Alhamdulillah sudah habis final exam, maknanya ada lagi tujuh tahun lagi, lagi specific 6tahun8bulan sebelum mimpi jadi realiti, tapi ada lagi satu semester sebelum fly, memandang kan hari ni maal hijrah, jadi second semester ni akan jadi kayu ukur untuk sejauh mana aku dah berubah, nak berubah camne?
.
rahsia! haha
.
tapi of coz la nak jadi lebih baik,
.
''best nya kau dpt pogram rusia, senang''
''alah, korang takyah struggle gler2 pun takpe, kitorang kena struggle kalau nak pass''
''EH?! korang pun blaja bio, chem, fiz n math jgk ke?''
.
camtu lah kami dipandang rendah kat sini, and benda yang sama pun terjadi kat batch senior kami, hanya kerana kami ni,,,
first, short-course programme
second, RUSSIA!
.
tapi peduli apa aku! aku tak kisah kat mana pun aku belajar asalkan satu hari nanti aku jadi DOKTOR! korang tahu tak mula2 aku pun berat hati jugak nak pergi oversea, tapi selepas dapat nasihat kawan, semangat berkobar-kobar *cewah* dan seperti sahabat2 saya yg lain, mula2 cam lemah gemalai longlai jugak bila dapat tahu pergi russia,,
.
(their first expression)
bak kata #, ''what?! russia?! why?! wtf!''
bak kata $, ''
dan ! kelu seribu bahasa...
.
tu lah korang sebab tak
bila kita terlalu ambil kira pandangan orang,,,,hmmmhh,,,
kalau kita terlalu jaga pandangan orang kat kita,,, *nak cakap camne ek?
.
ok camni lah, bila aku tanya kat sahabat2 aku kenapa diorang tak suka nak pi russia? diorang jawab lebih kurang camni lah,,
''sejak kat sekolah dulu macam2 cerita buruk orang cakap pasal medic kat russia''
''kerajaan hantar ke russia sebab nak jimat kos, sebab kat sana murah je''
''kan ada statement kata HO russia tak bagus''
''kena sindir dengan sedara mara n member2 kowt''
.
dan tulisan saya kali ni bukan nak menjawab statement2 di atas, sebab kat tempat lain dah banyak dah penulisan2 n artikel2 yang menyangkal persepsi2 negatif mereka kepada perubatan russia, tapi sekadar berkongsi sedikit situasi bagi pihak BAKAL PELAJAR PERUBATAN RUSSIA (inshaAllah)... dan saya takde lah rasa emotional sangat pun pasal pandangan mereka2 tu, tapi baca lh ayat sorang budak pogrammate sya ni,
.
Berilah kami peluang. Jangan terus mengkritik dan menghukum kami hanya kerana kesalahan segelintir dari kami. Kami hanya ingin memenuhi cita-cita kami.
.
kalau kamu berada di tempat kami, kamu akan memahami apa yang kami rasa.
.
emo dan haru kan ayat dia, haha, tapi betul lah tu, cuba kamu berada di satu situasi di mana kamu di sindir dan di pandang rendah hanya kerana tempat yang kamu akan belajar, of coz lah mentality kami akan jatuh hanya kerana persepsi2 negatif yang diberikan oleh masyarakat, tak jejak kaki lagi pun dah lemah semangat dah betul tak... kalau orang boleh kata,
bukan sekolah yang menentukan kualiti, tapi diri sendiri,,
boleh jugak kata camni,,,
bukan negara yang menentukan kualiti, tapi diri sendiri...
.
tapi sebenarnya takde apa pun yang perlu di risaukan atau di pedulikan tentang pandangan2 mereka, tak semua orang yang memandang remeh pada negara tu, once kita asyik jaga pandangan orang kat kita, hidup kita akan terkongkong, and persepsi2 negatif tu akan membuat kita terlampau pesimis dalam usaha kita mengejar cita2 tu walau semulia mana pun cita2 kita tu...
.
akhir kata, jangan peduli kan apa mereka kata, kalau kita sibuk menjaga dan memikirkan pandangan orang pada kita, lama-kelamaan kita akan letih lalu hilang niat utama kita.. *betul tak? wallahualam...
.
dan buat pengetahuan anda semua *err, satu dua tiga orang je rasanya*, kami tak diberi pilihan pun untuk memilih pun negara mana yang kami minat, cuma kursus je yang boleh dipilih. so we were juz allowed to choose our destination, not the journey, thus do pray for us, for one day later we will serve for our people and country inshaAllah, definitely in a cause of our Lord, Allah!
.
to my comrades here, remember He is never wrong, not even once! we have prayed right? so it is the best that He can gives to us, RUSSIA IS THE BEST for us, not uk, ireland, asutralia nor others.
thus dont be pushed by your dream, be led by your dreams.
.
Allah is The Best of Planners...
.
eh, eh, dah terpesong dari niat asal, ingat nak cakap pasal exam, adoii, maaf lah jika agak emotional tulisan kali ini..hehe,, tak mengharapkan simpati apa2 pun, tapi cukup lh hnya dengan setitip doa.. ty :D