Tuesday, March 14, 2017

Cinta yang aku faham untuk sekian lama adalah rasa yang berkecimuk untuk memiliki. Maka sangat sulit bila aku diuji dengan ujian hati. Rumit bila hati diuji. Bukan mudah untuk aku menerima frasa, kalau dah jodoh tak ke mana. Cinta harus memiliki!
Cinta yang aku faham untuk sekian lama adalah mengusahakan temu dengan yang dicintai. Kita menggunakan kudrat & harta yang ada agar satu hari nanti kita dapat berjumpa dengan dia yang kita cinta. Bersatu! Juga, kena lah dengan janji bahwa pertemuan dengan tuhan itu nikmat terbesar di syurga nanti.

Namun, ironinya cinta tak semestinya memiliki. Berkali aku cuba nafikan.
Cinta harus memiliki!

dan...
Pada waktu ini Salman AlFarisi hadir membangunkan aku dari mabuk.

"Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan.."
( Jalan Cinta Para Pejuang, Salim Fillah)

*angin*

ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat nabi ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan.

Salman, dahulu sejak aku mula-mula di bangku memahami agama ini kau membuat aku jatuh cinta akan proses pencarian kebenaran. Kini, tentang keikhlasan.. jzkk khaer

Masih banyak soal ikhlas yang harus aku pelajari...

Sunday, March 12, 2017

MENJADI BAIK

Saya membesar dengan stigma dan sekeliling yang memandang 'badboy', agresif atau nakal tu sesuatu yang cool. Digilai ramai. Kalau tak nakal tu kira takde benda la nak cite kat anak cucu nanti. Maksudnya jadi baik ni bosan la. Budak-budak baik ni noob.
Dalam erti kata lain, jadi baik ni adalah sifat orang lemah & hambar. Ada yang berusaha dilihat otai & stylo, menggunakan kata-kata kasar, merendah-rendahkan orang lain agar tak terlihat lemah.
Jadi budak baik ni selalu kena buli,,jadi mangsa keadaan,, kena mapuh...

Tapi apa aku belajar daripada Islam lain..

islam kata menjadi baik itu adalah salah satu benda yang paling kuat akan pernah kau buat dalam hidup. Mengawal kemarahan itu adalah definisi bagi kuat dalam islam, bukan sado. Menjadi paling bermanfaat adalah kriteria menjadi manusia terbaik, bukan jutawan. Cantik yang sebenar adalah pada hati dan akhlak, bukan rupa.

Menjadi baik tu tak mudah, perlukan kesabaran yang tinggi. Dan kesabaran itulah refleksi iman & kematangan seseorang. Meski bukan yang terbaik, tapi usahakan untuk jadi baik & lebih baik.


”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” An-Nahl: 128

Friday, March 10, 2017

azam AZAM

"Kenapa uba nak jadi presiden AZAM ?"

Soalan apakah yang diajukan ini?

Pertama, memang aku dah jangka. Kalau tak jangka memang dah bertanding jadi presiden MSA hahaha.
Kedua, masa aku dilantik masa tu aku kat Malaysia. So keputusan yang dibuat tu berdasarkan keputusan syura. Keputusan syura bukan terbaik tapi yang paling selamat. Prinsip aku.
Ketiga, dah pernah cadang utk jelmakan orang lain sebagai Presiden, tapi tak dipersetujui atas muhabasah daripada lokaliti lain.
Keempat, inilah masa menterjemah semua idea-idea yang dah terkumpul sepanjang 3 tahun menjadi kuli AZAM Russia. Hah.

Tapi aku faham saja kenapa soalan itu diajukan. Sahabat yang sangat memahami. Dia lebih tahu kapasiti aku. Jatuh futur bangun bangkit aku adalah bersama keberadaan dia. Dan aku pernah beritahu aku tak nak jadi presiden, sebab Ubadah Zabidi lemah mentadbir. Ubadah Zabidi lebih cenderung untuk pilih kerja 'buat' berbanding 'urus'. Aku lebih selesa jadi kuli daripada menguli. Tapi sampai bila?

'Serve to Lead'

Ini adalah motto yang dicanangkan sejak aku dibangku sekolah lagi. Berkhidmat untuk memimpin! Bukan beerti bila dah lama berkhidmat, kena memimpin pula. Kurang tepat. Yang sebenar- erti kata disebalik motto ini adalah UNTUK MEMIMPIN, KITA PERLU BERKHIDMAT terlebih dahulu.

Aku sudah 3 tahun berkhidmat untuk AZAM, 3 tahun jadi kuli AZAM secara berportfolio. Kalau khidmat kudrat tu jadi lah 4 tahun. Aihh pedulikan angka tu, my point is aku sudah sangat sayang dengan AZAM. Daripada zaman dihina, dimapuh... sehingga zaman dirujuk, dicontohi. Semuanya aku jadi saksi.
Lebih-lebih lagi tarbiyyah aku slow macam ciput, jadi medan amal aku stuck kat wadah je, as in AZAM lah. Lama juga terperap dalam AZAM tapi....

Dengan AZAM aku kenal erti perjuangan.
Dengan AZAM aku kenal erti tadhiyyah.
Dengan AZAM aku kenal erti amal jamie.
Dengan AZAM aku kenal erti khidmah.
Dengan AZAM aku bertemu gerak geri yang menginspirasi.
Dengan AZAM aku bertemu jiwa-jiwa yang luar biasa.
Dengan AZAM aku dapat menterjemahkan rasa cinta kepada ad-din islam
Dengan AZAM aku dapat menebus doa kelalaian aku untuk ummah
Dengan AZAM aku rasa hidup

Dan aku mahu adik-adik dan sahabat-sahabat turut merasai semua ini.
Bagaimana akhirnya meski segunung payah & lelah yang menghujani, NAMUN hanya nikmat & bahagia yang meresapi.
Jalan si pemburu mardhatillah..
.
Itulah visionary aku.
.
Aku menerima tugas ini, bukan untuk aku tapi untuk mereka. Doakan Allah mampukan aku.
.
.
Ayuh duat, jadilah aktivis yang ummatik! Perkasakan khidmah kamu! 

Dari tadi asyik sebut AZAM je... ada orang allergic dengan nama AZAM ni. Dah lali dengan stigma ni. Cukuplah aku tutup post ni dengan pesanan Dato Puad Zarkashi ni;
'Ramai mahu mewarisi kepimpinan, tak ramai tahu mewarisi perjuangan.'

Bukan jawatan yang diwarisi, tapi perjuangan..
.
Ingat, AZAM hanya alat...

Thursday, February 23, 2017

HINGGA KITA MERASA ITU TANGGUNGJAWAB

Memang kita akan rasa itu terbeban kalau beban yang kita namakan.

Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. .....

itu bukan beban, tapi tanggungjawab. Maka pilihlah untuk bersabar
Pilihlah untuk sabar, selagi ia memberi kebaikan buat manusia

#sentiasaberusaha

Wednesday, February 8, 2017

У НАС ЕСТЬ БОГ

'У НАС ЕСТЬ БОГ '

Balas seorang gadis Uzbek, lewat pertanyaan apakah aku seorang muslim. Senyum. Mukhlisa namanya.

Maksudnya dalam -- 'KITA, ADA TUHAN.'

HIDUP. Semua orang ada masalah. TAPI tak semua orang ada tuhan. Itulah yang membezakan segala-galanya.

Kenapa melemah? Kita kan ada Allah.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ  
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku... 
فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
..maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku

Sunday, February 5, 2017

BAIK & BAIKI

Islam mengajar aku bahwa menjadi baik semata-mata tidak cukup. Seorang muslim perlu menggunakan kudrat yang dia ada untuk mengislah (= mengubah) sistem spiritual & hidup kepada yang lebih rahmah. Perhatikan saja sejarah umat terdahulu. Bahkan orang baik turut dibinasakan bersama orang zalim, KECUALI masih ada yang menjalankan tugas mengubah ini.

Itulah kunci kepada menjadi hamba kesayangan Allah. Andai Allah adalah ghoyyatuna kamu.



Terpilihnya kita di jalan ini, bukan kerana kita hebat TETAPI kerana Dia memberi hidayah & peluang untuk kita menjadi hamba kesayangan.
Akhi, jangan sia-siakan peluang itu..

Bukankah sayu untuk kita menghadap Allah satu hari nanti dan menyebut,
'Ya tuhan, aku sudah cuba yang terbaik..'

#sentiasaberusaha

Sunday, January 29, 2017

KERANA KITA SEORANG MUSLIM

Ada saya terbaca, 'being an ignorant is a privilege'

...bayangkanlah, menjadi seorang ignorant. Hidup kau hanya makan, kerja, tidur. Ulang, ulang sampai mati. Tak perlu fikir pasal orang lain. Tak perlu fikir pasal apa berlaku di balik dinding bilik kau. Tak perlu tahu apa berlaku di belahan bumi sana. Seronok kan?
Kalau masa lapang, boleh bergembira. Bersenang lenang. Besttnyaaa..

Nak kata macam binatang kasar pulak (u said it dy), jadi saya lembutkan sikit- macam ROBOT.

Yes, being an ignorant is a privilege for you yourself. as in you the only one lah. But that rather disturbing for the whole world minus you. Bcoz the world is inhabited by 7 billion people not 1! If la there were mannequin challenge award, first place must go to ignorant people altogether. Because when the world need you the most, you standstill... the best mannequin!
Worse , ur ignorance is the power of the oppressors. Think why.

Ugh, just what is wrong with ignorant people??
- me judging level at its best -
*btw this is random. I think of no one in particular while writing this..
anyway my friend asked me this recently,


"Kenapa kita susah-susah fikir pasal benda yang bukan masalah kita?"
( benda = merujuk kepada masalah masyarakat, negara & global)



Sebab kita kan seorang MUSLIM.

Ya, apatah lagi jika anda seorang muslim. Islam bukanlah agama semata-mata TAPI adalah cara hidup dan sistem. Islam mengajar kita untuk memiliki pribadi yang bermanfaat. Nabi Muhammad pernah berkata bahwa manusia yang paling baik itu adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. Maka harus bagi seorang muslim mempunyai irodat dan kudrat untuk membantu dan mengubah. Persis seorang khalifah , dan manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Salah satu benda kita kena faham, dalam islam MENJADI BAIK SEMATA-MATA TIDAK CUKUP. Kita perlu baik dan baiki.

Setiap dari kita berperanan membantu & mengubah sehingga di dunia ini tidak ada;
-Kesesatan
-Kezaliman & ketidakadilan
-Ketidakmanusian
-Kerosakan alam sekitar
-Korupsi dan khianat
-Kemiskinan

Allahu ma'akum 

Wednesday, January 4, 2017

Moscow Bumi Cinta.........part 3 yang terkubur

Dua tahun lepas, aku hanya dapat memerhatikan dari jauh. Cemburu melihat persaudaraan dan semangat yang berkobar untuk menghidup & menzahirkan cinta kepada Islam.
Tahun lepas, aku hanyalah ahli sampingan. Membuat kerja-kerja tepi. Merumitkan pengurusan je tapi utk 'penilaian' aku khaerkan saja. Berprinsipkan 'know-the-system' jadi aku perlu patuh pada protokol. Haihh senang cite utk naik level lahh. N A M U N bukan level / kemuliaan itu yang dikejar. Tak dapat apa pun. Aku hanya mahu pergi lebih jauh, meluaskan networking, kebersamaan, bertemu insan-insan hebat.

Tahun ini, aku kira my-time-to-shine sudah tiba ! Detik-detik kebersamaan. Kecemburuan 2 tahun lepas akhirnya terbalas dengan penerimaan aku menjadi salah satu tonggak.
tup
tup
aku
tersadai di Malaysia...

Hari ini adalah hari mulanya. Melihat ikhwah akhowat rancak menunaikan hak & tanggungjawab , bekorban wang, rehat & tenaga. Sedangkan aku di sini tidak ada apa yang produktif.

RIP post Moscow Bumi Cinta part 3.
Sekadar part 1 & part 2 je.

haihh..

Seminar / daurah tarbiyyah yg sepatutnya aku hadiri, buat bekalan aku menempuh mehnah penggal yang baru...aku tak hadiri. Camne ye?
Terpilih? terpilih untuk tertapis agaknya. Allah lebih baik terus terang saja. Tak perlulah aku pegang lagi prinsip berusahalah-untuk-terus-terpilih. Tak perlu aku lalui semua ini.


Port Dickson Bumi Cinta :)

MANA TUHAN BERADA BILA KITA BETUL-BETUL MEMERLUKANNYA ?

' Mana Tuhan berada bila kita betul betul memerlukannya? '



Al-Baqarah 2 :186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Mungkin apa yang berlaku tak memenuhi permintaan dan harapan kau.
Dunia ini bukanlah tempat dipenuhi semua impian. Dunia ini bahkan menyesakkan. Dunia ini tempat ujian. Logiknya ada di sini. Dalam peperiksaan misalnya, waktu yg kita sangat memerlukan guru dan KENAPA guru diam? 

' Mana cikgu berada bila kita tengah exam? '
.
.
.
.
.
jawapannya....cikgu sedang memerhatikan mu
.
.
.
.
teman, ujian sedang berlangsung...
kamu, dalam perhatian.

' AKU SENTIASA DEKAT ' -Yang Tak Pernah Jauh