assalamualaikum warahmatullah
saya dah tak nampak hala tuju blog ni. kalau kata nak berkongsi cerita sekarang saya inginkan kehidupan yang lebih privacy. cehh ye la tu padahal kat facebook asyik upload gambar je, haha. tapi kalau tak kerana family dan kawan2 rasanya memang takkan upload gambar kat fb. baru2 ni pun abuya tanya kenapa tak upload gambar dah, padahal baru dua minggu tak upload hahaha. mesti la kan, seorang ayah dan ibu. umi pun hari tu saya tak balas viber sebab terlupa sehari pun ama dah whatsapp tanya kenapa tak balas viber umi. huhu. time tu rasa serba salah gila. tapi senyap tu tak bermakna tak sayang atau lupa, kalau busy pun jangan jadikan alasan ye uba. reda ibu bapa sangatlah penting, sebab even allah dahulukan kasih dan murka ibu bapa dan reda allah adalah segala2nya kan?
btw, esok saya ada date penting dengan Ana bt Tomy. sejak dulu lagi ada masalah dengan dia. percaya atau tak, dalam 11 jam duduk depan buku, baru baca 7 pages! apakah uba? hahaha. masih nak persalahkan orang lain ke? masih nak persalahkan allah?! hey,,sedar diri ye uba. agak2 ar. dan of coz bukan salah blog, sebab saya tak update apa2 pun tadi. tapi bertitik tolak dari tu saya dah buat keputusan nak delete blog nih. nak delete blog!? hihihi. haah! mungkin blog ni tak salah apa2, tapi sebab saya nak buat satu perubahan yang drastik. saya taknak jadi diri saya, i want to be someone else!! saya sayang blog ni sebenarnya, sangat sayang, saya lagi sayangkan blog ni dari facebook dan tumblr, malah blog ni dah jadi sebahagian dari hidup saya,, and sebab tu lah. sebab tu lah saya pilih blog ini untuk dikorbankan. sebab kalau nak berubah, kena lah bekorban bukan?
entah la, tapi saya sangat serius sekarang. hope perasaan serius ni berterusan. tapi saya akan terus istikharah dan istikharah. kalau blog ni yang saya terima jawapannya, saya tak akan teragak2 untuk lakukan. dan pengorbanan ni andai kata saya lakukan, ia adalah untuk saya persembahkan keikhlasan dan keyakinan hati saya pada allah. saya nak tebus something dari allah.
sedih dgr lagu ni,
sedih dgr lagu ni,
*posting kali ni saya betul2 serius, sebab sebelum ni dah ada 2 draft cakap benda yang sama, tapi teragak2 nak post.dari dulu dilemma. hehe. dan saya perlu post supaya tak cakap kosong je. sekarang waktu untuk perbanyakkan isthikarah pula. kalau dah dapat jawapan baru lah dilemma tu hilang samada nak biarkan or delete dan supya tak menyesal/serbasalah nanti hihi.
--------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: takde kaitan dgn sesiapapun. *tak tanya pun.