Friday, July 31, 2015

Why need monopod if we have a hand and wide angle?

Sepanjang berkecimpung dalam fotografi selama 3 tahun, khususnya DSLR dan action camera, banyak perkara sudah saya belajar. Bukan sahaja secara praktikal, teori semata-mata tapi secara analogi kehidupan. Nak tahu pasal P,S,A,M mode atau ISO saya cadangkan tengok youtube je, cepat sket nak faham. Atau pm fb ye. hehe. Tapi untuk kali ni ada sesuatu yg rasa nak share.

Baru lah sekarang, saya rasa kalau WIDE ANGLE tanpa monopod adalah lebih baik, sebaliknya pakai monohand je. Tak kiralah samada ia wide angle lens dslr atau gopro, elakkan guna monopod. Gambar2 yang diambil tanpa monopod lebih cantik dan pelbagai. Kenapa?? Sebab bila ada monopod, kita yakin semua orang ada dalam gambar, so kita lebih bergantung pada post-editting (crop). Tapi kalau takde monopod, automatik kita akan ambil gambar pelbagai ketinggian, malah lain-lain angle.

So, kenapa guna monopod kalau ada tangan dan wide angle lens?

Dalam hidup, sama lah konsepnya. Kita perlu lebih terbuka. Luaskan pandangan dan pemikiran kita. Secara tak langsung kita mudah menerima pelbagai pendapat dan idea. Kita tak terkongkong oleh certain pegangan atau individu.

Bayangkan wide angle kamera adalah pandangan dan pemikiran kita.
Bayangkan tangan kita adalah gerak hati kita.
Bayangkan monopod adalah prinsip/orang luar.

Kita tak perlukan penghubung antara pemikiran dengan hati. Biarkan ia berhubung terus. Biarkan kreativiti kita mengalir keluar. Biarkan inside-out dan outside-in antara pemikiran dengan hati kita berhubung tanpa ada halangan.

So, elakkan guna monopod.

Masjid Negeri Kuching | 29 Julai 2015

"Rileks la mice, nape cuak."

Sebenarnya aku bukan cuak atau nervous tapi memang itu aku. Darah gemuruh orang kata. Apatah lagi kalau bercakap di khalayak ramai. Apatah lagi jumpa bakal bapa mertua huhuhu. Dan sumpah kelemahan ni sangat mengganggu. 

Pertama, kerana aku OP (bekas stdnt rmc) so expectation orang tinggi. 
Kedua, aku anak lelaki sulung. 
Ketiga, bapak aku bekas majistret and lawyer sekarang aktif bagi ceramah. So anak pun mesti petah bercakap ye dop?

Yang paling tak suka, bila semua yg difikirkan dan disusun untuk disampaikan, yang terlontar sedikit je. Lebih teruk, orang salah faham. hahhaha..

Entahhh...yang pasti, bercakap tu bukan medan aku. Tu yang aku paling benci tu.