assalamualaikum warahmatullah
menerima seadanya disamping membimbing ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika sahabat kita tu berubah ke arah yang kurang baik. kita kena tegur. kena bimbing dia. menegur sebab sayang. andai kata teguran itu kasar atau emosional, ia adalah kelemahan diri saya sendiri. sahabat, terimalah teguran itu walaupun agak peribadi, ya mungkin saya cemburu, mungkin saya risau, janganlah menolak kerana itu adalah pandangan dari sudut kaum laki. walaupun saya lelaki, tapi saya taknak ibu, adik2, kakak2, malah sahabat perempuan yang saya sayang menjadi fitnah buat kaum saya ni. saya taknak anda semua dicemari kaum adam. hak kaum adam kepada anda adalah sebagai pelindung bukan pencemar. mungkin bagi anda itu biasa tapi bagi lelaki ia boleh menaikkan syahwat. even hanya dengan smiley je pun. ya.
tolonglah faham.
kalau taknak terima teguran saya pun, ya mungkin sekali dua awak buat, tapi ikhtilat ni umpama racun. boleh merebak. meresap jadi darah daging kalau dibiarkan. tapi terimalah demi allah. maaflah kalau teguran ini membuatkan awk rasa teruk dan hina. saya takot sahabat saya jadi teruk. jadi saya terpaksa 'tepuk' awk sebelum awk pergi lagi jauh.
No comments:
Post a Comment