Wednesday, June 27, 2012

Russa: hikmah kedua. :D

assalamualaikum wbt

honestly benda yg berlaku baru2 ni, adalah COLLECTIVE means satu batch sama2 rasa. macam yg berlaku pada batch sya suatu ketika dulu, hehe, yg ni fikir2 sendiri eh apa yg berlaku dah penat nak menjawab :p tapi itulah punca yg menjadikan batch sya dulu rapat sgt sampai ada seorang bekas pelajar tanya, "korang kurang semangat kompeni, tapi semangat batch korang kuat" apa yg sya nak cakap kat sini, bila benda ni berlaku bond antara kitorang tu rasa semakin utuh.

lagi2 bila muiin gather semua muslim pada suatu malam, di selami cahaya lampu oren plak tu. dpt bayangkan tak betapa romatiknya suasana tu? nasrul plak pasang lagu kiss the rain haha. ramai yg meluah perasaan masa ni sampai ramai yg terkantoi "ni lah batch yg paling best sepanjang hidup" hahaha :D masa ni lah most of us perbetulkan niat dan cara menghadapi as muslim. so sweet :)

terasa ikatan ukhuwah tu semakin kuat.

dan sya teringat akan kata Hamka, "kesucian ukhuwah itu terbina atas dua dasar; pertama kesucian akhlak dan kedua persamaan cita2" rasanya since kita semua ni berakhlak suci *cececehhhh* dan masing2 nak jadi doktor, inshaAllah ukhuwah yg terbina tu adalah ukhuwah yg suci.. :)

sya taknak la buat kenyataan berani mati untuk membandingkan batch russa dgn raids haha tapi menurut detak hati sya, sya sayang sgt kat russa!! haha xp mungkin sebab kita menuju ke destinasi yang sama, malah perjalanan yang sama. hehe sori klau ada yg geli-geliman membaca statement ini,, :p

terharunya dengan post ini :') fyi afiq mohd nor and nor hidayah tu super senior kami. 
akhir kata, semoga ukhuwah yang terbina ni atas dasar cintaNya. lebih2 lagi kitorang selalu bwat yang bulat2 gembira tu haha :D kat sini rasa sangat ukhuwah islamik tu, dan dgn ukhuwah yg terbina ni semoga sama2 kita mengejar cita2 dan cintaNya... *pinjam ayat wani hehe ty*

sya selitkan juga firman Raja segala raja;
"teman2 akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang2 yang bertakwa" surah az-zukhruf ayat 67.
orang kata, bercinta biar ke syurga, berkawan biar selama2nya haha :D
*nway risau plak dgn apa yg berlaku baru2 ni huhu...tapi normal lah kan dalam persahabatan mmg ada naik turun nya, menunjukkan roda tu berpusing dgn lancar..hehe :p*
ya Allah semoga Engkau teguhkan hati kami amen~ :)

salam.

Tuesday, June 26, 2012

Russa: hikmah satu. :p

assalamualaikum wbt

"aku rasa aku nampak hikmah di sebalik apa yg berlaku"

tetiba ayat ni dilontarkan pd sya, cam menarik je untuk tahu haha. actually sya pun masih tercari2 sebanyak mungkin hikmah yg ada, sbb rugi lah kalau terbiar camtu je nanti lama2 lupa jugak.. biasa la melayu kan mudah lupa hehehe :p

"apa dia?"

"sekarang baru kita tahu sape yg memang taknak fly ke russia."


erk~ itu rupanya,,hahaha nway sempoi gler hikmah ni :p


"betul3"

setuju sangat dgn hikmah ni haha. betul jgk dia kata, sebelum ni sya lihat benda ni lah yg banyak menyatukan kita semua, buat hati rasa indah dgn ukhuwah tu hehe...tapi menurut perspektif yang lain di sebalik apa yang terjadi Allah nak tunjukkan niat kita yg sebenar. hahaha. tapi tak jugak mungkin mereka hanya perlukan penjelasan yg lebih detail who knows haha.

mungkin jugak diorang dah patah hati kot. hahaha :D

nway time meeting tadi pun dah nampak dah. teringat kata abuya;
"...lepas ni kalau ada meeting dgn jay-pi-a, bersatulah dalam satu keputusan. jangan segelintir nak fight, segelintir nak local, segelintir nak india, nanti jay-pi-a jugak yg untung..."


akhir kata, mungkin kita berbeza agama, bangsa, cita2 dan matlamat tapi walaubagaimana berbeza pun kita, tapi dalam hal ni biar lah kita disatukan atas satu keputusan. hehe.

pesanan hassan al-banna kpda ikhwanul muslimin satu ketika dulu; "peringkat kekuatan pertama adlah iman. iman menghasilkan kesatuan dan dengan kesatuan maka terhasillah kemenangan yg gilang-gemilang"

salam.

Monday, June 25, 2012

oh sekadar 'prank' dari Allah..sbb Dia nak uji kita :p

assalamualaikum wbt

tak terkata camne perasaan beberapa hari sebelum ni. sedih. down. bengang. terharu. marah malah happy pun ada. hahaha. tapi itu semua hanya lah ujian Nya, untuk apa? ha yg tu lah kita kena muhasabah balik. kadang2 orang mentafsirkan ujian sebagai penghapus dosa atau untuk mematangkan diri, dalam satu buku ibnu qayyim ada kata camne nak tau tu ujian utk apa tapi tak bawak plak buku tu huhu. nway hidup kalau dikaitkan dengan islam akan jadi indah.

dan terima kasih lah kepada sahabat2 yang memberikan kata2 semangat. mula2 sya sgt down. terasa manis ukhuwah bila saling menasihati dan menegur kan. ada yang melalui facebook, ada komen atau tulis blog malah ada yg directly bagi sms. :) haha sori lah tapi jazakallah semoga Allah yang membalas kalian! :) actually sya tak ambil kisah pun apa korang cakap sbb down punya pasal, tapi sekurang2nya USAHA korang nak menenangkan hati ni dan menegur membuatkan hati tersentuh cehhh :p

masa mula2 dapat berita tu susah gler nak reda, mungkin sebab tak nampak apa hikmahnya. mungkin time tu jugak syaitan mencucuk2. then atas dasar invalid decision dari jpa so rasa cam perlu bwat sumthing je. malam tu jugak kitorang plan sumthing. tapi kena tegur sebab siapalah kami nak campur tangan urusan pihak atasan kan. rasa teraniaya punya pasal and EGO cam sya susah nak terima teguran orang lain huhuhu. mata hati sya dah rabun masa tu. rabun teruk!! kena beli la cermin matahati haha..

time ni rasa teraniaya, cam nak persalahkan 'badan induk' tu je...time ni fikir nak do something je. nak fight la konon.

tp Allah tegur.

hari jumaat tu baru lepas bangun dari tidur rasa down sangat. then bukak al-quran sbb kawan sya pesan if kita down bukak al-quran dan pilih mana2 ayat ikut kata hati inshaAllah ayat tu adalah jawapan untuk kita;

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya”. (surah al-isra 17:56)

haha time baca ayat tu tersentak ckit. seolah2 Allah kata "tak perlu jumpa MMC atau jpa, mereka tak mampu mengubah apa2 pun. jumpa Aku!" tapi degil nak sangat ikut ego tu. betul lah kata ibnu abbas bila takdir terjadi butalah pandangan. time ni masih susah nak reda. dah kena tegur lagi hahaha...

tapi bila ditegur oleh seorang sahabat mungkin Allah sekadar nak uji niat asal kita, lagi bila terharu membaca kata2 kawan sya kalau pogram RUSSA tak wujud awal2 mungkin kita semua takkan berjumpa. then dengar lagi kata2 semangat dari umi dan abuya. akhirnya hati mula reda...thanks semua! :) yang lawak nya bila hati baru je nak reda gembira kemudian Allah bagi balik :p hahaha ;D 'nakal' nya Allah :p

tujuan saya kali ni sekadar nak melahirkan rasa syukur dan trimas kepada semua. hehe. lagi nak minta maaf sgt2 bagi yg terasa dgn sya baru2 ni :(


pesanan utk sahabat2, jangan terlalu fikirkan sgt hikmah tu, maybe Allah saja nak cubit kita untuk uji niat asal kita malah bagaimana kita menghadapinya dgn sabar ke tak. maybe sekarang Allah beri semula sebab Dia nak kita BERSYUKUR pula...sbb manurut ibnu qayyim, darjat orang bersyukur lebih tinggi dari darjat org yg bersabar.. :D so bersyukur lah..


alhamdulillah utk segala hikmah yg sya belajar selama beberapa hari ni. subhanallah :)

salam.

Saturday, June 23, 2012

Russa: hari graduasi intec.


assalamualaikum wbt

220612

time dalam dewan kami duduk tgh2, kiri budak2 paling ceria (US) dan di kanan bdk2 paling alim (JORDAN) haha. kami as minoriti di tgh2 means tahap kami tgh2 antara ceria n alim tu. *memandai je :p* haha itulah yg terbaik nak describe kami dlam kelompk tu kot. fyi hari ni jgk graduation day hari kami sepatutnya ceria dan gumbira~!


tapi....huhu,,,nothing to say..

hmm, apa2pun, inshaAllah a greater things are yet to come,, lets keep on praying,dont lose hope..put ur trust on Him. :)

kita berbeza tapi perjuangan tetap sama.


assalamualaikum wbt

------------------------(pada suatu hari)-----------------------------

di sebuah kawasan tinggal dengan gembiranya etnik Rassu. mereka puak minoriti hanya berjumlah 40 orang je. satu hari mereka rasa teraniaya dengan tindakan kerajaan mereka iaitu Marajpa. kerajaan marajpa mahu menarik balik tanah yg telah mereka berikan kepada rassu. jadi hak puak rassu dan janji marajpa diabaikan. malah seolah2 puak rassu tak pernah wujud pun dalam hidup kerajaan marajpa. mereka pun berbincang kerana merasakan diri bakal menjadi mangsa. namun di dalam perbincangan, masing2 berbalah, hal ini lah yg di harapkan oleh marajpa kerana jika rassu berpecah mereka lah yang beruntung.

majoriti berkata "siapa lah kita puak kecil nak berhadapan dengan sebuah kerajaan besar, takpe kita terima. jom cari tempat lain yang lebih selesa dan aman"

minoriti berkata "kita teraniaya! itu hak kita! jom kita berjumpa dgn kerajaan bagi menuntut hak kita! menang atau kelah tu lain cerita! jangan mudah pasrah!"

majoriti nak pasrah, minoriti nak lawan. akhirnya puak rassu berpecah belah, masing2 mempertahankan pendirian masing2. hal ini menggembirakan kerajaan marajpa sbb mereka tak perlu bersusah payah sedangkan jika puak rassu bersatu mereka sukar untuk ditipu dan dipermainkan oleh mereka. tetiba ada seorang lelaki tua kelepot dari mana ntah tetiba jatuh dari langit. melihat apa yg terjadi lalu dia berkata, "walaubagaimana berbeza pun kalian semua dalam memberi pandangan, namun kalian disatukan atas perjuangan yg sama. bersatulah kalian! kemudian minta lah penjelasan kerajaan terlebih dahulu, jangan terburu2 membuat keputusan. bila kita pasrah di awal perjuangan nanti maruah tergadai dan kita yang rugi. tapi jika kita berdegil dengan yang lebih berkuasa nanti kalian menempah maut."

---------------------------------(the end)--------------------------

haha nway sya rasa kalian faham apa yg sya cuba nak kaitkan. entah tetiba nak bwat cerita sbb baru2 ni terbaca majalah q&a bercakap tentang dakwah dgn cerita so saja nak bwat cerita. cam cerita budak2 plak kan, hahaha, so what! :p

sekadar peringatan bwat smua n diri esp. klau tak faham takpe tp klau salah minta tegur ya. salam.

Friday, June 22, 2012

assalamualaikum wbt

terharu dengar ayat ustaz affuan "kamu 40 org inilah yg Allah sayang sgt" ya jika kita menghayati betul2 memang rasa nikmat dengan setiap ujian malah dengan seberat2 ujian pun. sampai rmai yg mengalirkan butiran2 berlian *cehh*. sbb tu ibnu ajibah sebut, "kenalilah Allah nescaya segala musibah jadi nikmat, segala kesusahan dirasakan kesenangan". 

kalau dihayati memang indah diuji.. :)

tapi perasaan serba salah tu ada, sbb melibatkan mereka yg tersayang..huhu..

bagi anda NOTHING, bagi mereka EVERYTHING.

assalamualaikum wbt

masa terima berita hari tu rasa hiba je. then selepas tu kami berbincang jap. mula2 masing2 nak fight tetiba ada sorang menyampuk, "kita nak jadi doktor bukan nak fly ke russia so terima je la" masa ni barulah sya rasa cam hampa sgt2. anda senang kan kata. maybe bagi sesetengah orang yg penting jadi doktor, malah tu cita2 sekolah renda sya lagi *tp doktor haiwan la :p*. malah sya tolak twran interview mindef pun sebb xde medic.

maybe bagi dia oversea tu nothng. yup, tempat tak menentukan tapi diri sndri lah yg menentukan sape diri kita. tapi kita kena ingat, NOTHING bagi anda bole jadi EVERYTHING pd org lain. sya ni pun bukan nak sangat study luar negara pun, tapi dah dapat.

demi Allah, dulu sya takde niat langsung pun nak study oversea. luahan sya pada umi masa form five, "umi awal2 bada nak terus terang bada tak harap langsung nak study oversea" then umi jawab, "smua tu terserah la pada badah, tapi kalau dapat pergi je inshaAllah bila adik2 tengok abang dia pergi oversea diorang pun akan semangat nak belajar"


*fyi dulu sya nak sangat study kat UM :p*


so korang nampak tak betapa bernilainya title 'oversea' tu pada sya. sebab pe? sbb korang hanya membawa segenggam harapan sedangkan yg lain membawa segunung harapan. membawa sebiji kaca tak sama dengan bawa sepuluh kaca, dan tak sama jika kita ter-jatuhkan sebiji kaca dgn ter-jatuhkan sepuluh kaca tu. klau harapan sendiri hancur pun sakit, apatah lagi harapan mereka yg kita sayang. anda anak tunggal atau bongsu mudahlah untuk terima, tapi cuba anda tanya mereka2 yang selain anda.

nway, tak sanggup bazir masa lagi. tak kisah la mana2 asalkan tak amik masa yg lama, lagi pendek lagi bagus.

bukan tak bagus untuk reda, tapi belum tiba masanya lagi.

assalamualaikum wbt

bila semua yang berlaku pada kita, lagi2 benda yang unexpected and kita tak suka, kita kena reda. tapi reda tu actually masih rendah lagi tarafnya, sbb bila kita bersyukur itu lebih baik. yang ni ibnu qayyim sendiri yang kata, darjat syukur lebih tinggi dari reda. sebab apa2 yang berlaku ada hikmah di sebaliknya yang Allah nak tunjukkan. sbb kita hanya pandang dari satu sudut, tapi Allah lebih mengetahui semua sudut kehidupan kita so Dia tau la apa terbaik kepada kita.

TAPI soalnya macam mana kalau itu hanya ujian. Allah nak kita berusaha dan berubah. lebih2 lagi benda tu belum terjadi, hanya sekadar berita yang tak pasti. nak terus pasrah? nak lepaskan amanah Allah tu? jangan! selagi ada cara kita berusaha lah. memang lah bukan manusia yang menentukan. Allah yg menentukan. tp ingat! kita berpijak pada bumi yang nyata! reda pun reda juga, tapi kata syeikh amru khalid, "tawakal dan reda hanya pada hati, bukan anggota badan." means bila ujian datang *malah tak pasti lagi* so kita kena FIGHT jgk!

tapi kalau dah masing2 reda dan pasrah, kata yang lain lebih baik. so apa gunanya fight kan. kalau tak unite nnt eventually tetiba dapat plak takut yang reda tu salahkan yg mengharap tu.

oh ya baru sya teringat, manusia ni ada dua jenis, yg lebih selesa BERSERAH atau MENGHARAP. mungkin majoriti lebih suka berserah. entah lah sebelum ni pun sya banyak berserah, tapi sya rasa faktor tu lah yang menyebabkan kenapa selama ni...k xnak bgtau haha...sbb bila kita berserah kita kurang berusaha, dan terlalu optimis (ni klau sya yg berserah, tak tahu anda bagaimana?). sdgkan yg paling baik adalah berusaha, berdoa dan realistik. tp;

mengharaplah selagi ada harapan. 

janji Allah dalam hadis qudsi, "Aku menurut sangkaan hamba2 Ku, maka bersangka lah kepada Ku apa2 yg diingini" dan sya akan ingat pesanan Allah malu menolak doa hamba2Nya. inshaAllah. so plzz keep on praying.

nway apa yg tercatit di atas hanya lah pendapat n pendirian peribadi. masing2 ada masing2 punya prinsip so kita takleh nak berpegang pada sorang diri. ya sya faham yang tu. tapi harap2 perbezaan ni bukan lah somethng yg memecahkan belahkan semua. sori.

salam.

Tuesday, June 19, 2012

family: jodoh kaklong. part4 walimatul urus.

assalamualaikum wbt

160612 [Dewan Gemilang Felda, kelana Jaya]

sebelum majlis.
alhamdulillah majlis walimatul urus kaklong berjalan lancar. tetamu pun ramai. sedara2 pun datang tolong. majlis memang grand yg unexpected, buat tak besa2ran pun tapi grand la. haha. ok laaaa.




tempat nak sign2, wishing2 and praying2. designed by dekya.


apapun, baru lepas sejam berlalu, dikya cakap, "letih la nak senyum haha" sya pun memberi reaksi setuju dgn turut haha skali. betul2. baru sejam dah letih nak senyum so sya terfikir patut la doktor or nurse kurang senyum, rupa2nya letih jugak nak senyum ni, sbb bila senyum lebih banyak otot digunakan berbanding bila sedih. *menurut sumber terbaru..

hari ni jugak abuya buat pelancaran bukunya. surprise utk umi haha. buku catatan penglipur lara sang majistret.
dah ada feedback :O
agak2 brape lah yg abuya bayar utk statemnt ni? haha gurau je :p nway kenal x dia ni seorng penulis jgk..

apapun, sya terharu sangat dgn kawan2 yang datang hadir, sebelum ni takut nak ajak sbb fikir diorang mst malas nak datang, tp tengok diorang pun semangat so sya pun jadi semangat jgk hihi :p *special tau korang bdk rmc aku tak ajak pun :p* thanks adib, luqman, saufi, nasrul, helmi, shamin, jimmy, hajar, wani, wardah and aida. tak lupa jgak nazzim. and sori lah tak dapat bagi layanan yg baik kat korang, huhu.. *nak layanan special pergi shangri-la haha. :D
family paklang wan

family busu

family pakngah johari

family pakngah lan

budak2 russia!!

nazzim. dtg jgk unexpected gler :p

tetamu vip. family pengantin laki.

selepas majlis.
letih tp benda2 camnilah yg merapatkan antara sedara mara dan kawan2 even family pun :) ya allah thanks sgt2. thanks jgk utk sedara mara yg datang, thanks utk tetamu yg sanggup hadir, thanks kawan2 sbb mengimarahkn lagi majlis ni, dan thanks utk yg mendoakan. jzk :)

semoga family sya bahagia se-lama2-lamanya moga Allah jaga :)





kpd ablong n kaklong En Qayyum dan isterinya Pn Aroneb, MABROUK & BARAKALLAH!
Family: jodoh kaklong. part1 merisik 
Family: jodoh kaklong. part2 bertunang. 
family: jodoh kaklong. part3 ijab dan kabul.


nak selit ayat ni hihi,
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." Surah An-Nur ayat 32.

Thursday, June 14, 2012

family: setengah malam di i-city

assalamualaikum wbt dan privet

benda bulat2 tp tak seindah bulatan gembira haha
020612 [i-city,shah alam]

hampir terlupa peristiwa ni, kami adik-beradik pergi i-city, tp tanpa umi abuya. dah besar dah semua. kaklong pun dah nak kawen time ni so nilah aktiviti terakhir kaklong sbelum menamatkan zaman bujangnya :p nway malam tu jam gler, smpai pun lambat so perut dah berkeroncong. so makan dlu..ramai gler org.

makan kat kfc,, ni lah adik beradik yg kat mana2 pun amik gmbar,,haha

tak tau la nak kata heppi or bosan muka2 ni..
nway di sana cuma jalan2, amik gambar, naik yg bulat2 tu, then beli lastik cahaya utk adik2 sbb diorang cam bosan je, haha.. tapi nak amik gambar pun susah ckit sbb malam gelap and terlampau byk cahaya, so efeknya gambar tak cantik sbb gelap,, if korang faham photogrphng korang faham la apa yg sya cakap ni hoho :D tapi seriusly cantik jugak la i-city ni, penuh dengan nur cahaya haha :p

bukan sya sorng je yg ada hewan sndiri.. haha.. noha dgn lembunya n dekya dgn gajahnya.. nasib baik takde tikus, cameleon and itik.. :p

kat kawasan hutan2 bercahaya.
ada satu time tu, ada dua orang makcik kagum tengok kitorang, sbb kitorang ramai kot, siap nak amik gambar lagi an kitorang pastu dia kata, "makcik mcm tgh tgk 11 org cinderella" errrr sori makcik 8 org je yg lagi 3 tu hero ek hihihi :)
dlm gambar ni smua ada,, lighting pun ok..
thanks kaklong, hope ni bukan percutian yg terakhir kita smua bersama.. inshaAllah abg ipar pun sporting je hihi.. :) seblum terlupa,,mst ucap segla puji bagi Allah utk trip kali ni.. salam.

Monday, June 11, 2012

family: majlis akad nikah kaklong.

assalamualaikum wbt

yg ni adlh gambar2 yg terpilih antara yg terpilih utk dikongsi, hehehe :p meriah majlis ni sbb rmai sedara dtg esp yg rapat2. budak2 pun rmai sgt smpai penjaga masjid besi tu pun tak mampu nak kawal, dia meluahkan pd sya, "sebenarnya kawasan ni kena pakai kasut" seolah2 suruh sya yg marah bdak2 tp klau dia tak mampu apth lg sya yg baik hati ni, cehhh perasan nya,, haha jk..

gambar naim mst masuk!!

dgn menantu..

ke-excited-an umi n abuya melayan tetamu yg hadir 

cam dlam the sims plak,, haha
ke mana2 sama2 warna oren

pengantin cam artis asyik bergambar je...haha

wooaaa!!! kaklong dgn sape tu??

lepaskan kaklong!!!

ni je yg mampu dikumpul, haha..
nak tau kat sana an tetiba ada group omputeh nak amik gambar dgn kaklong n que, then sya cam faham bahasa diorng haha so sya tanya, "atkuda vge?(where are u from?)" dia jwb "mge iz Rassi-i (we are from Russia)" woaa first time jumpa depan2 pelancong russia kat malaysia,, opss dia bukan pelancong tp cam duta, sbb dia kata diorang ada conference kat klcc,, sempat jgk la borak2 dgn diorng, hehe.. and yg sya begang bila adik2 tanya, "camne bada bole cakap russia?" q&w#esdfa$jhef%..haha... nway, org russia tu suruh sya ckp kat kaklong selamat berbahagia,, then diorng cakap "krasivaya zhyenshina(beautiful women)" haha bangga kaklong..que jgn jelez ea..

nway, que asyik kena usik je an kitorang,, hahaha :D tabahnya que..haha,,
K, LEPAS NI GILIRAN AMA PLAK!!

p/s: gambr family nnt la masuk, tunggu gambr kat kamera acik asri..or tunggu majlis walimatul urus punya je lh haha...
salam.


Family: jodoh kaklong. part1 merisik
Family: jodoh kaklong. part2 bertunang.
family: jodoh kaklong. part3 ijab dan kabul.

Sunday, June 10, 2012

family: jodoh kaklong. part3 ijab dan kabul.

assalamualaikum wbt

cuba teka tgh shooting cite apa kat bwh ni? haha, nilah kisah cinta antara Aroneb Zabidi dan Qayyum Hamdan,, penulisnya adlh Allah,, :p

090612: 1040H
bertepatan waktu tersebut,, maka 
  • bertukarlah 'hak milik' Aroneb drpda Zabidi Mohamed kepada Abdul Qayyum b Hamdan.
  • sya mendapat seorang abang!!! haha :D
  • umi abuya mendpt menantu pertama.
  • halal lah apa yg haram bagi kaklong n abg que.
  • dll.
hari bahagia kaklong dan que
majlis akad nikah mereka
kak long
kini mereka sudah halal (yg berbaju putih!)

terbinanya sebuah masjid..
tahniah kaklong, tahniah abg que. selamat pengantin baru. untk kaklong, kaklong dh beralih ke salah stu fasa kehidupan, menjadi seorang isteri, jadilah isteri yg solehah, yg mnjadi pelengkap kpd separuh agama suami kaklong serta penyeri hidup suami, semoga terbinanya sebuah keluarga yg penuh mawaddah dan rahmat Allah. semoga kekal sampai jannah. smoga dpt chya mata yg soleh soleha jga *as soon as possible x sbr dpt anak buah :p*

utk abg que, pimpin n bimbing kaklong ke syurga tau.. klau tak, siap! hoho..

barakallah.

russa: kem bir0 tatan3gara.

assalamualaikum wbt

040612--080512 [Kem Bin0 Negar0, Meru, Klang, Selangor.]

"pogram transformasi~~~ MAHASISWA KE LUAR NEGARA!!!! seramai 136..."
39 daripadanya adlh budak russa. selebeh nya adlh bdk jpa, kolej mara banting, cempaka international school, kolej damansara utama dan UNITEN.

mulanya banyak persepsi negatif yg kawan2 bagi pasal pogram ni, diorang kata ni adlh pogram utk brainwash sudent. tp bagi sya pemikiran mereka tu lah yg brainwash kami before join pogram tu. disebabkan kata2 diorang lah kami dh mind set yg pogram tu bosan and politik semata2.so belum pergi lagi dh lemah smgt dah. tapi bagi sya yg telah hadir pogram ni,, ni bukan politik sgt pun tapi nak menerangkan tntang sistem2 pentadbiran negara and menerapkan semangat patriotik. apa yg seronoknya adlah benda yg selama ni kita tak tahu jadi tahu. so secara x langsung jadi faham.

apa yg nampak cam politik ckit bila pogram ni guna konsep 1Malaysia and ada condemn Bersih. tapi sebenarnya itulah yg patut since kita kan rakyat Malaysia so kita sama2 bertanggungjwb jaga keharmonian negara. tp sepanjang ldk takde pun unsur2 politik ni, tak tau la kumpulan len camne... honestly rasa berbaloi  5 hari di sana, tapi kalau diberi pilihan taknak pergi lagi hahaha :D

antara pengisian pogram; ceramah kenegaraan, latihan dlm kumpulan, lagu patriotik kumpulan, kembara minda dan tazkirah subuh n magrib. nway cuba dengar lagu ni, best;



teringat plak pesanan kalau taknak cium tangan org yg memberi jgn gigit. ayat ni khas utk org yg ditaja. kalau xnak sokong kerajaan duduk diam je, kalau nak berdemonstari sgt b4 tu drop dulu tajaan. lagi kalau lah pembangkang menang, ada jaminan tak smua tajaan diteruskan? cuba fikir2kan, duit beratus ribu tu berapa keluarga miskin boleh dibantu, tapi kerajaan tetap hantar kita sbb kita ada misi2 tertentu. tajaan adlh amanah. jgn jadi kacang lupakan kulit, pulanglah pd negara, berbakti ikut cara masing2..

  • konsep penerimaan; ni lah faktor utama malaysia dapat capai perpaduan antara kaum. even dlm agama pun, kdg2 benda yg kita tak suka itulah yg terbaik.
  • even majlis ulama sedunia sendiri pun masih membincangkan tentang kewajipan sistem hudud.
  • adil bukan bermaksa sama rata tapi saksama.
  • ke luar negara nanti priority utama adlh belajar, tp jgn belajar semata2.(pesan abg shafarin)
  • politik adlah isu pembinaan negara, bukan parti2!
  • banyak negara yg raih kemerdekaan, tp hakikatnya bukan diorang tapi amerika yg raih, so never ever ever minta bantuan dari amerika!!
  • dalam taaruf, jgn cari ketidaksamaan, cari kesamaan.
  • hayati lah! krna ia berasal dri perkataan hayat (hidup).
  • bukan BN/pas/pkr/dap yg memerintah tp Allah. jgn lupa ni!
  • parti bukan agama, so jgn taksub!! so jgn cakap kalau sokong parti tu means kafir!
  • orang yg hebat, bukan shja pemikrian kena hebat, malah kata2, perbuatan dan akhlak juga kena hebat. (pesanan terakhir en azam dlm ldk kat kami)
apapun, suka dgn kata2 en.azam, takkan sya lupa 'wasiat' terakhir dia pd kami, mrupakan petikan lagu warisan lagu yg ada jati diri n motif yg tinggi, kan2.
aku
bukan lah seorang perwira,
gagah menghunus senjata,
namun hati rela berjuang,
WALAU DENGAN CARA SENDIRI,
demi cinta ini. 
ku ingin kotakan seribu janji
sepanjang kedewasaan ini
ku ingin sampaikan pesanan
akulah PENYAMBUNG WARISAN.
nway, juz nak ulas ckit based on pemerhatian sya; parti2 politik bukan lah agama, so tak perlu nak stick pada satu pihak je and ber-wasatiyyah-lah (adil dan sederhana) dlm berpolitik. actually betullah pesan en.rusdi, "tukar kerajaan bukan jaminan negara akan berubah, tapi penambahbaikan itulah." so instead of bergaduh2 better bergabung dlam satu pakatan untuk saling melengkapi and memperbaiki diri.

and nak ubah negara perbaiki diri dulu, so inshaAllah terbentuk lah satu bangsa, kemudian negara. contoh plg jelas kita boleh tgk sirah rasulullah saw, drpda seorang diri, baginda membentuk satu bangsa, kemudian negara. drpda situlah maka islam memperluaskan pengaruh utk memayungi 2/3 dunia. tp disebabkan pemimpin yg tak cekap n rakyat yg bergaduh maka jatuhlah kerajaan islam. :(

so minggu ni jgk sya belajar sumthg,, Allah jadikan setiap kaum ada watak masing2, untuk apa? bukan untuk kita bermusuhan or bersaing, tapi cuba hayati kata2 Allah ni dulu;
"...dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan..." surah alhujurat ayat 13. tapi utk apa? utk kita mengenali n memperlajari sesuatu, and who knows utk kita SALING MELENGKAPI, *nak kawen an org bukan melayu lh nnt :p* nway itulah signifikannya 1malaysia... haha :D (copy paste ayat before ni hoho)

nway sya kumpulan 5, aka furious five. merepek je nama haha :D

faci en azam.. 3dari kanan tu dulu time i-prokhas pun sama jgk haha..

me, chong-kmb, firas-us, helmi, sabrina-kmb, izati-cempaka, balqis-us, fuzah, ain, ida..

fyi, kami menang pertandingan lagu patriotik hahaha tak sangka gler boleh menang sbb imo team 3 or 6 yg akan menang, lgpun team kami TAK BERLATIH langsung so bole bygkn tak betapa kabutnya,,  petang tu juz bincang idea je ingatkan ada bagi masa nak training, then malam2 tu tetiba je tanpa diberi masa setiap kump mst tunjukkan persembahan amsing2,, alhamdulillah menang jgk haha..nway, nice to meet u guys,, :)

*pogram btn kitorang siap bwat group fb lg, lol :o, tp nice :)

apapun, apa yg tertulis dia atas semua tu adlah pendapat peribadi semata2, klau ada silap salah tegur2 eh. anda pula bagaimana? :p
salam.

daripada cari duit, better cari ilmu dan belajar life skill.. :)

assalamualaikum wbt

080612

hari ni sya balik rumah, lepas tamat nya kem biro tatanegara. apa yg jadi ceritanya smpai tulis kat blog ni? haha.. sbb hari ni jugak sya berjumpa dgn dua org pemandu teksi yg kontra..

first dari hostel ke stesen keretapi, bygkan sya baru je masuk teksi and sya adjust aircond tu menghala ke arah sya, then pemandu teksi MELAYU tu cakap, "eh eh apa hala aircond ke arah kamu? tu utk hala ke arah belakang" pastu sya rasa nak jawab kat belakang mana ada org, tp niat terhenti bila dia cakap dgn nada menyindir, "kalau perjalanan 20 30 ringgit takpe jgk" ya Allah, time ni dah la tgh panas, pastu nak panaskan lg hati ni,, then sya mendengus skit,, mybe dia tgk sya cam bengang baru lah dia kuatkan aircond jd maksimum... camni lh org yg tak ihklas bekerja...yg terdetik dlm hati sya jgk, camni ke org melayu? patut la~



kemudian dari stesen bts ke rumah, sya dpt pemandu teksi CINA. mula2 sya tanya kat uncle tu pasal kerjaya teksi nih. maybe uncle tu tgk sya cam berminat nak pandu teksi nih hahaha :D so bermula dari situ lah sya diberi ceramah dlam teksi, haha.. so 2in1 lah, dapat sampai ke rumah and dapat ceramah lagi.. hehe.. uncle tu plak ckp an sya dlam english woaa hebat gak dulu keje jual brg komputer je tp fasih english and malay.. btw apa yg menjadi fokus dia dlam tu, adlah waktu muda2 n lapang ni lah adlh wktu yg terbaik nak belajar ilmu n skill2 hidup,, bak kata dia "instead of finding money better we find knowledges and learn skills for ur future" so rugilah kan kalau masa terluang kita diperuntukkan utk kerja smpai penat,, dpt duit n pengalaman je dpt,, sdangkan kalau kita belajar somethng inshaAllah benda tu akan kekal n jadi bekalan utk masa depan... setakat dpt duit benda tu akan habis jgk and penat plak tu..

p/s; uncle tu jgk ada ckp pasal knape org melayu krg maju dri cina,, n pasal betapa beruntungnya org melayu sbb ada byk privilege dri kerajaan..

and sebelum sya kluar teksi tu, sya ingat lagi dia ckp, "you are smart young man, i can see it in ur face,, so study hard and dont miss the opportunity, nice to talk to u, good luck young man!" cehhh bangga kena puji B) haha btw thanks uncle for the advices...

so minggu ni jgk sya belajar sumthg,, Allah jadikan setiap kaum ada watak masing2, untuk apa? bukan untuk  kita bermusuhan or bersaing, cuba hayati kata2 Allah ni;
‎"...dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan..." surah alhujurat ayat 13.tapi utk kita mengenali n memperlajari sesuatu, and who knows utk kita SALING MELENGKAPI,  *nak kawen an org bukan melayu lh nnt :p* nway itulah signifikannya 1 malaysia... haha :D