Tuesday, March 14, 2017

Cinta yang aku faham untuk sekian lama adalah rasa yang berkecimuk untuk memiliki. Maka sangat sulit bila aku diuji dengan ujian hati. Rumit bila hati diuji. Bukan mudah untuk aku menerima frasa, kalau dah jodoh tak ke mana. Cinta harus memiliki!
Cinta yang aku faham untuk sekian lama adalah mengusahakan temu dengan yang dicintai. Kita menggunakan kudrat & harta yang ada agar satu hari nanti kita dapat berjumpa dengan dia yang kita cinta. Bersatu! Juga, kena lah dengan janji bahwa pertemuan dengan tuhan itu nikmat terbesar di syurga nanti.

Namun, ironinya cinta tak semestinya memiliki. Berkali aku cuba nafikan.
Cinta harus memiliki!

dan...
Pada waktu ini Salman AlFarisi hadir membangunkan aku dari mabuk.

"Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan.."
( Jalan Cinta Para Pejuang, Salim Fillah)

*angin*

ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat nabi ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan.

Salman, dahulu sejak aku mula-mula di bangku memahami agama ini kau membuat aku jatuh cinta akan proses pencarian kebenaran. Kini, tentang keikhlasan.. jzkk khaer

Masih banyak soal ikhlas yang harus aku pelajari...

Sunday, March 12, 2017

MENJADI BAIK

Saya membesar dengan stigma dan sekeliling yang memandang 'badboy', agresif atau nakal tu sesuatu yang cool. Digilai ramai. Kalau tak nakal tu kira takde benda la nak cite kat anak cucu nanti. Maksudnya jadi baik ni bosan la. Budak-budak baik ni noob.
Dalam erti kata lain, jadi baik ni adalah sifat orang lemah & hambar. Ada yang berusaha dilihat otai & stylo, menggunakan kata-kata kasar, merendah-rendahkan orang lain agar tak terlihat lemah.
Jadi budak baik ni selalu kena buli,,jadi mangsa keadaan,, kena mapuh...

Tapi apa aku belajar daripada Islam lain..

islam kata menjadi baik itu adalah salah satu benda yang paling kuat akan pernah kau buat dalam hidup. Mengawal kemarahan itu adalah definisi bagi kuat dalam islam, bukan sado. Menjadi paling bermanfaat adalah kriteria menjadi manusia terbaik, bukan jutawan. Cantik yang sebenar adalah pada hati dan akhlak, bukan rupa.

Menjadi baik tu tak mudah, perlukan kesabaran yang tinggi. Dan kesabaran itulah refleksi iman & kematangan seseorang. Meski bukan yang terbaik, tapi usahakan untuk jadi baik & lebih baik.


”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” An-Nahl: 128

Friday, March 10, 2017

azam AZAM

"Kenapa uba nak jadi presiden AZAM ?"

Soalan apakah yang diajukan ini?

Pertama, memang aku dah jangka. Kalau tak jangka memang dah bertanding jadi presiden MSA hahaha.
Kedua, masa aku dilantik masa tu aku kat Malaysia. So keputusan yang dibuat tu berdasarkan keputusan syura. Keputusan syura bukan terbaik tapi yang paling selamat. Prinsip aku.
Ketiga, dah pernah cadang utk jelmakan orang lain sebagai Presiden, tapi tak dipersetujui atas muhabasah daripada lokaliti lain.
Keempat, inilah masa menterjemah semua idea-idea yang dah terkumpul sepanjang 3 tahun menjadi kuli AZAM Russia. Hah.

Tapi aku faham saja kenapa soalan itu diajukan. Sahabat yang sangat memahami. Dia lebih tahu kapasiti aku. Jatuh futur bangun bangkit aku adalah bersama keberadaan dia. Dan aku pernah beritahu aku tak nak jadi presiden, sebab Ubadah Zabidi lemah mentadbir. Ubadah Zabidi lebih cenderung untuk pilih kerja 'buat' berbanding 'urus'. Aku lebih selesa jadi kuli daripada menguli. Tapi sampai bila?

'Serve to Lead'

Ini adalah motto yang dicanangkan sejak aku dibangku sekolah lagi. Berkhidmat untuk memimpin! Bukan beerti bila dah lama berkhidmat, kena memimpin pula. Kurang tepat. Yang sebenar- erti kata disebalik motto ini adalah UNTUK MEMIMPIN, KITA PERLU BERKHIDMAT terlebih dahulu.

Aku sudah 3 tahun berkhidmat untuk AZAM, 3 tahun jadi kuli AZAM secara berportfolio. Kalau khidmat kudrat tu jadi lah 4 tahun. Aihh pedulikan angka tu, my point is aku sudah sangat sayang dengan AZAM. Daripada zaman dihina, dimapuh... sehingga zaman dirujuk, dicontohi. Semuanya aku jadi saksi.
Lebih-lebih lagi tarbiyyah aku slow macam ciput, jadi medan amal aku stuck kat wadah je, as in AZAM lah. Lama juga terperap dalam AZAM tapi....

Dengan AZAM aku kenal erti perjuangan.
Dengan AZAM aku kenal erti tadhiyyah.
Dengan AZAM aku kenal erti amal jamie.
Dengan AZAM aku kenal erti khidmah.
Dengan AZAM aku bertemu gerak geri yang menginspirasi.
Dengan AZAM aku bertemu jiwa-jiwa yang luar biasa.
Dengan AZAM aku dapat menterjemahkan rasa cinta kepada ad-din islam
Dengan AZAM aku dapat menebus doa kelalaian aku untuk ummah
Dengan AZAM aku rasa hidup

Dan aku mahu adik-adik dan sahabat-sahabat turut merasai semua ini.
Bagaimana akhirnya meski segunung payah & lelah yang menghujani, NAMUN hanya nikmat & bahagia yang meresapi.
Jalan si pemburu mardhatillah..
.
Itulah visionary aku.
.
Aku menerima tugas ini, bukan untuk aku tapi untuk mereka. Doakan Allah mampukan aku.
.
.
Ayuh duat, jadilah aktivis yang ummatik! Perkasakan khidmah kamu! 

Dari tadi asyik sebut AZAM je... ada orang allergic dengan nama AZAM ni. Dah lali dengan stigma ni. Cukuplah aku tutup post ni dengan pesanan Dato Puad Zarkashi ni;
'Ramai mahu mewarisi kepimpinan, tak ramai tahu mewarisi perjuangan.'

Bukan jawatan yang diwarisi, tapi perjuangan..
.
Ingat, AZAM hanya alat...