Monday, September 25, 2017

...

Tak ada kata yang dapat menggambarkan betapa kecewanya dengan diri sendiri hari ini. Aku orang paling celaka kat bumi ni. Peluang Allah bagi dah banyak kali. Bahkan persiapan & fikiran selama ini banyak berpusat pada usaha ini. Tak sangka aku sendiri yang menghancurkan semua ni hha..

Aku dah gagal. Menggagal & digagalkan semua benda lah..

Satu demi satu hasil yang aku usahakan, tumbang. Dengan komitmen & tanggungjawab yang ada, entah apa pula seterusnya. Tapi aku harap inilah yang terakhir sejak firasat tempoh hari. Wahai Allah yang Maha Kuasa.

Barangkali aku dipilih untuk berada di atas jalan ini untuk akhirnya dibinasakan, mungkin itu agak keterlaluan. Namun peluang untuk pernah bertapak di atas jalan ini aku patut bersyukur. Cuma aku banyak lalai & leka. Aku tak ikhlass. Aku tak cukup berusaha.

Cukuplah ke-fumble-an aku hari ini menjadi tambahan deraan perasaan untuk aku menatap kebodohan & kecelakaan diri sendiri. Selain ketidakmampuan untuk beruzlah kerana kondisi yang tak mengizinkan. Selain ketidakmampuan untuk bangun malam walau alarm setiap 10min kerana dosa & lalai taanpa noktah.

Aku minta maaffffffffff


Thursday, September 21, 2017

Dia tidak akan meninggalkanmu


فَقَالَتْ لَهُ آللَّهُ الَّذِي أَمَرَكَ بِهَذَا قَالَ نَعَم
"Adakah Allah yang memerintahkan engkau tentang ini?"

Apa yang ada pada hatinya adalah keyakinannya ketika beliau pergi ke tanah yang serba gersang, dan menerima segala apa yang berlaku dan bertawakal ke atas Tuhan yang Menjadikan segala sesuatu.

إِذًا لاَ يُضَيِّعُنَا
"Jika begitu, Dia (Allah) tidak akan mensia-siakan kita"

maka inilah husnu dzon kepada Allah yang diajarkan kepada kita dari susuk tubuh itu. Maka sesungguhnya inilah hadiah bagi mereka yang menghadapi segala kemungkinan dengan lapang dada, malah ia juga sebagai berkat ke atas umat islam seluruhnya.

Subhanallah

Thursday, September 7, 2017

Оставай

Можно просить, ты сам откуда? 
(Boleh tanya, kamu dari mana)

Я из Малайзии 
(Saya dari Malaysia)

Чё там интересно? 
(Apa yang menarik di sana?)

У нас много пляж, красивые 
(Kami ada banyak pantai, cantik-cantik)

Ищи девушку, женись, оставай здесь и получи граждан  
(Kahwin je kat sini, stay sini & dapat kerakyatan)

*senyum*
(Buat kali kedua aku tersentuh.)

Masakan tak tersentuh & terharu bila seseorang meminta kita untuk...stay

Begitulah soalan spontan pembaiki printer kepada aku. Namanya Oleg, kot hha lupa & tak pernah tanya pun. Printer kepunyaan aku yang ke-6 sejak mula buat bisnes kecil-kecil 3 tahun lepas. Jadi kedai printer ni dah jadi rumah ke3 dah. Ulang alik hampir setiap 2-3 minggu. Jadi cam ada rapport lah dengan dia. Hari ni juga dapat servis baiki percuma. alhamdulillah. :)

Kali pertama tersentuh, dulu aku pernah argue dengan boss dia sebab rasa macam harga kena 'mark-up' lebih. Disebabkan keterbatasan bahasa - masa tu aku tahun 2 - jadi aku mengalah je. Keluar je kedai si Oleg ni kejar aku bagi nombor dia. Katanya lain kali call dia je kalau ada masalah sebab bos dia memang suka mark-up harga. Nampak kejujuran dia di situ.

а ты когда закончишься?
(kamu bila habis?)

ещё год
(setahun lagi)

Tapi timbul juga rasa terkilan yang mendalam. Biasanya perpisahan yang diyakini pertemuan semula di Sana, kurang sikit kesedihannya. Menjadi muslim itu ibarat visa masuk ke syurgaNya. Malangnya Oleg belum muslim :(
Sedih dengan diri sendiri tiada kudrat & daya untuk mengajak dia ke keluasan Islam. Tak mampu menyentuh dia sebagaimana dia pernah menyentuh hati aku dengan nilai.



Moga Allah memberi hidayah padanya.