Friday, March 30, 2012

Russa: i-prokhas.

Bismillah, assalamualaikum wbt,

i-prokhas sebuah pogram pemantapan rohani. semua kena pergi tapi ikut giliran. pogram ni khas untuk muslim sahaja. antara aktivitinya selama 3hari2malam:
sayang si buta, ceramah tentang perjalanan manusia, permainan untuk pilih kumpulan, fiqh travel, kajian kes, mari mengembara, kembara hidup, pengurusan jenazah, bina rakit, pelan kehidupan.

230312-150312 kem kuala kubu baru.

budak RUSSA disenaraikan untuk pogram ni pada tarikh ni. sekali dgn bdk US. total 108 org. banyak sangat aktiviti yang kami bwat. so nak bercerita tentang apa yang dibuat memang banyakkkkk sangat. so takyah la cite haha. cuma nak share je kat sini sebab kalau tak tulis akan lupa jugak satu hari nanti, hehehe.

sedikit nasihat dari cikgu hassan>>>

analogi beliau: tadika-->sek.rendah-->sek.menengah-->praU-->ipt-->kerjaya
mesej beliau: bayi-->kanak2-->awal remaja-->remaja-->dewasa-->orang tua-->mati
mesej beliau2: alam roh-->alam rahim-->alam dunia-->alam barzakh-->alam akhirat.
mesej beliau3: *lupa*
maksud beliau, hidup ni ibarat perjalanan, setiap peringkat ada ujian yang akan mementukan tempat kita di peringkat seterusnya. so, pendek cite, dunia ni hanya tempat ujian yang akan menentukan tempat kita di sana. jadi, bersediakah kita? cukupkah bekalan kita untuk kehidupan akan dtg?

ust affuan n ckgu hassan.
sedikit nasihat dari ustaz affuan>>>>

kita kata kita sayang Allah, betul tak?
tapi kenapa kita tak buat perintah Allah?
kenapa kita langgar larangan Allah?
malahan, apa yang Allah bagi pinjam kat kita (mata, lidah, etc) kita gunakan sesuka hati seolah2 Allah tu tak wujud pun, seolah2 kita tak yakin yang Allah melihat kita. tapi kita memang sayang kat Allah.
sedangkan kita tahu dan yakin Allah wujud...
tp kenapa kita hipokrit dengan Allah?
sebab apa jadi macam tu?
sebabbbbb,,,,,,,,,,,,,,,EGO!
itulah yang terjadi pada iblis, dahulunya dia ketua para malaikat, tapi hanya kerana ego, dia binasa. nauzubillah.

btw, dlm 108 tu, ada sorang bdk us yang hafal 30 juzu al-quran. mashaAllah, betapa kerdil nya saya rasa. huhu. hebatnya dia, agama hebat, ilmu dunia pun hebat jgk. saya ni baca quran pun masih tak lancar lagi apatah lagi nak hafal, huhu :( act ada la jgk niat nak hafal quran sejak dulu lagi, tp at least bagi la lancar dulu ye uba.

then lagu tema utk i-rpokhas, Demi Matahari oleh Snada. mula2 dengar lagu ni cam hambar je, hehe. tapi bila hayati betul2 lagu ni actually sgt menyentuh hati. lagu tentang kebesaran Allah. and sya baru tau actually lirik lagu ni sebijik cam surah as-syams. thanks kpd yg memberi info ni, :)

team 5>>>>
cara pemilihan group cam lawak. haha. btw nama team sgt skema, kreatif (kami remaja aktif), haha. then fasilitated by ust kursiah and helped by abg affan and kak erly.


apa yang kami belajar dari aktiviti mari mengembara;
checkpoint 1 pasal 6 rukun iman 5 rukun islam. (susun puzzle, *paling susah)
checkpoint 2 pasal matlamat hidup dan tugas kita sebagai khalifah. (corakkan kain putih 2min)
checkpoint 3 pasal ukhuwah. (kena torture, haha :D)
checkpoint 4 pasal solat. (tentukan kiblat dan tayamum)
checkpoint 5 halal&haram. (cari dan asingkan mana halal mana haram)
checkpoint 6 muhasabah diri. (lalu kat sungai lambang penyucian dan cermin)
checkpoint 7 habis. (ambil gambar)

walaupun cam penat tapi enjoy sgt2. and alhamdulillah kami menang tempat ke2 keseluruhan ;)
creditto: lokman,said,azrar,fuzah,fatin,ida,ain,syuhada,afiqah,abg affan,kak erly. *yg garis tu bdk russa*


by the way,
hope ukhuwah yang terbina kekal selamanya,
hope ilmu yg diperoleh menjadi bekalan untuk akan datang,
hope pogram ni jadi platform utk semua menjadi muslim yg lebih baik.
inshaAllah!

ehem, fyi jumaat tu kami sambut birthday adib :p
guna belon air,, brutal kan? haha
sdnyom razdenia adib! may Allah bless u...may ur dreams come true!
err, klau baca je rasa cam biasa je, tp klau kita dgr betul2 ceramah iprokhas sgt menyedarkn, huhu.
salam.

*this week ada kem kepimpinan plak, aishh :/* hope it will be best, amen~

Thursday, March 29, 2012

Family: a simple day in Melaka.

assalamualaikum wbt.
hi. privet. hello. zdravstuite. hehe

170312
pada tarikh ni. satu family pergi melaka. balik kampung dan jalan2.

jalan2 pun just kat Mahkota Parade and Pantai Puteri jerrr... btw dua orang sepupu kami join, radhiah n naim.
kat tepi Mahkota Parade
kat Mahkota Parade banyak kedai, best bagi yang besar2, tapi seksa bagi yang kecik2, kesian kena jalan lama. haha. kat Pandai Puteri, yang kecik2 plak seronok mandi pantai. tapi yang besar2 pun seronok, seronok amik gambar. haha.
yg kecik2 main air, yg besar2 amik gambar, haha
best tgk diorang mandi, rugi plak sbb x bwk baju extra :p
dgn dekya n kaklong
naim tak mampu nak lompat! hahaha
tapi pengalaman yang paling best kat sana, sesat. haha. pusing2 lalu jalan yang sama je. alhamdulillah sampai jgk akhirnya. :p
salam.

Monday, March 26, 2012

bila kita down.

bismillah, assalamualaikum wbt.
privet.

kita buat sesuatu. kita suka and minat benda tu. so mesti la kita seronok dengan apa yg kita buat kan. sbb kita minat. contohnya kita study untuk kejar impian kita. tapi,,, sape tahu satu hari nanti kita susah atau bosan. then kesannya minat kita pudar. sbb minat tu dalam hati, and hati manusia bole berubah2 btol tak. kena plak time kita tgh lemah semangat. so benda ni akan mendorong kita utk putus asa atau quit. nauzubillah.

pernah dengar tak ayat 'belajar lah kerana cinta akan ilmu, bukan kerana nak mengejar impian'. actually ayat ni cam nak kata 'belajar kerana minat, bukan matlamat' sedang kan imam hasan al-banna kata,
“matlamat adalah dasar yang mendorong langkah kita di sepanjang perjalanan.” 
-imam hassan albanna-
bila minat kita dah pudar, bila semangat kita jatuh, bila down, ingat lah matlamat kita, ingat balik mula2 mengapa kita berada di situ,,,,, inshaAllah semangat tu datang balik. so pendek kata, buat lah sesuatu bukan dengan minat semata2 tapi dengan niat juga. niat pun kena betul. tak kisah la niat kita kerana keluarga, diri, negara or apa2 asalkan yg mubah, tapi niat utama mesti kerana Allah. sbb kalau Allah niat utama kita inshaAllah kita sentiasa istiqamah dan apa yg kita buat tu jadi ibadah serta dapat redaNya. sbb Allah pun bersama2 dgn kita inshaAllah. :)

oh ya, cinta pun mesti kerana Allah baru lah kekal. xp
belajar lah untuk mencapai cita2, *sbgai motivator*
serta cintai lah akan ilmu. *supaya tak mudah lupa*
inshaAllah mimpi jadi realiti :)
salam.

Wednesday, March 21, 2012

spm hanya tiket, Allah yang menentukan.

assalamualaikum wbt.
privet.

result spm dah keluar kan. hilang dah semua perasaan debar2 untuk spm leaver kan. yang dapat capai target tu happy lah, tapi yang tak dapat apa yang di target mesti down sangat2. haha its ok. inshaAllah He has a better plan for all of you, inshaAllah. so juz carry on your life. its not the end of your life yet.

and for those yang tak capai target, juz know that SPM is not the one who determines your future but ALLAH. so juz pray for the best. and work for it, inshaAllah it worths.

for those who achieved your target, congratulation! syukur banyak2 ek,,

hmm, btw teringat plak apa yang berlaku setahun lepas, haha. kat dalam dewan. kat auditorium. time tu dah lama berpisah dari kawan2 mesti la teruja kan jumpa semula. then umum result, waktu tu komandan nangis. cam touching plak sebab dia dah jadi cam bapa kepada batch kami. tanpa beliau rasanya batch kami masih terumbang ambing berikutan peristiwa tu. jazakallah khairan utk komandan Zakaria bin Yadi seorang yg sangat hebat. semoga beliau sentiasa dlm reda Allah, amen~
and teringat plak sehari selepas tu, haha.

btw, sekarang tgk bdk2 ex-sbp sibuk check pasal result sekolah masing2. termasuk lah jgk sya, hehe. dengar cite tahun ni 41 orang A lurus, 4 A+ lurus. wah tahniah sebab pecah record kitorang. haha, tapi gred korang juz 1.85 jerr, kitorang 1.83, so adil la kan :p tapi still hebat la sebab ramai A+ lurus. tahniah anda dah crossed the line with glory. :D

ayat yang selalu komandan cakap, "Lets us together cross the line with glory." 


and bagi semua yang dah lepas SPM, maka bersedialah untuk SPM kali ke2, *kata2 ust Zainuddin*. eh, biar betul ada SPM kali ke2?? ada! bila tu pikir2 kan lah ye,,hehe.. semoga SPM kali ke2 kita ni cemerlang! muda2han inshaAllah amen~

sempat lagi update, esok test ctis, hehe :p
salam :)

Tuesday, March 20, 2012

ada apa dengan ubaidah?

assalamualaikum wbt
hi privet. hello zdravstuite.

pertama kali saya dengar kisah ni, time usrah dengan abang2 doktor hari tu, then second bila ada sorang sahabat Russa share satu video kat mukabuku, then saya dengar time satu ceramah motivasi pun cakap jgk. rasanya semua dah tahu kisah ni, cuma saya je yang baru tahu hehe...
Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” 
Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” 
Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. 
Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” 
Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. 
Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin”  
Khalifah Umar pun berkata: “Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
dan menurut sumber yang paling sahih, umar al-khattab hanya kata abu ubaidah al-jarrah je, yang lagi dua sahabat tu adalah dari sumber yang lain. ya, memang tepat kata khalifah Umar al-khattab sebab tenaga manusia lebih penting dari tenaga harta/wang. sebab kalau para sahabat ni campak mana2 pun diorang boleh sebarkan Islam. tapi sampai sekarang saya masih tertanya2,

kenapa Abu Ubaidah Al-Jarrah????

kenapa bukan kekasih Rasullullah, Abu Bakar as-Siddiq??
kenapa bukan singa Allah, Hamzah Asadullah??
kenapa bukan pedang Allah, Khalid al-Walid Saifullah??
kenapa bukan Ali bin Abi Talib yang dimuliakan wajahnya??
kenapa bukan Uthman Affan yang memiliki dua cahaya??

saya yakin saidina Umar al-khattab takkan sewenang2nya petik nama sahabat, haha,,, so,kenapa beliau? pachimu on? huhu, tu la, time dengar tu taknak tanya,, hehe, actually so far ada la ckit2 da buat research tentang Abu Ubaidah ni, dan masih mencari lagi. and pengetahuan saya tentang agama ilmu agama ni pun actually sangat cetek dan tak mencukupi, tapi akan sya teruskan usaha untuk mencari jawapannya. inshaAllah kelak kalau saya dah capai maksud saya akan share ye, tp x janji, haha.

bagi yang belum tengok video ni lagi,
salam. :)

Thursday, March 15, 2012

syaitan suka cerai, benci clash.

bismillah.
assalamualaikum wbt
.
nak jatuh hati memang mudah, tapi nak jatuh cinta tu,,,,,,,,,pun mudah juga, hehe, sbb org kata cinta ibarat perang, blablabla... and bila ada orang suka pada orang yg sudah couple dgn org len, selalunya ayat yg dilontarkan kat dia adalah,"sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi yang sedang bercouple" *sekadar nk bg harapan kat dia :p*
.
pernah dgr tak? maybe kat sini je kot~
.
setiap kali dengar dialog tu mesti teringat kisah sekor syaitan ni dipuji sbb berjaya buat dua orang berzina, tapi ada lagi sekor ni bila dia kata berjaya memisahkan suami isteri, ketua syaitan tu puji gler dia. means bila syaitan pisahkan suami isteri lagi bagus (bagi setan) berbanding zina. sebb pe? sbb syaitan mmg tak suka perkahwinan, sbb kahwin boleh mengekang nafsu. so orang yg dh kawhin lebih terpelihara nafsunya. *tp ada je yg masih menggatal, huhu*. tp bila mereka bercerai jadi kurang terpelihara. sbb tu syaitan suka. wallahualam.

baru2 ni saya baca buku solusi isu 40 luqman punya. :p then terjumpa kisah ni *akhirnya*, tengok gambar bawah ni, *malas nak taip punya pasal :p*
so konklusinya dialog tu memang tak tepat, tapi bole la guna sekadar nak tenangkan kawan kita *mmg tu lah tujuannya kan*, hehehe, tapi jangan sampai kawan kita tu bagi haraapan yg tinggi sbb makin tinggi yg dia harapkn makin sakit kalau tak dapat, tak pasal2 kawan kita tu jadikan ayat tu as pegangan hidup dia, haha. and rasanya syaitan lagi suka orang yg bercouple sbb diorang lebih menghampiri zina, nauzubillah. sepatutnya kita cakap kat dia, "jangan bercouple, sbb couple boleh menghampiri zina, pinang terus!" ,cam cakap kat diri sendiri je, huhuhu.

sekadar peringatan bersama terutama diri sendiri.
konsep ayat tu salah, sbb orang yg dah kahwin la syaitan byk goda untuk cerai dan untuk orang yg bercouple pula lagi lah syaitan menghangatkan hubungan tu, huhuhu, so untuk orang yg dah kahwin tendency nak bercerai lagi tinggi dri yg sedang couple. tapi sekadar nak menenangkan hati kawan kita takpe kot. eh, ye ke? memandai je buat andaian, huhu.. 
sekadar pandangan.
btw, salam.

mula2 besar, kemudian kecik2.

bismillah,
assalamualaikum wbt, privet!

baru2 ni saya ada dengar talk dari seorang motivator yang rasanya tak terkenal. *sori to say* tapi dengar pengalaman hidup beliau sya rasa beliau ni orang yg hebat. then time QnA ada sorang tanya, "camne abang uruskan masa?" alahai soalan ni macam common sangat dah, then beliau jawab, "utamakan yg penting then baru lah yg kurang penting", entah tiba2 saya teringat pesanan komandan sekolah sya satu ketika dulu, tak reti la nak explain camne, tapi beliau cakap benda yg sama jgk, cuma cara penyampaian beliau berbeza dan sangat simple, +- camni,
faham tak dengan gambar kat atas ni? so tak perlu la nak explain kan. senang cite masukkan yg penting dulu dlm hidup kita then yg kurang penting. fyi, benda ni lah yg pernah menjadi salah satu pegangan batch sya dulu, and even tiap2 kali meeting batch pun mesti remind kan benda nih,,haha, myb sbb rmai yg msih melagha time nak dekat exam hehe :p.

ok, tu je lah nak cakap. sekadar nak mengingatkan diri balik tentang benda ni yg dh terlupa ni hehe. at least tulis kat sini akan ingat inshaAllah. walk the talk ye uba! keje dah siap belum??? hihi belum la tu~~ :p

Tuesday, March 13, 2012

cerdik atau genius.

assalamualaikum wbt
zdravstuite!

130312
hari ni abuya tanya saya tentang satu benda, "apa beza cerdik dgn genius?". then abuya bagi masa kat sya untuk pikir2 kan jawapannya. agak keliru jgk sya buat seketika, bukan dengan soalan tu tapi kehendak penyoal,  nak jawapan atau pendapat? hehe, then dok perah otak jgk memikirkan, time online pk, time pg cuci moto pk, time pg jusco pun pk lagi, tanya uncle google pun tak guna jgk,,haha, ok.
.
hmmh
.
bagi saya, cerdik tu lebih kepada istilah sains sosial, sedang genius tu lebih kepada sains tulen. faham tak? meaning nya genius ni juz untuk pelajran yg analitikal dan akademik, tapi cerdik ni berdasarkan kemampuan yg dia ada je, kdg2 ikut minat diorang. sebab tu lah kita tengok sekarang ni pemimpin dunia majoriti bukan yg intelektual cam doktor, engineer or dll. percaya tak sebenarnya golongan genius di kawal oleh golongan cerdik.

abuya plak kata,, genius ni istilah untuk orang intelektual and bidang mereka terbatas kat situ je, cerdik plak orang yg bijak dalam life skill and meliputi seluruh aspek hidup,, and kebiasaan nya golongan cerdik ni lebih berjaya daripada golongan genius. kenapa? sebab genius hanya menggunakan peluang yg ada semata2, sedang yg cerdik ni diorang akan guna and CIPTA peluang dalam hidup diorang. maknanya genius sekadar ikut jalan yg ada, sedang kan yg cerdik ni akan ikut jalan diorang dan akan cipta peluang yg lain,,

kenapa bole jadi camtu? kerana,,,
pertama, golongan genius berada dalam comfort zone,,,
kedua, golongan cerdik plak berada dalam uncomfort zone,,,

so sebab tu lah, kalau kita tengok sekarang pun bdk2 cemerlang selalunya diorang di taja dan di IKAT untuk hanya fokus pada bidang masing2 je,, seolah2 masa depan mereka terjamin so diorang berada di zon selesa. tapi as budak yg tak ditaja or masa depan masih samar2, mereka perlu lebih berusaha mencipta peluang hidup, and diorang akan guna dan kembangkn kemampuan/bakat masing2 demi nak buka peluang len untuk masa depan diorang. tau tak takde sorang pun jutawan malaysia yg cemerlang dalam spm. sebab pe? sbb yg cemerlang dalam spm sume jadi doktor or engineer je,,hehe,
.
so solution terbaik adalah -----> keluar dari comfort zone. inshaAllah.
salam. paka-paka. :)

Friday, March 9, 2012

sibuk.busy.zaniyat.

assalamualaikum wbt
.
semua orang tahu dunia ni sementara, tapi masih sibuk mengejar dunia. nak kejar dunia tak salah pun cuma jgn letak kan dunia tu dalam hati, letak kat bawah tempat yg hina. bak kata ulama' "dunia ibarat kasut, digunakan untuk kita pijak2 tapi tanpanya kaki kita akan sakit" *lebih kurang camtu lh ayatnya*. tp kadang2 sibuk sampai kita jauh dari fitrah ubudiyyah kita, and masing2 menghebahkn kesibukan masing2 kat fb or blog *cam sya jga, hehe* bukan dgn niat nak mintak doa or apa, tp nak mengeluh,, and certain org tu cam bangga dgn kesibukan diri dia,, ingat dia sorang je ke yg sibuk,, parent dia lg sibuk,, Allah laagii sebuk.. .
.
and kini istilah 'sibuk' selalu jd alasan kita untuk mempertahankn diri n mengelak,, cam taekwondo bole mempertahankan diri, hehe.........k.xlwk..,, lgpun alasan 'busy' tu cam releven and kalau ckp sume org faham,, inshaAllah xde yg x faham melainkan yg x faham2. tapi,,,,
"A busy life makes prayer harder, but prayer makes a busy life easier"
inshaAllah.
so sesibuk or sebusy mana pun kita, jangan abaikan solat fardu, jangan lupa berdoa, jangan lupa parents, family, sedara2 kita di sini dan sana, dan yg paling penting skali adlah jangan lupa Dia. at least sibuk2 sgt pun jgn abaikan yg fardu. dan if sibuk tu niatkan lah benda yg kita buat tu keranaNya inshaAllah benda yg biasa pun akan jadi ibadah. inshaAllah.
"No matter how busy you are, set your priorities right"
pesan sorang sahabat sya, bila kita rasa tak mampu tanggung sesuatu, jgn mintak Allah ringankan beban tu, tapi mintak Allah kuatkn dn teguhkan lagi hati kita utk menghadapi nya, inshaAllah.
.
skdr peringatan bersama.
salam :)

Sunday, March 4, 2012

Russa18 : Orkestra.

assalamualaikum wbt
first time amik gamba full str. :)
030312
hari ni pergi ke Orkestra Red Riding Hood, kat Phillharmonic Hall KLCC, seramai 40 org bdk Russa dan 5 lecturers. tapi saya balik rumah dulu sebab ada hal yg penting. so yg lain sume dari cemara naik bas intec, sya dtg dari rumah je. Alhamdulillah sya sampai tepat pada masanya wlaupun jam. dan syukur lah aktiviti ni berjalan dengan lancar.
.
harga tiket mahal rm36 tapi tengok pun juz untuk sejam je. rasa cam tak berbaloi pun ada. kalau tengok wayang rasanya sampai 3 filem kot. tapi memandang kan ini kali pertama jadi rasa tak menyesal pun sebab pengalaman itu sangat lah berharga.
.
dewan orkestra.

btw kenapa bdk2 Russa sanggup bayar mahal *or sya je kot rasa mahal* semata2 nak tengok oerkestra yg sekejap je tu? kenapa? sebab kan kalau nak tahu Russia adlah negara yg sangat mengangkat industri muzik dan tarian. lagi2 la orkestra dan ballet. kalau jepun anggap pelukis anime cam artis, kat russia pula ahli musik and penari ballet di anggap cam artis juga. so tak rugi pun bagi kami since tu lebih kurang cam pendedahan pd budaya Russia. tp malangnya orkestra dari Russia takde so kami tgk yg dri america je.. pun bolee..
.
and walaupun bagi saya cam bosan je duduk dalam tu, takleh tgk henset, takleh amik gambar, takleh keluar masuk pegi tandas *pergi x kembali je kalau dh urgent*, tapi bila dah habis tu rasa cam tak cukup. sbb honestly cam tenang je dgr irama musik shj. cam terapi minda plak, hehe. pastu tengok gaya conductor n certain musician yg bersemangat cam menarik, :D tapi sempat jgk la curi2 amik gambar, haha.
.
RUSS18A
RUSS18B
 so hopefully lepas ni aktiviti lain pula, inshaAllah, muda2han.