Friday, May 24, 2013

rindu itu tarbiyyah.

assalamualaikum warahmatullah. bismillah.

hampir 20 tahun hidup, (masih muda lagi :p), tak pernah berpisah dari family lama-lama jauh-jauh camni. dekat asrama dan kolej dulu pun tak. dah aku ahli aktif PBSM (persatuan balik setiap minggu), pengerusi pulak tu. ceee tak ar haha. well, rumah dekat. ( `^`) so belum pernah lagi rasanya berjauhan camni dari family. ooohhh, camni rasanya. oooohhh camni ea homesick yang sebenar-benar-benarnya huhu. atau dengan istilah melayunya--> rumah sakit rindu.
.
wuwuuu. *menangis.*
.
ok, takyah la nak pretend sangat. zaman sekarang anytime dan anywhere je boleh keep in touch dengan family. facebook, whatsapp, viber, wechat, skype dan macam-macam lagi. kalau rindu, sentuhkan je hujung jari anda pada application-application berkenaan. inshaallah, segala rindu tersalur ke dalam gajet-gajet tu. lainlah untuk orang-orang yang susah. guna phone basic je. nak topup fon pun kena fikir dua tiga kali. huhu. lain jugak untuk orang yang family dah 'mendahului'. yang ni takde cara lagi dah untuk berhubung melainkan satu je, ya! doa.

tapi sebagai manusia biasa. mesti ada rasa tak cukup dengan apa yang kita dapat. i mean tak cukup sekadar keep in touch through teknologi. saat rindu itu bertandang, ibarat hati kita terbang melayang. melayang ke tampat lain. kata orang, jasad kat sini, hati dah sampai sana. atau, jauh di mata, dekat di hati. hahaha. then mula lah nak termenung khayal, susah nak fokus, termimpi-mimpi dalam tidur lagi. demi allah simptom-simptom itulah yang berlaku kat aku sejak akhir-akhir ni. minggu ni je dah dua malam mimpi dah balik. ohh tidak, makin dekat makin chronic pula. :( wuuuuuwuuu.
.
.
terasa mendalam sangat istilah rindu ini. aku taklah sampai nangis-nangis atau minda terbang-terbang camtu. ceh. tapi setiap kali bercerita pasal nak dekat dah, mesti teringat dua perkataan je---> nak balikkk. huhu. maaflah, aku tahu, ramadan pun nak dekat, dah terbau harumannya. tapi still hitungan aku pun bukan pada ramdan tapi tarikh bila nak balik. maaf, untuk kali ini, perasaan rindu nak bertemu keluarga dan sahabat-sahabat dan makanan di malaysia lebih membuak-buak. malah, tempoh akhir-akhir ini yang aku patut tumpukan pada final exam, hmm, dah mula tapi patut lebih keras lagi. haish.

adakah ini bawaan parasite homesick yang mangsanya adalah budak-budak first year je? harapnya begitulah.

oh ya, semalam lecture psychology. topic tentang emotion. aku belajar sesuatu yang sangat menarik. tahukah ada? badan kita juga boleh adapt dengan emosi? hahaha. dijelaskan dalam konsep GAS (general adaptation syndrome). (1st) bila ada perasaan emosi yang membuak-buak dan non-stop, adalah stage alarm reaction. kemudian, (2nd) stage of resistance bila badan akan mula adapt dengan cara menurunkan intensity emosi tu. last, (3rd) bila kita sudah mula mampu hidup dengan perasaan itu, means, adapted.

tapi tempoh adaptation tu bergantung pada intensity emotion tu. in this case, kalau chronic homesick, bertahun-tahun malah selama-lamanya lah kot. wuwuuwuu. dan sebab itulah juga nabi muhammad saw pernah berpesan, selalulah perbaharui iman. takut bila hati dah 'adapt' dengan keMANISan iman, jadi immune pulak hehe. dengan apa? dengan perbanyakkan mengomel Lailahaillallah. <--betulkan kalau salah.

tapi rindu kali ini berganda-ganda pula; rindu nak dengar cerita umi, rindu menadah kata nasihat abuya, bercerita dengan kakak-kakak, kacau adik adik hahaha, makan masakan malaysia *yeahhh!!*  rindu qashrina!!! (oh ya, officially aku dah jadi pakcik!) :D rindu untuk chatting dengan sahabat-sahabat pun melambung tinggi, yang kini masing-masing membawa haluan berbeza. dan lain-lain tak perlulah senaraikan ye. hehe.
ecece siap edit gambar lagi hihihi

malah sedikit sebanyak yang aku belajar--> rindu itu adalah tarbiyyah dari allah. dengan rindu itu, aku tahu kedudukan hati aku, lagi-lagi membandingkan rindu aku pada mereka dengan allah dan rasulullah saw. *ouch! termakan dalam pula hehe.* dengan rindu-rindu juga, sering aku tebarkan helaian-helaian doa buat mereka semua. malah, dengan hadirnya rindu aku lebih menghargai sesebuah pertemuan itu dan mencambahkan lagi kasih kepada mereka semua. :)

bila rindu itu menyapa, jawablah dengan ucapan, subhanallah.

rindu itu indah, kan? :)

Sunday, May 19, 2013

gurauan yg meracuni

assalamualaikum warahmatullah

gurauan yang memerli, mula-mula je lawak
tapi kalau diulang-ulang, lama-lama jadi biasa
dan kalau diulang lagi, akan jadi annoying
kemudian benci.

dan dah terlambat untuk aku cakap
kini dia sudah pergi, seorang sedara seislam aku
(bukan meninggal dunia ok, juz pindah)
ukhuwah yang dibina atas dasar seaqidah
berlainan bangsa dan negara
tapi dirosakkan oleh racun-racun mereka
"ko bagi usrah kat diorang ea"
"pergi dating dengan orang k**** ke?"
"orang k**** tu mana?"
itulah antara parasite yang masih segar
yang mereka bubuhkan dalam ukhuwah kami
hanya kerana aku lambat datang dau**h,
sebab berjumpa dengan dia.

barangkali aku yang bersalah,
tak patut telan racun-racun tu,
ok dah terlambat,,,
tapi aku harappppppppp sangat,
mereka tahu apa yang aku rasa ni,
serba salah yang merangkak-rangkak dalam jiwa

kalau lah sahabat aku tu baca ni,
sorry! <--at least dia akan faham yang ni.
bukan taknak cakap direct kat dia,
tapi soalan-soalan yang aku tujukan baru-baru ni pun
dia biarkan digantung tak terjawab.
fine....
so terputuslah ukhuwah itu?

belum lagi, inshaallah.
hari raya kan nak dekat :)
if u know what i mean hihi

pssttt-->
kepada mereka; aku maafkan korang.
melainkan korang memang berniat nak rosakkan ukhuwah itu.
chill~

(sahabat saya tu orang pakistan, tinggal kat kenya, muslim.)

Friday, May 17, 2013

volgo18! (batch1218)

assalamualaikum warahmatullah

selama ini cakap pasal batch russian 18 je. dah muak sampai muntah pelangi. ok, tipu. tapi sekarang tempat baru, next chapter, jadi patut ada kisah baru. malah tempoh enam tahun bukan sekejap. ada manis pahit masam cukup 3 rasa. jadi rugilah kalau terbiar tanpa apa-apa nukilan. dan tempoh tak pendek tu inshaallah akan saya lalui dalam satu komuniti, batch...................................cop, apa nama batch saya ni?
.
.
apa eh?
.
LOL
last batch? bukannn
batch twenty-twelve? hambarr
hmmm,,,ok takyah buang masa, saya namakannnn, *eh anda?* ya, saya, menamakan batch ini batch1218. amboi buruk gile nama, hahaha, takpelah takde idea, lagipun buat masa ni je, dan kat blog ni je pun, tak open. sebab kami sama-sama mula 2012, inshaallah tamat 2018. tu je yang mutual, walaupun kami terpisah oleh semester. dua-dua first year, tapi ada first semester, ada second semester. dan saya terfikir, macam mana kalau kami second year first semester, mereka first year second semester? konfius kan? tapi syukur mutual years tu menjawab persoalan. :)
.
.
so basicly, batch 1218,
first sub-batch-----budak private, jpa, mara. (dalam 36)
second sub-batch----budak yt. (dalam 32)
indians india (NB: dari india) tu abaikan semua, bhahaha. 3:D bukan nak racist, bukan nak assobiyah, tapi terlalu banyak jurang antara kitorang. unless kalau diorang muslim mungkin mudah nak jalinkan ukhuwah, tapi dah keadaan camni, kami tak nampak pun lagi apa keperluan berbaik dengan diorang. tak tipu, kalau korang duduk dalam batch ni, korang akan faham. even lecturers pun ramai tak suka diorang. so faham-faham lah sendiri. tapi, ada juga segelintir yang bagus. yang ni saya teringin sangat nak berkawan dengan mereka. hihi true story~ inshaallah. tapi indians malaysia kat sini, mashaallah,,,sangat hebat. kalau rajin saya buat satu post baru pasal mereka ni hehe tak janji. nway, soal assobiyah, ni nak kongsi sedikit cebisan ilmu daripada rehlah muslimin volgo baru-baru ini;
"assobiyah itu bukan bila kita berkelompok, tapi bila kita merasakan kelompok kita lebih bagus drpda yg lain."

time dengar ayat tu, terus meresap dalam hati, kerana menjawab pelbagai persoalan pasal assobiyah. so lepas ini kalau ada clique ikut negeri, ikut sekolah, ikut batch or else, asalkan mereka tak merasakan mereka lebih hebat, itu bukan assobiyah. ok baik, cukup sekadar itu, booking time untuk blog pun dah lepas. ekeke. so, inilah, batch 1218: (waktu picnic masing2, tahun ni buat asing je hehehe):

kami panggil mereka "budak yt" hehe. dalam gambar sorang takde sebab demam. batch ni 3 je hero, yang lain sume heroin. (pic cc to zulfadli si baju biru)
ni lah batch saya berada sekarang. lebih 1malaysia hehehe :P time ni dalam 7 orang tak datang.
itulah sedikit sebanyak pasal batch1218 nih. inshaallah 6 tahun bersama, semoga allah jaga aqidah, iman dan hati masing-masing. eh hati? who knows kan ada yang kahwin sesama nanti hehehe. sape? sape? ehemm. jangan sebut benda tu, masih awal lagi, haha. yang penting not me ok!!! lagi, moga allah permudahkan jalan kami. saya harap pulangnya kami semua nanti 6 tahun akan datang, akan lahirlah doktor-doktor yang bukan sekadar merawat penyakit fizikal, tapi hati juga.

semoga allah reda dengan ukhuwah yang terjalin setakat ini, dan yang nanti. amin.

**************update 18mei13**************
tukar nama batch kepada volgo18 lah. sebab grad inshaallah 2018 nanti, ahahaha

Wednesday, May 15, 2013

davai2 imarahkan malam #globalqiamforsyria

assalamualaikum warahmatullah

buka laptop
buka youtube
taip formation of notochord
tup tup
melencong plak pada subscription lain
terrrtekan okayy <---alasan!
adoi, masih tak serik lagi. ish3

dan,
mode belajar terpadam,
tatkala fikiran tersangkut pada satu video tu
video seorang bapa, trying hard untuk bersangka baik pada allah,
bila 'bahagian'nya adalah allah tarik anak dia
tinggal kepala dan upper extremities je
tapi dia masih bersangka baik pada allah. uhuhu.

malam ni je (4/5/13)
ramai orang tukar dp 'kunci',
bertitik tolak dengan tarikh esoknya,
hari nakbah,
hari penduduk palestin dihalau.
jap ea,,ok,
65 tahun lamanya.
enam. puluh. lima. tahun. ok?
tapi diorang masih belum mengalah.
betapa kuat dan tabahnya mereka.
kerana allah sebabnya.

tengoklah,
keberanian syrian,
ketabahan palestin,
dll,
'jalan' mereka allah permudahkan,
tak cemburukah kita?
tapi itu bahagian mereka,
bahagian kita?
krik krik

kelak,
saat kemenangan berpihak pada islam, confirm.
haha tak sabarnya,
tapi,,
siapa kita nanti?
di mana kedudukan kita?
apa sumbangan kita? <---soalan bocor.

*************************************************
apa sumbangan aku? haish..
doa.
je?
harap-harap jawapan tu diterima,
harap-harap ada dalam skema,
if ya pun markah budi bicara, *asalkan x fail*
oral test je kan nanti? erk merepek plak.

tapi belum mati lagi, hehe alhamdulillah, so masih ada masa untuk kita lakukan lagi, banyak lagi yang boleh buat. sedekah, sharing2, qiyam, etc. kan kita ibarat penulis novel hidup kita? tambah lagi apa-apa yang patut untuk dipersembahkan pada allah. agak-agak berapakah nilai hidup kita di mata manusia lain dan di sisi allah? *kitalah yang menentukannya nanti.*

ok ok, better stop sebelum meleret-leret lagi. sambung study weyh..cikit lagi nak habis ni. tapi sebelum terlupa, nak sampaikan sesuatu;

jom, sahut seruan ni, imarahkan malam tu;


sumber pic: facebook the servant of allah.
hashtag dari twitter pun ada: twitter #globalqiyam4syria
organizer: suhaibbweb

subuh awal gile, and aku jenis susah bangun, so if aku tak bangun malam tu pun,,harap cukuplah kongsi benda ni. cehh macam orang baca je blog ni. pi share kat fb lah!!!

Saturday, May 11, 2013

malas = virus = kanser = parasite = racun.

assalamualaikum warahmatullah

akhir-akhir ini,
aku malas study, padahal aku student,
aku malas masak, padahal aku perlu makan,
aku malas keluar, padahal aku cuti,
aku malas,,,ugh,,semua malas la senang cite.

aku,
ibarat hilang punca.

tiba-tiba tadi,
pada aku dilontarkan satu permintaan,
"bagi aku catalyst uba, supaya aku rajin study"
aku tersengih, ekeke,
padahal, itulah soalan yang aku tanya diri,
tiap-tiap hari, berulang kali, bertubi-tubi.

dan kenapalah baru tadi,
terlintas di benak fikiran,
yang mungkin itulah solusinya,
lalu ku balas permintaan tadi,
"kalau malas, tanggunglah akibatnya"

malas study? bodoh.
malas masak? lapar.
malas keluar? terlepas pengalaman.
malas semua? rugi..

malas,
semua orang ada,
tiada penawar,
tidak mati,
cuma perlu dilawan,
latihnya agar jinak,
jangan biarkan ia bermaharajalela.
jangan. biarkan. ia. bermaharajalela.
sakit nanti.

c.c.:
ada kalanya kita perlu melayan sifat malas kita. betul tak? kalau tak nanti otak dan hati kita letih bekerja. tapi jangan terlalu melayan. sikit-sikit sudah. atau lebih sesuai guna istilah 'berehat'? so better jangan guna istilah melayan ok? seriusly, aku silap selama ni. sekarang perlu tingkatkan mujahadah melawan salah satu virus setan itu. sebelum ia parah, fighto! inshaallah. mudah-mudahan allah permudahkan.

lagi satu, jangan bertangguh! inshaallah.
Doakan.

Thursday, May 9, 2013

dari neutral-lah-sangat kepada acidic/alkali~ ~

assalamualaikum warahmatullah

tau tak? umi abuya marah saya post kat fb pasal politik. sya iya-iyakan saja apa mereka kata. mungkin post saya tiba-tiba nampak berat sebelah kan sedangkan sebelum ni sya memang bajet-neutral dalam berpolitik padahal agak pro-kerajaan. cuma kali itu macam 'berpaling tadah'. dan saya yakin inilah yang membuatkan mereka risau, bila anak dia yang berpijak di negara terbesar ni berkat duit kerajaan. takot mana la tau kerajaan singkir semua2 orang ditaja yang dikelaskan as 'tak bersyukur'. malah mesti mereka risau. mereka risau melihat mentaliti segelintir orang yang fanatik politik, bila gajah depan mata tak nampak, tikus seberang sungai plak nampak. rupa2nya ana dia pun camtu. haish. jadi, bila umi abuya tegur, saya pasrah je demi sebuah keberkatan agung. even kaklong pun ditegur. tapi kaklong sya kenal sebagai seorang yang berpendirian tegas, susah nak mempengaruhi dia, samalah macam abuya kami hahaha. ex-majistret~ jadi sya takot bila mereka berdua berhujah sebab politik, boleh retak nanti hubungan bapa-anak. entah2, sampai roboh rumah pakcik azahari (jiran sebelah)...tetiba je hambar en hihi,,,tp minta dijauhkan. amin.

malam sebelum pru13, saya bangun malam untuk tahajud. tujuan sya hanya satu, berdoa untuk malaysia sebab itulah satu2nya cara yang boleh saya bantu. nak bertanding kerusi masih muda lagi. ceyhhh bajettt gile. tak lah, saya takkan terlibat dengan politik. hihihi. ok sambung, subuh masuk seawal jam 3 sampai jam 5. jadi sangatlah mencabar saya ni yang jenis susah nak bangun. tanyalah batchmates sya, semua tahu sayalah yang paling susah nak bangun. malah betapa susahnya nak kejut saya bangun, sampai diorang setiap sorang ada skill2 and ulti masing2 utk kejutkan saya. saya tahulah sebab saya selalu jadi targetnya hehehe. even sekarang roomate sya pun fade up utk kejut sya subuh tiap2 hari, dah la diorang 2nd year kan,,,bila dah fade up so eventually saya jadi terbiar je..huhu. sekarang mengharapkan alarm fon sampai roomate pun annoying sampai pernah tengking saya malah openly post kat fb yang agak memalukan sya huhu. so nak cakap lah, bukan senang sya nak bangun pagi apatah lagi tengah malam, jadi cam keajaiban jgk saya bangun malam tu. jadi malaysia sepatutnya bangga kerana sya bangun keranamu malaysia. tapi saya bukan nak bangga bangun tahajud, eh takkkk, tapi nak kata betapa sya sanggup bangun semata2 untuk meminta 'sesuatu' dan betapa berertinya 'sesuatu' itu bagi saya, ya, tentang malaysia!

dan memang saya selalu doa pun agar diri ini mudah bangun awal. huhu.

malam tersebut sempat saya lontarkan sepotong doa, "ya allah, mana2 parti yang benar, bukakanlah hati aku pada mereka." itulah antara doa yang saya titipkan pada waktu mustajab berdoa. jadi saya amat yakin ia diterima. tapi andai kata lah walaupun bukan waktu mustajab, anytime, anywhere, anyhow, anything yg baik2, any2thing asalkan kita minta pada allah, sya tetap yakin doa-doa kita semua diterima, cuma dengan cara yang Allah kehendaki. sape kita nak mintak allah perkenankan doa kita? malah sya hidup banyak bergantung pada doa, sampai kadang2 terasa diri ibarat tawakal kosong saja sentiasa. hehe. tapi, jangan underestimate doa tau. benda mustahil pun boleh terjadi dengan kuasa doa. kadang2 saya rasa hidup saya banyak bertitik tolakkan daripada sesebuah doa. sekali sekala bila tengok cermin, saya tak sangka saya berada di tempat di mana saya berada sekarang. walaupun taklah sehebat mana, tapi sekurang2nya banyak lagi orang yang impikan malah lebih layak lagi dari saya. malah kisah2 hidup sya pun banyak kerana doa; camne saya boleh dapat tu, camne saya boleh sampai sini, camne saya boleh jumpa mereka,, kalau buat travelog mesti starting2 pasal sepotong doa <---tetiba dapat idea buat bibliografi diri. ekeke mimpi je lah.

pagi berikutnya. saya buka fb, penuh dengan laporan-laporan pru. saya scroll ke bawah dan ke bawah. tiba-tiba ada satu perasaan meresap. mula2 cam biasa lah, husnuzon~ husnuzon~ optimis~ fikir positif je. malah kawan saya pun kata, bukan kau pro-naj** ke? tapi bila bukti-bukti mata dan telinga,,,malah saya tanya sendiri abang ipar saya, saya,,,, saya mula mempertikaikan kerajaan. dan tak lupa juga spr. spr=kerajaan, dua2 sama je. padahal selama ini, bila kawan2 mengutuk kerajaan, saya lah yang mempertahankan kerajaan. yang kononnya neutral inilah yang selalu defend kerajaan. maybe saja gelar diri sendiri neutral sebab saya tahu, once kita dah berat sebelah, kita susah nak terima lagi satu pihak, melainkan bagi sebahagian orang. tapi husnuzon saya pada kerajaan pada waktu itu hilang. saya mula meragui. andai kata perjuangan kita selama ini benar, kenapa perlu guna taktik kotor. andai kata tiada cara lain, allah kan ada sekiranya kita yakin kita di pihak yang benar. dan andaikata kita yakin kita betul, cukuplah kita tanya adakah allah redai aku? bukan adakah majoriti sokong aku? 

saya yakin, doa itu lebih hebat daripada pendirian saya untuk neutral (kononnya). saya yakin dengan kuasa doa. malah, saya memerhatikan, majoriti orang yang celik agama, mereka tak neutral. dalam zaman fitnah ini yang kadang-kadang saya sendiri terjatuh ke dalam dosa tu, nauzubillah, jadi saya lebih yakin untuk menyandarkan semua pandangan dan pendirian kepada orang-orang yang celik agama secara majoritinya. mungkin selama ini tak, tapi itulah pemikiran yang sedikit sebanyak membuka mata saya soal perkara ini pada pagi itu. saya tak cukup hujah, malah cetek ilmu untuk menilai, tapi saya yakin, orang2 yang celik agama, mereka menilai dengan kaca mata al-quran dan as-sunnah. malah saya sendiri belum matang, jadi pendirian saya mudah berubah arah. mungkin hari ni saya kata A, esok kata B. bukan takde pendirian ok,, tapi kadang2 saya terfikir, terutamanya dalam soal agama, siapa saya nak berpendirian nak jadi camni, taknak jadi camtu. soalnya saya perlu ada pandu aras. first, quran. second, nabi muhammad saw. third, pewaris2 nabi mungkin? yang disebut adalah ulama2 dan of coz yang menyambungkan dakwah nabi saw. saya nampak, even mereka ini pun berpihak pada sebelah pihak, bukan neutral.

jadi, soal sekarang tanda aras saya gantungkan pada orang-orang yang celik agama. mungkin bukanlah dalam semua hal, sebab ada je yang tak, tapi ini dalam soal DAP which in thisss case is Diri Atas Pagar atau dengan mudahnya cakap dilemma (kan senang ckap camtu terus). dan pilihan itulah yang saya yakini datang dari allah hasil dari doa saya. bukankah allah menurut sangkaan hamba2Nya? andai kata saya fikir itu dari allah, maka yess ia dari Allah! lagipun, saya tak cukup hujah lagi untuk menulis malah menilai secara ilmiah. apa yang saya mampu adalah menulis berdasarkan pendapat peribadi di-tally-kan dengan seciput ilmu yang saya tahu. tapi itu tak bermakna saya akan kekal tak berilmu, inshaallah perlu ada usaha memperbaiki diri sebagaimana yang saya harapkan perubahan pada kerajaan. cop, sebelum terlupa baik saya sebut ni, kita berusaha perjuangkan dan mengharapkan perubahan pada kerajaan, tapi bagaimana untuk diri pula? ok, jawab nanti. berbalik pada tadi, jadi, saya tak nafikan hasil penulisan saya semuanya emosional, kerana blog ini adalah jurnal saya, bukan blog ilmiah atau berfakta. maaf tak bagitau awal-awal.

btw, penulisan yang ni bukan bersifat offensive. ia cuma ekspresi dari apa yang saya fikirkan akhir2 ini. jadi jangan lah ada yang terasa. kalau terasa dengan post dulu tu, tu tak berkaitan pun, jangan salah faham. dan saya tahu memang tak bagus sya jadi ignorant. orang bagi teguran kena terima. btw, yang ni awal-awal saya mengaku, saya tak pandai bercakap, kecuali menulis. kenapa? sebab bila menulis,,,,ehem2 nak speaking cikit lah hihi ---> when we write, its like we talk without being interrupted. ty. so tak selesa la kalau ada orang sebut2. even naqib saya pun sekarang saya cakap saya dah delete blog ni, sebab saya tak selesa sejak satu hari tu dia sentuh pasal blog saya. btw tak tipu ok, mmg saya dah delete dah blog ni dulu. hihi. (pstt, jgn bagitau dia please). dan tak salah kan kalau saya menulis ikut emosi? sebab kadang2 memang saya menulis untuk menyalurkan apa yang bertakung di hati ececeyhhh.. dan saya fikir, andai kata perlu menulis secara berfakta, maaflah, salah tempat, ini bukan tempatnya. blog ini ibarat diari saya,,erk, i mean jurnal. diari cam girly laaa hehe. tapi flexible ar,,bole jadi macam2. lol.

jadi, kalau ada teguran dan soalan saya terima. perbincangan? hmm, tengok dulu camne. debat? never! saya noob berdebat. seriusly. assalam.

eh, soalan tadi jangan lupa jawab ye uba;
kita berusaha perjuangkan dan mengharapkan perubahan pada kerajaan, tapi bagaimana untuk diri pula?

ha, nak pegi mana tu?? jawab!

Saturday, May 4, 2013

8 minggu je lagi!!!

assalamualaikum warahmatullah

alhamdulillah, habis sudah minggu FOI selama 2 minggu, anjuran IMAM. sya harap sya telah berikan yang terbaik walaupun kerja2 di sebalik tabir je ni hehehe. takde apa pun FOI ni,,tak besar and grand pun, juz aktiviti tahunan student2 mlysia volgo je. tapi still nampak menarik dgn ativiti2 yg diorang anjurkan. apapun, sebelum fly dulu sya pernah nekad taknak join apa2 group, kelab atau sandang apa2 jawatan,,,sebab dulu expectation sya, sya ingat student medic ni nerd,,, study je memanjang,, sebenarnya tak pun. yang penting pandai manage masa and priority. so cam takde alasan tak bercampur dengan komuniti kat sini. malahan, camne dakwah kita nak sampai kan if kita tak bercampur dengan masyarakat.


apapun,,sgt kecewa la dgn pertndingan2 yg sya join, sbb kalah :( cerpen sya habiskan masa 3 jam utk siapkan tp kalah jgk, nama je anak penulis..huhu. hampeh. pertandingan poster; yg sya tak tido malam buat, hantar 2 poster plak tu, sume tak menang. pdhal penyertaan cikit je pun. photo contest tu menang tanpa bertanding. hahahaha.. tapi still down gile hari ni. at lis ada la jugak pengubat hati bila kami wakil 1st year dalam preclinical examination kalahkan bdak 2nd year. lol. tu je. actually niat asal bukan lah nak menang pun, sekadar nak tgk kebolehan diri je,,kemenangan tu adalah ukuran bagi saya je,,bukan sbb kebahagiaan hati pun. lagi2lah dalam hidup ni first time masuk cerpen, photo n poster contest. participants pun tahun ni tak seramai cam lepas,,huhu. so dah nampak la kedudukan saya di mana.

nak kata perlu usaha lagi, rasanya benda2 tu lah yg sya selalu habiskan masa terluang sya. so nak usaha lebih camne lagi? adeh..ok,lah,,cukup. sya benci mengeluh kat sini, tapi itulah, dah mengeluh pun. hehe. cakap la korang nak cakap apa pun, mcm nak cari perhatian n simpati kan? ekeke,, tak harap pun...hanya allah je yang tahu apa sya rasa skrng ni,,lagi2 dgn apa yg allah tarik baru2 ni,huhu. takpelah,,chill2~ banyak lagi nikmat allah yang lain. orang lain lagi teruk diuji. kannn. nway cuti pun dah nak habis, sya harap cuti ni jadi turning point utk jadi medical student yg sepatutnya. ececeyhh..inshaallah.

perasaan ni membuatkan sya rasa rinduuuuuu sgt nak balik rumah :'(

************************************************************