Tuesday, March 20, 2012

ada apa dengan ubaidah?

assalamualaikum wbt
hi privet. hello zdravstuite.

pertama kali saya dengar kisah ni, time usrah dengan abang2 doktor hari tu, then second bila ada sorang sahabat Russa share satu video kat mukabuku, then saya dengar time satu ceramah motivasi pun cakap jgk. rasanya semua dah tahu kisah ni, cuma saya je yang baru tahu hehe...
Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” 
Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” 
Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. 
Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” 
Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. 
Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin”  
Khalifah Umar pun berkata: “Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
dan menurut sumber yang paling sahih, umar al-khattab hanya kata abu ubaidah al-jarrah je, yang lagi dua sahabat tu adalah dari sumber yang lain. ya, memang tepat kata khalifah Umar al-khattab sebab tenaga manusia lebih penting dari tenaga harta/wang. sebab kalau para sahabat ni campak mana2 pun diorang boleh sebarkan Islam. tapi sampai sekarang saya masih tertanya2,

kenapa Abu Ubaidah Al-Jarrah????

kenapa bukan kekasih Rasullullah, Abu Bakar as-Siddiq??
kenapa bukan singa Allah, Hamzah Asadullah??
kenapa bukan pedang Allah, Khalid al-Walid Saifullah??
kenapa bukan Ali bin Abi Talib yang dimuliakan wajahnya??
kenapa bukan Uthman Affan yang memiliki dua cahaya??

saya yakin saidina Umar al-khattab takkan sewenang2nya petik nama sahabat, haha,,, so,kenapa beliau? pachimu on? huhu, tu la, time dengar tu taknak tanya,, hehe, actually so far ada la ckit2 da buat research tentang Abu Ubaidah ni, dan masih mencari lagi. and pengetahuan saya tentang agama ilmu agama ni pun actually sangat cetek dan tak mencukupi, tapi akan sya teruskan usaha untuk mencari jawapannya. inshaAllah kelak kalau saya dah capai maksud saya akan share ye, tp x janji, haha.

bagi yang belum tengok video ni lagi,
salam. :)

No comments:

Post a Comment