Thursday, January 26, 2012

lawyat dan kinokuniya.

assalamualaikum wbt
.
250112
kesian kat budak2 sarawak tak dapat balik sebab tiket mahal pastu takde sedara2 terdekat so mereka melekat lah kat cemara sepanjang cuti ni. so saya ajak adib jimmy and flixo ke kl alang2 nak jual guna semua voucher buku tu. kat kinokuniya. tapi jimmy n flixo tak dapat ikot.
.
amik naik kete then parking kat lrt cheras then guna lrt je ke kl.
.
LAWYAT
hmmh, kat sini singgah jap sebab adib nak beli memory card. kat sini saya cam pelik lah, baru je sehari lepas cny tapi kat sini dah ramai orang cina kerja, terfikir jugak saya tak raya ke mereka ni? huhu. then jalan2 tu saya ternampak dua wanita pakai tudung labuh dan berpurdah, cam kat tempat tu mereka lah jadi tumpuan utama sebab dah dia je pakai purdah, LOL. tapi ada slack satu je, mereka ada sanggul kat kepala mereka, siap lilit lagi sebesar penumbuk. hmmmh :/ then adib pun cakap, ''nabi kata sanggul tu ibarat bonggol unta kan'' then saya teringat hadis ni,
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. (Hadith riwayat Muslim) entah la tak berani nak kata apa hukum bersanggul ni. haha.

KLCC
kat sini nak pergi kena tukar tren kat masjid jamek dulu. kat masjid jamek kami solat dulu. then time kat sini and dah sampai klcc saya cam blank2 ckit pasal direction, adib yang guide. tetiba rasa memalukan plak sebab orang sarawak yang baru datang kl seolah2 lagi tahu dari orang kl yang dah tinggal bape tahun dah, haha. fyi kat kinokuniya, kitorang amik masa 3 jam untuk pilih buku untuk cukupkan voucher, haha rambang mata rasa cam nak beli sume je. theennnnn, time nak verify voucher tuuuuuuu, nakkkk tauuuu tak, adibbbbb diaaaa tertinggallll kadddd peeeeelaaaajar! hahaha, :D then akak tu kata, ada sumthing tak yang boleh buktikan status student adib. time ni setengah jam jugak pikir camne nak buat. haha, then teringat la pasal kat blog adib kan ada pic of student kad dia tapi malangnya wifi takdeeeee. tapi nasib bek adib bawak laptop dia, search2 akhirnya dapat jugakkkk, alhamdulillah!!
.
tapi cam lawak lah kan, orang len sume bagi kad, adib dia angkat laptop dia then tunjuk kat akak tu, ''nah ni ha kad saya, sama kan muka?'' *sambil wat muka kesian*
then saya pun nak tahan gelak tapi tengok akak tu tergelak saya pun gelak jugak, haha, sampai saya pergi tempat len jap sebab tak tahan nak gelak. akak tu plak senyum sampai ke cuping telinga non-stop *tahan gelak la tu*..haha. ai adib, lawak la.. hehe.
.
ok ok.
hmmmh, fyi dengan vaoucher tu saya beli,
#kamus russian, sume pakat beli oxford so saya beli berlitz *padahal sebab oxford da habis :p*
#body langguage
#kokology
#365 ways to boost brain power
#how to develop self-confidence
.
btw, tak tahu la akan baca tak buku2 tu :p saya ni minat jgk membaca tapi bukan jenis baca berat2, juz baca ringan2 je, hehe, tapi nak cakap yang kinokuniya ni mostly buku nya english and chinese, best sebab banyak gler buku dia, (kalau yang bukan ulat buku amik masa 3 jam yang jenis ulat buku ni 9 jam kot, hehe :p) tapi yang tak best pasal kinokuniya ni setiap buku dah sealed dah. :(
.
ok tu je..
salam.

No comments:

Post a Comment