Saturday, June 22, 2013

done with zachot week,,,next,exam,,, next,"heaven"! :))

assalamualaikum warahmatullah

alhamdulillah, hari ini maka tamatlah minggu zacot (kredit), dan bermula study week untuk exam. tapi untuk first year se-paper je so chill la kann hehhe. senior pun cakap takyah study hard sangat untuk bio. tapi ada senior kata better study awal2 kalau tak mati nanti (hiperbola plak dia). even in term of nasihat pun, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. hehe. so saya dah study awal la jgk, dari past 2 weeks (baru je pun), hohoho then tiba-tiba rasa menyesal tak buat note selama ni. tak pasal-pasal pergi semua bilik budak 2nd year mintak notes. ubaaa,,nape tak mintak awal-awal?? -,- satu floor je kottt..kann kannn

oh ya, floormates saya semua 2nd year, diorang dah habis seminggu dah sekarang dah ada kat malaysia. bestnya huhu. sabar uba cikitt je lagi. so kat floor ni saya sorang je huhuhu. mujurlah alan, delayne and jason pun ada tapi bilik semua lain2 so at least tak la krik krik je floor ni.

niii,,my room after arip and reza balik...sekarang alone je.  *memaksimakan penggunaan meja hehe*
tapi seronok jugak duduk sorang-sorang. tak perlu take turn untuk mandi and masak. kat bilik pun nak buat apa-apa pun boleh. nak......ok faham-faham la apa sebab ada privacy kan. bebas. haha internet pun laju so nak melagha tu senang and nak dota pun anytime je hehehe. tapi mujurlah saya dah delete dota awal2 hahaha. tapi saya take note la dengan ayat ni;
Be not of those who curse Iblees in public yet obey him in private. [Umar Ibn Abd al-Aziz] (cc:tumblr)
biasa la kan, bila kita sorang-sorang. bebas. takde siapa boleh ingatkan, jadi kita selalu leka. dan boleh kata ni jadi ujian untuk saya juga. ujian alone. sejauh mana kejujuran saya pada allah. malah sahabat saya tulis, kita takkan rasa alone kalau hati dekat dengan allah. kannn..ada jugak kawan saya bila saya tanya "kenapa kau suka jalan sorang2 sekarang?" dia jawab, "waktu bersendirian hati dekat dengan tuhan." sebab tu lah dalam islam ada istilah uzlah. maksudnya bersendirian untuk mendekatkan diri dengan allah. tapi saya baca, uzlah tu sekadar amalam, uzlah bukan cara hidup, so beruzlah takleh lama2. perlu hidup berkeluarga dan berkomuniti.

hablumminallah + hablumminannas. kan kan? hehe.

malah ada jugak kawan saya cakap, antara wasilah nak berdakwah, kenalah bercampur dengan masyarakat. ye lah betul jugak sebab takut orang (non-muslim) kata islam ni ketat. and takkan nak masuk syurga sorang-sorang je kan. hehe. tiba2 dah masuk topik lain plak haha. anyway, dah lama tak upload gambar sendiri kat sini. haha. so nahh;
pasca dapat zacot chemistry, kelas paling stress sem ni...so celebrate la pi makan kat rivera haha
dengan lectrer bio, mdm elina. kami dapat dia untuk dua sem, di-jeles-i oleh group2 lain haha..(nasrul xde dalam pic ni, tak sabar nak blah bdak tu)
dan hari ni sabtu, esok ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat! yeah 6 hari lagi! :) inshaallah. tapi akhir-akhir ni ada beberapa seniors kat fb malah blog kaitkan 'balik malaysia' = 'jadi futur'. maksudnya kat malaysia nanti kita yang futur. tiba-tiba saya pun risau jugak. so, kita kena la buat planning,,,hmmm,,,tu lah. cukup lah. nak masak, then study. semoga allah permudahkan. doakannn! :)

No comments:

Post a Comment