Monday, January 27, 2014

cuti winter 2014

happy happyyyy! :D :D :D sebab dapat tukar username google+ daripada "Si Tikus" kepada "Ubadah Z".hihi. tiga bulan weyhh baru dapat tukar tadi! kalau ikut policy google boleh tukar 2 tahun sekali je kott hahaha. rasa macam budak2 je pakai username Si tikus tu. 2 dekad dah umur aku time tu. kenapa ek? entah lah aku sendiri pun taktau kenapa dalam banyak2 nama, nama si tikus tu yang dipilih, and taktau pula ada limit hihi. mujur. alhamdulillah. tapi pelik kenapa "Ubadah Zabidi" rejected. o.O ok, takde benda lain ke nak cakap kat sini lagi? haha.

okei. pasal cuti? ya, baru 4 hari cuti berlalu. cuti winter tahun ni saya berhibernasi je kat hostel ni. tapi setakat hari ni tiap2 hari pergi jalan keluar even suhu -24 pun nak elak bosan punya pasal. kadang bosan tu lebih terseksa daripada busy. time busy lah macam2 benda nak buat, mood is at its best, idea pun melimpah2. especially busy time study week, everything seems interesting (than study at least). tapi bila tiba cuti, taktau nak buat apa. dan paling bahaya; overthinking. for me lah personally. even small things pun boleh jadi besar. susah. dan untuk cuti ni aku ada planning. banyak tapi atas semua tu, at least nak jaga mutabaah amal inshaallah.

nak bukak fb or instagram, sekarang penuh dengan gambar trip masing2. blog lagi lah, sunyi sepi hoho. tapi selain tu banyak lagi benda boleh buat. macam? macam-macam. tadi tengok cerita Miracle in cell no.7 baru ambil dari wardah. pfftttt semua orang patut tengok cerita tu! serius..:) tengahari sebelum tu pulak tengok cerita hunger game 2, cerita bertemakan revolusi. revolusi~ kuat maknanya. sampai boleh merebak2 macam api. cuma perlu initiator je. huhu.

and alang2 tu nak ucap alhamdulillah sebab dah lepas semester 1 untuk tahun 2. semester ni banyak melatih aku dalam emosi dan persahabatan. baru aku faham erti ukhuwah; bukan retorik, ia tak semudah yang dilafazkan. dan aku lebih kenal siapa diri aku inshaallah. dari segi ikhtilat pun, better than tahun pertama aku di sini. malah photography and drawing skill pun dah improve. *yakinn je haha* literally lah haha. semester dua ni, kalau tak makin baik pun, aku harap biarlah istiqamah dengan apa yang ada. mohon doa ye. :)



oh ya, paling best winter kat russia ni sebenarnya bukan snow semata2, tapi waktu siang pendek, waktu malam panjang, dan semua orang menutup aurat. :3 dan sebab suhu sejuk melampau dan salji tu nanti akan jadi air/lecak jadi autumn is still in my heart. haha.

Saturday, January 11, 2014

hobi dan 'kerja' saya; melukis.

assalamualaikum warahmatullah

bukan benci tapi saya tak boleh kalau ada orang nak borak2 dengan saya time tengah melukis. apatah lagi nak kacau. sebab saya ni noob melukis melainkan dengan mood. ecehh. jadi, mood tu penting dan bila melukis tu anggaplah saya ni berada di dunia lain. mimpi indah lah misalnya, then tetiba ada orang kacau? mesti lah tak suka kannn hahaha.. even sometimes saya kunci pintu atau pun tunggu lewat malam baru melukis. first sebab waktu malam kan mood tinggi, second sebab tenang orang dah tidur. lagipun segan lah kalau orang usha rasa awkward. malu. :3 dan berbanggalah kalau anda saya layan walaupun tengah melukis nih hehe.

dan ditakdirkan, di bumi saya berjihad ilmu ni, berjumpa dengan seorang ikhwah yang pandai dan minat melukis jugak malah lebih hebat daripda saya. yup, sebelum ni akhawat je segan nanti. dekat sekolah pun,,,hmm even budak2 ambil seni pun tak pandai melukis sangat. hikhik jahat gile cakap camtu, even diorang pun tanya saya kenapa tak ambil seni. menyesal? nope. sebab pada saya, cita2 ini lebih besar daripada minat saya tu. sebab nak ambil seni kena masuk kelas sains sosial. sains sosial takde bio, kimia and fizik. hihi. dan alhamdulillah saya diizinkan allah untuk meniti jalan impian saya ini. walaupun hakikatnya ramai lagi yang lebih layak, sampai saya sendiri rasa bersalah,,ya,,selalu. huhu.

berbalik pada khadaf asal post ni, ditakdirkan lagi instead of jual, sahabat ikhwah saya tu bagi percuma je pada saya eh untuk helmi juga. jadi hak milik bersama. walaupun kami nak beli, dia nak juga bagi free. degil hoho. oh ya lupa nak cakap apa benda yang saya dapat tu, ehemm, jeng3!!!

ini lah dia! digital drawing pad. :)
jazakallah khairan kathera akhi yus:)

ikut plan, tahun depan (3rd year nanti) nak beli. tapi allah percepatkan. free lagi. alhamdulillah. rasa bersyukur sangat. perasaan time tu sama macam perasaan saya mula2 dapat kamera dslr. walaupun hakikatnya saya tak pernah guna apatah lagi reti. dan nak clarify kat sini, saya noob bab2 mewarna ni sebenarnya! hahaha since sekolah rendah lagi...tapi itulah cabaran yang terbesar setakat ni, saya kena kena belajar jugak! yup saya kena keluar dari zon ego saya ni hehe, rasa macam budak2 je tengok video how to colour or painting. lagipun saya harap saya dpat pergi jauh lah dengan so called bakat ni. ni ha nak share lukisan2 pertama saya :)
first! guna artweaver yang ni :)
start dari sini guna photoshop.

refer hadis bukhari 6417

dedicate untuk syrian refugees :(
dedicate untuk kanak2 syria :(
lukisan lama yang dilukis semula.
jiwang detected :3
tapi camne kalau 'pain of remorse' tu dah tak rasa? o.O anyone??
spoiler utk next poster imam ekeke.
dan bukan nak takabbur or ujub, nauzubillah, tapi melukis ni boleh kata mutual talent of family lah juga. jadi mungkin, even saya mula melukis form 3 (after pmr) saya tak bermula dari 0,tapi saya mula dari 1,2 or 7 camtu lah. tapi progresif saya agak slow sebab form 4 saya hampir tak melukis apa2. tak caya meh datang umah tengok album saya ada tarikh lagi hihi. dan adik2 saya lagi hebat melukis. kadang tu jeles dibuatnya. ok dah mengarut meleret2. -,- apa yang saya nak cakap sebenarnya; bakat melukis ni daripada allah. apa2 pun semua daripada allah. bakat atau usaha hanya asbab je. dan kalau sesiapa nak belajar melukis tu, masih belum terlambat selagi jari masih lembut, selagi musculus flexor digitorum, musculus flexor pollicis superficialis, musculus extensor digitorum and yang sewaktu dengannya masih lincah kembang kecut ya untuk menggerakkan jari jemari. ecece mentang2 belajar anatomy. oh ya uba 6 hari lagi exam ya in case u forgot! hahaha,, fine!!! skit lagi ni :p nak saya ajar? boleh haha tapi kena booking masa lah. tapi apa lah sangat dengan melukis ni kan,,,banyak lagi skill2 yang lebih bermanfaat. :)

ok habiskan cepatttt,,, tentang melukis juga,, ya, its one of my hobby. tapi allah takkan bagi saja2, pasti ada sebab. ok bukak quran (page394) surah al-qasas 28 ayat 77; allah kata here is for Hereafter;
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepdamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
hm, faham kan? then saya tak tahu nak explain apa lagi.
tapi inshaallah, melukis bukan sekadar untuk melukis. maksudnya melukis bukan setakat hobi,
tapi,,
melukis adalah kerja. malah ibadah.
kerja apa? you know what!!

tajdid niat.
doakan supaya saya istiqamah.
moga allah terima.
untuk muhasabah bersama. inshaallah.

adoi time2 camnilah banyak idea datang, mencurah2 haha.
okay, start fokus balik. pi menghadap Ana bt Tomy tuh..tapi katil pun memanggil juga, hehe tak tido lagi nih. nak tunggu subuh dlu..
mohon doakan kami exam ya ^^

Friday, January 3, 2014

random: ikhtilat.

assalamualaikum warahmatullah

ikhtilat
apa tu? noob gila kan taktau, tapi chill la,
syeikh yusuf qardhawi pun kata, "ikhtilat adalah istilah asing dalam kamus islam, dan baru dipakai dalam penulisan ulama sekarang." sebab zaman nabi saw dan para sahabat, tak wujud pun istilah ni apatah lagi secara praktikalnya. tapi tak bermakna tak penting. kerana penting lah ulama2 sekarang pakai istilah tu. kerana isu ini telah menjadi virus yang boleh merosakkan kesucian dan maruah islam kalau diringan2kan.

ikhtilat = pergaulan lelaki dgn perempuan.
tak semestinya melibatkan fizikal, malah juga hanya lisan dan penulisan.

bercakap soal ikhtilat, ada 3 macam golongan.
pertama mencegah, yang ni agak syadid.
kedua menjaga, yang ni wasatiyyah (sederhana) mungkin?
ketiga membenarkan,, nauzubillah.
anda yang mana? tapi mana yang betul?

eh saya di sini bukan nak menghukum, tidakkk.
cuma ingin berkongsi pandangan tentang isu ini.
lagipun hukumnya berubah2 ikut keadaan; haram, halal atau harus.
pada saya, bertanya pasal ikhtilat, kita tak memerlukan fatwa!
masing2 tahu batas2 dan adab2 pergaulan berlainan jantina. common sense je..
if you have iman, you will know when its get wrong or right,
and kalau rasa dah overboard, stop lah...
yang penting tunduk pandangan dan jaga kemaluan.
tapi itulah dua benda yang paling susah,
especially bagi lelaki lah,,yang dominant sex hormonnya adalah testoterone, in case tak tau sebab saya pun baru tau testoterone tu sex drive hormone,,sbb tu lelaki mudah terangsang, perempuan ni bertempat sbb perempuan ada sikit je hormon ni hehe,,
jadi, sebab tu lah APG cakap,
syadid dalam ikhtilat tu lebih utama daripada meringan2kannya.
syadid? so totally jangan berkawan dengan perempuan?
yessssssssssssss. wakaka rilex braderr,,tu sebagai benchmark je actually. asalkan kita menuju ke arah itu atau sekurang2 tidak ke arah bertepuk tampar, cium peluk dsb ok over sangat dh tu. mohon kahwin je terus kalau camtu ye.
boleh untuk nak berkawan, apatah lagi nak berukhuwah.
cuma ni je nak cakap, (eh macam dah cakap je,hehe)
syadid dalam ikhtilat tu lebih utama daripada meringan2kannya. -APG-
bye2.

Monday, December 30, 2013

mohon doa kalian.

assalamualaikum warahmatullah

dalam kurang 24 jam, berlaku dua letupan di tempat saya menuntut ilmu ni, yang ke 3 sejak dua bulan lepas. semalam 17 mati, hari ni 10 mati. siapa yang buat? islamist. wallahualam. moga kami ni dijauhkan dari fitnah. allahu. tujuan? masih menjadi tanda tanya. apapun motif mereka, saya malah semua pelajar malaysia menentang perbuatan tersebut! yang terbaru tu, dalam trolleybus yang memang tiap2 hari saya naik jadi ada rasa goosebump di situ huhu. 

terasa menjunam semangat, down,,lemah lutut,, takut. bukan takut jadi mangsa, tapi lebih takut dengan kesan daripada insiden ini. seolah2 mesej yang ingin disampaikan adalah, pengganas ada di mana2! mesti la orang panic kan. agak2 lepas ni macam mana lah layanan dan renungan mereka kepada kita, terutamanya muslimah yang bertudung. kesian mereka. dan kalau selama ni baca berita tentang perang, agak2 perasaan takut ni berapa peratus la ye. 5% je kot huhu. entah2 keluarga dan parents di malaysia lebih risau dan takut akan keadaan anak mereka di sini. no worries~ be happy~! :)

alhamdulillah tiada pelajar malaysia yang terlibat. dan inshaallah takde amenn.
moga allah jauhkan kami dari fitnah dan malapetaka.
hasbunallah wani' mal wakil.
Dia lah Al-Wakil sebaik2 tempat bergantung.

anyway, saya bersimpati dengan orang2 yang menjadi mangsa.
kalau di boston dulu 3 mati je satu dunia sokong cakap "boston strong"
then tak salah kalau kat volgo ni yang lebih 20 mati saya cakap,,
"volgograd strong!!"

bismillahitawakkal tu alallah.
mohon doa semua. :)
1037H 301213

Tuesday, December 24, 2013

abu ubaidah al-jarrah.

assalamualaikum warahmatullah

tahun lepas saya ada bangkitkan satu persoalan, tentang seorang sahabat rasulullah saw yang dikenali sbgai seorang yang pemalu tapi panglima perang yg hebat. malah dia dipilih rasulullah saw untuk menyelesaikn masalah satu kabilah menyingkir umar alkhattab yg pada waktu tersebut mendongak2 kepla supaya dipilih baginda. kerana yg diminta kabilah itu adlh org yg paling dipercayai dari klgn para sahabat, maka baginda memilih abu ubaidah aljarrah. dalam kisah yg lain umar al-khattab memilih abu ubaidah instead of others sebagai aset yang dia inginkan utk manfaat islam. dan kalau beliau masih hidup waktu itu, umar al-khattab memang berhasrat melantik abu ubaidah menjadi khilafah selepas beliau.

nabi saw kata, setiap umat ada pemegang amanah, dan pemegang amanah umat baginda adalah abu ubaidah aljarrah. dan cukuplah kot andai kata saya cakap, gelarannya adalah amirul umara; pemimpin pemimpin-pemimpin. lebih hebat, beliau termasuk 10 orang yang dijanjikan syurga. mashaallah.

bukanlah di sini saya nak mengagungkan abu ubaidah al-jarrah. tapi sekadar ingin menceritakan kehebatan beliau hingga rasulullah saw sendiri kata dalam satu hadis, abu ubaidah adalah antara 2 sahabat yang paling baginda cintai. beliau ni memang terkenal dengan sifat amanah, pemalu dan panakluk parsi dan masjidil aqsa. supaya kita sendiri pun mendapat sentuhan tarbiyyah beliau ni. inshaallah.

*********************************************************************

dan satu kisah yang ingin dikongsi, bila abu ubaidah sbgai panglima perang memimpin tentera islam menawan semula masjidil aqsa, beliau dilantik umar alkhattab menjadi gabenor al aqsa. tapi selepas tu penyakit taun menyerang kota suci tersebut dan umar alkhattab memanggil abu ubaidah pulang. petikan dalam surat umar;

"andai kata surat ini sampai waktu siang, maka kau pulanglah sebelum malam. tapi andai kata surat ini tiba waktu malam, kau pulanglah sebelum pagi."

dan balas abu ubaidah aljarrah, beliau tak sanggup membiarkan rakyat dan tentera2 islam di situ sedangkan dia pulang, dan hanya menerima apa2 ketentuan allah kelak. membaca surat abu ubaidah, umar alkhattab menangis sehingga sahabat2 yg lain ingat abu ubaidah dah mati.

*******************************************************************

kita tahu, umar tu tegas dan berjiwa kental. tapi setegas2 umar boleh menangis hanya kerana sahabatnya enggan pulang. beliau risau andai apa2 terjadi pada sahabatnya, itulah mesej yang ingin saya tekankan di sini, tentang ukhuwah (baca: persahabatan).

kadang2 kita sendiri mudah mengungkapkan ukhuwah. tapi sejauh mana level ukhuwah kita? kata murobbi saya, ukhuwah tu hanya terbukti dengan air mata dan darah. sebelum ada air mata atau darah yang menitis untuk atau bersama sahabat kita, maka ukhuwah kita hanya retorik; perkataan semata2. tapi tak bermaksud ukhuwah tu tak wujud, sama ada ia masih lemah atau belum terbukti lagi. dan banyak lagi kisah tentang ikatan ukhuwah dalam sirah, mereka bukan saja berukhuwah di dunia tapi mengharapkan lagi di akhirat kelak.

nak berbicara tentang ukhuwah, tidaklah semudah yang dilafazkan. dengan air mata dan darah sbgai bukti. tapi takyah cakap pasal dugaan berat tu lah,, sebab actually dengan perkara yang remeh pun boleh menduga. soal menjaga hati dan sensitiviti misalnya kadang2 kita sendiri terasa andai kata sahabat kita pergi ke sesuatu tempat bersama orang lain tapi tak ajak kita, terlupa ke, tak mendapat perhatian atau rezeki/ilmu yang didapat tidak dikongsi. semudah itu. jadi dalam ukhuwah memang banyak dugaan walau pada benda remeh. so biasalah tu kalau terasa hati hihi sebab kita selalu mengharap lebih dari mereka, so rendahkan sikit pengharapan tu.

nak selitkan di sini, ukhuwah tu mesti disandarkan kerana allah. dan tak semestinya berukhuwah tu perlu sentiasa bersama. kadang2 yang terpisah beribu batu pun ukhuwah masih utuh. dan saya sendiri pun tak mau sempitkan zone ukhuwah tu untuk dakwah, sebab ada certain orang ni,,pada dia ukhuwah tu hanya dalam dakwah,,di luar dakwah adalah kawan. erk. ok, cukuplah setakat ni. sebelum publish nak share satu ayat;
Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)

Surah Az-Zukhruf ayat 67

Monday, December 23, 2013

random 241213


"aku dah ada orang menunggu la"
"dah tu announce je lah, jangan bagi harapan pada orang"
"bagi harapan? pada siapa?"
"...."

bagi harapan? pada siapa?

dan sejak tu, persoalan tu memang betul2 melekat dalam kepala saya. saya tak kisah ada sape2 nak mengharap pada saya, ia diluar kuasa saya, tapi risikonya anda tanggung sendiri. yang menjadi rungsingnya, pada siapa saya bagi harapan? sedangkan selama ni, saya akan cuba elak melayan, kecuali kalau mereka ada dalam friend zone. kalau yang berada di luar friend zone tu, cukuplah hanya dengan kenal muka and nama. hmm,,

menjadi orang yang pesimis, dengan hati yang sensitif, memang benda ni ujian yang berat pada saya walaupun pada anda, ia hanya tiada apa atau benda remeh je. terasa hati? iri hati? empati? simpati? hmm memang banyak yang saya rasai, jadi jauh sekali untuk saya menghancurkan harapan orang. tapi ujian perasaan semua tu apalah sangat nak dibandingkan dengan orang lain. saudara2 kita di syria, gaza mesir tu,, or sahabat2 yg berdakwah semua tu,,,ugh stop it,, stop comparing i hate it.

announce?
memang awal2 lagi nak buat, tapi macam dah lewat sangat, tetiba orang kata apa lah plak nanti. eh bukan pikir apa orang kata, tapi kita hidup dalam komuniti so kena la consider pasal orang lain jugak. dan kalau hanya saya je nak announce, sebelah pihak lagi taknak,, memang takleh buat apa,,tapi kesannya bukan pada saya, tapi orang lain...

ataupun selama ni, bukan saya yang memberi harapan, tapi orang2 sekeliling.

fuhhh,,astagfirullah...cukup2! 
.
.
.
terasa banyak lagi nak menulis, melontarkan rasa,,ecece..tapi Ana bt Tomy dah memanggil2 untuk dibelai. tinggal lagi dua kelas, then exam. huhu moga allah permudahkan. dlu subject ni yg paling saya benci kat intec, kat sini ia subject yg paling saya suka.

**********************update 25/12/13****************

saya tarik balik kenyataan tak kisah kalau orang mengharap pada saya tu. sebab tu prinsip saya cuba elakkan. malah sya sendiri takut kalau saya tak sengaja menaruh harapan pada orang lain. sebab sakit bila harapan sendiri hancur, apatah lagi nak menghancurkan harapan orang.

Saturday, December 21, 2013

my winter photography journal 1 hehe.

assalamualaikum warahmatullah

actually im very dissappointed with the photos i took during previous winter. feeling like a noob,oh yes you are hikhik. if you see my albums (in fb) they are mostly bluewish and no snowfall captured at all. so recently i surfed thru the internet, reading articles, watching videos but there were none specifically talking about winter photography the way i wished for. mostly about camera setting and self attire, which are~common sense for all photographers~

but then i decided to discover them by myself. practically. i went photoshooting with my friends (my model hihi) and tried few skills like playing with angles and light. so here im, to make my own article regarding this topic, just for sharing and for future reference in case of forgot. but it doesnt mean photos that i've taken are great,,but what i can say is,,it's what i wanted them to be and at least it is better than before la. haha.

how to shoot the exhaled air

no edit, no filter, no effect
but first of all--> camera setting - make sure ur white balance is not set to blue. set to auto la senang haha.
no edit, no filter, no effect

 how to take photo together with snowfall

no edit, no filter, no effect

how to take photo of person blowing a snow

hmm,,for this one make sure you do this right after snowfall because if not the snow may not be able to be blown, but become snowball instead haha,,but still we can take a photo of person throwing snowball right haha *baru terfikir*. and same also, the background must be dark to make the blown snow visible.
editted. model: jimmy (nama sebenar: tirmizi)

ok i think thats all. simple je hee. but there is one thing in my winter photography wishlist,,i want to take a clear photo of snowflake! hehe but in this case i need a macro lens,,but since it is expensive and not really useful, i prefer the alternative method,,by using either extension tube or macro converter. so,, another thing to learn huhu. inshaallah.

so what i can conclude is, if you want to capture the snowfall, blown snow or breath air, take note;
  • the background must be dark, (to make the snow visible)
  • choose lowest aperture, (to get blurred background) and 
  • apply rule of third (the object must be 1/3 of photo - basic for portrait photography)
and yeah,,even i use dslr sony a37 but trust me, if u use even mobile phone but using right techniques, u will get almost same result as dslr's. why? because i've seen some pictures taken by others only by using camera phone,,the results were what had challenged me to take better. seriously! haha :D

and of coz,,to have good photos,,you have to edit also. poyo giler la kalau taknak edit, even pro pun edit la. hahaha.

and,,,just to share here, my photo blog :)
http://www.flickr.com/photos/ubadahzabidi/
do visit k hihi.

Friday, December 20, 2013

bilik saya.

assalamualaikum warahmatullah

tiap kali ber-roomates dgn orang lain,,
sentiasa hidup dalam serba salah,,
sebab mereka kena tahan dengan habit saya ni,,huhu..

sekarang saya seorang je kat bilik ni.
seronok!
sebab bebas.
luas.
tak perlu fikir pasal orang lain.
tak perlu pakai earphone.
boleh pasang heater sentiasa hehe. (i hate cold.)
boleh letak barang kat mana2 ikut suka.
hak cipta milik kita semuanya (katil and almari) hahaha.
bilik boleh sepah
boleh study sampai larut malam
and nak pasang alarm setiap 30minit pun ok.
abg yin pun cakap; bila sorang2 ni, hati dekat dgn allah :)

since nasrul and shamin masuk kvartira, jadi saya subtitute bilik ni :)
tapi.
kan saya seorang je.
dua persoalan utama,,
mampu ke bangun subuh sendiri? esp summer nanti.
mampu ke jaga iman dan hati? huhu

yang saya nampak, mungkin la,,
kalau ada roomates, ujiannya antara manusia,
tapi kalau sorang2, more to kita dgn allah,
sejauh mana saya mempraktikkan nilai ihsan,
yakin allah melihat, walhal kita sendiri belum melihat allah.
dan sejauh mana saya mujahadah dan muraqabah.
(muraqabah: merasa sentiasa diawasi allah)

saya selesa duduk sorang,
rasa tenang malah seronok.
tapi boleh ke?
yup,,ada pro, ada cons.
jadi saya tak menolak andai kata ada sape2 nak masuk,
malah saya mengalu2kan sngt hehe,,tapi,,,
in advance akan saya cakap,
first,,,saya suka bilik yang panas.
second,,,,saya mungkin akan pasang alarm setiap 30 min setiap pagi hihi.
tapi mana2 pun, saya merancang, allah pun merancang,,
dan perancangan allah tu,,adalah terbaik! so,chill.
:)

*hmm, arip kata nak masuk bilik ni nnt hehe.*

Saturday, December 14, 2013

salahkah nak bergembira?

assalamualaikum warahmatullah

winter. terlalu banyak cerita; suka dan derita. ada masa betapa indahnya salji sampai tak henti lidah mengucapkan 'subhanallah', ada masa bila salji cair menjadi ais maka mulalah beristighfar sepanjang masa, dek kerana sangat menderita dengan kesejukan yang mencucuk dan jalan yang licin namun pengajaran tentang ketabahan daripada saudara2 kita di mesir, syria dan gaza memberi kekuatan untuk bertahan malah secara tak langsung memberi gambaran suasana mereka di sana. kita sejuk kejap2 time keluar je, mereka 24 jam kesejukan. allahu. mohon allah bantu mereka, kuatkan mereka ameennnnn,,

apapun, bagaimana kita berhadapan dengan winter, sedikit sebanyak memberi gambaran siapa diri kita. ada yang semalam memuji2 winter, hari ni menyumpah2. tu annoying la, sape suruh luah perasaan kat public, kan dah kena judge, bak kata ummi,,, kalau kita meletakkan diri kita di tempat yang rendah, jangan marah kalau ada orang yang merendah2kan kita. malah ramai yang menjadikan winter ni sebagai bahan; sebgai medan photoshooting (yes its me), sebagai medan beribadah (malam lebih panjang), sebagai musim berhibernasi (contohnya beruang hoho) dan lain2 lagi wallahualam.

hmm,,ok direct to the point-->
hanya kerana kita seronok2 dengan winter, terus dikatakan sebagai lupa ummah?

ohhhh,,,,

ohhhhh,,,,speechhhlesss

sya bukan nak riak lahh,,tapi sejak blizzard hari tu,, tiap2 malam saya menangis membaca dan memikirkan tentang saudara2 kita di sana,, saya benci sejuk, jadi saya tahu betapa seksanya kesejukan yang mereka rasa,,,ya sya berseronok dgn winter, tapi saya tak lupa mereka!! salahkah nak bergembira?