Saturday, June 13, 2020

FUCK POSITIVE THINKING, *hha akhirnyaa

Cabaran sebenar dalam lapangan medikal ni, pada aku bukan pada toxic/malignant boss, SN garang bak harimau, incompetent/bad attitude colleague. Benda yang kita tak boleh ubah kenapa perlu stress? Tak perlu jadi positif pun, hanya mandiri (resilience) dan tiba masa, ubah..

Ada kalanya, bersyukurlah kerana masih dimarahi. Daripada kesalahan-kesalahan dianggap sebagai norma baharu akibat kedegilan kita untuk comply dengan sumpah kita

serve to lead. 
Bila kita dah jadi superior, sila ubah 
jika sistem atau sikap yang kita rasa tak adil

Tahu apa yang sangat mencabar?

Bila kerja yang hanya perlu merawat, akhirnya melibatkan segala bendalah maqasid syariah.

Nyawa, akal, keturunan, harta bahkan agama...

Adakalanya.....
Bukan sekadar menyedarkan seorang bapa untuk patuh ubat DM agar tetap cergas menjaga 5 si cilik masih bersekolah,
Bukan sekadar merujuk ibu tunggal kepada kaunseling untuk sokongan emosi dan kewangan,
Bukan sekadar memastikan seorang pemandu lori penghidap DVT ada sokongan penaja untuk membeli NOAC untuk tempoh yang panjang,
Bukan sekadar memujuk seorang bapa untuk membenarkan anaknya menjalani rawatan hemodialisis walhal 2 orang anaknya telah mati kerana defaulted nephro TCA

Seorang gelandangan yang menghidap HIV, TB, hepatitis C. Sebuah BOM buat masyarakat (try relate dengan COVID). Perlu tahu latar belakang dia dengan sangat halus. Perlu pasti untuk dibenar pulang, adakah tempat kembali dia memberi ancaman? Nanti dengan siapa dia tinggal? Adakah dia betul-betul faham dan compliant dengan rawatan. Bolehkah dia patuh pada pertemuan akan datang..alamat,no telefon dan emergency contact number perlu ada 

Seorang adik 14 tahun yang datang untuk bersalin, kita lah yang perlu memastikan dia cukup kuat untuk melahirkan, report polis sudah dibuat belum, siapa yang perlu menjaga bayi nanti, dengan siapa dia tinggal, benarkan dia benar-benar faham apa yang salah, rujuk dia pada kebajikan,kaunseling, badan agama, dan kefahaman untuk menjaga seorang khalifah di muki bumi ini..

Ada kalanya pesakit yang menunggu masa untuk mati, kitalah yang perlu memastikan saat nafas dihujung hela,ada yang dapat membantu untuk mengucap talkin. Segala dokumentasi perlu tepat untuk memudahkan urusan kebumi, bahkan urusan tuntutan insuran untuk waris.

Dan banyak lagi kisah kadang-kadang boleh buat tak tidur malam memikirkan apa yang kurang,
bagaimana kita boleh menyumbang untuk ummah...
Bidang medikal hanyalah alat
dan inilah JIHAD kita

Lihatlah dari kaca mata yang lebih besar
Buanglah sikap keAKU-an...
Teruslah semangat
ikhlas
Berinteraksi dengan empati

Kerja kita sangat banyak
sedangkan masa sangat terhad

Sentiasa berusaha
seratusperatus

Saturday, February 22, 2020

"Kau jangan baik sangat, kau jangan kena buli"

Menjadi baik memang mudah kena buli.
Yang susah/leceh kita buat, yang senang dia buat
Dia balik on time, kita kena stay sebab redundant works

mehh

Orang nampak macam buli, tapi pada aku...
biarlah aku buat semua benda, dia tak buat apa-apa
biarlah dia nak balik awal, kita kena stay buat kerja tertangguh

asalkan kerja siap
asalkan pesakit dapat hak-hak dia
sembuh inshaAllah...
asalkan semua seronok kerja ngan kau

aku
dah tak kuasa ngan orang yang tak guna,
pemalas,
pembuli..
benda yang sia-sia tak perlu bazirkan tenaga

Benda sia-sia di tempat kerja;
1- Persoalkan orang lain
2- Politik tempat kerja
3- Membawang

Daripada kau kisah kenapa kau kena buat ni buat tu, kenapa dia tak buat apa-apa...
BANYAK lagi benda kau boleh fikir do~


100%

Tak kira betapa semangat atau idealistik kita ke dalam suatu tempat yang baru, budaya baru, sistem baru. Akhirnya kita akan menjadi sebahagian daripada sistem itu.

Tak?

Hal ini kerana medan amal dan buat itu paling payah...

Dulu bermacam tekad.
Plan.
Keazaman.
Janji...

Buat tuhan
keluarga
diri
ummah
pesakit
tarbiyyah
ukhuwah

Namun sekali sekala tersungkur jua.
Lemas?
Barangkali sudah

Ya
Bukan sedikit yang telah tewas.
Namun,bukan juga sedikit yang telah membuktikan janji dan rabitahnya.

Jadilah sebahagian yang telah mengotakan janjinya, bahkan masih mengemban dengan amanat ini...

Hentikan kata-kata dan teori-teori bombastik.
Buat
Terus melangkah