Monday, April 30, 2012

couple.cinta.kahwin. erkkkkk

assalamualaikum wbt
.
hai! privet.

hahahaha tergelak tapi tersentak gulp sya membaca status sorng sahabat sya di fb baru2 ni. mesej dia pendek je tapi huraian dia mmg panjang dan mantap. ini status dia kaat fb,

betul, tapi soal ni bukan soal cemburu, or takot tak kawen. chyn-thar ni soal fitrah, bukan hak kita tapi hak Dia samada nak bagi or tak. tugas kita hanya untuk mengawalnya jeeeeee... even orang yg bercinta ni pun mengeluh klau diberi pilihan mereka takkan minta perasaan tu. sedar2 je dah bertempek dah. sbb bak kata sahabat nabi saw abu naufal, "orang yang bisa menghindarkan cinta adalah orang yang hatinya keras dan bodoh, yang tidak memiliki keutamaan dan kefahaman." woa camtu skali. haha.

tapi sya setuju dia cakap
"selesaikan tanggungjawab sbg hamba-Nya, tanggungjawab kepada ibu bapa, sebagai penuntut ilmu."
betul, TETAPIIIIIIIII, ber-chyn-thar or kar-wayne awal tak semestinya kita mengabaikan tanggungjawab tu. sbb yang tu tanggungjawab seumur hidup. ada je org yg tak berchynthar tapi tak selesaikan tanggungjawab tu. cuma yang betulnya orang yang ber-chyn-thar dan kar-wayne ni menambah kan lagi tanggngjwb yg sedia ada. tu lah maksudnya. dah ready ke??

btw sya pegang kata2 dia nak buat blog. hihihi :p

sebenarnya tak kisah pun nak ber-chyn-thar atau ber-kar-pearl ni, asalkan Allah reda. tu je lah yang penting. cam yang sya pernah jumpa kat fb, konsep nya camni; *lukis smula,,
NEVER! elakkan!

piramid hubungan yg inshaAllah diredai. faham2 kan sendiri ye, hihi

priority utama!

soal chyn-thar ni, ada yg mencela, ada yg memuja. cuba baca buku "cinta dan rindu menurut al-quran dan sunnah" ditulis oleh ibnu qayyim. di situ ada perbincangan yg sgt lengkap yg tak berat sebelah. dan eventually anda akan jadi tengah2. ashh cam berpengalaman je hehe :p
kata2 pencela Chyn-Tha
kata2 pemuja Chyn-Tha
bru2 ni entah camne sya terjumpa satu blog suami isteri yg kawin gantung. isteri stdy kat india, suami study kat german. haha. sweet plak tgk and yg paling penting tak menjengkelkan. sbb ni diorng dah halal. sekadar berkongsi, blog isteri http://kotak2dalambulatan.blogspot.com/ blog suami. http://hanafijaafar.blogspot.com/. (saja nak share spy x lupa hehe)

apa yang menarik lagi dalam buku tu, ada cakap actually chyn-thar ni juga boleh jadi salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kita, hahaha, jika anda tak pernah merasa anda takkan faham benda ni, *amboi~
hanya yg pernah merasa je faham :p
so cinta juga bukan sahaja sbg nikmat, malah seksaan dunia,,,woaa! sebab tu lah orang kata, chyn-tha ni samada dua je; bahagia atau derita. takde intermediate. yg ni wallahualam.

baiklah final lagi seminggu je lagi, dan aku masih update blog? huhuhu,,,
btw sya akhiri posting kali ni dengan firmanNya, peringatan buat diri juga;
"Dan di antara manusia ada orang2 yang mengambil tandingan2 selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang2 yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah..." (2:165)
jadi tanya lah diri, mampu ke????

btw sori if ada salah dan silap, ni smua cuma pendapat sya je, anda bagaimana?
p/s buat diri : tak perlu lah nak pikir2 pasal cinta ni, u have a lot others things to worry about?
salam.

update 1/5/12: kata2 ust zaharuddin ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.

Sunday, April 29, 2012

paksa biarpun terseksa. cewah tajuk.

selamat sejahtera ke atas anda.

suka sangat ayat ni yg dishare sorang sahabat kat fb, tapi mula2 cam tak tau sapa yang cakap so tak berminat sgt nak share, hehe, sya ni jenis yg susah ckit nak percya, melainkan klau org tu sya iktiraf or ada dalil2 or apa2. ni perkongsian dia,

then bila sorang sahabat share time dia present dalam kelas islamic studies. baru sya tahu tu kata2 ustaz azhar idrus. woaa, time ni baru lah sya yakin nak jadikan kata2 tu as pegangan. sempat la jgk salin kat satu buku. lagipun ust azhar idrus tu kan hebat. dan sgt aktif berdakwah. *kagum dgn beliau!. ni yang sya catit dari slide tu; *salin laju2,,haha,
bole baca ke ni? haha
tapi saya lagi tertarik dengan ayat ni bila baca satu buku ni. act ustaz azhar idrus bukan lah yang pertama kluarkan idea camni sbb imam ghazali dah cakap lama dulu dah. sori ust azhar idrus anda lambat! haha.. cuma imam ghazali punya len ckit, tapi konsep still sama;
kata2 imam ghazali tentang paksa2 diri nih,
sori ghazali sbb aku sebut nama kau. kau pernah cakap kan,
"lebih aku sukai nama aku tidak disebutkan bila ilmu aku disebarkan"
woaa, sungguh hebat cara kau nak mengelakkan riak demi keikhlasan kpd Allah,huhu..

btw, konsep memaksa ni samalah cam kita bermujahadah dan bersabar. sbb tu lah bila kita paksa diri kita dapat pahala dua tu. tapi if kita buat dgn ikhlas inshaAllah pahala nya lebih berlipat ganda. malah ikhlas juga lah yang menjadi hujah untuk 3org pemuda kluar dari terperangkap dalam gua.

btw, paksa even kita terseksa tu in term of bnda2 wajib je. if benda2 sunat tak perlu lah nak paksa sampai seksa diri sgt.
salam.

Monday, April 23, 2012

P.U.S.H.

salammmm. privet.

baru2 ni sya hilang kad pelajar. puas cari kat intec tapi tak jumpa2 jgk. sorang kata nmpak kat pusat islam, sorang kata cuba tgk kat dewan, surang kata lalu kat tempat yg prnh lalu. pencarian gagal, tanya plak kat group intec fb, takde sape jawab. tanya kat pejabat pun xde. last2 tanya kat bdk yg berpelangaman (hilang kad), fuza pesan buat baru je lah... klau camni lh better awal2 hilang bwat baru,,,haha

lgpun harapan nak jumpa tu cam tipis sgt sbb dalam kad tu juz tulis 'mohammad' bajet cam sya sorng je nama camtu, letak la nama 'ubadah' klau camtu hilang kat tempat len pun org boleh tau, k, merepek la camtu... tp tiap2 hari sya doa, xnak bayar rm30 punya pasal sanggup tunggu je. tp bila dh 2 minggu berlalu sya putus asa nak tunggu, so decide nak bwat baru isnin ni (hari ni la)...

tp hari jumaat hari tu, kat cafe, tetiba jumpa kwn2 sekolah lama, then diorang tnya, "kau dah amik belum kad kau? ada kat pejabat" time ni cam terperanjat jgk sbb baru pergi tp xde,, then rasa cam terharu sgt, then terdetik jgk dalam hati, dh last2 minit baru Allah nak bagi balik,, Allah ni 'nakal' btul, selalu bagi pertolongan kat kita last2 minit kan. haha. mngkn Dia sekadar nak testing iman kita,, sbb Allah xkan bwat sumthing tanpa alasan. dan mngkn juga Allah nak kita

P.U.S.H.

Pray Until Something Happens!

time tu sya ada dgn muiin,, then sya ckp kat muiin sumthing,, then ayat yg muiin selalu ckp,, "tu lah namanya kemenangan bertangguh sbb Allah nak kita berusaha n berdoa dulu" haha.. kdang2 tu sya perasan dlm hidup kita malah dalam family sya pun,,ada satu masa Allah akan uji kita, malah ujian tu dtg bertubi2 sampai satu tahap kita rasa berat sgt,,, dan di saat genting itulah Allah akan bagi pertolongan... so thats why la kita kena baik sangka je dgn Allah,, Dia saja je nak lambat2kn, sbb Dia nak naikkan darjat kita,,, malah menunggu penggabulan sesuatu doa itu juga merupakan sebuah ibadah apalagi nak berdoa.

tahun lepas sya hilang spekmata tp jumpa semula tahun ni. time ni lagi la, tak usaha apa2 pun juz doa je, hehe. btw, sja nak share sumthing kat sini, sumber nya sya ingat2 lupa, sya tak pasti samada ia hadis or kata2 org alim, tapi mmg sya pernah dgr,,nanti klau jumpa semula sya share kat sini inshaAllah,,

saat-saat genting itu salah satu tanda pertolongan Allah akan tiba.

so, when life seems difficult,
P.U.S.H. yourself again and again. dont give an inch until the final buzzer sound.

Thursday, April 19, 2012

buka tirai. (Ana punya pasal)

assalamualaikum wbt

arrgghhhhh,,,,,,hati kecil ni diuji lagi. namun aku reda dengan harapan ada benda besar Allah nak bagi. tak tahu lah tapi walau terasa berat tapi ni hanyalah secebis dugaan dari Tuhan semesta alam. ada insan yg diuji lebih hebat lagi. setiap ujian sesuai dgn kemampuan masing2 dan cukuplah Allah bagi kita.

masalah tu saya cuba lupakan, tapi bila ia bertandang saya cakap pada diri, "jgn pikir masalah tu, pikir pasal Ana!" sebab Ana lagi pnting untuk masa dpan sya. dari mula2 lagi asyik ada masalah je dgn Ana sdangkan Ana lah yang paling saya suka and utamakan brbanding yg lain. tapi still brmasalah dgn Ana sampai ada sorang lacturer tanya saya, "ubadah kamu ni ada masalah ke dengan Ana?"

sya tgk Ana baik je dengan org lain, tapi dengan saya tak ok. sampai trlintas dalam minda sya, adilkah bgitu? sedangkan saya juga bkerja keras untuk memahami Ana. maaflah jika sya tak memahami awk. sya dah cuba yang terbaik namun apakan daya, mungkin kita tak serasi. tapi ni bukan alasan untuk sya abaikan awk. sya masih anggap awk yg sya paling sayang brbanding yg lain. tapi knapa awk buat bgitu pada saya? fine. ok, mulai hari ini saya akan.....berdating dgn awk tiap2 hari inshaAllah. kita dating malam2 kat dewan bringin tau. kat situ sunyi and sejuk, sangat sesuai untuk kita brdua. dengan harapan satu hari nanti kita jadi lebih serasi, amen~
.
.
..................................................................
ok, just nak cakap kat sini, sya dah decide nak buka tirai smula, cam xde efek pun sebelum ni, makin tension ada lah sbb makin pendam kinginan nak menulis makin gian. lagipun tirai and kunci tu just analogi je, even dah tutup tirai pun tp still buka jgk blog, so apa gunanya tahan2 ni. abaikan je lah kunci tu. senang cite, rasa nak tulis, tulis. taknak tulis, takyah. time study, study. senang kan camtu. tapi ingat uba, jangan sampai benda ni mnjejaskan masa depan kamu. pasal fb plak even cancel nak deactivate tapi rasanya lepas ni klau xde reason penting, klau xde reason pnting, klau xde reason penting inshaAllah xkan bukak.
"Tidak ada yg menghilangkn manfaat lebih dari sifat menunda-nunda" ::imam Hasan Al-banna::
fyi, nama penuh Ana adalah Anatomy binti Physiology.
k.bye.salam.

Tuesday, April 17, 2012

fullstop.

assalamualaikummmmm wbt
buka tirai jap,,

bila berkawan, kita tak mengharapkan apa2 balasan pun, biar dah byk bekorban pun. tapi in term of nak jaga ukhuwah, bila dah hanya kita je yang berusaha menjaga ukhuwah itu sedang mereka do nothing. ni dah bukan bekorban, dah macam perhambakan diri. tak kisah la even takde apa2 jasa pun kat sya, tapi asal ikhlas nak berkawan sya terima. tp sori lh ye, bkan sbb tak kenang budi, tapi cukup lah sya memperhambakan diri pd Allah je, takde masa nk jd hamba anda. jd hamba Allah pun tak sempurna lg ni apatah lg nak jadi hamba anda. lol.

tu lah, indahnya ukhuwah bkan terletak pd bestfren tp god-gifted fren. mmg la apa yg anda buat tak lah seteruk cam yg berlaku pd kwn sya yg len, and anda dah janji dgn sya kn, serius mengidam sgt nak jumpa borak2 cam dulu, tapi skranag anda dh tak sibuk jd apa alasan anda? langsung x ingat kat besfren ke? klau anda slalu doakn sya anda akan ingat. tp malas dh nak tunggu. kdng2 menunggu tu lebih sakit dri kita tau hakikat sbnar. sbb MENUNGGU memerlukan KESABARAN dan BAIK SANGKA yg sgt tinggi. tp kedua2nya ada LIMIT nya. minta maaf lah bukan sya tak ikhlas nak berkawan dgn anda, bukan nak putuskan ukhuwah trus, cuma lepas ni jgn harap sya akan bermati2an nak jaga title bestfren kita tp still hope that ukhuwah tu still ada, camne tu wallahualam.

tutup tirai. tutup pintu. KUNCI!!! inshaAllah xkan buka kunci ni lg smpai hbis final.
salam.
<FULLSTOP>

Monday, April 16, 2012

Russa: hari muiin.

assalamualaikum wbt.
buka tirai jap,,, hehe,,penting ni,,*yelatu*

160412
hari ni hari jadi muiin. ikut plan asal nak tabur tepung je. tapi yg sepatutnya beli tak beli plak. haha. dia ingat orang len kena beli. pikir punya pikir, last2 dapat wahyu kami guna 3in1. hahaha. :D macam2 brand and bau ada. cuma takde air panas je, klau tak,~~ :p

mula2 muiin tgh tido, then kejot dia, *kesian dia haha* angkut bwk turun dan~~ pam pam pam...


btw, 2 hari lepas kan birthday jimmy. time tu plan asal cancel. so kali ni jgk kami trap jimmy. haha, tapi jimmy sedar awal, laju gler dia lari, haha.

muiin, selamat hari jadi, semoga Allah mmberkati kamu, semoga sgla amalan2 mu diterima, doa2 mu, taubat mu,, semua sgalanya Allah terima darimu dan berikan yg terbaik dlm smua perkra, *moga dapat isteri yg solehah*, lagi semoga Allah memurahkan rezeki kamu,,, amen~ *utk jimmy skali*
salam.
*tutup tirai smula hihi*

Saturday, April 14, 2012

tutup tirai.

assalamualaikum.

semoga Allah memberkati kita. semoga kita diberi hati yg teguh bersabar dan sentiasa bersyukur. ya Allah Tuhan semesta alam, ampuni lah dosa2 kami, huhuhu. :( sya akan cuba yg terbaik untuk menjadi lebik baik. dan satu janjiku, takkan berpaling dariMu...*tp ampuni n ingati ku andai aku terlupa,, amen~~

certain time rasa macam nak menulis, tapi tak smua boleh dikongsi.. dan agak2nya sbb terlalu byk n lama terpendam, maka sya ternangis dalam tandas tadi :((((((((
certain time asyik fikir nak private je blog ni. tapi cukup lah skdr bersara je. final pun makin dekat. doa kn sya dan shbt2 russa sya di sini. kami mmerlukn doa2 anda smua.
.
.
.
.
minta maaf.
terima kasih.
.
.
tolong jgakn tikus sya eh, sya baru tau dia akan ikut arrow, ada org gtau, haha. bagi makan tau. 7 biji sehari. jangan byk2 sgt. takut dia mati sembelit.
terima kasih.
.
btw sya pun tumpang gembira sgt2 melihat kwn2 dah habis study. :)
tahniah, anda telah berjaya menempuh jalan jihad dengan jayanya.
.
tutup tirai.

salam.

Russa: Lake Garden Trip.

assalamualaikum wbt
privet

140412
hari ni pergi lake garden kat KL. tapi sebelum tiba ke destinasi utama, ada beberapa tempat yang di singgah. ikut plan asal mula2 muzium negara, masjid negara, muzium polis, planeterium, taman orkid, taman rusa, then baru lake garden. trip ni disertai oleh sir afiq dan sir nizam. miss olga pun ada juga.
ty sirs for joining us! :)
malaysia pun dah ada angkasawan :)

"alang2 tu" haha,, dlm kwsn melaka n jepun.

bersama young tigerss,, gerrrram! :p

muzium polis.

dlm capsule anti gravity,, so dizzy in there :p

on planeterium tower. miss olga n lim harn chiern :)

kat taman orkid :) 
trip kali ni sangat simple, cuma jalan2 dan lawat tempat2 menarik kat citu., cam budak2 sekolah punya trip. hahaha. tempat yg dilawat pun cam biasa2 je, tapi yang jadi best sebab benda ni pergi dengan kawan2. lagi2 lah ramai2 satu pogram. hehe :p

32of us. wif sir afiq, sir nizam and miss olga.
yang sedih nya, semua tempat dah pergi KECUALI lake garden, huhuhu,,,,, sebab hujan. sedih sangat. tu lah actually tempat kemuncak untuk trip kali ni. tapi nak bwat camne, takde rezeki. hopefully ada la hikmahnya Allah bwat camtu. :)

hari ni birthday jimmy. so mst la sambut :)
smoga Allah memberkati mu tirmizi!! :)
for this trip,,creditto: kimberly,shamin,hajar,sir.afiq. *sori klau ada yg lupa nak mention*
salam.

Friday, April 13, 2012

nasihat ust riduan: syria.

assalamualaikum wbt
zdravstvuite

110412
malam ni sya dengar talk "the divine truth: syria" pasal syria kat cemara. talk di talk oleh ust Riduan Mohd Nor. sedikit perkongsian,,


  • "syria adalah bumi yang diberi berkah, tempat lahirnya ramai para sahabat, dan memiliki bangsa yang sangat penyantun"
  • "bila dengar 'yahudi' sebut 'laknatullah'."
  • "bukan sempadan negara yang memisahkan kita, tapi benteng kita adalah ucapan Lailahaillallah. rakyat syria, mereka adalah saudara kita!"
  • "sesungguhnya muslim itu bersaudara 49:10"
  • "apa lagi kaedah yang kita ada melainkan boikot. sekadar demonstrasi tak bawa ke mana2 jika tiada tindakan"
  • "remaja hari ini semangat buat demonstrasi, buat perhimpunan sampai berpuluh2 ribu. tapi masih membeli produk yahudi, untuk boikot macam2 alasan, kata nak sokong palestin tapi diri sendiri menyumbang pada zionis"
  • "malaysia negara ke10 paling banyak berhibur ikut kajian Nelson, pakar kaji"
  • "majoriti rakyat syria adalah sunni"
  • "Hasbunallah wani'mal wakil. kuasa Allah lebih hebat dari bashar laknatullah."
  • "imam hassan al-banna berkata, tanggungjawab manusia itu lebih byk dari masa yg ada"



satu hari nanti piramid ni akan terbalik, amen~~
ok tu je nak kongsi,, harap dpt manfaat, untuk peringatan bersama...
salam.