Friday, March 29, 2013

oh masjid. mosque. mecet.~

assalamualaikum warahmatullah

1. "takyah la pergi masjid, kita solat jumaat kat rumah abg razi nak tak?" ayat yang terpacul dari aku semalam (sbb tahu esoknya kelas habis b4 solat jumaat). salah tu. then nak cover punya pasal cakap, "oh sori lah, tak expert la bab2 fiqah ni.". mana bole sesuka hati buat solat jumaat sendiri tanpa alasan. spm (or pmr) kottt,huhu. sepatutnya excited la kan sebab 2 minggu sekali je boleh pergi, sbb sekali dalam 2 minggu ada kelas smpai petang. tapi seolah2 tak rasa apa pun, cam nak tak nak je. terpaksa ke?

2. kalau nak ke masjid dari hostel, mula2 naik mashrut. stop dekat stesen sabrimennik, naik bas. kalau terus dapat mashrut dan bas perjalanan dalam 25 minit je. tapi nak consider traffic light, jam dan waktu menunggu tu mybe dlam 45min kot. dah la dalam bas tadi kena tengking sbb nak tolong punya pasal. sebab sya tarik tangan dia yang injured tu, hehehe, padan muka ko makcik. mematikan mood nak dengar mp3 lahhh makcik tu. cop. dgr lagu?

3. mula2 dulu, aku ni bukan main excited lagi nak ke masjid. dan biasanya otw ke masjid dalam bas tu sya bca quran, tak lalu na dgr2 lagu ni huhu. sampai meremang bulu roma kalau dengar azan kat sini. dan if dah ke masjid tu mesti stay kejap sampai asar or sampai rasa nak balik. sebab seronok la masjid kat sini. the only time nak tengok komuniti muslim berkumpul kat sini. diorang pun sangat terbuka dan ramah. kalau kat malaysia, mesti kita dipandang pelik if tiba2 datang masjid. mybe perasaan aku je kot. tapi kat sini diorang sgt terbuka. takkan pernah rasa awkward walaupun berbeza rupa dan saiz. dengan suasana sunyi time khutbah. saf jemaah yg sentiasa sgt rapat,, subhanallah. memang takkan dapat suasana macam ni kat malaysia.

4. cuma yang sya tak selesa satu je. ruski yang gatal. walau hanya beberapa kali je datang masjid tu, sya dah jumpa 3 orang yang menyatakan hasrat nak berkenalan dengan wanita malaysia. 2 daripadany siap cakap nak kawin dgn orang malaysia lagi. ingat aku ni ejen cari jodoh ke apa? =,=

pssttt--> kalau ada yang berminat boleh pm fb sya. sekian.

5. seperti biasa, setiap khamis malam jumaat, ada solat jemaah kat hiro, kat floor 4.5. baru2 ni tazkirah dari abg pokjat, simple tapi dalam. cuma sepotong dari sebuah hadis; pemuda yang hatinya dekat dengan masjid, adalah antara 7 orang yg akan menerima syafaat allah di hari tiada naungan selain naunganNya. masa dia cakap tu dah la aku rasa malas gile nak turun jemaah. so agak makan dalam jugak la. sape taknak syafaat allah? tapi cuba tgk, kita ada tak dalam 7 org tu? huhu.

6. pendek cerita, hati aku dah jauh dari rumah allah. :(

7. dah sedar, dah cakap, so tinggal nak buat je. buat apa? lol bole tanya lagi. cari solusi la!! apa puncanya, kenapa? bagaimana? apa? siapa? mana? cop. siapa? hmm,,kott la,, tak kisah ar. tapi yang penting jangan sampai dh mati baru nak menyesal. time tgh sakit ni lah kena ubat, adoi.

hati oh hati, shto slucilas?

8. kat btho dah ada masjid baru. wah :D lepas ni boleh la dengar ceramah yang neutral. ^^ *hopefully amin*. hihi balik summer nanti bole la terawih kat situ.


9. tu je. pelik tak nape saya buat nombor2 ni hihi. saje tiru cara penulisan abuya. senang, setiap nombor ada mesej. dan tak perlu nak fikir camne nak sambung2 point, sbb aku tak pandai bersastera2 ni hihi.

10. nombor 7!!!

Sunday, March 24, 2013

gambar yang tersirat.

assalamualaikum warahmatullah

weyyhhh,,,real ke gambar ni?!! tengok pun dapat rasa degupan jantung dia yg berdegup kencang. tengok!! dgn pernafasan dia yang dalam, urat2 di tangan, mata bengkak dan merah *padahal hitam putih je*. ya allah sangat ironinya gambar ni, membawa banyak persoalan, adakah realiti? kenapa? siapa? di mana? *di toilet* apa jadi lepas tu????? ohhh,,,sungguh gambar ini mempunyai 1001 cerita dan penuh misteri.
dan sangat menyentuh hati saya, andai kata hidup dia sangat teruk,,dibuli, teraniaya atau dimalukan. dan beban yang dia rasakan terlampau berat sehingga mati dirasakan adalah jalan penyelesaiannya. kemudian dia mati tanpa merasakan nikmat islam itu!! ya allah,,, :(((( di dunia macam neraka, kat akhirat un confirm neraka *andai kata masih kafir*. tapi wallahualam kerana allah itu Maha Penyayang dan Pengasih. tak mustahil andai kata yang beriman pun akan masuk neraka, yang tak beriman masuk syurga,, itu semua tak mustahil bagi allah. tidak ada yang mustahil bagi allah. huhu.

huhuhu, syurga neraka,,even amalan dan amal ibadat pun tak dapat menjamin syurga. kata rasulullah saw, semua itu adalah dengan rahmat allah, even nabi sekalipun. jadi sangat lah penting untuk mengejar rahmat dan reda allah. huhuhu,, ya allah, walau dengan berjalan atau mengengsot sekalipun, izinkan aku untuk mendapat reda Mu. :(
.
.
soalan; pernahkah anda berada dalam situasi itu, merasakan hidup sudah tak beerti? huhuu
.
.
kalau masih ya, carilah fitrah dan tujuan terciptanya kita di dunia ini. bertahan je, dalam surah Taha ayat 102-104 menceritakan, bila kita dibangkitkan di hari pembalasan kelak, masing2 akan merasakan hidup di dunia ini ibarat 10 hari sahaja, malah ada yg sehari je. wallahuaalam.

Friday, March 22, 2013

menipu itu dosa *in case u forgot*

assalamualaikum warahmatullah.

nak kata marah tu takde lah, tapi ya allah annoyingnya bila orang yang selalu cakap
"alaa tak ready la nak test"
"weyy aku tak baca apa-apa lagi, malam tadi tido awal kott"
"takotnya nak test, baru baca sikit tak habis baca lagi"
"teruknya jawab test tadi, mesti dapat rendah"
eventually diorang yang dapat high mark. =,= yang cool dan senyap plak yang banyak sangkut time jawab test. eeiiiiii kalau ye nak humble pun takyah la sampai menipu. menipu tu dosa! *in case u forgot* senyap je bole tak? ke saja je sebab takot fail nanti tak la malu sangat. humble sbb takot fumble? or nak ikut pemikiran suuzon saya ni, anda2 semua ni attention seeker! konon la nak tunjuk tak baca pun dapat high score.

yang saya ni pun satu, dah tau asyik dapat markah rendah daripada si 'humble'2 tu, jangan la nak cool je! strive harder, keluar daripda zon selesa anda! kau ingat kau dah stop main dota, deactivate fb *sementara*, tak update blog sangat bole dapat momentum study? tidak!

yang sya sedar, once sya hapuskan semua procastination tu,, seolah2 ada pemikiran baru; "chill la, ko dah tak melagha sangat dah takyah la nak over2 stress study sgt" so secara senyap2 meletakkan saya dalam zon selesa. ya allah, camne ni? takkan nak main dota balik. no, tidak, nyet, sik, dop. so solusinya, once dah stop procastinate tu, jangan masuk dalam zon selesa! siapa anda nanti akan melibatkan nyawa manusia! if belajar still gear satu and last2 minute study, nnt patient cepat mati. lol. tu pun nak kena beringat ke? common sense laa,,

and pleaseee,,,stop that judging!

Monday, March 18, 2013

kalau test semua pyat, exam pun confirm pyat. #dunia.

assalamualaikum warahmatullah.

Ouch, dah ada dua orang unfollow blog ni. dua2 tu pernah menjadi pembaca setia blog tikus ni hahaha. tapi nak buat apa, blog ni pun dah takda apa, so takpe. chill je uba. ^^ apapun, dah 2 mnggu berada dalam sem dua. tapi permulaan sangat teruk, banyak kerja ditangguh2, task media imam and stigx plak bertambah2 jadi terkumpul semua dalam minggu ni. =,= betul lah kata imam hasan al-banna "tidak ada yang menghilangkan manfaat lebih daripada menunda-nunda". time2 camni baru nak ingat ayat tu huhuhu. momentum study pun masih gear 1 lagi. terlalu banyak benda yang difikirkan. fuhhhhhh...

dan hati rasa kosong setelah dua minggu tidak berusrah. alhamdulillah terisi juga tadi ^^. tapi rasa macam terlebih isi pulak tadi huhu. *sebab 4 jam kottt* dan sekadar ingin berkongsi, perkongsian dari usrahmate;

*****dunia ibarat exam.

pernah tak kita memohon sesuatu daripada allah, tapi pertolongan tak kunjung2 tiba. di mana allah? sedangkan kita yakin allah Maha Mendengar dan Memakbulkan. sampai di satu saat kita hampir berputus asa, tapi mesti ada pendorong2 yang akan menyokong kita. mungkin allah sendiri adalah pendorong kita. tapi saat pendorong kita dirasakan seolah2 tak mendorong, that's not a good feeling right? read this;


baik, bercakap tentang dunia ibarat test. cuba fikirkan, betapa dunia ini pelbagai test. bagi setiap test itu, in case la kita tersilap, kita bole perbetulkan lagi. even kita ulang semula pun kita masih diberi peluang untuk padam, dan buat balik mengikut arahan. apa arahan kita? ya! arahan dan larangan daripda allah. malah, test2 di dunia kita siap bole open book lagi; al-quran dan as-sunnah. bukan itu saja, nak meniru pun boleh asalkan kita meniru orang yang betul!

jadi, analoginya, dunia itu ibarat test, kiamat ibarat colloq, akhirat tu exam la kot. ekekeke memandai je. :p

konsep study kat russia ni, if test kita semua pyat inshaallah colloq and exam kita pun pyat.

glosari:
(colloq=concluding test *mcm exam final sem)
(pyat: lima *ibarat A+, sistem markah kat russia)

so berbalik kepada persoalan kenapa allah 'senyap' je, referlah pada gambar dan analogi di atas. inshaallah semoga bermanfaat. dan ibrah untuk kali ini, inshaallah aku nak jadi orang yang ditiru. :)

ok stop, nak sambung study ^^

Wednesday, March 13, 2013

undeleted.

assalamualaikum warahmatullah.

ekekekekekeke. undelete jugak blog ni. earlier than i expected hahaha :p anyway, it is cuz i need a medium so i can put or save all the notes/references i found in internet instead of bookmarking them (cuz my bookmarks already overloaded and messy). now i see (should had earlier) the importance of internet, as Prince (an african guy) advised me, be independant here dont expect everything from lecturers totally. plus, i'm in second semester now, juz started week ago. need to struggle harder cuz the subjects are more 'interesting'. :)

so, there it goes, on right upper side of my blog, i added some new tabs. LOL.

go uba go! fight like syrians, fight like palestinians, like malians,,, not like rohingyans. erkk.