Monday, September 22, 2014

cukuplah semua yg berlaku dulu menjadi pengajaran. benda ni bukan soal hati tapi persahabatan. mungkin persahabatan itu adalah weak point aku tapi tak bermakna allah takkan uji. malas nak ungkit kisah2 dari sekolah lagi tp yg baru2 ini sangat menghancur leburkan hati aku. sedih bila orang yg kita banyak berkorban dan bantu, akhirnya dia suspect kita curi barang dia yg hilang tu. allah.

saya hampir menganggap dia sahabat, sebab saya tak pernah pun tinggal dengan sesiapa selama yg sya tinggal dengan dia. banyak perkara yg sya tak cakap dengan orang lain tapi saya cakap dengan dia. malahan, bagaimana sya dgn dia, begitulah sya dengan adik beradik sya.

pendek kata, saya jadi diri saya yg sebenar bila bersama dia. tak perlu pendam2, tak perlu tahan2. sempoi habiss..tapi..

takkan dia benci sangat dengan saya sampai saya nak tau apa punca dia menjauh dgn sya pun dia taknak bagitau?

malangnya masa dan komitmen yg ada tak mengizinkan sya untuk memikirkan puncanya. sorry lah. kau nak pergi, pergilah.

sya dah belajar. jangan terlalu mengharap pada kawan. pada sesiapa pun. saya ingat kalau berlaku lagi saya dah boleh adapt dengan perasaan ni. tapi hati saya masih rapuh lagi.

mungkin ujian demi ujian persahabatan ada sesuatu yg allah sediakan utk sya..
samada berupa nikmat atau yg lebih sakit, wA.

apapun, saya dah tawar hati dengan istilah2 sahabat ni.
yang ada cuma kawan, murobbi, etc..taknak meletakkan harapan yg tinggi kalau itu hanya untuk dihancurkan.

sya dah cuba jadi satu, tp ternyata sya sendiri pun bukan sahabat yg baik.

Friday, September 12, 2014

bangkit

tercari-cari aku di mana khilafnya hingga diri jadi begini. perpisahan dengan family tempoh hari untuk pulang ke medan ilmu, merupakan kali ke2 merasakan beban dan berat. kali ke2 tak mampu menahan butiran hangat di hadapan family. malunya nangis depan adik2. yang pertama adlh waktu pertama kali berpisah dengan family masa lapor masuk military school dlu. 5 tahun lepas. tapi yg ni masuk medical school kan apa lh bezanya hahaha. cuma berdasarkan masa lalu, aku pasti bersemangat untuk turun ke medan ilmu. tidak kali ini meskipun umur sudah sebaya al-fatih, penakluk constantinople.

tercari-cari lagi di sini kekuatan untuk fokus pada medan. entah kenapa tahun yg sepatutnya paling penting bagi med student (or at lis buat vsmu's) tapi semangat dan kekuatan tak muncul tiba. minggu pertama berlalu tanpa ada pogresif mahupun hasil. kenapa begini? mungkinkah sudah terlalu bergantung pada final year tahun lepas. abg mofar, abg hasif, abg yin, abg aidid,,,pada mereka aku datang bila ada masalah atau minta pendapat. sekarang tiada! akuuuu....rindu mereka. sangat. oh betapa aku benci pada perpisahan. tapi...sampai bila? :(

mungkin, sudah tiba giliran kamu untuk menjadi tempat rujuk adik2. kalau mula2 dulu nampak abang2 akak2 3rd year dah kira besar matang berbanding kita, mungkin itulah yang adik2 nampak. maka, buktikan! jadi! be one!

tercari-cari lagi momentum belajar. keupayaan aku untuk menahan ngantuk macam dah tak ada. kebolehan untuk duduk menghadap buku berjam2, sudah lama menghilang. perasaan cinta pada buku apatah lagi sudah pudar. bagaimana mahu hangatkan semula? apatah lagi ketagihan duduk di hadapan laptop demi menggerakkan sebuah media persatuan dan event, sudah 'terubat'. kalau dunia medik kau abaikan, dunia media kau lepaskan, ikut saluran mana kau mahu bekerja untuk ummah? untuk negara dan bangsa?

teringat kata akhi ilham dalam mukhayyam yang lepas;
"futur selepas mujahadah, adlh separah2 penyakit. kerana untuk bangkit nanti sangat susah."

cuti lalu, terlalu ingin sangat untuk berehat, menjadikan aku mengenepikan semua bentuk tarbiyyah dan mutabaah amal sepanjang cuti 2 bulan itu. semata2 untuk berehat. tak salah untuk rehat sebenanrnya, tapi 2 bulan itu terlalu lama. berehat juga bukan bermakna menghentikan tarbiyah zatiyyah. aku tak tahu waktu tu. ha sekarang dah tahu, moga jadi peringatan buat cuti akan datang. nah sekarang rasakan seksanya mahu bangkit semula.

moga allah permudahkan.
mohan doa semua.