--sebuah journal--
‘’dah la sekolah smua pempuan, jauh plak tu, macam dah takde sekolah laki je kat mlysia ni, klau pegi asis 30minit je dah sampai’’
Camni lah pemikiran saya (lebih kurang) after komandan kata nak hantar bdk boy pergi sana, bidom pun fikir camtu jugak. Since ni sekolah all girl so jd hot topic la masa tu, faham2 je lah sebab pe, bila sekolah tiap2 hari tengok kaum adam je, lama2 jadi jakun dengan kaum hawa ni. Nabi Adam pun gembira dan bahagia bila bertemu hawa, ni apatah lagi bdk boy yang org kata ‘’bdk boy playboy’’ ntah la haha. Fitnah semata2. lagipun stf ni macam baru jugak bagi kami, sebelum ni asyik2 ssp, seseri or tkc. tiba2 kali ni nak pergi ke jb plak. Masa ni saya dgn bidom cam tak setuju sgt, then kami ingat kalau terpilih nanti sama2 lah tarik diri, sekadar cakap2 kosong je ni, hehe. And honestly doa2 jgk supaya bnda ni tak jadi, tapi ditakdirkan dapat komandan yang amat semangat, akhirnya jadi malah nama kami termasuk jugak kat citu. Then saya kata dengan bidom nak tarik diri ke tak, bidom juz cakap camni (ingat2 lupa),
‘’kita pergi ni pun nak belajar, bukan niat jahat pun so buat pe nak tarik diri, reda je, mungkin ada hikmahnya Allah buat camni’’
Masa bidom kata camtu saya takde pun rasa kecewa ,tapi makin takut ada lah, baru2 tu pun ada pogram RMC-JPWP team saya dpt grouping dengan sekolah St Mary, saya partner dengan budak cina pempuan, mentang2 lah top student so pandang kita sebelah mata je. Ni apatah lagi nak pergi top SBP all girl kat Malaysia. Cuba bayangkan SBP top5 dri belakang jumpa SBP top5 dri depan.haha. Mesti lah rasa rendah diri sangat, masa ni yang jadi persoalan semua yg dipilih adlh sape ajar sape. Masa ni ramai la bagi opinion masing2, semua taknak mengajar,
‘’murid kena cari ilmu, so kita datang diorang la ajar’’
‘’diorang kan top SBP, so diorang lah kena ajar kita’’
‘’STF ada 12 GC, kita ada 1 je’’
‘’takkan budak bodoh nak ajar budak pandai’’ (main petik je haha)
Tapi then cikgu apetah cakap, kat sana bukan soal sape ajar sape, tapi soal study group. Kalau kata study group of coz la kena kongsi2 ilmu kan, mesti kedua2 belah pihak, so jadi tekanan jugak sebab kena revise balik, sebab bwat malu sekolah je kalau semua benda tak tau. Haha. Tapi honestly saya tak risau sangat pasal benda ni, yang menjadi kerisauan adlh macam mana nak berdepan dengan diorang nanti, i mean kaum hawa nanti. Tapi sya nekad saya datang sana nak belajar semata2 so takde apa yang nak dirisaukan!
Tanggal 15okt10, tgh hari kami bertolak. Sampai dlm pkul 6. Pastu solat, mandi, siap2, malam tu ada taklimat sikit pasal pogram. Malam, balik rumah tumpang, bwat soalan add math pastu trus tido utk menghadapi hari esok yg bakal mencorak sebahagian besar kisah hidup saya.
Cerita yg sebenar bermula di sini.
Keesokan harinya, kat dalam dewan makan STF, kena pilih mana2 group,mula2 bdk stf duduk dulu, then baru rmc n msab. Satu group ada 2stf 1rmc 1msab means ada 4 orang satu group. then saya masuk lah satu group ni, mula2 tak fikir apa2 pun, tawakal je lah pada Al-Wakil, saya fikir mana2 group pun sama je tapi saya silap, sebab semuanya bermula di meja yang saya duduk tersebut, mungkin jika saya duduk di meja lain pasti jadi lain ceritanya. Bila dah duduk barulah saya memandang rakan2 seperjuangan utk menghadapi SPM kelak. Di saat saya memandang wajah2 mereka,di kiri saya adlh srikandi stf jgk dan kanan pula bdk msab, tapi pandangan saya terhenti pada yang duduk betul2 di hadapan saya,dan di sini lah segala2nya bermula...
‘’tap,tap,tap,...’’ pintu hatiku seolah2 diketuk. hampir2 terbuka.
Teringat pesanan nabi saw, jaga pandangan, jaga iman agar sentiasa di atas lantas saya pun menutup rapat2 pintu hati, tidak ingin melayan naluri hati, hanya akal yang menjadi penentu, namun hati lah seketul daging yang menggerakkan kata2 akal, jadi perasaan ingin mengenali nya semakin tinggi, siapa kah dia si pengetuk hati saya ni??
‘’nama saya ****’’ lalu akal saya mengatakan, nama dia sama macam nama aunty ****, isteri kpd abuya punya adik... takut acik asri tak suka sbb nama isteri sama..
‘’saya dari *******’’ masa ni plak akal saya berkata camni, jauh sangat. Inilah faktor yg byk menyebabkan parents tak merestui, so macam takde harapan je..inilah perkara yang saya paling takut sekali sehingga ke hari ini..
Kata2 akal seolah2 menafikan perasaan hati saya. Lagi2lah dahulu saya adalah orang yang sering mempertahankan kapel itu haram. Ya, hati mengatakan itulah fitrah kita, cinta, sebuah ungkapan yang sangat indah bagi pemiliknya, namun ia ibarat racun bagi yang mengatakan kapel itu haram. Namun, berbekalkan iman yang ada, iman mengatakan Allah sentiasa mengabulkan doa kita. Iman seolah2 menyokong kata2 hati. Becoz the power of doa will give a miracle to our life. Adakah dia adalah....?? itulah persoalan yang bermain di fikiran setelah teringat doa saya malam kelmarin. Namun akhirnya akal berkata, niatmu ke sini hanya lah untuk belajar semata2, jangan biarkan hatimu mengawalmu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi, saya pun mengabaikan segala perasaan yang mula bertapak dalam hati semata2 memikirkan spm.
Selepas tu pun perbincangan study group berjalan seperti biasa sepanjang hari, mungkin faktor SPM yang membuatkan saya fokus pada topik perbincangan lalu menepis semua naluri hati. Jadi hari tu pun berlalu seperti biasa. Biasa, means takde apa yang nak diceritakan. Esok plak balik rmc, dah la masa on da way dtg sesat, nak balik bas plak bwat hal pastu kena perli pula. Bila dah sampai rmc tak pasal2 ada isu plak antara bdk boy dgn staf, tak pasal2 kami pun terinvolve juga. Macam2.
Peperiksaan SPM semakin hampir, ujian ‘penentu masa depan’ and semestinya dengan izin Allah kalau SPM bagus masa depan cerah, kalau SPM teruk masa depan gelap. Jadi nak tak nak, kena lah belajar. Walaupun malas tapi ingatan kepada orang tersayang langsung membakar smgt untuk belajar demi menggembirakan mereka di smping nak menaikkan semula imej rmc, harapan komandan. Keadaan masa ni amat getir, ibarat nak menghadapi sebuah peperangan yang besar.
Namun sejak empat hari pulang dari selatan tanah air, ada satu perasaan telah bertandang, something is not right dan ia mengganggu fokus study saya. Perasaan saya masa ni sangat sukar untuk dijelaskan, malah saya sendiri pun tak pasti sgt apakah perasaan itu, haha, namun ia telah mendorong saya untuk melukis, dan after lukis lukisan tu rasa hati makin tenang seolah2 saya telah meluahkan apa yang terpendam dalam diri dalam lukisan tu, mungkin lukisan itu boleh menjawab apakah perasaan saya selama itu. Lukisan yg dilukis pada 21okt10, jam 0115... Selepas selesai melukis, saya mengepilkan sebuah nota kecil di atas lukisan tersebut, nota kecil lama yang pernah saya tulis sekadar suka2 tapi kini ia menjadi sebuah nota yang boleh merungkai segala yang tersirat selama ini... biar betul, mustahil!!!
Malam sebelum bertolak ke selatan tanah air (STF)
Memandangkan esok akan bergerak jauh, sangat jauh, betul2 di selatan tanah air, lebih2 lagi untuk pergi ke SBP all girl, jadi saya rasa memang tak patut sangat. Persoalan saya pada malam tersebut, kenapa sekolah pempuan sedangkan banyak lagi sekolah laki, asis or sas kan ada, persoalan kedua, kenapa jauh2 sedangkan kat sekitar kl kan ada banyak lagi, ssp or seseri kan dekat. Jadi malam tersebut, selepas menunaikan kewajipan sbg muslim, saya mengeluh di hadapan Pencipta, walaupun ini bukanlah doa secara direct tapi saya amat serius untuk mengetahui apakah hikmah di sebaliknya, sebab saya yakin jika Allah mencampakkan kita ke dalam sesuatu yang tidak kita sukai setelah kita berdoa yang terbaik, pasti ada sesuatu yang Dia ingin berikan. lebih kurang beginilah doaku,
‘’Ya Allah, pasti ada hikmahnya, mungkin hari esok aku akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi suri hidupku dunia akhirat........’’
doa ini, doa ni lah yang saya teringat sewaktu pertama kali saya memandang ke arahnya, lalu saya tertanya2 adakah dia adalah jawapan kepada doa ini... mungkinkah Allah sengaja mentakdirkan sebuah sekolah yang sangat jauh bukan saja jauh dari segi jarak, tapi jauh lebih hebat dari segi akademik semata2 ingin mempertemukan saya dengannya. Pada waktu tersebut, di saat mata memandang ke arahnya, seolah2 Allah mengatakan padaku, she is the answer for your prayer. Subhanallah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
journal ni belum lengkap sepenuhnya, hanya menunggu saat tersebut untuk melengkapkannya, hanya SATU ayat sahaja journal ni akan lengkap sepenuhnya, hehe, tunggu,,, mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan, atau 6 tahun akan datang, inshaAllah...semoga kesudahannya adalah sebuah kebahagiaan buat kami dan semua yang mengenali, amin.