Monday, January 27, 2014

cuti winter 2014

happy happyyyy! :D :D :D sebab dapat tukar username google+ daripada "Si Tikus" kepada "Ubadah Z".hihi. tiga bulan weyhh baru dapat tukar tadi! kalau ikut policy google boleh tukar 2 tahun sekali je kott hahaha. rasa macam budak2 je pakai username Si tikus tu. 2 dekad dah umur aku time tu. kenapa ek? entah lah aku sendiri pun taktau kenapa dalam banyak2 nama, nama si tikus tu yang dipilih, and taktau pula ada limit hihi. mujur. alhamdulillah. tapi pelik kenapa "Ubadah Zabidi" rejected. o.O ok, takde benda lain ke nak cakap kat sini lagi? haha.

okei. pasal cuti? ya, baru 4 hari cuti berlalu. cuti winter tahun ni saya berhibernasi je kat hostel ni. tapi setakat hari ni tiap2 hari pergi jalan keluar even suhu -24 pun nak elak bosan punya pasal. kadang bosan tu lebih terseksa daripada busy. time busy lah macam2 benda nak buat, mood is at its best, idea pun melimpah2. especially busy time study week, everything seems interesting (than study at least). tapi bila tiba cuti, taktau nak buat apa. dan paling bahaya; overthinking. for me lah personally. even small things pun boleh jadi besar. susah. dan untuk cuti ni aku ada planning. banyak tapi atas semua tu, at least nak jaga mutabaah amal inshaallah.

nak bukak fb or instagram, sekarang penuh dengan gambar trip masing2. blog lagi lah, sunyi sepi hoho. tapi selain tu banyak lagi benda boleh buat. macam? macam-macam. tadi tengok cerita Miracle in cell no.7 baru ambil dari wardah. pfftttt semua orang patut tengok cerita tu! serius..:) tengahari sebelum tu pulak tengok cerita hunger game 2, cerita bertemakan revolusi. revolusi~ kuat maknanya. sampai boleh merebak2 macam api. cuma perlu initiator je. huhu.

and alang2 tu nak ucap alhamdulillah sebab dah lepas semester 1 untuk tahun 2. semester ni banyak melatih aku dalam emosi dan persahabatan. baru aku faham erti ukhuwah; bukan retorik, ia tak semudah yang dilafazkan. dan aku lebih kenal siapa diri aku inshaallah. dari segi ikhtilat pun, better than tahun pertama aku di sini. malah photography and drawing skill pun dah improve. *yakinn je haha* literally lah haha. semester dua ni, kalau tak makin baik pun, aku harap biarlah istiqamah dengan apa yang ada. mohon doa ye. :)



oh ya, paling best winter kat russia ni sebenarnya bukan snow semata2, tapi waktu siang pendek, waktu malam panjang, dan semua orang menutup aurat. :3 dan sebab suhu sejuk melampau dan salji tu nanti akan jadi air/lecak jadi autumn is still in my heart. haha.

Saturday, January 11, 2014

hobi dan 'kerja' saya; melukis.

assalamualaikum warahmatullah

bukan benci tapi saya tak boleh kalau ada orang nak borak2 dengan saya time tengah melukis. apatah lagi nak kacau. sebab saya ni noob melukis melainkan dengan mood. ecehh. jadi, mood tu penting dan bila melukis tu anggaplah saya ni berada di dunia lain. mimpi indah lah misalnya, then tetiba ada orang kacau? mesti lah tak suka kannn hahaha.. even sometimes saya kunci pintu atau pun tunggu lewat malam baru melukis. first sebab waktu malam kan mood tinggi, second sebab tenang orang dah tidur. lagipun segan lah kalau orang usha rasa awkward. malu. :3 dan berbanggalah kalau anda saya layan walaupun tengah melukis nih hehe.

dan ditakdirkan, di bumi saya berjihad ilmu ni, berjumpa dengan seorang ikhwah yang pandai dan minat melukis jugak malah lebih hebat daripda saya. yup, sebelum ni akhawat je segan nanti. dekat sekolah pun,,,hmm even budak2 ambil seni pun tak pandai melukis sangat. hikhik jahat gile cakap camtu, even diorang pun tanya saya kenapa tak ambil seni. menyesal? nope. sebab pada saya, cita2 ini lebih besar daripada minat saya tu. sebab nak ambil seni kena masuk kelas sains sosial. sains sosial takde bio, kimia and fizik. hihi. dan alhamdulillah saya diizinkan allah untuk meniti jalan impian saya ini. walaupun hakikatnya ramai lagi yang lebih layak, sampai saya sendiri rasa bersalah,,ya,,selalu. huhu.

berbalik pada khadaf asal post ni, ditakdirkan lagi instead of jual, sahabat ikhwah saya tu bagi percuma je pada saya eh untuk helmi juga. jadi hak milik bersama. walaupun kami nak beli, dia nak juga bagi free. degil hoho. oh ya lupa nak cakap apa benda yang saya dapat tu, ehemm, jeng3!!!

ini lah dia! digital drawing pad. :)
jazakallah khairan kathera akhi yus:)

ikut plan, tahun depan (3rd year nanti) nak beli. tapi allah percepatkan. free lagi. alhamdulillah. rasa bersyukur sangat. perasaan time tu sama macam perasaan saya mula2 dapat kamera dslr. walaupun hakikatnya saya tak pernah guna apatah lagi reti. dan nak clarify kat sini, saya noob bab2 mewarna ni sebenarnya! hahaha since sekolah rendah lagi...tapi itulah cabaran yang terbesar setakat ni, saya kena kena belajar jugak! yup saya kena keluar dari zon ego saya ni hehe, rasa macam budak2 je tengok video how to colour or painting. lagipun saya harap saya dpat pergi jauh lah dengan so called bakat ni. ni ha nak share lukisan2 pertama saya :)
first! guna artweaver yang ni :)
start dari sini guna photoshop.

refer hadis bukhari 6417

dedicate untuk syrian refugees :(
dedicate untuk kanak2 syria :(
lukisan lama yang dilukis semula.
jiwang detected :3
tapi camne kalau 'pain of remorse' tu dah tak rasa? o.O anyone??
spoiler utk next poster imam ekeke.
dan bukan nak takabbur or ujub, nauzubillah, tapi melukis ni boleh kata mutual talent of family lah juga. jadi mungkin, even saya mula melukis form 3 (after pmr) saya tak bermula dari 0,tapi saya mula dari 1,2 or 7 camtu lah. tapi progresif saya agak slow sebab form 4 saya hampir tak melukis apa2. tak caya meh datang umah tengok album saya ada tarikh lagi hihi. dan adik2 saya lagi hebat melukis. kadang tu jeles dibuatnya. ok dah mengarut meleret2. -,- apa yang saya nak cakap sebenarnya; bakat melukis ni daripada allah. apa2 pun semua daripada allah. bakat atau usaha hanya asbab je. dan kalau sesiapa nak belajar melukis tu, masih belum terlambat selagi jari masih lembut, selagi musculus flexor digitorum, musculus flexor pollicis superficialis, musculus extensor digitorum and yang sewaktu dengannya masih lincah kembang kecut ya untuk menggerakkan jari jemari. ecece mentang2 belajar anatomy. oh ya uba 6 hari lagi exam ya in case u forgot! hahaha,, fine!!! skit lagi ni :p nak saya ajar? boleh haha tapi kena booking masa lah. tapi apa lah sangat dengan melukis ni kan,,,banyak lagi skill2 yang lebih bermanfaat. :)

ok habiskan cepatttt,,, tentang melukis juga,, ya, its one of my hobby. tapi allah takkan bagi saja2, pasti ada sebab. ok bukak quran (page394) surah al-qasas 28 ayat 77; allah kata here is for Hereafter;
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepdamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
hm, faham kan? then saya tak tahu nak explain apa lagi.
tapi inshaallah, melukis bukan sekadar untuk melukis. maksudnya melukis bukan setakat hobi,
tapi,,
melukis adalah kerja. malah ibadah.
kerja apa? you know what!!

tajdid niat.
doakan supaya saya istiqamah.
moga allah terima.
untuk muhasabah bersama. inshaallah.

adoi time2 camnilah banyak idea datang, mencurah2 haha.
okay, start fokus balik. pi menghadap Ana bt Tomy tuh..tapi katil pun memanggil juga, hehe tak tido lagi nih. nak tunggu subuh dlu..
mohon doakan kami exam ya ^^

Friday, January 3, 2014

random: ikhtilat.

assalamualaikum warahmatullah

ikhtilat
apa tu? noob gila kan taktau, tapi chill la,
syeikh yusuf qardhawi pun kata, "ikhtilat adalah istilah asing dalam kamus islam, dan baru dipakai dalam penulisan ulama sekarang." sebab zaman nabi saw dan para sahabat, tak wujud pun istilah ni apatah lagi secara praktikalnya. tapi tak bermakna tak penting. kerana penting lah ulama2 sekarang pakai istilah tu. kerana isu ini telah menjadi virus yang boleh merosakkan kesucian dan maruah islam kalau diringan2kan.

ikhtilat = pergaulan lelaki dgn perempuan.
tak semestinya melibatkan fizikal, malah juga hanya lisan dan penulisan.

bercakap soal ikhtilat, ada 3 macam golongan.
pertama mencegah, yang ni agak syadid.
kedua menjaga, yang ni wasatiyyah (sederhana) mungkin?
ketiga membenarkan,, nauzubillah.
anda yang mana? tapi mana yang betul?

eh saya di sini bukan nak menghukum, tidakkk.
cuma ingin berkongsi pandangan tentang isu ini.
lagipun hukumnya berubah2 ikut keadaan; haram, halal atau harus.
pada saya, bertanya pasal ikhtilat, kita tak memerlukan fatwa!
masing2 tahu batas2 dan adab2 pergaulan berlainan jantina. common sense je..
if you have iman, you will know when its get wrong or right,
and kalau rasa dah overboard, stop lah...
yang penting tunduk pandangan dan jaga kemaluan.
tapi itulah dua benda yang paling susah,
especially bagi lelaki lah,,yang dominant sex hormonnya adalah testoterone, in case tak tau sebab saya pun baru tau testoterone tu sex drive hormone,,sbb tu lelaki mudah terangsang, perempuan ni bertempat sbb perempuan ada sikit je hormon ni hehe,,
jadi, sebab tu lah APG cakap,
syadid dalam ikhtilat tu lebih utama daripada meringan2kannya.
syadid? so totally jangan berkawan dengan perempuan?
yessssssssssssss. wakaka rilex braderr,,tu sebagai benchmark je actually. asalkan kita menuju ke arah itu atau sekurang2 tidak ke arah bertepuk tampar, cium peluk dsb ok over sangat dh tu. mohon kahwin je terus kalau camtu ye.
boleh untuk nak berkawan, apatah lagi nak berukhuwah.
cuma ni je nak cakap, (eh macam dah cakap je,hehe)
syadid dalam ikhtilat tu lebih utama daripada meringan2kannya. -APG-
bye2.