Wednesday, July 24, 2013

1st year praktikal.

assalamualaikum warahmatullah

080713-230713
wad 9u (ortopedik) ppum
alhamdulillah dah tamat practical kat ppum untuk medical care and nursing jobs. rupa2nya kerjaya nurse ni memerlukan kesabaran dan keikhlasan hati yg tinggi. kalau 8 patient kena jaga, 8 ragam lah dia kena menghadap, tu tak kira dengan ragam orang atasan, doktor atau family patient lagi. malah untuk title negara sihat kita perlu ratio nurse 1:4 tapi sekarang mostly hospital 1:8 which mean sorang nurse kena buat kerja 2 nurse dalam satu masa...hebat. malah macam doktor, nurse jugak sya yakin termasuk dalam golongan yang menyelamatkan nyawa manusia ^^ besar ganjarannya tu..

cc: "....dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya....." [al-maidah:32]

malah macam2 yang saya dapat belajar secara langsung dan tidak. sememangnya hospital tempat yang penuh ibrah dan tarbiyyah tentang hidup dan manusia. dalam proses menjaga patients tu saya nampak la macam mana mentaliti sesetengah kaum,, ada satu kaum ni, mostly cerewet haha..takleh bagitau la kat sini kan. sya pernah dimarahi patient, pernah digelakkan oleh patient...malah bak kata pengalaman sister janafiah, ada dalam separuh jugak patient muslim tak solat sedangkan dalam islam ada rukhsah solat. tipu kalau taktau, pmr kott. nauzubillah. moga mereka diberi hidayah untuk solat. betullah orang kata, perjuangan kita masih panjang. (if you know what i mean~)

tapi banyak jugak patient yang 'mendidik' orang yang 'melihat'. mereka adalah orang2 yang memanfaatkan ujian allah sebagai platform penghapusan dosa malah mendekatkan hati pada allah. sejukk je hati bila terdengar alunan ayat2 allah sentiasa dan bila mereka ucapkan terima kasih. even saya yang hanya memerhati pun terasa aura terima kasih tu apatah lagi yang menerima. ada satu nih, last day kat wad 9td ada patient berpangkat nenek offer saya untuk bertunang dengan sape ntah hehehe..rupa2nya jadi medical staff ni bukan saja kena kuat mental tapi kena kuat rohani jgk. apa? yup kena jaga iman jaga hati~ hee..

tapi sayang la kalau ujian yang allah turunkan langsung tak membuahkan amal atau meningkatkan iman. malah rugi untuk medical staffs yang tak memanfaatkan jalan yang allah bagi tu untuk berdakwah. terutamanya saat patients bertanya, medical staff mesti memberi harapan atau penenang,,,waktu tu lah yang saya nampak peluang terbesar nak sentuh hati patient..sepanjang 12 hari practical, baru sorang specialist dan sorang nurse je yang saya nampak menggunakan peluang tu sebaik2nya..subhanallah.. yang lain mungkin buat tapi tak konsisten kott..hehe..

med students yg buat nursing practical kat ppum. 3 dari volgo ^^ (gambar overexposed plak huhu)
sehari merasa pakai white coat ppum sbb lupa my coat kat rumah haha sanggup camwhore tu hehe
inshaallah kalau tak berubah hati, saya nak berkhidmat kat ppum ni suatu hari nanti. dah la dekat dengan rumah (selagi family tak pindah), nurse2 kat sini pun orang kata baik2, tapi main reasonnya sebab ppum ni more islamic. fyi, ppum ni pelopor kepada hospital mesra ibadah, malah tiap2 pagi ada bacaan doa dan kalau masuk waktu solat ada announcement. even medical staff tak boleh pegang patient opposite gender kecuali ada orang ke3, setiap floor ada surau, orientasi solat untuk patient baru and etc.

anyway praktikal ni memberi inspirasi pada saya untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, mental dan hati. semoga perjalanan 5 tahun lagi ni allah permudahkan dan lancarkan. moga allah reda. aminnn.

Wednesday, July 17, 2013

20.

assalamualaikum warahmatullah

dah 2 minggu baru saya teringat pasal bufday card yang groupmates saya bagi. sorilah tak bagitau bila bufday sebab taknak la orang susah2 pikir nak celebrate my bufday sebab that date close to exam day..malah taknak la spoil mood nak pulang time tu...hehe sebab saya tahu mmg diorang akan celebrate if they knew it earlier...tak expect plak diorang carik and kebetulan cari tu betul2 on that night, bagus la last minute haha..tapi agak nostalgic plak baca card nih, sebab teringat kat mereka. cehh padahal nanti jumpa lagi kann..
cehh cam saja je tapi ni hamster :D
and rasa makin tua plak lol. jadi dalam hidup ni, apa2 benda pun makin ke atas makin berat tanggungjawabnya. esp pangkat malah umur pun bila dah meningkat amanah pun meningkat. dengan kehidupan 2 dekad yang allah dah bagi setakat ni, apa saya dah bagi pada allah? haha soalan common~ tapi hakikatnya kita yang mengharap pada allah, jadi if tiada apa jasa kita pada islam kita yang rugi nanti..padahal dengan umur nilah sepatutnya dah mula berjuang,,dengan meningkatnya umur lagi2 masuk dekad baru, rasa makin berat 'peranan', tapi cukup matang tak saya untuk memikul tanggungjawab yang sedang menunggu masa untuk dipikul itu

kalau saya tengok orang2 arab mereka belasan tahun malah kanak2 lagi dah mula matang. revolusi mesir 2012 tu remaja muda yang initiate, kat syria tu budak2 kecik je yang pertama sekali berani bertindak,,malah video kata2 kanak2 syria dan palestin sangat matang..dan yang video ikrar jutaan rakyat syria tu pun dipimpin oleh baseet saroot yang umurnya ketika tu 20 tahun..saya dah 20, tapi rasa masih dilayan macam budak2..walhal diharap menjadi dewasa..haha.. tapi tak la seteruk macam tu, haha,,asalkan saya diredai cukup..and dengan sikap dan mentaliti macam ni yakin ke boleh hidup sendiri tanpa ada 'penasihat'? ni bangun subuh pun masih ada yang kejutkan hihihi..berat2

nway, happy belated bufday uba,, "moga panjang umur dlam ketaatan dan ketaqwaan" aminn..takde ke yang mendoakan? adehh rasanya patut at least tipu bufday kat fb lagi baru dapat byk doa hahaha..and last but not least thanks kawan2, thanks abuya utk bufday present tu hehe tau2 je saya plan nak beli benda tu :p..and thanks yang wish dan mendoakan..bye.


Friday, July 12, 2013

(pasca balik rumah) travel + cari kurnia allah + ingat allah = berjaya!

assalamualaikum warahmatullah

hati manusia sedetik pun boleh berubah apatah lagi berbulan-bulan tapi keluarga saya masih macam dulu haha. cuma sejak saya pulang, masing-masing nampak ada life yang baru, kaklong along dapat qashrina, dekya dengan bisnes dia, noha masuk palam, ama naik pangkat (tinggal nak kahwin je ni haha), ikah tengah last year degree kat msu, ditambah dengan rezeki family yang allah murahkan. alhamdulillah. mungkin dulu ujian sabar, sekarang allah uji family saya dengan ujian syukur plak. sekarang kat rumah macam-macam kemudahan ada.. cyber cafe, restoran, cinema lol...tak perlu pergi jalan keluar, rumah tu dah ada segala2nya..mungkin tu jugak rahsia ketamadunan kami sekeluarga bila rumah tu sendiri menjadi medium bersama2. ceyhhh tapi nak kaitkan rumah ni dengan masjid? ohh belum lagi huhu..sebab tu orang kata, bina masjid senang tapi nak mengimarahkan masjid tu yang berat tu. tapi sesepah atau sekecik mana pun rumah ni, inilah syurga saya! hihihi syurga lagi power dari masjid! kann

tapi suasana rumah dah tak seperti dulu. kalau dulu kami tinggal sebumbung, sekarang makin berkurang. even,,kalau seorang takde pun dah rasa sedikit janggal, apatah lagi banyak. ni tak masuk lagi yang hidup dia dalam ipad tu. the 3 idiots tu. mentang2 ada kakak2 yang rajin dan abang yang baik dan penyayang...eh. abaikan haha. gurau je. lagi nak cakap apa ek? hmm,,ada la satu benda yang obvious bagi kami adik beradik. umi abuya dah jadi makin sweet plak hehehe..macam orang baru kahwin :p walaupun dah bercinta b4 kahwin tak semestinya cinta selepas nikah makin tawar kan..sampai dah beranak pinak dah...dah bercucu dah hehehe..inshaallah sampai bercicit cicit,,malah ke syurga..weee ^^

sejurus selepas sampai ke hotel..
haha mana ntah budak laki 2 org tu
weee... :)

umi dah pandai posing skrang haha
berlatarkan alam ciptaan allah yang indah ^^
fokus kat umi hahahaha
menikmati keindahan alam,,subahanallah
gambar-gambar ni sebenarnya diambil waktu overnight kami kat morib. along dapat lucky draw percutian 2 hari satu malam kat situ haha. tapi tak semua ada and itulah muka2 yang saya dapat tatap tiap2 hari kat rumah ni. kaklong pergi honeymoon, ama ada outstation, ika ada pogram, noha kat palam. lepas ni inshaallah dekya plak akan masuk ipta, dan saya pulang ke volgo. huhu. sedih tu memang sedih even saya pun rasa ckitt apatah lagi umi abuya. tapi tu tandanya kami melaksanakan perintah allah "bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan carilah kurniaan allah" dan semoga semuanya "ingatlah allah banyak-banyak" maka dan supaya inshaallah "supaya kamu beruntung".

cc:
فَإِذَاقُضِيَتِالصَّلَاةُفَانتَشِرُوافِيالْأَرْضِوَابْتَغُوامِن فَضْلِ اللَّهِوَاذْكُرُوااللَّهَكَثِيرًالَّعَلَّكُمْتُفْلِحُونَ
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [QS 62: 10]

semoga allah terus memelihara kami sekeluarga aminnnn...aminn ya Mujib!

Monday, July 1, 2013

no expectation, no disappointment; jangan memperhambakan diri.

assalamualaikum warahmatullah

kadang-kadang kita kecewa dengan sahabat kita bila mereka buat apa yang kita tak suka atau tak buat apa yang kita harapkan. samada sebab kita terlalu meletakkan harapan atau sebab kita dah lakukan macam-macam untuk mereka. bukan sebab take things for granted, tapi sebab kita sanggup tapi mereka tak. kadang2 rasa macam hamba dalam konteks tu. kita bukan nak jadi hamba, hanya nak bersahabat! tapi kecewa tu bukan alasan untuk kita marah/dendam pada mereka. kita terima je. kalau timbulkan apa-apa nanti ukhuwah tu rosak, takpe lah kalau hati kita terasa allah kan ada. LOL. kita yang perlu muhasabah diri. mungkin kita perlu review niat kita semula? wA.


inshaallah dari apa yang berlaku saya akan take note few things;
-jangan memperhambakan diri pada sahabat unless mereka sanggup buat benda yg sama.
-jangan mengharap(titik)

*post ni agak emo skit*

0p-pp 13

assalamualaikum warahmatullah

tahun ni saya 'pulang' lagi ke sekolah lama. tapi rasa hambar gila sebab pergi sekejap je jadi tak sempat nak jumpa semua squad dan bloodbrothers. huhuhu. malah ramai yang saya just recognize muka tapi lupa nama,,wuuu malunya padahal mereka semua ingat nama saya. semua jet lag punya pasal la ni (kottt) atau memang saya lupa. yelah, tak sampai sehari sampai malaysia paksa diri pergi op-pp carnival. and memang saya kepenatan waktu tu. then saya tak boleh lama2 sebab lepas tu ada family event plak hehe. hmm.

berpegangkan prinsip serve to lead, dengan budaya military dan raging, serta sejarah yang mantap. mungkin itulah yang membuatkan sekolah ni dipandang tinggi. sebab itulah saya sendiri tak publickan 'asal' saya dari mana. taknak pegang harapan orang nanti. malah saya takut terbawa-bawa 'virus' yang kami dapat sewaktu memegang title senior di sana. ya, ego. dan saya harap diri saya sendiri malah kawan2 saya sendiri bukanlah definite host untuk virus ego tu. tapi one thing yang saya suka pasal rakan rmc saya, mereka semua ada semangat setiakawan yang tinggi. mungkin sebab tu adalah memalukan kalau lupa nama bloodbrothers. macam lupa nama adik beradik huhuhu.


lagipun saya tak mampu bawa nama r.m.c. yang terletak harapan yang tinggi pada pemegangnya. selalu saya rasa tak layak dapat title OP tu. hmm. saya hanya insan biasa, takde apa untuk dibanggakan. malah memang sifat diri saya, tak suka memimpin hehe. amanah yang kecil2 pun saya masih ada banyak lompong2 lagi jadi rasa tak bersedia pegang amanah yang besar2. tapi sampai bila lagi? -,- zzzzz

apapun, walaupun sekejap je berjumpa dan tak jumpa semua, saya harap semua bloodbrothers saya berjaya di dunia dan akhirat. muda2han. dan agak nostalgic jugak semalam. first, sebab ni adalah tahun terakhir rmc bertapak di situ (next year pindah kampus baru huhu) sebab upnm nak amik tempat tu. second, sebab ada batch dari girl school berbaju hijau muda dan belang hitam di kiri dan kanan. teringat sesuatu..huhu