assalamualaikum warahmatullah
hati manusia sedetik pun boleh berubah apatah lagi berbulan-bulan tapi keluarga saya masih macam dulu haha. cuma sejak saya pulang, masing-masing nampak ada life yang baru, kaklong along dapat qashrina, dekya dengan bisnes dia, noha masuk palam, ama naik pangkat (tinggal nak kahwin je ni haha), ikah tengah last year degree kat msu, ditambah dengan rezeki family yang allah murahkan. alhamdulillah. mungkin dulu ujian sabar, sekarang allah uji family saya dengan ujian syukur plak. sekarang kat rumah macam-macam kemudahan ada.. cyber cafe, restoran, cinema lol...tak perlu pergi jalan keluar, rumah tu dah ada segala2nya..mungkin tu jugak rahsia ketamadunan kami sekeluarga bila rumah tu sendiri menjadi medium bersama2. ceyhhh tapi nak kaitkan rumah ni dengan masjid? ohh belum lagi huhu..sebab tu orang kata, bina masjid senang tapi nak mengimarahkan masjid tu yang berat tu. tapi sesepah atau sekecik mana pun rumah ni, inilah
syurga saya! hihihi syurga lagi power dari masjid! kann
tapi suasana rumah dah tak seperti dulu. kalau dulu kami tinggal sebumbung, sekarang makin berkurang. even,,kalau seorang takde pun dah rasa sedikit janggal, apatah lagi banyak. ni tak masuk lagi yang hidup dia dalam ipad tu. the 3 idiots tu. mentang2 ada kakak2 yang rajin dan abang yang baik dan penyayang...eh. abaikan haha. gurau je. lagi nak cakap apa ek? hmm,,ada la satu benda yang obvious bagi kami adik beradik. umi abuya dah jadi makin sweet plak hehehe..macam orang baru kahwin :p walaupun dah bercinta b4 kahwin tak semestinya cinta selepas nikah makin tawar kan..sampai dah beranak pinak dah...dah bercucu dah hehehe..inshaallah sampai bercicit cicit,,malah ke syurga..weee ^^
 |
sejurus selepas sampai ke hotel.. |
 |
haha mana ntah budak laki 2 org tu |
 |
weee... :) |
 |
umi dah pandai posing skrang haha |
 |
berlatarkan alam ciptaan allah yang indah ^^ |
 |
fokus kat umi hahahaha |
 |
menikmati keindahan alam,,subahanallah |
gambar-gambar ni sebenarnya diambil waktu overnight kami kat morib. along dapat lucky draw percutian 2 hari satu malam kat situ haha. tapi tak semua ada and itulah muka2 yang saya dapat tatap tiap2 hari kat rumah ni. kaklong pergi honeymoon, ama ada outstation, ika ada pogram, noha kat palam. lepas ni inshaallah dekya plak akan masuk ipta, dan saya pulang ke volgo. huhu. sedih tu memang sedih even saya pun rasa ckitt apatah lagi umi abuya. tapi tu tandanya kami melaksanakan perintah allah
"bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan carilah kurniaan allah" dan semoga semuanya
"ingatlah allah banyak-banyak" maka dan supaya inshaallah
"supaya kamu beruntung".
cc:
فَإِذَاقُضِيَتِالصَّلَاةُفَانتَشِرُوافِيالْأَرْضِوَابْتَغُوامِن فَضْلِ اللَّهِوَاذْكُرُوااللَّهَكَثِيرًالَّعَلَّكُمْتُفْلِحُونَ
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan
carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta
ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
[QS 62: 10]
semoga allah terus memelihara kami sekeluarga aminnnn...aminn ya Mujib!
No comments:
Post a Comment