kini aku sedang berada di jalan yang aku impikan selama ni, menggalas seribu harapan dan jutaan doa ibu bapa keluarga dan sahabat. semua itu lah yang selama ini memberi kekuatan untuk aku terus berdiri. teeeeeeeettttt.. erkk cukup2, takyah la nak ayat2 sgt bukan power pun. haha. sekarang sya dpat rasa kan yg russia sedang memanggil2 ke sana. tu yang makin lemah smangat nih. adoii nape la makin dekat makin down ni. dulu excited sangat nak fly kan, ha nu i shto? cuti pun rasa sekejap je tgk2 lagi seminggu je lagi, ceh ayat lapok bapok, tu lah tanda kiamat kn, hoho.
hmm, kadang2 minat je pun tak cukup as minat boleh hilang. so bila minat hilang, kita down kan pastu give up fuhhh mintak dijauhkan amen ya Mujib. sebab tu la niat kita pun kena betul. kalau down and lemah camne pun tapi klau niat ada inshaAllah niat tu akan beri kita kekuatan. orang kata kalau niat kita kerana Allah pasti kita takde alasan nak give up. so itu lah jawapan untuk sya kali ni.
sya takleh nak down apatah lagi nak give up, sbb sya dah sandarkan apa yg sya kejar ni kerana Allah. ikhlas atau tak tu Allah je yg tahu even sya pun tak tau.haha. entah la sebab sya tak tetapkan kerana Allah semata2, tapi sya niatkan kerana Allah kemudian family then apa2 la yg mubah hihihi. sya ada jugak harapan nak jadi orang yg disegani.yelah supaya kita tak dipandang rendah oleh bukan muslim terutamanya. kadang2 perlu jugak kan kita kejar kehormatan hidup,
bak kata imam ghazali kejar kehormatan tu adlh salah satu tujuan hidup. sebab kalau takde kehormatan diri camne nak berdakwah. zaman sekarang ni org agama klau dakwah cam kurang berkesan, cuba kalau tabligh jumpa tepi jalan pastu nak nasihat kita mesti kena booooo. tapi kalau seorng doktor nasihat kat pesakit dia mesti pesakit tu akan take note. atau bila pensyarah nasihat student dia mst berkesan. betul tak? so sape kata tak perlu belaja ilmu dunia? why not kita jadikan kerjaya atau bakat kita tu as logam kita untuk sebarkan islam so inshaAllah kita tak lari dari fitrah penciptaan kita.
nway, hidup ni ibarat perjuangan, mmg penuh pengorbanan cececeh. kejayaan takkan manis tanpa pengorbanan dan pengorbanan paling basic skali adlh mengorbankan hiburan. haha. lain gler perasaan org genius dpat A dgn orang bodoh dpat A, sbb orang yg tak gifted Allah nak mereka usaha lebih kot supya dgn kesusahan tu mereka tak leka dan lebih sabar berusaha serta syukur dgn kejayaan2 mereka. subhanallah.
hmm belum apa2 lagi dah down. how can. :( btw imam hassan albanna kata;
"matlamat adalah perkara yg mengggerakkan kita sepanjang perjalanan"orang yg matlamatnya kerana Allah takkan pernah give up! so tanya diri bertubi2, apa niat kamu? di mana Dia di hati kamuu?! menuntut ilmu ni pun nabi saw ibarat kan as perang fisabilillah, so persediaan kena hebat cam nak pegi perang!
![]() |
oit,, ni bukan berangan tapi nak kumpul semangat..hehek |
paka2 dan wasalam.
No comments:
Post a Comment