pendekkan cerita, masuk dalam bilik pentadbiran, then kat dalam tu ramai orang tengah menunggu, rupa2nya diorang semua pun nak melapor diri jugak, ada la jgk dalam 11orang, 8 pempuan, 3 laki... tapi labi takde, bila call dia masih kat rumah sebab tak tahu kena lapor diri, how can... tapi kerani hosp tu suruh tunggu sebab pihak hosp pun tak tahu ada lapor diri, lama giler tunggu,, tiba2 labi call, labi kata dia call jpa, then jpa kata sebenarnya surat yang kitorang print tu surat lama, labi print lambat so dia dapat surat yang baru... maknanya kami semua tersilap la ni, hahaha... rasa macam kena dummy dengan jpa plak.. haha..
tapi kerani hospital tu suruh tunggu dulu sampai pengarah klinikal 1 datang selepas selesai rondaan dia, tapi ada sorang parent cina ni balik terus selepas tulis nama dalam kertas tu je, saya pun ingat nak balik terus je tapi tiba2 ada sorang bapak ni cakap,
''kita ni orang melayu, ikut adat melayu kalau dah alang2 datang tu kita dengar dulu apa kata tuan rumah''
sementara menunggu tu borak2 dengan 2 bdk laki ni, azra smk jalan3 dapat twinning pogram, amzar sbptgb kat kluang dapat india...
dalam setengah jam lepas tu doktor pun datang, then semua kena masuk bilik meeting, macam2 la doktor tu cakap, blablabla, minta maaf, blablabla, terima kasih kerana menunggu, blablabla minta maaf...tak lama lepas tu ada sorang dokotr lagi datang, nampak gaya macam berpangkat tinggi je, doktor ni lain sikit dari doktor pertama, dia terus cakap pasal kerjaya doktor, macam bagi pendedahan awal la... macam2 dia cakap, ada sorang budak pempuan ni catit non-stop apa yang doktor tu cakap, rajin btul dia, ingat ni wartawan ke apa, haha..tapi ada satu ayat yang menarik cikit,
''doktor ni bukan kerjaya semata2, tapi sebuah kehidupan''
pastu dia bagi contoh kalau jumpa sedara mara nanti mesti diorang tanya, kalau macam ni penyakit apa? kalau kena ni nak buat apa? penyakit ni susah tak nak sembuh? blablabla...
''takde apa yang paling menarik bagi doktor melainkan ada pesakit yang call cakap 'terima kasih doktor, sekarang mak saya dah sembuh''
ouh, camtu ke, baru tau, ingatkan yang paling best bila dapat gaji, haha, jk...
bila dah habis dalam bilik tu semua boleh balik, tapi last2 doktor tu cakap,
''sape yang dapat rusia buat prepraration awal, student rusia normally akan culture shock masa mula2 datang ke sana and akan culture shock bila pulang ke sini nanti''
woo, doktor ni bwat suspen saya je...huhu...
so by hook or by crook i need to prepare myself mentally from now on, and absolutely in term of jaga iman jaga hati, inshaAllah...
No comments:
Post a Comment