Friday, March 29, 2013

oh masjid. mosque. mecet.~

assalamualaikum warahmatullah

1. "takyah la pergi masjid, kita solat jumaat kat rumah abg razi nak tak?" ayat yang terpacul dari aku semalam (sbb tahu esoknya kelas habis b4 solat jumaat). salah tu. then nak cover punya pasal cakap, "oh sori lah, tak expert la bab2 fiqah ni.". mana bole sesuka hati buat solat jumaat sendiri tanpa alasan. spm (or pmr) kottt,huhu. sepatutnya excited la kan sebab 2 minggu sekali je boleh pergi, sbb sekali dalam 2 minggu ada kelas smpai petang. tapi seolah2 tak rasa apa pun, cam nak tak nak je. terpaksa ke?

2. kalau nak ke masjid dari hostel, mula2 naik mashrut. stop dekat stesen sabrimennik, naik bas. kalau terus dapat mashrut dan bas perjalanan dalam 25 minit je. tapi nak consider traffic light, jam dan waktu menunggu tu mybe dlam 45min kot. dah la dalam bas tadi kena tengking sbb nak tolong punya pasal. sebab sya tarik tangan dia yang injured tu, hehehe, padan muka ko makcik. mematikan mood nak dengar mp3 lahhh makcik tu. cop. dgr lagu?

3. mula2 dulu, aku ni bukan main excited lagi nak ke masjid. dan biasanya otw ke masjid dalam bas tu sya bca quran, tak lalu na dgr2 lagu ni huhu. sampai meremang bulu roma kalau dengar azan kat sini. dan if dah ke masjid tu mesti stay kejap sampai asar or sampai rasa nak balik. sebab seronok la masjid kat sini. the only time nak tengok komuniti muslim berkumpul kat sini. diorang pun sangat terbuka dan ramah. kalau kat malaysia, mesti kita dipandang pelik if tiba2 datang masjid. mybe perasaan aku je kot. tapi kat sini diorang sgt terbuka. takkan pernah rasa awkward walaupun berbeza rupa dan saiz. dengan suasana sunyi time khutbah. saf jemaah yg sentiasa sgt rapat,, subhanallah. memang takkan dapat suasana macam ni kat malaysia.

4. cuma yang sya tak selesa satu je. ruski yang gatal. walau hanya beberapa kali je datang masjid tu, sya dah jumpa 3 orang yang menyatakan hasrat nak berkenalan dengan wanita malaysia. 2 daripadany siap cakap nak kawin dgn orang malaysia lagi. ingat aku ni ejen cari jodoh ke apa? =,=

pssttt--> kalau ada yang berminat boleh pm fb sya. sekian.

5. seperti biasa, setiap khamis malam jumaat, ada solat jemaah kat hiro, kat floor 4.5. baru2 ni tazkirah dari abg pokjat, simple tapi dalam. cuma sepotong dari sebuah hadis; pemuda yang hatinya dekat dengan masjid, adalah antara 7 orang yg akan menerima syafaat allah di hari tiada naungan selain naunganNya. masa dia cakap tu dah la aku rasa malas gile nak turun jemaah. so agak makan dalam jugak la. sape taknak syafaat allah? tapi cuba tgk, kita ada tak dalam 7 org tu? huhu.

6. pendek cerita, hati aku dah jauh dari rumah allah. :(

7. dah sedar, dah cakap, so tinggal nak buat je. buat apa? lol bole tanya lagi. cari solusi la!! apa puncanya, kenapa? bagaimana? apa? siapa? mana? cop. siapa? hmm,,kott la,, tak kisah ar. tapi yang penting jangan sampai dh mati baru nak menyesal. time tgh sakit ni lah kena ubat, adoi.

hati oh hati, shto slucilas?

8. kat btho dah ada masjid baru. wah :D lepas ni boleh la dengar ceramah yang neutral. ^^ *hopefully amin*. hihi balik summer nanti bole la terawih kat situ.


9. tu je. pelik tak nape saya buat nombor2 ni hihi. saje tiru cara penulisan abuya. senang, setiap nombor ada mesej. dan tak perlu nak fikir camne nak sambung2 point, sbb aku tak pandai bersastera2 ni hihi.

10. nombor 7!!!

No comments:

Post a Comment