Wednesday, November 29, 2017

BERUSAHALAH

Berusahalah!
Bukan saja agar terus terpilih, TETAPI...
Berusahalah!
Agar manusia merdeka dari menjadi hamba dunia & hamba sesama manusia kepada menjadi hamba Tuhan yang Satu. Agar hanya Allah yang dituju. Kembali kepada fitrah- menjadi hamba bertuhan bukan hamba bertuan. Sampai kita semua menjadi manusia yang rabbani (God consciousness).
Berusahalah!
Agar rahmat Islam sampai ke seluruh pelosok & terselamat dari fitnah media & musuh islam. Agar nasib umat islam terbela dari manusia-manusia zalim. Sampai panji Islam tertegak! Sampai panji taghut & kezaliman tumbang!
Berusahalah!
Agar CINTA kembali ke posisinya.

Berusahalah...
berusaha dan terus berusaha



"Orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." Ankabut 29: 69

Thursday, November 23, 2017

PUNDAK

Buku-buku yang meraung minta dibaca, exam yang melambai-lambai, rutin mingguan yang padat, kerja-kerja yang tertangguh, perasaan yang mengundang.

Bahu yang menampung beban ini, tak lagi berdaya memikulnya. Sebaliknya ia mula menjadi bebanan yang mula menghempap tubuh yang lemah dan hina ini. Perlahan-lahan.

Belum lagi untuk membina diri, dan membina adik-adik yang menjadi amanahku. Memberi, memberi, memberi namun tak menerima.
Belum lagi permintaan ibu bapa yang menunggu giliran dilaksanakan.

Bolehkah aku menangis? Sebentar saja. Sekadar melepaskan sesak di dada. Aku tak sekuat senyum yang terukir.

--Manusia, bukan superman.

Thursday, November 16, 2017

GROUP KORBAN

Tanya lah mana-mana batch kat Volgo ni, mesti ada satu group syurga, satu group korban. Apa benda tu? haha..

Group syurga ni jalan dia mudah. Susunan cycle cantik, cikgu baik-baik, kelas ruski tak pernah sabtu dah tu cikgu chill-chill je. Sabtu sokmo je cuti. Banyak masa lapang. dll.
Group korban ni haa...korang terbalikkanlah yang atas tu hahaha >,<

Benda kecil je. Tapi kalau kau dah lalui ni bertahun-tahun, mesti ada perasaan cemburu tu. Ibaratnya macam sorang kerja sorang tak kerja tapi dua-dua dapat gaji sama. Akan ada beberapa waktu, kita mula ungkit & membandingkan. Sampai satu masa nak fikir pun penat dah.

"Uba if there is God then why He let us like this?"

Barangkali dia sudah terlalu penat hingga soalan itu terkeluar. Barangkali dia sudah mencuba sehabis mampu namun hanya kegagalan yang diperoleh. Barangkali jiwa manusiawi dia tergugah saat merasa diri lemah.
Bukankah manusia itu terbatas? Dengan keterbatasan itu kita memerlukan Tuhan. Ironinya andai dalam kebutuhan ini kita masih keliru 'siapakah tuhan'. Ke mana kecenderungan, kecintaan & kebergantungan hati kita? Di mana posisi ilah kita? Selain Allah kah?

Beruntung kita bertuhankan Allah. Yakni dengan sebenar-benar ubudiyyah. Perhambaan yang membebaskan.

Kita punya Allah untuk hiburkan hati. :)

Untuk yang ditimpa sumpahan group korban ni, sabor je lah. Hahaha. InshaAllah moga dengan kesabaran itu ada ganjarannya :)




Beruntunglah dipilih untuk diuji!