. and camtu jugak kat mana2 pun. then time uzlah kita akan banyak senyap and berfikir dan byk jd observer. so secara tak langsung kita byk belajar dri pemerhatian kita sendiri. bak kata nabi Isa as, "berbahagialah org yg kata2nya adlh zikir, diam nya adlh fikir dan pemerhatiannya adlh pengajaran".percaya lah orang yg hatinya dekat dgn Allah xkan pernah merasakn diriny alone. :)
.
perasan tak, waktu2 awal pagi time gelap sume orang tido, time ni adalah tempoh yang sangat sunyi and tenang, cam time ni kan kalau baca senang masuk, hafal senang ingat, belajar senang faham, *nak tulis blog pun idea banyak, hehe*, and time ni sangat khusyuk utk beribadah.
.
ok, hmmh, utk orang cam sya ni, memang selalu jugak guna waktu2 orang dah tido untuk bwat kerja, hehehe :p yelah, dalam sehari tu sekali je kan waktu camni, and nak harapkan bangun awal pagi tu jangan harap la. cam mustahil je haha so sebab tu lah sya selalu stay up sampai awal pagi , sampai kadang2 tu nak tido pun rasa cam rugi sangat sbb tu certain day sampai tak tido, hahaha, sampai sekarang dah jadi habit and personaliti dah, extraordinary ea? hmmh, cam dunia dah terbalik kalau tak tido malam, cam kelawar, tapi tak lah extraordinary pun, perkara biasa je..hehe..
.
tapi awal pagi semalam, cam biasa saya stay up lagi, jam 0325 camtu entah camne cam takde mood dah nak blaja tapi tak ngantuk lagi, and time tu hati terasa cam kosong sangat, mungkin kesibukan dunia *tak la sibuk sgt* membuatkn kita jauh dariNya, or mungkin hati gelap sebb byk dosa, huhu, *perlu muhasabh ni*, and mungkin juga sbb hati dah letih sangat, bak kata imam ghazali, "berilah kebahagiaan kpd hati walapun sesaat krana kalau hati letih hati akan mati". or mungkin baru2 ni pegi genting so kat sana banyak gelak2, so hati mati, tapi omputeh kata "laughter is the best medicine"? ok, no comment, maybe ya if sekadar untuk hiburan hati tapi kalau berlebihan~~, bak kata Rasulullah saw, " jangan lah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu", riwayat ibnu majah. wallahualam. *banyak plak 'mungkin' nya hehe*
.
time tu saya teringat nasihat seorang sahabat saya, so saya amik wuduk amik al-quran, saya niatkan dalam hati "ya Allah, seketika ini bagi lah saya sepotong ayat supaya saya bole bermuhasabah dan jadi kan ia sebagai pedoman dlm hidup saya" dengan haraspan ayat tu bole mengisi kekosongan hati malam tu...
.
saya buka al-quran tafsir tu,
.
then mata saya tertumpu pada satu ayat, (40:61)
lepas baca terjemahan tu, erk~ ya Allah terasa gler time tu, hahaha, rasa cam kena 'perli' dgn Allah je, hehe, dah la time tu tgh stay up malam pastu dpt plak ayat yg cakap pasal malam, huhu.. seolah2 Allah 'berkata', "pergi tido!" hehe,,
.
mungkin daripada habit saya tu Allah nak saya bermuhasabah ckit, inshaAllah, mungkin itulah punca kenapa sya lambat pick up dlm kelas pastu asyik kena marah je dgn miss 0lga, :/ haha, :p
.
oh ya, di saat ini pun jam pukul 0233, dah bazir masa sbb tulis blog, mmg terbaikkk~haha,, how can la tak tido lagi, tak serik2 lagi ke uba?  tapi takpe tadi dah tido 5jam, haha, so sekarang fresh gler,,, :D
.
ok lah, kerja umah pun dah memanggil2,, sabar jap,, hmmh, xde apa dah,,tu je, :)
salam.

Monday, February 6, 2012

cakap2 sikit.

assalamualaikum wbt. privet.
.
ok kali ni nak menulis tanpa sebab, melagha ckit. hehe. sekarang pun tgh ada kat cemara dah so tak banyak benda boleh buat, berjambu dengan laptop je lah yang boleh. kalau kat rumah mcm2 ckit boleh buat, huhu. tapi life kat hostel cam bebas sgt sebab takde sape nak kongkong, nak bangun lambat bole, taknak mandi bole *busuk!*... tapi even cam bebas pun rasany life kat hostel cam ada disiplin ckit, bangun sendiri basuh baju sendiri makan sendiri sume sendiri,, maybe sebab kat hostel mode independent dah activated kot..haha.. yelah dah besar2 ni yg kita harapkan dari ibu bapa adalh kepercayaan, dulu kita perlukan kasih sayang so kena kongkong pun tak kisah kan, entah la..huhu
.
actually cuti sampai selasa tapi saja balik petang ahad sebab ingat nak belaja ckit, lagipun kata ny ada usrah malam tu tapi tunda plak :/ semangat je nak blaja tp tak blaja2 lagi sampai skrang, sat lagi hehe.. tp ok la balik awal kalau duduk rumah sekarang ni mesti tgh tengok spongebob. eh, spongebob pukul berapa..? entah, lagipun kat sini adib and helmi ada so takde la bosan sangat... budak bawah rumah pun ada jimmy, flixo, alan... tapi semalam kan ada sorang hamba Allah yg tak dikenali tumpang rumah kitorang, namanya firdaus budak samura. jauh datang dari johor. ok xde apa nak cite pasal dia. hehe.
.
hmmmmhhh, jumaat lepas,,,, time kat kelas,, actually bru sya tau camne perasaan kena marah dengan cikgu,, huhu, lagi2 lah klau firsttime or dh lama tk kena,, entah la, faham tak perasaan camne? sampai sekarang tergiang2 kat kepala kot...huhu..ok yg ni dh len, tutup sesi luah perasaan..fullstop.
.
minggu ni semua orang kluar jalan2 jumpa member lama, kalau tak jumpa member lama pun juz kluar for fun je, mula2 ingat nak pergi pesta buku tapi buku yg ada sekarang ni pun tak terbaca lagi so takyah lah.. pagi ni pun kwn2 lama sya ajak men futsal kat kompleks sukan cheras tapi malangny sya dh ada kat sini :( melekat je lah kat cemara ni, haha.. tapi sabtu ni kami bdk2 laki russa nak pergi GENTING! uuuu tak sabar la.. haha.. inshaALLAH,, masuk kali ni kali ke2 pergi, dulu pergi trip dengan kompeni foxtrot, mesti banyak nostalgia kat sana kan, haha..
.
ok lah, adib ajak pgi sarapan. hehe.
k, salam.

Wednesday, February 1, 2012

dont easily make a promise.

salam.
.
A promise means EVERYTHING. but once it is broken, sorry means NOTHING.
.
but we have to forgive them because there is no one perfect, people make mistakes, so forgive to forget, but its hard to forgive and eventhough the apologize accepted, know this,
.
TRUST is like a paper once it's crumpled it CANNOT be perfect again.
.
hmmh, promise meant to be kept not to be broken,,
.
hmmh, if you cannot keep promises then it shows that you are hypocrite (munafik)...nauzubilliah,, thus dont easily make a promise,,
.
hmmh, what else?
sleep.
k, salam.
#a reminder for myself#