Monday, August 26, 2013

hati-hati dengan media!

assalamualaikum warahmatullah

tengok video ni, ya allah macam nak kena stroke dibuatnya. bukan nak mengaibkan la tapi saya tengok diorang ni cam bangga mempertahankan as-sisi,,,"ass" sisi..haha... obviously dan memang berlaku dalam negara mereka sendiri takkan masih tak nampak? malah time tengok video ni saya terfikir mereka ni berlakon ke apa? ni film apa? filem "the kepang horse" eh? sebabb macam takleh terima akan kejahilan yang macam ni.

mungkin title video ni patut ditukar kepada; "The Kuda Kepangssss - Official trailer." now showing in egypt...hahaha..

uhukkss..cer husnudzon sket..cuba..

hmm,,ok,,mungkin otak mereka telah dipogramkan? yess,, MEDIA..!! tu la word pertama yang melintas dalam minda saya sejak time tu dan sekarang dia lalu lalang plak. -,- kalau media ni adalah predator, orang2 yang macam dalam video ni adalah prey-nya. dan medium media yang utama semestinya surat khabar dan berita. kalau dah baca surat khabar tiap2 hari dan tengok tv je mana taknya termakan dengan penipuan2 media. implikasinya bukan saja termakan agenda2 media ni malah menjadi darah daging mereksa sendiri. malah kat mana2 negara pun media tu adalah puppet kerajaan tak kira kerajaan tu baik atau jahat. sebab siapa2 pun yang pegang syarikat media ni, mesti mereka dikawal oleh penguasa. bila diugut tulah yang diorang sanggup biarkan hidung dicucuk. tapi betul ke diugut? sedangkan bangsa arab ni sanggup mati untuk mempertahankan prinsip yang dipegang. haaa,,tu diaaa,,word kedua sedang melintas di minda saya; WANG. bila diugut dengan wang, atau ditawarkan dengan wang, maka agama diketepikan. sedangkan wang itu jelas hanya duniawi sementara?! semua orang tahu benda tu!!!tapi masih mengejar kekayaan dunia semata2 huhuhu...sebab tu bila penceramah terkenal arab saudi  bila dipecat oleh syarikat media sebab dia lebih cenderung kpda IM, beliau (p/s: namanya Tareq Suwaidan) jawab "hanya mereka yang lemah akan risau soal mencari rezeki" tengoklah betapa tawakalnya dia kepada allah..sbb allahlah sebaik2 pemberi rezeki,,huhu..




err,,cam melampau plak yg ni hehe..sooooriii






dah dah cukup pasal tu. cakap kat sini pun takkan membantu revolusi MEDIA menjadi telus. orang islam yang mukmin dan faqih sepatutnya yang memegang badan media ni. besar actually ganjaran pahala kalau berdakwah melalui media sebab 'mangsa'nya ramai dan mudah terpengaruh. mungkin selain perubatan, MEDIA juga memerlukan orang2 mukmin. tapi agak2 kalau saya tahu benda ni sejak awal2 lagi, adakah saya akan masuk badan media ni? O,o ceehh bajet diri tu mukmin dgt je hoho..errr... pasal WANG, takyah cakap panjang ar, and mungkin ada betulnya quote ni:
when it comes to money everybody is of the same religion. Voltaire (french philospher)
apapun, tak salah pun nak menonton tv atau dengar berita2 media.tak semua media tu kotor dan tipu actually sebab ada je banyak yang betul (esp pasal kemalangan dan sukan :p), kita boleh nilai sendiri..kann..tapi   cuma jangan cepat percaya dengan setiap berita dan kalau boleh dengarlah kedua-dua belah pihak. more, jangan jadikan media sebagai sumber utama kita, sebab media bukan ukuran sejauh mana kita tahu dan yakin dengan sesuatu...  tapi rasanya ayat ni dah cukup untuk dijadikan panduan dalam konteks media ni;
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu mushibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Hujurat: 6] 
p/s: curious dengan ke-concern-nan US dan barat akan isu senjata kimia di syria. mungkin tu hanya agenda syiah-yahudi untuk membenarkan campur tangan ketenteraan di syria,,yang nanti kononya merekalah heronya.. apa lahh plan jahat diorang lepas ni huhu.. ya allah gagalkanlah mereka! mereka merancang tapi mampukah mengalahkan sebaik-baik Perancang?
yakinlah dengan janji allah:
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” [Al-Imran 3:54]
sharing is caring: Nukilan Dr. Aidh Al-Qarni berkaitan isu mesir syria - "Sapulah air mata mu" :') 

2 comments:

Post a Comment