Saturday, January 11, 2014

hobi dan 'kerja' saya; melukis.

assalamualaikum warahmatullah

bukan benci tapi saya tak boleh kalau ada orang nak borak2 dengan saya time tengah melukis. apatah lagi nak kacau. sebab saya ni noob melukis melainkan dengan mood. ecehh. jadi, mood tu penting dan bila melukis tu anggaplah saya ni berada di dunia lain. mimpi indah lah misalnya, then tetiba ada orang kacau? mesti lah tak suka kannn hahaha.. even sometimes saya kunci pintu atau pun tunggu lewat malam baru melukis. first sebab waktu malam kan mood tinggi, second sebab tenang orang dah tidur. lagipun segan lah kalau orang usha rasa awkward. malu. :3 dan berbanggalah kalau anda saya layan walaupun tengah melukis nih hehe.

dan ditakdirkan, di bumi saya berjihad ilmu ni, berjumpa dengan seorang ikhwah yang pandai dan minat melukis jugak malah lebih hebat daripda saya. yup, sebelum ni akhawat je segan nanti. dekat sekolah pun,,,hmm even budak2 ambil seni pun tak pandai melukis sangat. hikhik jahat gile cakap camtu, even diorang pun tanya saya kenapa tak ambil seni. menyesal? nope. sebab pada saya, cita2 ini lebih besar daripada minat saya tu. sebab nak ambil seni kena masuk kelas sains sosial. sains sosial takde bio, kimia and fizik. hihi. dan alhamdulillah saya diizinkan allah untuk meniti jalan impian saya ini. walaupun hakikatnya ramai lagi yang lebih layak, sampai saya sendiri rasa bersalah,,ya,,selalu. huhu.

berbalik pada khadaf asal post ni, ditakdirkan lagi instead of jual, sahabat ikhwah saya tu bagi percuma je pada saya eh untuk helmi juga. jadi hak milik bersama. walaupun kami nak beli, dia nak juga bagi free. degil hoho. oh ya lupa nak cakap apa benda yang saya dapat tu, ehemm, jeng3!!!

ini lah dia! digital drawing pad. :)
jazakallah khairan kathera akhi yus:)

ikut plan, tahun depan (3rd year nanti) nak beli. tapi allah percepatkan. free lagi. alhamdulillah. rasa bersyukur sangat. perasaan time tu sama macam perasaan saya mula2 dapat kamera dslr. walaupun hakikatnya saya tak pernah guna apatah lagi reti. dan nak clarify kat sini, saya noob bab2 mewarna ni sebenarnya! hahaha since sekolah rendah lagi...tapi itulah cabaran yang terbesar setakat ni, saya kena kena belajar jugak! yup saya kena keluar dari zon ego saya ni hehe, rasa macam budak2 je tengok video how to colour or painting. lagipun saya harap saya dpat pergi jauh lah dengan so called bakat ni. ni ha nak share lukisan2 pertama saya :)
first! guna artweaver yang ni :)
start dari sini guna photoshop.

refer hadis bukhari 6417

dedicate untuk syrian refugees :(
dedicate untuk kanak2 syria :(
lukisan lama yang dilukis semula.
jiwang detected :3
tapi camne kalau 'pain of remorse' tu dah tak rasa? o.O anyone??
spoiler utk next poster imam ekeke.
dan bukan nak takabbur or ujub, nauzubillah, tapi melukis ni boleh kata mutual talent of family lah juga. jadi mungkin, even saya mula melukis form 3 (after pmr) saya tak bermula dari 0,tapi saya mula dari 1,2 or 7 camtu lah. tapi progresif saya agak slow sebab form 4 saya hampir tak melukis apa2. tak caya meh datang umah tengok album saya ada tarikh lagi hihi. dan adik2 saya lagi hebat melukis. kadang tu jeles dibuatnya. ok dah mengarut meleret2. -,- apa yang saya nak cakap sebenarnya; bakat melukis ni daripada allah. apa2 pun semua daripada allah. bakat atau usaha hanya asbab je. dan kalau sesiapa nak belajar melukis tu, masih belum terlambat selagi jari masih lembut, selagi musculus flexor digitorum, musculus flexor pollicis superficialis, musculus extensor digitorum and yang sewaktu dengannya masih lincah kembang kecut ya untuk menggerakkan jari jemari. ecece mentang2 belajar anatomy. oh ya uba 6 hari lagi exam ya in case u forgot! hahaha,, fine!!! skit lagi ni :p nak saya ajar? boleh haha tapi kena booking masa lah. tapi apa lah sangat dengan melukis ni kan,,,banyak lagi skill2 yang lebih bermanfaat. :)

ok habiskan cepatttt,,, tentang melukis juga,, ya, its one of my hobby. tapi allah takkan bagi saja2, pasti ada sebab. ok bukak quran (page394) surah al-qasas 28 ayat 77; allah kata here is for Hereafter;
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepdamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
hm, faham kan? then saya tak tahu nak explain apa lagi.
tapi inshaallah, melukis bukan sekadar untuk melukis. maksudnya melukis bukan setakat hobi,
tapi,,
melukis adalah kerja. malah ibadah.
kerja apa? you know what!!

tajdid niat.
doakan supaya saya istiqamah.
moga allah terima.
untuk muhasabah bersama. inshaallah.

adoi time2 camnilah banyak idea datang, mencurah2 haha.
okay, start fokus balik. pi menghadap Ana bt Tomy tuh..tapi katil pun memanggil juga, hehe tak tido lagi nih. nak tunggu subuh dlu..
mohon doakan kami exam ya ^^

4 comments:

Imannurdhira@gmail.com said...

menarik :D buatlah komik dakwah,

Ubadah Zabidi said...

tu lahh,,pernah je buat tapi tak reti lahh hehe,,kena belajar banyak lagi. idea nak buat komik pun satu, so far tak dapat ilham lagi wuuu.

etie aziz said...

wah, cantek a drawing tu semuaaaaa.. thumbs up!

Ubadah Zabidi said...

thanks kak etie! puji2an kembali pda allah *ecece poyo

Post a Comment