Sunday, June 10, 2018

Politik part 2: Berpolitiklah dengan cinta

1. Walaupun PRU dah lepas, tapi isu politik masih dimainkan. Baik kerajaan, baik pembangkang. Jadi aku rasa masih fresh untuk menyatakan pendapat aku yang satu ini.

Aku ada terfikir andai kata dalam sesi taaruf (usrah, activism, kampus,etc) kita perlu menyatakan pendirian politik, pasti sedikit sebanyak dapat kita kenal peribadi dia. Sekiranya tidak ada pendirian dalam politik, cakna politik tapi non partisan, undi rosak, benci politik itu pun menandakan sesuatu. Tak daftar undi pun satu. Haha.

2. Sejauh mana kita mengatakan politik harus melihat perkara dasar & prinsip, ingatlah faktor ketiga yang (mungkin paling) kritikal iaitu PERSEPSI.

Manusia itu selain dikaruniakan AKAL, manusia juga pasti ada EMOSI.

Apabila emosi & persepsi berganding, dipangku oleh ego maka tidak ada yang dapat memecahkan pakatan itu hatta kebenaran & realiti itu secerah terik mentari musim panas di gurun Sahara. Aku pun tak terkecuali.

3. Kadang-kadang kita cuba rasional, tapi pengaruh emosi lebih kuat.

Kita sedar politik itu penting dan besar peranan dia dalam masyarakat apatah lagi negara. Ia tidak dibataskan oleh kepercayaan, warna kulit, kroni. Ia mestilah inklusif untuk golongan-golongan yang bernanung dibawahnya. Ia untuk semua.
Tapi kita melihat politik itu kotor, kejam & rumit. Kita nampak politik ni ketaksuban & kemacaian. Kita hanya nampak partisan. Kenapa ini boleh berlaku?

Sehingga peranan politik itu terlalu terikat pada perasaan. Namun itulah yang menjadikan politik itu manusiawi. Apabila ia selari dengan emosi dan perasaan.

YA

Politik itu memerlukan perasaan kerana politik itu salah satu sifat manusiawi.

4.. Oleh yang demikian aku kata- berpolitiklah dengan CINTA. Kerana cinta itu sifatnya malar hijau dan sentiasa segar (baca: evergreen). Cinta berlaku kepada semua orang. Cinta itu buta terhadap kaum, warna kulit, bangsa hatta pegangan. Cinta itu menjadikan suatu teori mustahil menjadi realiti, yang berat kan terasa ringan. Cinta mewujudkan rasa sayang dan komitmen pada yang memahami bahasanya. Cinta hanya mengharapkan natijah yang baik semata-mata terhadap apa yang dicinta.

Maka, politik memerlukan cinta.

Bukan kebencian. Bukan menghukum neraka. Bukan sumpah abu atau binatang. Bukan meneka niat hatta melabel membabi buta.

Bukan kebencian.
Bukan kebencian.
Dan bukan kebencian.

"Demikian juga kita mengharapkan agar bangsa kita mengetahui bahawa kita mengasihi mereka lebih dari diri kita sendiri. Kita mengharapkan mereka mengetahui bahawa jiwa-jiwa ini sanggup menjadi tebusan demi kepentingan mereka andainya ketinggian itu meminta tebusan. Jiwa-jiwa ini sanggup dicabut sebagai harga kepada keagungan mereka, kemuliaan mereka, agama dan cita-cita mereka andainya perkara-perkara ini memerlukan demikian." - Imam al Banna

Berpolitiklah dengan cinta, kerana indahnya islam itu kerana ia sejagat untuk umat manusia!

Saturday, June 2, 2018

TAMAN RAMADAN

Setiap kali Ramadan pasti ada naratif 'puasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga'. Walaupun cliche tapi penting untuk kita betul-betul faham akan wawasan perintah puasa ini. Video ini (pada aku setakat ini) adalah yang terbaik menerangkan naratif tersebut; Ramadan sebagai madrasah pengukuhan organisasi oleh Ust Syaari Abdul Rahman. Bahkan ada disebut dalam sepotong hadis;
“Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Hadits Riwayat Turmudzi)
Moga kita bukan yang dimaksudkan dalam hadis itu. Huhu.

Hatta Ramadan menyimpan banyak pesona menarik untuk kita hayati & fikirkan. Ia ibarat sebuah taman yang mempunyai aneka bunga, pilih saja mana satu ingin dipetik & disebarkan harumannya.

Ramadan ibarat bengkel menguruskan nafsu kita. Pada bulan yang penuh barokah & keampunan ini Allah rantai syaitan. Yang tinggal hanya kita dengan nafsu. Nafsu itu bukanlah untuk dihapus tetapi diurus. Istimewanya Ramadan ini kita belajar untuk mengurus dan membendung nafsu, untuk menjadi perisai buat 11 bulan seterusnya.

Disiplinkan nafsu, maka kita mampu menjadi raja! Puasa mengasuh individu muslim menjadi kuat & sabar. Apatah lagi dalam generasi millenial yang nak hasil kelip mata je, puasa melatih kita untuk menunggu.

SEKUNTUM BUNGA RAMADAN


Puasa juga bukan sekadar ritual keagamaan. Pernah sahabat muslim saya mengeluh akan lapar puasa, tapi diusik oleh sahabat india non-muslim;

"Kau ni puasa 18jam pun mengeluh. Fikirlah orang yang puasa 24/7"

Pada aku di sinilah bentuk Ramadan paling cantik.

Tak sekadar menahan lapar & dahaga, puasa membentuk nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa kita.

Ramadan bukan saja madrasah, bahkan sebuah wilayah solidariti manusia.

Sepertimana yang dicatitkan dalam hadis sohih Bukhari-Muslim, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw adalah jiwa yang paling pemurah, apatah lagi di bulan Ramadan.