Friday, May 27, 2011

pgrm pnddhn krjya dktr

Pogram Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor, wah wah, bunyi je macam gempak, nama pun pogram so saya ingat mesti ada banyak aktiviti dan ceramah2 dari doktor. anyway, nak kata aktiviti takde pun takleh jugak, sebab ada tapi inisiatif sendiri la contohnya nak interview nurse, doktor, or patient. tu je lah. and yang tak bestnya memang banyak sangat masa yang terluang. tapi kalau nak interview2 ni pun ikut nasib jugak, sebab paham2 je la, nurse dengan doktor sume sibuk, patient plak nak privacy, so serba salah jugak nak interview diorang,,,normally kalau ada masa terluang yang diberikan tu kami juz borak2 sesama sendiri je, kadang2 ada jugak patient yang sporting so boleh la borak2, kalau dapat borak2 dengan dokotr, nurse or medical assistant tu biasanya nasib2 je dapat, hahaha... sepatutnya kena ada banyak aktiviti contohnya cam buat ceramah by doktor yang ceritakan life sebagai doktor, cabaran, yang best, yang tak best sbg doktor,,, or kalau takde doktor yang sanggup bagi ceramah pun why not buat game yang simple2 je cam kumpul tanda tangan sorang doktor, nurse, ma, pateint dari setiap unit atau kena cari maklumat pasal perubatan ke... setakat datang ke setiap unit, pastu dengar penerangan dari sister2, then kalau ada masa lebih tu diorang akan biarkan kita untuk buat apa yang patut, sorry to say but it is more suitable if i say Lawatan Sambil Belajar ke Hospital,, haha... anyway, pogram ni tak bosan sangat pun, best jugak, dapat kawan baru, borak2 dengan doktor or patient, dapat tengok kerja doktor, suasana hospital, and apa2 laa..


peserta lebih kurang dalam 60 orang, ada dari Kolej Mara Banting, Intec, dan dari rumah (tak masuk mana2 lagi)... yang dari KMB tu suma tua setahun, dah amik IB setahun,,,walhal yang dari intec tu sebaya kita, diorang baru je masuk intec seminggu, haha, and budak2 intec tu sedang amik MEP pogram persediaan ke mesir or jordan selama 3 bulan, budak2 yang dari rumah ni ( sya la tu) ada yang akan masuk intec bulan7 and mana2 la tempat len untuk pogram Alevel... since budak2 intec tu akan ke negara arab, mostly mereka dari smka and sbpi... dipecah ke 4 group, saya group D, ada 19 orang, 10 pempuan 9 laki,,, dalam budak2 laki tu, 4 dari KMB, 4 dari intec,,, disebabkan sebaya so saya lebih rapat dengan bdk2 intec, macam racist jugak la haha.. yang pempuan tak sure sgt, tapi ada 2 orang dari rumah... imran, hanif, zafir, amin,, ni suma sahabat2 baru saya,suma ada latar belakang sekolah agama, so rasa rendah diri jugak dengan diorang, haha... bulan7 nanti inshaAllah jumpa semula kat intec, hehe.... dalam 60 orang tu plak, mostly akan fly ke timur tengah and twinning pogram, saya sorang rusia, labi sorang rep cezh, ada sorang budak kisas akan ke ireland,,, and bdk2 IB tak sure lagi fly ke mana depends on result IB diorang, haha...


first day
starting mesti la ada taklimat, Dr Rohana yang bagi taklimat, beliau ni la yang cakap,
 ''doctor is not juz a career only, its a lifestyle'' hari rabu lepas pun cakap benda yang sama, hahaha...
mula2 ke unit pediatrik, rawatan kanak2, wad pediatrik dah macam tadika dah, dinding sume corak2 karton, saya pulak yang excited tengok karton2 ni, ada spongebob and patrik haha tapi pocoyo takde huhu... kat sini cam takde apa2 sangat tapi secara kebetulan group kami bertembung dengan satu group HO yang tengah di ketuai sorang doktor bernama Dr Noor Mazida dengan Dr apentah (india pempuan), kat sini kena brainwash mcm2, macam nak menakutkan kami je haha, macam2 la doktor2 tu cakap,
''being a doctor is not a luxury life''
''6 years of struggling and hardwork, its not easy''
''jadi doktor susah''
''its really a tough job''
''study best, kerja tak best''
tapi yang agak menarik sekali bila ada sorang tanya kat dr mazida camna nak manage antara tanggungjawab sebagai serorang doktor and ibu... then dia jawab,,
''doctor plus wife is superwomen'' wah, haha..
lepas tu ke unit klinikal dan perubatan plak... kat sini bosan jugak, tapi sempat jugak dengar talk dari sorang doktor ho pempuan lepasan medical school dari moscow, Dr lesung pipit bak kata en asmawi, haha... dari beliau saya dapat banyak juga info pasal life kat rusia nanti, hehe... banyak jugak nasihat dari beliau, antaranya,
''stress blaja lain, stress kerja lain, so study hard, jangan huha2 sangat'' hurm,, baru terfikir nak tour europe nanti, hehe, tapi dr lesung pipit pesan, normally HO yang tak bagus ni banyak sangat enjoy time blaja, so takleh la nak enjoy2 sangat...


second day
mula2 ke unit pembedahan, dapat pulak under sister wan malijah, ketua jururawat wad pembedahan, dia ni pasal time management tegas ckit, sebab dia kata time managemnet ni amat penting bagi sorang doktor, then dia bawa kami ke wad kelas 1 untuk vvip, uuuuu, sangat mewah, dah macam hotel dah,...
pastu ada masa lapang dia biarkan kami kat wad kelas 3, kat sini bosan sangat, mujurlah banyak pesakit so boleh tengok doktor merawat, nurse buat dressing, pastu borak2 kosong dengan patient, sempat lagi tu tengok tv, haha... yang lawaknya bila ada sorang patient ni dia ingat kami ni doktor btul,dia tanya pasal apa ntah so kami pun blank la, tak tau, tapi dia naik angin plak,marah2 haha.. so panggil nurse, nurse buat bodo je so kitorang pun buat bodo je la, haha...kesian patient tu,,,
tapi kat wad ni ada sorang doktor namanya dr farah liyana,, baik sangat doktor ni sebab sudi ajar kami cara2 nak kenal pasti penyakit patient,,step mudah tapi methodnya macam2,, walaupun tak faham tapi at least terisi juga masa yang terluang,,, alhamdulillah.. hehe..
pastu ke unit O&G, sister noreza and sister kamariah yang in charge kami,,,, kat sini seronok ckit, bukan sebab aktiviti ni tapi sebab kawan2, banyak gelak2, sampai pening kepala sebab byk sgt gelak... lagi2 lah kat sini pecah dua group and kebetulan pecah group ni ikut umur, so yang tua setahun suma blah tempat lain, so jadi meriah plak sebab cam ada chemistry kalau sebaya tak kira lah laki pempuan,,, pendek kata interaction antara kami lebih mesra ckit sebab takde racist umur,,,haha...
tapi risau plak bila sister kamariah kata, mostly anak luar nikah yang lahir kat hospital serdang ni mostly student perubatan,, huhu.. betul ke ni, tak caya lah...haha... and fyi, paling minimun 28 kelahiran dalam satu hari kat hospital serdang..wow, ramai kan...
waktu jalan2 dalam wad ni, kebetulan ada sorang ibu ni nampak cam free je, so kami saje2 la nak bertanya pasal anak dia, tanya macam2,,, tapi yang terujanya bila kami tanya nama anak dia,,, wah, Nur Kasih... haha, ni mesti peminat setia nur kasih ni,,, hehe... tapi ntah kenapa laaa ada sorang teammate ni tetiba tanya,
''awk ni bdk sekolah agama ea?''
ish2, nampak aku ni cam ustaz ke? cam perli je, haha..


third day

mula2 pegi unit forensik, kat sini kena brainwash lagi, tapi kali ni dengan Dr Abdul Kassim,
''6 thn akan datang maybe dah takde intake untuk pelajar perubatan baru''
''kat oversea kita dipandang rendah, sampah pun lebih mulia''
''better change course, doktor dh makin ramai''
tadah je la... anyway, sume yang dia cakap sume tak betul!!!(in my opinion) tak kisah la kalau doktor kat malaysia dah ramai pun, lagi ramai doktor lagi bagus betul tak,,,, and in case la nanti ada jobless dokotr satu hari nanti apa susah, kerja la kat oversea, fyi doktor2 malaysia ni dapat pengiktirafan dunia tau tak, kalau tak takkanlah ramai dokotr kerja oversea, sampai ada sorang doktor local yang kerja kat oversea pernah kata,,
''kenapa jadi hamba di negara sendiri, sedangkan kita ni raja di negeri orang''
so statement sampah lebih mulia tu takleh terima langsung...
ok, sambung pasal unit forensik, kat sini ada banyak mayat so takleh amik gambar, and kami dapat tengok satu mayat dari asia tengah, gantung bunuh diri, bak kata isterinya, dia ni masalah depression,,, and mentang2 lah tengok mayat bunuh diri, so bdk2 groupA mostly dari kisas sempat lagi buat usrah bincang pasal dosa bunuh diri, haha, hebat btul budak2 kisas ni...then saya sempat jugak bertanya tentang life kat kisas, uui, jauh beza dengan rmc, haha, pagi, petang, malam mesti ada tazkirah or usrah... no wonder la dr Farhan Hadi dktr yg hebat! hehe..
lepas tu ke unit kecemasan, kat sini mula2 je ada kelas ceritakan pasal sejarah hosp serdang, ramai giler yang mamai, alahai, camne lah nak jadi doktor kalau benda ni pun takleh tahan,,, then mungkin MA radzilah tgk ramai mata dah kuyu so dia bawa kami ke wad kecemasan, nama pun kecemasan so memang cemas, hehe.. dalam wad kecemasan tu terjumpa dengan head MA kat situ, and dia sempat la bagi nasihat kat kami,
''doktor ramai bunuh diri, jadi tabahkan diri'' (betul ke ni?)
''dah jadi doktor nanti kena tahan dengan pesakit''
''bagi doktor muslim, mula dgn bismillah, akhiri dgn alhamdulillah''
then dia cerita la pasal kerenah2 pesakit, ada yang camni, camtu, then disebabkan salah cikit je nak saman doktor, kesian doktor, berkorban macam2, masa tenaga and even family but treated as a servant by civillian, doktor tak senyum pun dah jadi isu besar,how can, ada satu surat kat BH dulu ada tulis, di sebalik senyuman seorang doktor terselit seribu pengorbanan, ceh3... walaupun dia hanya seorang MA, tapi banyak nasihat dia bagi kat kami, lebih menyayat hati pagi tu ada seorang doktor masuk icu sebab kemalangan mungkin sebab terlalu letih kerja,,, and saya benci gler ada satu blog ni dia kata orang nak jadi doktor ni sebab nama, mewah, and nak dpt isteri cantik/suami hensem... kalau dah taknak jadi doktor tu diam je la,, takyah la nak kutuk2 doktor, bak kata MA asmawi, hanya doktor yang faham doktor,, huhu,,,, mungkin kerana terlalu sibuk so takde doktor yang bangkit mempertahankan hak2 mereka, ceh,,... and Dr Mazida kata, kalau nak hidup senang and mewah, jangan jadi doktor,,, sebab ada HO yang baru 2 minggu kerja dah resign, n ada je HO yang hilang ntah ke mana... wallahualam... so statement orang nak jadi doktor untuk jadi mewah or untuk glory memang takleh terima sama sekali,,,,
lepas tu ke unit ortopedik plak, sangat membosankan kat sini, takde apa yang menarik sangat, tapi kat wad oertopedik saya borak2 personel dengan sorang MA ni,hehehe,, dia cerita banyak pengalaman dia sepanjang kerja kat hospital,,, pasal doktor yang bunuh diri sebab tertekan, pasal kes doktor kena saman, and macam2...and dia pesan orang melayu kena banyakkan lagi jadi doktor, adoiii,, MA ni semangat kemelayuan yg tinggi la pulak, tapi bagus la kan, haha.. 
hmmm, last tak tau nak cakap apa, tapi rupa2nya jadi doktor memang susah, even seorang doktor pun tak bagi anak2 diorang jadi doktor unless anak dia btul2 minat, tapi minat pun boleh berubah betul tak,, so nak jadi doktor mesti ada banyak dorongan, supaya tak terkandas separuh jalan, inshaAllah tak,,,
walaupun kerjaya doktor ni taklah semulia perang fisabilillah or dakwah islamiyah,,,,tapi bila kita menyelamatkan satu nyawa, ibarat kita menyelamatkan seluruh umat manusia, doktor pun boleh dakwah pe, mana la tau ada patient yang patah hati ke, nanti kita kata la kat dia:
''Allah is the best of Planner''
''bukan doktor yg menyembuhkan pesakit, tapi Allah''
''solatlah sebelum anda disolatkan'' hehe
''the power of doa will give a miracle to your life''
''Allah certainly has a unique ways to show His love to His servants''
''hati yang terluka hanya Allah penawarnya''
kalau jadi pendakwah kita hanya berkhidmat untuk agama je, tapi kalau jadi doktor seolah2 kita berkhidmat untuk Allah, keluarga, negara dan masyarakat....wallahualam...


“Barangsiapa menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah ia telah menyelamatkan umat manusia seluruhnya.” ( Al Ma’idah:32)

Thursday, May 19, 2011

lapor diri kat hosp serdang

semalam pergi hospital serdang, bukan sebab sakit or ziarah orang, cuma kena melapor diri je,, segala puji bagi Allah dapat kat hospital tu, dekat dengan rumah,,,walaupun tu hospital kerajaan yang paling dekat dengan rumah, tapi first time saya ke hospital tu,, lagipun hospital tu baru dan tersangatlh besar, and memang sangat penuh dengan patient yang sedang menunggu giliran padahal baru pkul 9...
pendekkan cerita, masuk dalam bilik pentadbiran, then kat dalam tu ramai orang tengah menunggu, rupa2nya diorang semua pun nak melapor diri jugak, ada la jgk dalam 11orang, 8 pempuan, 3 laki... tapi labi takde, bila call dia masih kat rumah sebab tak tahu kena lapor diri, how can... tapi kerani hosp tu suruh tunggu sebab pihak hosp pun tak tahu ada lapor diri, lama giler tunggu,, tiba2 labi call, labi kata dia call jpa, then jpa kata sebenarnya surat yang kitorang print tu surat lama, labi print lambat so dia dapat surat yang baru... maknanya kami semua tersilap la ni, hahaha... rasa macam kena dummy dengan jpa plak.. haha..
tapi kerani hospital tu suruh tunggu dulu sampai pengarah klinikal 1 datang selepas selesai rondaan dia, tapi ada sorang parent cina ni balik terus selepas tulis nama dalam kertas tu je, saya pun ingat nak balik terus je tapi tiba2 ada sorang bapak ni cakap,

''kita ni orang melayu, ikut adat melayu kalau dah alang2 datang tu kita dengar dulu apa kata tuan rumah''

sementara menunggu tu borak2 dengan 2 bdk laki ni, azra smk jalan3 dapat twinning pogram, amzar sbptgb kat kluang dapat india...
dalam setengah jam lepas tu doktor pun datang, then semua kena masuk bilik meeting, macam2 la doktor tu cakap, blablabla, minta maaf, blablabla, terima kasih kerana menunggu, blablabla minta maaf...tak lama lepas tu ada sorang dokotr lagi datang, nampak gaya macam berpangkat tinggi je, doktor ni lain sikit dari doktor pertama, dia terus cakap pasal kerjaya doktor, macam bagi pendedahan awal la... macam2 dia cakap, ada sorang budak pempuan ni catit non-stop apa yang doktor tu cakap, rajin btul dia, ingat ni wartawan ke apa, haha..tapi ada satu ayat yang menarik cikit,

''doktor ni bukan kerjaya semata2, tapi sebuah kehidupan''

pastu dia bagi contoh kalau jumpa sedara mara nanti mesti diorang tanya, kalau macam ni penyakit apa? kalau kena ni nak buat apa? penyakit ni susah tak nak sembuh? blablabla...

''takde apa yang paling menarik bagi doktor melainkan ada pesakit yang call cakap 'terima kasih doktor, sekarang mak saya dah sembuh''

ouh, camtu ke, baru tau, ingatkan yang paling best bila dapat gaji, haha, jk...
bila dah habis dalam bilik tu semua boleh balik, tapi last2 doktor tu cakap,

''sape yang dapat rusia buat prepraration awal, student rusia normally akan culture shock masa mula2 datang ke sana and akan culture shock bila pulang ke sini nanti''

woo, doktor ni bwat suspen saya je...huhu...
so by hook or by crook i need to prepare myself mentally from now on, and absolutely in term of jaga iman jaga hati, inshaAllah...

Monday, May 16, 2011

5 bulan je dalam 70 tahun, so buat elok2 k..

sekadar perkongsian
dari ibnu khalid
Kalau Allah mengizinkan kita hidup hanya 70 tahun sahaja


maka kita akan menggunakan



24 tahun untuk tidur




14 tahun untuk bekerja

8 tahun untuk berseronok

6 tahun di meja makan

5 tahun dalam kenderaan

4 tahun untuk berbual

3 tahun untuk belajar

3 tahun untuk membaca
comel tak tikus?? :p

3 tahun untuk menonton TV
pocoyo <3


tapi jika kita solat fardu lima setiap hari, kita akan menggunakan hanya 5 bulan daripada seluruh umur kita. hanya 5 bulan untuk Allah.

hanya 5 bulan je untuk Allah
jadikanlah tempoh tersebut sebagai tempoh yang terbaik kita
pendek kata, ketika solat,,
solatlah dengan khusyuk dan zuhud,,
remember
we are facing The Creator, not the creations
for those yang jarang2 solat
think about it
:>

Sunday, May 15, 2011

Sukaneka jua

pagi tadi, ada sukaneka tadika halaman ilmu, since najwa kan bongsu, satu family datang tengok, haha, seronok buat benda yang melibatkan satu family, meriah, malah bertambah kuat hubungan. haha.. tapi yang tak best sangat bila abuya datang lambat, tapi balik awal. ikah pula tak datang sebab ada assignment kena buat, padahal apa salahnya datang since satu hari nanti ikah akan jadi cikgu tadika, inshaAllah.
nama pun bongsu, so mesti lah manja cikit kan, lagi2 lah dia ada 7 kakak and 3 abang, so semua nak semua dapat. haha, inilah yang dikatakan sebagai terlebih kasih sayang, haha. tapi takpe, inshaAllah besar nanti dia jadi baik, walaupun orang kata anak manja ni gedik2 cikit and mengada2, tapi besar nanti akan ada 10 orang yang akan sentiasa jaga dan tegur dia, hehe.
cuba tengok gambar atas, yang the only one yang pakai tudung tu lah najwa, eh, baru perasan ada sorang lagi kat hujung tu, haha. tapi ni lah yang saya rasa pelik, boleh kira dengan sebelah tangan sape yang pakai tudung. kan kita orang islam, didiklah anak pempuan pakai tudung sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh blablaba... tapi takpe kot, diorang kecil lagi, besar2 nanti inshaAllah ada kesedaran nak pakai tudung, hopefully lah... :D
ni kawan najwa, nama aqilah. besfren pertama jua, haha. 
cuba tengok betul2 gambar ni... lawak! hahahhaha, muka jua cam nothing je, tapi cikgu yang kat belakang tu yang semangat sangat,, hahaha...yg tengah berlari rasa biasa, yg menonton bersemangat lebih, fyi masa ni kitorang pun tengah semangat macam cikgu tu jugak, hehe, JUAAA! CEPAT JUAAA!!!
hurm, sukaneka yang sangat meriah, best la jua ada gambar time kecik2, terfikir jugak camne la aku dulu. hehe... anyway, baru saya sedar, bukan mudah nak uruskan budak lagi2 lah kalau ramai. no wonder lah kalau   nak mengajar ABC n 123, mesti ada degree dulu dalam bidang preschool education, good luck ikah jadi ckgu tadika! semoga Allah permudahkan..amin

Sunday, May 8, 2011

Beku medic?? tak pun rupa2nya

dulu2, when labi called me to tell that mindef will not sponsoring for medic anymore
i was like
juz reda with it
becoz i can further my study in others places, x smstinya under mindef
when i read Cik Pocoyo's blog about the freezing of medic course
i was like
means there is no more intake for new medic students, but on the tomorrow
when i read again cik pocoyo's blog telling it was only for the NEW courses
i was like
hahaha
Alhamdulillah
syukur sgt2 kat Allah

Saturday, May 7, 2011

jaga diri agar dimuliakan, kalau gagal akan tercela


assalamualaikum
cuma nak cakap2 ckit
sekadar peringatan bersama
kan nabi saw berpesan
ubat paling mujarab bagi dua orang yang saling mencintai adalah nikah
tapi takkan la
masa depan pun belum pasti lagi
inshaAllah mimpi jadi realiti lah kan
tapi belum ada lagi sumber rezeki nak tanggung anak isteri
tapi camne kalau kami saling mencintai jugak
makruh hukumnya kalau kahwin tapi tak mampu biaya anak isteri
hahaha tu lah sape suruh jatuh cinta
tapi aku tak mintak
Allah yang letak
and umi abuya selalu pesan
kejar cita2 dulu then barulah kejar cinta
cita2 aku nak jadi doktor
impian kami bersama
dua hati satu matlamat terjiwang plak ceceh
cita2 and cinta yang seiringan terjiwang lagi haha
setahun asasi lima tahun ijazah sebelum dream comes true muda2han amin
enam tahun lamanya sebelum dihukum wajib berkahwin
enam tahun sangat lama macam2 boleh berlaku
semoga Allah bantu kami dalam menepati janji
untuk menjaga iman dan hati masing2
sekadar perkongsian dari pesanan ibnu qayyim
kalau kita mencintai seseorang
lalu kita bersabar dan menjaga kemaluan
pasti besar ganjaran atas kesabaran itu
semakin lama bersabar makin banyak ganjaran makin tinggi darjat inshaAllah
baru ku tau hikmah Allah meletakkan fitrah ini awal2
sebagai anugerah jika dikawal
tapi sebagai musibah jika tak dikawal
ni pesanan seorang tokoh islam
seseorang yang pandai jaga diri dalam cinta akan dimuliakan
tapi kalau kita lupa diri dalam cinta kita akan tercela nauzubillah
pesanan khalifah umar al-khattab ra pula
benci dan cinta kalau berlebihan akan memudaratkan
since belum mampu and layak nak kahwin
selama enam tahun penantian
hopefully
dapat dilalui dengan penuh sabar dan jaga nafsu 
serta tepati janji masing2 untuk jaga iman jaga hati
agar tak mengganggu pelajaran
agar dapat ganjaran di atas kesabaran kita
serta diangkat darjat disisi Nya
supaya bercinta sampai ke syurga ayat jiwang lagi haha
inshaAllah
Priority our Lord's pleasure first
skdr peringatan bersama
<3

Wednesday, May 4, 2011

masterpiece Pencipta

masterpiece maknanya hasil karya teragung betul tak, and setiap orang yang diklasifikasikan sebagai pengkarya, seniman, pengumpul or apa2 yang menghasilkan sesuatu dengan menggunakan kreativiti masing2 semestinya ada masterpiece masing2. seorang penulis misalnya pun ada novel yang dia anggap sebagai masterpiece dia, sometimes karya pertama itulah yang menjadi masterpiece diorang. and kadang2 masterpiece ni adalah karya yang diorang paling sayang and bangga since masterpiece kitalah yang akan jadi identiti seorang pengkarya. ok, tanpa mengarut panjang,

malaikat dari cahaya
syaitan dari api
manusia dari tanah
kalau ikut logik, kita akan kata cahaya lebih mulia, api lebih hebat, tanah kotor. tapi an, walaupun camtu manusia tetap menjadi sebaik2 ciptaan Allah walaupun dari tanah. Allah sendiri yang cakap dalam firmanNya
Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ( surah At-Tin:4)
malahan, selepas Allah meciptakan manusia, Allah memerintahkan malaikat dan syaitan untuk sujud kepada manusia of coz la nabi Adam as, so ni jelas terbukti bahawa Allah sendiri mengangkat martabat manusia ni walaupun tanah, malahan yang diciptakan dari cahaya yang mulia and api yang hebat pun terpaksa sujud kepada tanah yang hina,
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (surah Al-A'raf 11)
pendek kata lah, manusia ni sebenarnya masterpiece Allah, dan kerana kita ni masterpiece Pencipta seluruh alam, so mestilah kita ni amat disayangi melebihi segala2nya di alam ni. sebab tu lah after Allah selesai mencipta makhluk2, Allah menulis dalam sebuah kita ''sesungguhnya rahmatKu melebihi kemurkaanKu''.

dari abu hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: ''tatkala Allah selesai mencipta makhlukNya, Dia menulis dalam kitabNya yang berada di sisiNya di atas Arasy, sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu''
kalau tgk dalam 99 nama Allah pun, mostly nama2Nya menunjukkan sifat-sifat keindahan.

so cintailah Allah kerana Dia amat kasihi kita. x tau camne nak describe kasih sayang Allah, tapi nabi kata melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak2nya. kan kasih ibu tiada tandingan, sanggup kendong 9 bulan, separuh mati melahirkan, korban duit masa tenaga nak membesarkan kita, tapi kasih sayang Allah melebihi semua tu... tapi kena ingat jugak, kalau anak dah melampau derhakanya, tak mustahil si ibu akan tak ngaku anak lagi, and jangan sampai Allah tak 'ngaku' kita sebagai hambaNya sudah. haha
priority Allah's pleasure..
sekadr perkongsian and perngatan utk diri esp :)

Monday, May 2, 2011

dont give up, tawakal

lately, i always search something which related to tawakal. maybe its just for my preparation to face anything result for any offers for my future. hahaha. i think its ok for me to study in anywhere as long im on my track in order to chase my dream, a doctor! eventhough i have to further my study in matrikulasi (last choice),i will and i still want to be a doctor even x dapat asasi or jpa, inshaAllah. like the omputeh say:
''Dont be pushed by your problem, be led by your dream''
this statement really tells us actually if anything happens to us especially failure, dont let the failure make you lose hope, down, give up or sad, but think about your future. i mean its not the end so life must goes on, but dont forget, its not the beginning so take note of it. actually there so many quotes from great leaders or proverb which in purpose to inspire us to not to give up, but continue to achieve succes.
''Life in interesting. sometime the greatest pain we had gone through may become the greatest strength in our life''
so pendek kata, if you fail, dont forget about it, but learn from it and use it as a spirit booster for you to achieve succes in your future... 


hurm, acyually i wanna share something about tawakal lah, tak sedar dah mengarut panjang baru masuk pasal tawakal, haha, just for your information, the omputeh, omjepun, omnegro, omapa2la, all of them just use proverbs or quotes to inspire despair peoples, kalau tak pun diorang just promote about kisah2 insan yang hebat2,, but as a muslim, Rasulullah had taught us to be tawakal and reda, and of course sabar and syukur..
see...how beautiful and perfect islam is. 
but now just to share something about tawakal...
kata توكل sebenarnya berasal dari nama2 Allah iaitu آلوكل (Al-Wakil) yang bermaksud Allah Maha Menguruskan hambaNya. jadi jelas sekali bahawa apabila kita bertawakal bermakna kita menyerahkan seluruh urusan kita pada yang Maha Mengurus hambaNya. since kasih sayang Allah ni kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya, jadi mestilah Allah ingin yang terbaik untuk kita. pendek kata kita jangan risau dengan apa2 yang bakal terjadi pada kita kerana semua kehendak Allah adalah yang terbaik untuk kita. tapi dengan syarat kita telah berusaha.
walaupun begitu, sesetengah orang menyalahgunakan konsep tawakal:
contoh satu: Abu demam tapi taknak makan ubat sebab nak tawakal la konon.
contoh dua:  Amira menerima pinangan orang alim yang dia tidak kenal sebab konon tawakal tanpa selidik siapa orang tu.
contoh tiga: Adib malas cari kerja lain setelah pergi temuduga Shell kerana ingin tawakal. konon.
kalau diikutkan mereka mengaku tawakal dalam urusan hidup mereka tapi itu cuma tawakal kosong kerana mereka tidak berusaha. akibatnya, Abu mungkin mati sebab tak makan ubat, Amira mungkin kahwin dengan orang yang alim luaran tapi panas baran dan tak bertanggungjawab, Adib pula mungkin tak kerja sampai mati. apapun itu cuma contoh semata2.


jadi untuk mengelakkan salah faham tentang konsep tawakal ni kan, syeikh Amru Khalid buat dua syarat untuk kita bertawakal, means bukan tawakal kosong:
syarat pertama: tawakal mesti perbuatan hati, bukan perbuatan anggota badan yang lain. maksudnya tangan dan kaki kita berusaha mencapai sesuatu sedangkan hati kita tawakal pada Allah.
syarat kedua: tawakal mesti ada sebab. contohnya kalau nak tawakal mesti ada sesuatu yang boleh dijadikan sebab atau asbab. macam dalam exam, kita takleh tawakal sedangkan usaha kita cukup2 makan je. kita mesti dah usaha gile2 pastu baru boleh tawakal pada Allah. thats all.
wallahu A'lam


''Apabila engkau telah mempunyai ketetapan (azam) maka bertawakallah kepada Allah''              (Ali Imran 159)
''Tiap2 yang melata di bumi ini telah ditentukan oleh Allah rezekinya'' (Al Hud 6)
Jadi, tawakal lah kepada Sang Pengurus hamba2Nya, Dialah sebaik2 tempat bersandar, tapi tawakal mesti ada sebab, jangan tawakal kosong je, and lagi satu, tawakal perlukan latihan sama macam kisah Nabi Yusuf as, Nabi Musa as, malah kisah Rasulullah SAW pun ada contoh tawakal yang sememangnya memerlukan latihan. wallahu A'lam. indahkan Islam..! haha :)