alhamdulillah, hari ini maka tamatlah minggu zacot (kredit), dan bermula study week untuk exam. tapi untuk first year se-paper je so chill la kann hehhe. senior pun cakap takyah study hard sangat untuk bio. tapi ada senior kata better study awal2 kalau tak mati nanti (hiperbola plak dia). even in term of nasihat pun, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. hehe. so saya dah study awal la jgk, dari past 2 weeks (baru je pun), hohoho then tiba-tiba rasa menyesal tak buat note selama ni. tak pasal-pasal pergi semua bilik budak 2nd year mintak notes. ubaaa,,nape tak mintak awal-awal?? -,- satu floor je kottt..kann kannn
oh ya, floormates saya semua 2nd year, diorang dah habis seminggu dah sekarang dah ada kat malaysia. bestnya huhu. sabar uba cikitt je lagi. so kat floor ni saya sorang je huhuhu. mujurlah alan, delayne and jason pun ada tapi bilik semua lain2 so at least tak la krik krik je floor ni.
niii,,my room after arip and reza balik...sekarang alone je. *memaksimakan penggunaan meja hehe*
tapi seronok jugak duduk sorang-sorang. tak perlu take turn untuk mandi and masak. kat bilik pun nak buat apa-apa pun boleh. nak......ok faham-faham la apa sebab ada privacy kan. bebas. haha internet pun laju so nak melagha tu senang and nak dota pun anytime je hehehe. tapi mujurlah saya dah delete dota awal2 hahaha. tapi saya take note la dengan ayat ni;
Be not of those who curse Iblees in public yet obey him in private. [Umar Ibn Abd al-Aziz] (cc:tumblr)
biasa la kan, bila kita sorang-sorang. bebas. takde siapa boleh ingatkan, jadi kita selalu leka. dan boleh kata ni jadi ujian untuk saya juga. ujian alone. sejauh mana kejujuran saya pada allah. malah sahabat saya tulis, kita takkan rasa alone kalau hati dekat dengan allah. kannn..ada jugak kawan saya bila saya tanya "kenapa kau suka jalan sorang2 sekarang?" dia jawab, "waktu bersendirian hati dekat dengan tuhan." sebab tu lah dalam islam ada istilah uzlah. maksudnya bersendirian untuk mendekatkan diri dengan allah. tapi saya baca, uzlah tu sekadar amalam, uzlah bukan cara hidup, so beruzlah takleh lama2. perlu hidup berkeluarga dan berkomuniti.
hablumminallah + hablumminannas. kan kan? hehe.
malah ada jugak kawan saya cakap, antara wasilah nak berdakwah, kenalah bercampur dengan masyarakat. ye lah betul jugak sebab takut orang (non-muslim) kata islam ni ketat. and takkan nak masuk syurga sorang-sorang je kan. hehe. tiba2 dah masuk topik lain plak haha. anyway, dah lama tak upload gambar sendiri kat sini. haha. so nahh;
pasca dapat zacot chemistry, kelas paling stress sem ni...so celebrate la pi makan kat rivera haha
dengan lectrer bio, mdm elina. kami dapat dia untuk dua sem, di-jeles-i oleh group2 lain haha..(nasrul xde dalam pic ni, tak sabar nak blah bdak tu)
dan hari ni sabtu, esok ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat! yeah 6 hari lagi! :) inshaallah. tapi akhir-akhir ni ada beberapa seniors kat fb malah blog kaitkan 'balik malaysia' = 'jadi futur'. maksudnya kat malaysia nanti kita yang futur. tiba-tiba saya pun risau jugak. so, kita kena la buat planning,,,hmmm,,,tu lah. cukup lah. nak masak, then study. semoga allah permudahkan. doakannn! :)
the latest khutbah jumaat kat masjid volgo bercakap tentang jihad. (sebab khatib banyak sebut 'jihad' 'jihad' 'jihad' so khutbah tu pasal jihad la kan hehe.) selari dengan seruan jihad di syria hari tu fuhh saya rasa kagum volgo yang muslimnya minoriti tapi masih peka dengan isu ummah. even first pertemuan saya dengan jawanshir dia tanya saya, ti sunni ili syi'a? (kau sunni atau syiah?) so diorang pun nampak keperluan untuk tahu sunni atau syiah sebab kalau syiah, kita bukan saudara seaqidah! alhamdulillah, islam di russia semua sunni.
dan inshaallah saya rasa perlu untuk menulis tentang persoalan hari tu sementara masih fresh lagi ni. takut lupa hahaha. dan saya rasa terjawab persoalan lagi-lagi hasil penjelasan ilmiah murobbi-murobbi yang saya tujukan soalan. jazakallahu khairan khatira kalian! :)
1. soal seruan jihad, dibuat oleh muktamar ulama' seluruh dunia. dan kalau seruan itu wajib, kenapa bukan ulama'2 dan ustaz2 yang mula2 menyahut seruan pergi berjihad ke syria? sepatutnya mereka yang perlu jadi initiator betul tak? so kat sini kita perlu tahu, ulama' bukanlah pemimpin. ulama' hanyalah penasihat kepada pemimpin, jadi seruan jihad itu ditujukan kepada negara-negara islam yakni kerajaan yang memerintah itu. untuk negara yang mempunyai kerajaan islam sebenar mereka sahut. sebab tu morsi kuatkuasakan undang-undang tak akan dakwa siapa-siapa rakyatnya yang akan berjuang di syria, sebab mana-mana negara ada law, siapa-siapa yang menentang kerajaan (walaupun untuk benda baik) akan dilabel sebagai militan. as if saya ke syria sendiri tanggung pun, saya akan dilabel sebagai militant oleh kerajaan malaysia sendiri sebab saya dikira menentang sebuah kerajaan (walaupun untuk benda baik). tapi di syria, bashar sendiri yang initiate kebangkitan rakyatnya. bashar tu memang kejam! firaun moden. FSA hanya mempertahankan diri. so itupun media malaysia kata FSA adalah pemberontak?! if saya tahu isu di sana, tipulah kalau media tak tahu. malah mereka lebih tahu apa yang saya tahu. sebab istilah 'pemberontak' adalah bahasa yang dipandang negatif oleh masyarakat, tipu kalau takde perkataan yang lebih molek sikit. jadi, jangan putar belit fakta. kami tahu cerita sebenar dah, ok? cer tengok mesir yang memutuskan hubungan politik dengan syria serakang. contohi morsi go morsi go!
tapi solusi untuk masalah ni, samada kerajaan perlu faham, atau semua bergabung di bawah seorang khalifah. wallahualam. sebab sekali je khalifah sebut "jihad!!" maka ia adalah arahan dan bukan pilihan lagi. sebab itulah yahudi dan barat fobia dengan perkataan khalifah ini. tapi sistem khalifah tu susah nak dapat selagi umat islam sendiri tak bersatu huhu.
2. kalau tengok dalam 9 muktamar ulama', yang pertama ada sebut, wajib membantu fsa di syria samada dengan tubuh badan, kewangan dan bantuan senjata. jadi andai kata kita tak mampu daya/kewangan untuk pergi ke syria, kita masih perlu beri bantuan kewangan. and yes,, doa. hmm, bantuan batin? hahaha lawak gile ada ustaz mana ntah offer siapa-siapa nak kahwin dengan wanita syria hanya perlukan rm4k overall je? kalau mana2 mujahideen fsa tahu mesti diorang akan jawab, wanita syria bukan untuk dijual beli! ustaz tu punnn,,,isshhh... yaaaaa mungkin untuk kebaikan nak banyakkan ummah tapi camne kalau yang nak kahwin tu mat2 rempit atau miang2 yang berduit? takut lahir anak nanti tak terdidik dengan ilmu agama waktu kecil. nauzubillah. tak guna kalau kuantiti ada kualiti takde. huhu. sepatutnya buat syarat camni, sape2 nak kahwin dengan wanita syria,, kena ada ciri-ciri mujahideen.. ahahaha tak pasal-pasal niat nak jadi mujahideen dah salah dah hihi :p
3. tapi persoalannya layakkah kita untuk menjadi mujahideen?
saya tak reti nak start camne tapi itulah persoalan yang ditinggalkan murobbi saya huhu. sebab menjadi mujahideen bukan hanya sekadar pergi perang. untuk dapat title tu perlukan ketaqwaan dan tarbiyyah yang tinggi. jihad perang ni kita mempertaruhkan nyawa untuk kemenangan jadi memerlukan keyakinan dan keberanian yang sangat tinggi. subhanallah, cuba tengok briged al-qassam hamas, untuk menjadi tentera mereka perlu hafal al-quran, solat malam, hafal 40 hadis imam nawawi, dan macam2 lagi tpi itupun belum tentu akan diserapkan ke dalam briged al-qassam. sebab itu, mereka tak perlukan pun bantuan kita sebab mereka yakin allah bersama mereka. mashaallah..sangat hebat strategi mereka! tengoklah dah 65 tahun tapi mereka masih bertahan hingga kini.
lets say lah kalau orang macam kita ni pergi perang di syria. then kena tangkap...then? mereka tak bunuh terus tapi seksa dan pertanyaan yang timbul, mampukah kita menahan seksaan yang kejam? yang kalau dengar pun boleh tak tidur malam membayangkan apatah lagi mengalaminya huhu. silap-silap hari bulan boleh tercabut aqidah dan akal kita. tercabut akal ok lagi jangan tercabut aqidah..nauzubillah...dan mampukah kita berhadapan dengan syiah yang ketaatan dan ketaksuban mereka sampai sanggup libas badan dengan pedang, ubah cara solat, dengan aktiviti ritual mereka yang saya pernah dengar lagunya 2 hari terngiang-giang di kepala...scary weyhh kesesatan syiah ni..even mereka hanya 13% berbanding sunni 87% daripada jumlah muslim di dunia tapi negara2 mereka nampak lebih dominan..sebab "keimanan" mereka sangat kuat...jadi mujahideen di syria mereka adalah orang2 yang terpilih oleh allah untuk melawan duri dalam daging ini, sebab dalam hadis sendiri ada sebut, orang syam adalah hamba-hamba allah yang elit. wallahualam. malah yang saya kagum bila mana saat mereka diuji, mereka terus berhusnudzon dengan allah...saya tak buat cerita, tengoklah mana2 video di youtube,,,mashaallah..betapa luar biasanya tarbiyyah2 mujahideen di sana..
baik,
takyah fikir jauh-jauh. cuba fikirkan benda yang dekatt dengan kita. ya, MATI. seandainya kita mati sebentar lagi, sempatkah kita mengucap lailahaillallah? pyappp!!! *nahh tumbukan sebijik* wuwuuu sakit!! tengok kena tumbuk pun dah nangis...adoi
tapi inshaallah semua orang boleh jadi mujahideen. sekurang-kurang berusahalah. huhu peringatan untuk diri terutamanya. jangan nak tolong sangat tapi hakikatnya nanti kewujudan kita hanya menyusahkan sahaja. instead of mujahideen entah2 dapat title 'penghabis makanan', 'penghabis peluru', 'beban' dll. gelaran all in one hahaha. inshaallah kalau dah ada kepakaran sendiri nanti, boleh lah manfaatkan untuk ummah. sebagai doktor, engineer, biologist, dll atau dengan menulis, berkongsi, menyampaikan, sumbangan atau apa2 sahaja even useless macam mana pun as long as tak menyusahkan. niat dah ada tu baguslah, tapi ada usaha tak? cuba kaitkan pepatah "kalau tak mampu tolong, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan" dengan hadis: (cc: abg yus)
dari abu hurairah, nabi muhammad saw bersabda; "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam,..." HR. Bukhari no. 6018, Muslim no. 47
psstt,,sya ada basic guna senjata pe..hihi...
4. kalaulah semua orang boleh jadi mujahideen dengan hanya turun berperang,,untuk mati syahid, alangkah mudahnya masuk syurga. kalau camtu boleh la sebelum perang berfoya-foya dulu puas-puas. (nauzubillah). then pergi syria/palestin lalu mati. camne pulak status orang camtu? wallahualam..
kesimpulan dari sebuah kitab jihad oleh syaikh DR abdulrazzoq:
"kesimpulannya untuk berjihad hendaklah mencakup empat perkara : Aqidah yang benar, Niat yang ikhlas, Kejujuran dalam bertawakkal, dan Mengikuti sunnah NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam"
6. kesimpulannya, jihad itu matlamatnya sama, cuma caranya berbeza. apa yang kita perlu buat adalah reflex diri membandingkan diri kita dengan ciri-ciri mujahideen di sana. kemudian, perbaiki kualiti ibadah dan tingkatkan kuantiti amal kita inshaallah. nak tegakkan islam? mulakan dengan diri sendiri dahulu. muda2han.
melihat syiah yang semakin berkembang di malaysia, risau pun ada huhu. tiba-tiba rasa timbul satu cabaran untuk generasi kami. orang kata mustahil untuk berdebat dengan syiah sebab mereka kuat taqiyyah (dah tahu salah tapi masih putar belit dan berdalih untuk menjaga jiwa/maruah diri), malah kemahiran taqiyyah ni adalah antara benchmark sejauh mana kemuliaan seorang syiah itu. jadi penting untuk sebarkan kesesatan syiah ni kepada orang2 terdekat kita yang masih diberi nikmat islam ni sebelum mereka terpesong dan bertaqiyyah. apapun, bermula dengan diri sendiri dulu. inshaalah, peringatan untuk bersama...esp diri..semoga allah pelihara aqidah dan iman kita semua..dan semoga mujahideen diberikan kemenangan kelak aminn..
(salah dan silap mohon diperbetulkan.)
*cehh,,nak jugak letak gambar hehe* even sekecil2 'logam' pun cubalah gunakan untuk ummah dan islam. (peringatan untuk diri)
buat masa sekarang ni, kita berjihad dengan jihad yang sedia ada dulu,,,ya STUDY!! *ouch,,termakan dalam* doakan kami exam next week..
hari ni hari jumaat, 14 jun dan ia hari untuk syria setelah lebih 2 tahun berjihad lawan rejim syiah. dan yang terbarunya dan heboh hari ini adalah kesatuan ulama seluruh dunia dengan sepakat mewajibkan jihad di syria bagi seluruh umat islam seluruh dunia. hehe silap kau ar bashar skrang seluruh umat islam hampir bersatu alhamdulillah. tengoklah betapa pentingnya syria ni sampai ulama pun isytiharkan jihad di sana instead of di palestin. dan sedikit sebanyak sebagai umat islam sya merasakan tak berguna kalau biarkan seruan itu. dan perasaan tu tak memberi apa2 bantuan pun pada mereka. tapi syukur alhamdulillah kalau tengok update terbaru pun lebih 60% syria dah dikuasai FSA. kemenangan FSA semakin hampir inshaallah tak lama lagi syiah akan tumbang! aminn...allahuakbar! sebab tu lah sekarang hizbullahsyaitan pun datang tolong bashar sbb diorang tahu diorang dah nak kalah. banyak tempat nak update isu di sana tapi ni antara nya di facebook:
dengan ketabahan dan keberanian FSA dan kekejaman bashar dan iran, akhirnya satu dunia kenal syiah ni. even sya pun baru tahu pasal syiah yang selama ni saya anggap seaqidah dengan kita tapi rupa2nya terpesong. dulu punyalah semangat sampai lukis gambar presiden iran la padahal syiah ni lagi bahaya dari zionis. mereka dalam senyap memesongkan aqidah sedara2 kita di sana termasuk bunuh rogol sembelih dll. berbalik kepada seruan jihad tadi, so far belum ada mechanism untuk ke sana lagi. even wartawan luar pun susah masuk nak buat liputan kat situ kan. tapi kalau ada mesti berbondong2 orang sahut seruan itu..subhanallah...who knows generasi kita adalah generasi yang akan mengembalikan kegemilangan islam. tapi sebelum berharap camtu cermin diri dulu lah hihi. *pyappp*
tapi saya petik dulu kata ibnu qayyim, "jihad paling utama adalah jihad yang paling sesuai ikut tuntutan masa dan keadaan." and jihad pun kita tahu kan ada bermacam2 jenis jihad. jihad dengan senjata (maksud hr bukhari dan 2:216), dengan harta dan duit, jihad menuntut ilmu (maksud hr tirmizi), jihad melawan penguasa yang zalim (maksud hr ahmad), dengan hujah dan penerangan (25:52) dll. tapi untuk status kami sekarang ni apa status jihad paling utama kami? ya allah saya memerlukan pencerahan segera kalau tak serabut pikiran memikirkan. persoalan pun sya dah ajukan pada beberapa orang yang saya percaya -,- adakah.....?
tapi andai kata lah kami ni pun wajib untuk turun jihad senjata di syria...bersediakah kita? huhuuu T.T dan apa sumbangan kita bila FSA menang tak lama lagi? (inshaallah) huhu...
tetiba rasa nak bercerita tentang matryoshka "dara" saya tu. yang saya TERRRR-beli kat ebay. maklumlah baru buat paypal and ebay, masih terkial-kial nak guna. tengok-tengok kat purchase history je terbeli dua plak tu. mujurlah boleh cancel satu tu pun atas budi bicara penjual tuh. haish kenapalah bukan terbeli yang murah tu huhuhu -,-.
tapi takpe lah. ada hikmahnya. lepas ni tanya orang kalau taktau bab-bab berkaitan kewangan ni. hahaha. takut kena tipu. tapi cerita sebenarnya camni, mula-mula saya nampak senior upload gambar. diorang jadikan dunbo dan wall-e sebagai model. jadi saya pun teringin la nak ada model jugak hahaha. menarik jugak jadikan figura sebagai model instead of benda hidup. tapi lagi menarik kalau model tu manusia, masterpiece allah hihihi. *psstt, anyone nak jadi my model tak? haha* so dari situ timbul idea nak beli jugak hahaha tu yang sanggup buat paypal and ebay. tapi harganya mahal laaa..huhuhu.
ni salah satu gambar abg tempe.cantik! tp rasanya lagi molek kalau ada dialog motivasi,hihi..2in1..
jadi alang-alang dah beli, takkan nak biarkan matryoshka tu dara selamanya. ekeke. so saya pecahkan...erkk ok ni dah jadi guys talk dah ni. -,- fine. jadi, saya decide nak hire matryoshka tu as my model. hihihi. so belilah kraska (water colour) dan lacquer spray dapat tips dari dekya cikit so cukuplah. tapi sebab masa tak mengizinkan dan bilik saya ni selalu jadi tumpuan jadi saya limitkan hehe. siap kena perli lagi "ni nak jadi doktor ke nak jadi pelukis?". pedas gila perlian itu.hahaha. and bila dah limit-limit plus malas lagi, jadi entah bila entah akan siap model ni. lol.
"welcome pocoyo!"
semua senyumm.. :p baru matryoshka pocoyo cat duck rat yang siap haha
makin busy makin malas nak siapkan hahaha...sabau ye..
ok, tu pasal fotografi. soal melukis pula. saya suka dengan orang bawang abang yus. comel, ori dan terselit banyak dakwah dalam karton-karton bawang dia. malah kat volgo ni semua sedia tahu asal ingat abang yus je ingat orang bawang. asal orang bawang je abg yus. tapi kalau bawang ingat lukman laa (in russia, luk is onion so lukman is onion-man!!) hahaha sori lukman :p
dan daripada matryoshka saya tu, timbul jugak idea untuk buat cartoon trademark untuk saya sendiri. idea datang waktu kebosanan mendengar lecture medical informative. ye lah tak pasal-pasal kena study pasal nak guna microsoft word, powerpoint, excel and accel. time tu pulak projector rosak jadi salin apa yang didengar. dengar plak english russian,, haish..tp no wonder lah kalau ada english malaysian so mesti ada lain-lain jugak. tapi malaysians' lagi better lah haha. ok, saja nak announce my first sketches-->
time lecture med info. lol huduh gila? yess i know
ni time bosan tunggu lecturer time kelas histo.hihi. abaikan yang lain tengok orang matryoshka tu je.
tapi, ada pulak konfliknya. ada orang lain buat jugak! my groupmate pulak tu huhuhu. rasa macam nak nanges je sebab saya dah anggap orang matryoshka tu as saya punya aset. mestilahkan satu-satunya aset kita diciplak. idea ori plak tu. ugh uba!! haish farah...wuwuu.. panas je hati. kenapalah farah pun terfikir nak bwat camtu juga -,- huhu. farah rasmikan dulu. :( ni ha tumblr farah, saya pun baru tahu ni sbb ada link kat picture tuh haha http://bintulmalik.tumblr.com/archive
agak telur cikit farah punya tapi konsepnya sama je wuwuu. tapi comel plak tgk haha.
mula2 geram jugak sebab dah ada orang pakai dulu. then saya muhasabah diri balik lah. tu lah lambat sangat. allah dah bagi idea taknak buat cepat-cepat. nak tangguh-tangguh pulak. dan tak perlulah kan nak simpan rasa tak puas hati, even dekya pun, saya geram dengan orang yang tiru dia design cover fon dia, ada tribal, robot, haiwan, girl etc. bila saya whatsapp dekya, "dayak tak kisah ke orang tiru design dayak tanpa bagi credit?" dah la design cover phone tu sumber dia dapat duit, bisnes, kaya kott. then dekya jawab, "mula-mula tu memang geram, tapi umi cakap niat buat tu mesti kerana allah sebab idea tu daripada allah, jadi siapa2 boleh guna." kannnnn. malah nak kata tu kita punya punnn, syeikh feiz mohammed ata "in islam there is no such thing as c-o-p-y-r-i-g-h-t."
kata-kata umi dan penerimaan dekya memberikan saya sinar kelegaan ecece..and chill lah kan uba. mungkin allah bagi idea tu kat kau, pastu kau simpan-simpan idea tu. sebab tu lah allah ilhamkan pada farah pulak. hahaha. padan muka! dan pasal dekya, maybe berkat dia reda, sekarang bisnes dia dah meluas sampai design bag and kasut.. nak tau dia dapat berapa?? haaa tu rahsia. ekeke.
baik, saya memilih untuk husnuzon, saya je yang fikir lebih2, perasan! haha :)
*oh lupa nak bagitau, matryoshka ni permainan tradisional orang russia. entah camne diorang main saya pun tertanya-tanya hihi.*
haish malam tadi dah dua kali berturut-turut mimpi qashrina. rindu lah pada dia. cehh padahal tak pernah jumpa pun lagi. long distance relationship. ekeke. masuk malam tadi kali ke4 sejak dia lahir 11 hari lepas. tak masuk yang sebelum tu lagi LOL. demi allah saya sangat teringin akan pertemuan ini. pertemuan dengan bayi sebab mereka suci bersih dari dosa. orang tua pun kata, bau bayi tu bau syurga. ye eh? wallahualam.
malah of coz la bukan saya je yang mengharapkan kedatangan dia ke dunia ini. lahirnya qash ke dunia, maka berakhirlah penantian sulung dua buah keluarga besar. dengan kelahiran qash, dua orang bergelar datuk, dua orang bergelar nenek, kaklong along jadi ibu bapa, 11 orang jadi makcik dan 5 orang jadi pakcik. maka officially sya dah dapat title pak uda!! yay! :D tapi saya sorang je yang masih belum jumpa dia lagi. wuwuu.
right after she born. so cute :)))
muka dia bulat. pipi dia menggeramkan! haha. mcm kaklong kott :P
sambil-sambil tu tgh bwat list souvenirs. lari budget huhu. mungkin ada orang yang akan dapat souvenirs next time kottt hehe.
kepada istana yang dilindungi binti hamba Qayyum, welcome to our big family! :D semoga dengan kehadiran-mu memberi bahagia pada kaklong dan along serta kami. inshaallah untuk ummah bertambahlah satu 'perhiasan dunia' yang indah menurut tafsiran nabi saw tu. aminn. anyway, sya ada minta abg amed doa yang dia suruh orang lain bacakan setiap kali lawat anak dia. sya pun tak pasti maksudnya apa hehe lupa nak tanya, tapi yang penting doa ni untuk minta berkat dan rahmat untuk bayi tu. :)
haih, teringin nak upload gambar banyak-banyak lagi. tapi facebook tak bole bukak sebab internet kena potong. ni pun kebetulan simpan gambar-gambar qashrina kat dekstop hehe. dah jun kan. hihi. yesss maknanya nak dekat balik dah! hahahahaha. tapi yang pelik even internet kena potong tapi still bole bukak blogger. website lain takleh. maybe sebab saya dah booking time ni untuk blogging kot so allah izinkan saya untuk berblogging sebentar. hehehe memandai je tapi alhamdulillah. :)