Thursday, January 26, 2012

Family.

Assalamualaikum wbt.
.
i watched the video. and learnt sumthing.from this dialogue.
''a little imperfection that make them perfect for us''
yup there is no one perfect in this world, everyone has their own imperfection that may be their own identity, and who knows being the perfection for someone else, *so sweet when imagining our weakness being the thing they like bout us :p*

''how one generation loves, the next generation learns.''
''love our parents and accept for how they are, becoz there is no one perfect in this world, including YOU!''
.
in time of test family is the best
:)
*p/s: plzz watch the videos :p*

sumthing pasal shclarship,

salam dan privet

masa first day kelas saya ada dengar budak perempuan kata,
''bestnya JPA xde cut off point tp MARA ada''
then masa saya try nak cheer kan sorang kwn saya ni pun dia jawab,
''JPA takde cut off point kau bole la cakap camtu~''
.
ok memang betul JPA xde cut off point untuk pogram ni,
tapi saya ingat lagi satu hari tu ada kawan kembar saya tanya
''camne study kat sana?''
then saya jawab,
''cam susah ckit sebab awal2 byk men2, tapi JPA takde cut off point so rileks je'' 
.
then dia cam bagi nasihat kat saya,
''jangan cakap camtu, jangan sama kan zaman dulu dengan sekarang,tahu tak sekarang ni, kat negara kakak aku study sekarang kalau fail exam automatik kena tendang, kerajaan dah tak bagi repeat macam dulu. dulu kalau fail boleh repeat tapi skarang dah tak boleh. kerajaan sekarang dah takde duit, since banyak duit kerajaan dah melabur kat scholarship sekarang bila nak berjimat kerajaan akan tapis sebanyak mana yang boleh.''
.
faham tak apa yang dia nak cakap, kerajaan sekarang dah takde duit, sampai before ni ada ura2 kata kerajaan dah takkan bagi scholar untuk pogram pra-U, soooo sekarang ni as long as diorang ada reason nak tendang bdk2 scholar diorang akan buat...wallahualam, takut walaupun takde cutoff point tapi result teruk akan kena tendang jugak :(
pasal cut off point, kesian bdk2 mara, tapi bdk2 jpa pun jgn take easy je benda2 ni, mesti serius juga takut apa yang dia cakap tu betul,
.
and tak kisah lah siapa yang taja kita,
jgn cakap ''harap2 MARA taja aku fly nanti''
sebab tawakal jangan pada JPA or MARA,
tapi tawakal lah pada ALLAH.
inshaAllah
tp jgn tawakal kosong ye
.
*actually entry kali ni juz peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya.hehe. walaupun takde cut off point jangan ambil mudah.*
btw thanks jpa~~i will never let u down :p
.
#even if you are on the right track, you will get run over if you just sit there#

lawyat dan kinokuniya.

assalamualaikum wbt
.
250112
kesian kat budak2 sarawak tak dapat balik sebab tiket mahal pastu takde sedara2 terdekat so mereka melekat lah kat cemara sepanjang cuti ni. so saya ajak adib jimmy and flixo ke kl alang2 nak jual guna semua voucher buku tu. kat kinokuniya. tapi jimmy n flixo tak dapat ikot.
.
amik naik kete then parking kat lrt cheras then guna lrt je ke kl.
.
LAWYAT
hmmh, kat sini singgah jap sebab adib nak beli memory card. kat sini saya cam pelik lah, baru je sehari lepas cny tapi kat sini dah ramai orang cina kerja, terfikir jugak saya tak raya ke mereka ni? huhu. then jalan2 tu saya ternampak dua wanita pakai tudung labuh dan berpurdah, cam kat tempat tu mereka lah jadi tumpuan utama sebab dah dia je pakai purdah, LOL. tapi ada slack satu je, mereka ada sanggul kat kepala mereka, siap lilit lagi sebesar penumbuk. hmmmh :/ then adib pun cakap, ''nabi kata sanggul tu ibarat bonggol unta kan'' then saya teringat hadis ni,
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. (Hadith riwayat Muslim) entah la tak berani nak kata apa hukum bersanggul ni. haha.

KLCC
kat sini nak pergi kena tukar tren kat masjid jamek dulu. kat masjid jamek kami solat dulu. then time kat sini and dah sampai klcc saya cam blank2 ckit pasal direction, adib yang guide. tetiba rasa memalukan plak sebab orang sarawak yang baru datang kl seolah2 lagi tahu dari orang kl yang dah tinggal bape tahun dah, haha. fyi kat kinokuniya, kitorang amik masa 3 jam untuk pilih buku untuk cukupkan voucher, haha rambang mata rasa cam nak beli sume je. theennnnn, time nak verify voucher tuuuuuuu, nakkkk tauuuu tak, adibbbbb diaaaa tertinggallll kadddd peeeeelaaaajar! hahaha, :D then akak tu kata, ada sumthing tak yang boleh buktikan status student adib. time ni setengah jam jugak pikir camne nak buat. haha, then teringat la pasal kat blog adib kan ada pic of student kad dia tapi malangnya wifi takdeeeee. tapi nasib bek adib bawak laptop dia, search2 akhirnya dapat jugakkkk, alhamdulillah!!
.
tapi cam lawak lah kan, orang len sume bagi kad, adib dia angkat laptop dia then tunjuk kat akak tu, ''nah ni ha kad saya, sama kan muka?'' *sambil wat muka kesian*
then saya pun nak tahan gelak tapi tengok akak tu tergelak saya pun gelak jugak, haha, sampai saya pergi tempat len jap sebab tak tahan nak gelak. akak tu plak senyum sampai ke cuping telinga non-stop *tahan gelak la tu*..haha. ai adib, lawak la.. hehe.
.
ok ok.
hmmmh, fyi dengan vaoucher tu saya beli,
#kamus russian, sume pakat beli oxford so saya beli berlitz *padahal sebab oxford da habis :p*
#body langguage
#kokology
#365 ways to boost brain power
#how to develop self-confidence
.
btw, tak tahu la akan baca tak buku2 tu :p saya ni minat jgk membaca tapi bukan jenis baca berat2, juz baca ringan2 je, hehe, tapi nak cakap yang kinokuniya ni mostly buku nya english and chinese, best sebab banyak gler buku dia, (kalau yang bukan ulat buku amik masa 3 jam yang jenis ulat buku ni 9 jam kot, hehe :p) tapi yang tak best pasal kinokuniya ni setiap buku dah sealed dah. :(
.
ok tu je..
salam.

Monday, January 23, 2012

Family: Sungai Congkak.

assalamualaikum wbt.
.
230112
hari ini hajat saya terlaksana bila kali ini abuya setuju pergi sungai congkak, haha, cadangan kali ni pun dari kaklong jugak, sekadar nak gather satu family sama2 since sume tgh cuti. mandi kat sungai bukan saja jimat duit, malahan dapat nikmati keindahan alamNya, and boleh bermesra2 dgn family, *kat rumah pun bole pe*.
the beauty of nature is a sign of The Creator's wisdom :p
kami sampai lewat dalam 1110H and time ni tak ramai orang, tapi then tetiba ramai orang plak sampai jam kat situ, nasib bek tak lewat sgt. selalu camtu, biasa la kan org kata anak ramai ni rezeki murah.
.
tp kat situ tiket parking mahal, 6 ringgit, mengalahkan KL. tapi ok la sbb takde masa :p
.
ok kat situ kami buat simple2 je, nampak orang len sume bwk khemah and set BBQ, kami juz guna tikar and masak pun guna fuel candle je, cam askar je hehe, ye la fyi fuel candle tu actually yang saya bawa balik dri camping saya time form4 kat rmc dulu, haha, dah ramai yg buang sya pick la bwk balik..haha :D

btw kat sungai cokgkak ni airnya cetek, memang sesuai dgn family yg ada anak kecik2, so air cetek memang x dpt la nak berenang, juz main air je.. air sejuk dan deras, nak amik2 gambar pun cantik,, kat sini nak enjoy2 berenang tu memang tak dapat tapi sangat sesuai untuk tenangkan fikiran yg dah kusut masai ni,,


most of the pic taken by dekya, *sbb takleh mandi*
dalam pukul1-lebih tetiba hujan renyai2, adoii sape lah yang nyanyi ni~ so untuk safety kami pun balik je lah, takut tiba2 ada arus deras mengejut dari hulu.. walaupun masih x puas tp its ok, reda~ hari esok masih ada :)
bersyukur pdNya utk memori ini :)
fyi ni bukan firsttime ke sg.congkak and hopefully bukan lasttime, inshaAllah :)
lepas ni nak bwat bbq skali la plak, haha :D

Russa: Usrah. Swimming. BBQ.

assalamualaikum wbt

210112
hari ini Dr Hazreen dan Dr Afiq jemput kami ke rumah family besa dr hazreen di sg.Buloh... kali ni ada seorang senior setahun actp (izzudin) join, kami semua ada (luqman, shamin, adib, nasrul, saufi, helmi, jimmy, and me) kecuali muiin sbb dia ada hal yang lebih penting,
.
aktiviti kami seharian di sana--
usrah, swimming dan bbq
.
dari cemara abg afiq amik, nasib bek nasrul bawak kereta kakak dia kalau tak jadi sardin la nampaknya, sampai dalam 1000H, then sarapan.
.
USRAH
lepas sarap terus buat kelas, *dah bagi makan kat jasad then tiba giliran rohani pula menjamah makanan :p* ya makanan bagi rohani adalah ilmu, haha seriusly memang kenyang sgt rohani kami hari itu, time usrah tu pun ada la jugak tengok2 video, *at least ada selingan la ckit untuk elak ngantuk*, sebenarnya usrah kali ni bukan yang macam 'bulatan gembira' tu tapi lebih kepada cam kelas sebab abg afiq n abg din yang bagi talk kat depan, kami juz tadah je, nak ajar pun apalah sangat dengan ilmu seciput ni, hihi :p tapi at the end secara spontan jadi cam usrah bulatan gembira tu bila abg hazreen join.
.
banyak sangat ilmu yg mereka share kpd kami,
pasal siapa diri, *as a muslim n student
pasal kepentingan faham agama
pasal hati dan akal,
pasal tujuan kita hidup, *ibadah dan khalifah
pasal cabang ilmu, *sains sosial n sains tulen
pasal sunnatullah,
pasal sejarah islam,
.
kelas dan usrah
cuma yg saya nak share kat sini, soalan abg afiq,
"apa beza antara islam dgn Islam??"
.
''sama je sebab ejaan sama'', *salah!*
.
jawapannya ada di first letter tu,
islam (small letter) dgn Islam (capital letter),, so,,
islam (kata kerja) dgn Islam (kata nama),, means,
islam bukan hanya sekadar nama sahaja tapi islam adalah sebuah pekerjaan,,
kita adalah pekerjanya and Allah adalah majikan kita,,
.
yang kedua adalah tentang cara yahudi memisahkan umat islam, iaitu dengan meletakkan "sempadan" dan contoh yg paling ketara sekali adalah kenegaraan, sepatutnya kita sebagai umat islam kena bantu sedara kita tak kira bangsa or negara, so instead of 1malaysia kita guna 1ummah plak ye, hehe..
(sekarang)kita==//==mereka
(spatutnya)kita=====mereka
.
SWIMMING
ok dah petang tiba aktiviti kemuncak nya, swimming! mula2 juz berenang biasa2 je, sebelum ni masing2 kata tak reti berenang la, konon~ haha, then abg hazreen bawak bola and kami main rugby air, penat tapi best,,
berenang-renang
BBQ
lepas mandi, kami solat maghrib jemaah, then abg din bagi tazkirah ringkas,
dia bercerita tentang soalan saidina umar kpd pada sahabat yg lain, ''apakah permintaan kalian?'' 
masing2 jawab, ''saya nak bilik ini dipenuhi dengan emas/berlian/etc supaya sya bole guna untuk fisabilillah'' 
tapi jawapan saidina umar, ''saya nak bilik ini dipenuhi pemuda spt abu ubaidah al-jarrah spya sya bole guna utk fisabilillah''
moral of the story nya kita perlu jadi seperti abu ubaidah al-jarrah, time dia cakap ni sume jeling kat aku sambil tersengih2, hnya sebab nama lebih kureng~~ cehh!! haha..
tazkirah magrhrib

.
BBQ
lepas tu setting untuk BBQ. yumm,, sedap kan meratah ayam, kenyang sangat,, lepas tu selat isyak jemaah and layan cite kingdom of heaven tapi baru beberapa minit mata saya dah lelap dah, haha...
.
tu jee..
honestly pada hari ini jasad dan rohani sama2 kenyang! haha
alhamdulillah,

uba.luqman.nasrul.jimmy.helmi.izzudin.saufi.adib.drhaz.shamin.drafiq.
lepas ni buat lagi ye~ :D

hati makanannya ilmu.

assalamualaikum wbt

''Sekiranya hati kita tidak diberikan hikmah serta ilmu selama tiga hari maka hati akan mati. Kerana ilmu ibarat makanan bagi hati'' kata2 Fatah al-Maushili
.
so sekali-sekala berilah makanan kpd rohani di samping jasad,
.
biar rohani makan sampai gemok, jgn makan sampai jasad bertambah gemok :p
.
jika kita bagi makan untuk diri makanan yg halal dan khasiat,
sama lah jugak,
beri makanan pada rohani mestilah dgn ilmu yg baik2.
baru hidup ada berkat :)
.
we are what we eat.
.
:)

Friday, January 20, 2012

dah dpt angpou!

assalamualaikum wbt
.
firman Allah swt,
''Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya''
adh-dhuha ayat 11.
.
sabda Rasulullah saw,
''siapa yg tidak berterima kasih kpd manusia, ia tidak bersyukur kpd Allah''
riwayat al-tirmizi.
.
saje je nak share ayat atas tu, cuma nak ucap,
Alhamdulillah.
terima kasih Allah untuk nikmat ini,
terima kasih jpa untuk 'ang pou',
terima kasih kerajaan di atas voucher buku.
.
btw, sya x check akaun lg la~ tp adib kata dh dpt, hehe,
xpe kita yakin je!
:p
.
salam

Sunday, January 15, 2012

All is well wif sabar n solat, inshaAllah

salam
.
baca ayat ni yang Allah tujukan kepada orang2 yg beriman,
Hai orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah: 153)
.
bersabar lah dalam bersabar, pasti Allah bersama kita, and tu pun dah cukup baik dah kan, bak kata omputeh,
it is important to know that God is on our side, -van crouch-
so bila Allah berada di pihak kita inshaAllah takde apa yang perlu dirisaukan,
.
and suka ayat ni,
everybody has problems, just dont let it destroy you..destroy it before it destroy you..
creditto-JJ
.
destroy her/him before she/he destroy you,
ok yg ni ganas ckit so jgn pakai, :p
.
inshaAllah all is well for you! amin~
.
salam

Saturday, January 14, 2012

antara serve and lead.

assalamualaikum wbt

090112
hari ni first class Calculus untuk semester dua, macam biasa bila lecturer baru mesti ada pecahkan ais dulu kan. takde apa sangat pun nak cerita cuma lect tu entah camne tercakap pasal trio-tiga-OP yang lepas, then sempat lagi puji mereka and sekolah mereka *sekolah saya juga*, diorang memang mantap pun dari dulu lagi, then classmate pun cakap kelas ni ada sorang sekolah tu *ya saya*, after that lect tanya siapa class rep and masa tu tak lantik lagi secara rasmi, then bila masing2 tunjuk masing2 then lect tu kata,
''ai, sepatutnya budak *** la volunteer dari awal''
.
ya Allah perasaan saya masa tu entah la. bukan malu tapi serba salah sangat sebab seolah2 mencalarkan moto sekolah je, 'Serve to Lead',
.
nak cover saya pun jawab je,
''dah ada tanggungjawab len dah''
tp lect tak dengar kot sbab saya duduk belakang. tak kisah la.
.
btw, pasal jawatan ni saya cam tak kisah sangat pun, cuma prinsip saya biar lah orang lantik jangan volunteer, memang kat sekolah lama tu latih supaya volunteer untuk bnda2 camni tapi sejak baca ni saya rasa better ketepikan prinsip sekolah lama tu,
.
sabda Rasulullah saw, 
''jangan kamu tuntut jawatan ketua kerana jika kamu minta, akan diserahkan kepadamu (tanpa ditolong). sebaliknya jika datang kepadamu tanpa meminta pasti kamu ditolong.'' *dipetik dari buku syarah al-hikam jilid 1*
tentang hadis ni syeikh zarruq tafsirkan,
sesuatu urusan yang Allah masukkanmu padanya nescaya Allah akan bantu dan tolong dalam stiap urusanmu dan yang kamu masuk sendiri nescaya Allah serahkannya kepadamu.
.
so better dilantik daripada melantik diri sendiri, lagipun nak jadi leader kena pandai berkata2, satu ciri yang saya takde!! im not gifted as them in this case, kalau tak reti nak berkata2 camne nak inspire anak2 buah and apatah lagi nak bagi speech spontan. thats why saya lagi prefer to serve daripada to lead, sori to say that. :'( hmmh maybe saya lack characters of leader lagi, ok,
.
lagipun bukan mudah pikul amanah kan,
.
pasal kelas baru pun saya rasa macam kekok sangat, mungkin ais tak pecah lagi kot, hihi :p dalam kelas ni saya jadi pendiam sangt, bosan la dah takde luqman and shamin, tapi takpe sebab saya duduk antara the most humorous boy (Muiin) n the most genius boy (Lim) in programme, so memang OK sgt, tapi still rindu kelas lama hehe :)
.
ty

Friday, January 13, 2012

Russa: Cycling in Bukit Cerakah LAGI

assalamualaikum wbt

070112
hari ni kami pergi lagi bukit Cerakah, tapi kali ni dengan  Dr Haz dan Dr Afiq, and lagi menarik Jimmy pun ada juga, haha :D tapi Muiin and Nasrul takde :( perjumpaan kali ni bukan untuk usrah tapi nak beriadah sama2, yang menarik bila lima orang kebetulan pakai baju sama, my fav kaler plak tu :p biru muda!
.
pergi ke sana dengan menaiki kereta seniors tapi sampai lambat so kena tunggu basikal, dlm pukul 1010 baru dapat basikal, time tu matahari dah naik and badan pun dah tak cergas, :/ tapi semangat still ada demi merealisasikan matlamat utama :p
lambat punya pasal kena tunggu..

guliyat na velasepede vmeste!
.
jalan yang kami lalu pun sama cam sebelum ni, dah tu je jalan yg tahu, tapi still jgk ada yang sesat mula2.
.
sama macam dulu, kami singgah kat rumah iklim, kali ini winter sebab ikut iklim eropah, dalam tu sejuk sangat and ada salji lagi, suhu pun serendah -2degree, then baru 5min dah menggigil badan (belum 5 minggu lagi) :D kalau musim winter diorang letak salji entah2 musim panas nanti letak api kot, hehe, :p after rumah iklim kami ke empangan sungai baru, kat atas sana rehat2 jap, ada ikan banyak, lagi lah saya suka :)
shamin, saya, luqman, helmi, jimmy, adib, Dr Awe, saufi, Dr Hazreen

restoring energy :)
lepas lepak2 kat atas then kami balik and lalu jalan yang curam and tinggi gler tu, time ni masing2 dah kepenatan lantas basikal dibonceng melainkan beberapa org. on da way to the peak, TIBA2 ada sorang pakcik, makcik, dan dewasa lelaki dengan selamba memotong dengan mengayuh basikal tanpa henti, dengan berlagaknya si pakcik tua 'menegur',
''ada pedal kayuhlaa~''
dan laki dewasa pula menganjing,
''korang ni BOY keww???''
uuuuuiiii, masin nya mulut laki dan pakcik tu, guna mountain bike boleh la~ yang kami ni setahun sekali je naik basikal bukan setiap hari macam mereka memang la kong, OK yg penting kitorang yg sampai puncak bukit tu dulu keyh walaupun dgn basikal murah!! haha,
melalui jalan yg berliku, menuju puncak. :)
.
then yg paling best jalan nak turun dari puncak bukit! lajuuu~ dan berangin~~
habis dlm 1200H, then pergi seksyen2 Dr Afiq belanja makan ABC paling popular kat shah alam!
tu je. such another interesting day together :)

Friday, January 6, 2012

Family: Azam mereka. 2012.

assalamualaikum wbt
.
saya buka blog adik saya,dekya and ada satu gambar ni, seronok plak bila tngok,haha.
azam tahun baru adik2.
umur 15 dan 17 dan 13 dan 11 dan 9 dan 7
ni mesti abuya suruh buat ni, haha, jgn harap mereka nak bwat sendiri, :p tapi terharu nya tgk adik2 ada azam jugak, walaupun dengan paksaan *saya faham* tapi....entah.tp bagus kn. btw kat atin and noha punya macam ada 'sabotaj' skit hehe and faris punya cam tergantung, mesti blank taktau nak tulis apa haha. dan menurut firasat sya *cewah*, ARA adalah suspek utama yg sabotaj orang len punya sebab ARA guna marker biru dan yg kat tempat yg len yg mcm ditambah2 pun kaler biru! haha, jahat tul ARA, tapi kat ATIN punya plak mesti FARIS yg tulis sebab perkataan 'NAK' tu sama!! hahaha :D
gambar kat atas ni pula JUA punya, bahasa apa yg dia guna saya pun tak faham, bukan melayu bukan english dan nak kata rusia ya ne panimayu (saya tak faham) :p bahasa sendiri la tu, tapi siap ada translation lagi, haha. JUA punya paling panjang plak tu, mengalahkan yang lebih besar, :D
.
OK lah, tapi sebelum tu nak cakap2 ckit kat mereka,
DEKYA , pray for the best, prepare for the worst utk result SPM!
 NOHA good luck SPM!
ATIN good luck PMR!
ARA, good luck SMK.
AIZAT good luck nak buat umi abuya tersenyum.
*mesti umi abuya dah tersenyum dh baca aizat punya :p*
AYISH belaja elok2.
JUA, belaja mengeja betul2 tau.
.
tak lupa juga kat kakak2,
KAKLONG, good luck nak kahwin! :p
AMA, good luck krja baru.
IKAH good luck kat MSU.
~
dan semestinya untuk UMI ABUYA,
continue pray for us.
for our life will never be blessed by Him if umi abuya dont bless us.
.
Allah, please take care of us
in here n hereafter, amin~~ :)
.

salam.:)

hi 2012 bye 2011

salam
.
privet 2012, paka-paka 2011,
privet sem2, paka-paka sem1,
harap tak terlambat lagi nak ckp camtu, *better late than never :)*
.
bye 2011, tahun bermulanya pelbagai cabran baru, tahun bermulanya hidup dalam satu peringkat baru yg orang kata 'high peak' dalam kehidupan seseorng, pada peringkat ni kita dah mula nak ada pendirian, dah mula berangan2 pasal kahwin *sape?*, dah mula rancang2 pasal masa depan,, entah la, tapi zaman 'high peak' ni memang sgt penting,
.
pendek kata, macam zaman peralihan.
.
pasal 2012, dah seminggu dah start, and permulaannya sgt baik! dapat hadiah diari dari seseorang, bukan diari tapi cam jurnal la *mcm girly je ckp 'diary' :p* so salah satu azam tahun ni nak cuba tulis jurnal, 2011 dulu ada beli sendiri tapi terhenti kat bulan 4, tahun ni hadiah so semangat ckit nak tulis, hehe. lagi untuk sem2 rumah and roomate pun sama mcm sem1 so seronok sgt, cuma kelas dah shuffle jadi 2 instead of 3...sedih sbb dah berpisah dengan kelas lama :/ tp kelas baru pun so far OK. alhamdulillah.
.
harap tahun ni dan sem ni lebih baik dari sebelumnya untuk smua, amin~
.
pasal azam baru pun ada jugak, baru buat, :) antarany,,
#struggle study
#berjimat
#joging/sukan petang2
#taknak tido lepas subuh
#yg paling penting jaga iman dan hati
##diari 2012 x stop sekerat jaln! *ok!
.
inshaAllah.
*btw, ty to luqman for pinjamkan laptopny :)
2012~~~1~>
btw saya suka ayat sorang kawan saya ni,
"Kalau kau sudah sampai sini, maknanya kau boleh pergi jauh lagi."
so kejar lah cita2 kita, jgn biar kn orang lain atau masalah mnjatuhkan kita,
salam.