Tuesday, May 6, 2014

kenapa kita nak jadi daie?

apa gunanya menjadi daie. orang yang tak berdakwah pun boleh masuk syurga. berdakwah tu bukan tiket utk ke syurga,, cukuplah dengan kalimah 'lailahaillallah' beserta rahmat allah, maka ke syurga kita nanti iA amen. so apa gunanya jadi daie. dah la penat, korbankan keinginan diri, dilabel "malaikat" "ahli langit", dibenci, perlu bekerja lebih keras utk balancekan kerja/study dgn dakwah,,at the same time kena tarbiyyah diri. so apa gunanya jadi daie?? sedangkan islam tak memerlukan kita pun. kita daie atau tak, eventually islam akan menang. kemenangan islam tu atas kehendak allah, yang mana Dia cakap jadi maka jadilah. bahkan dakwah tu kerja nabi/rasul...kita nabi ke? kita rasul ke? tak. kita hanyalah makhluk yg allah cipta hanya utk beribadah dan tadbir bumi. see? hanya untuk beribadah je. so apa gunanya berdakwah? bahkan dalam quran allah kata dakwah tu fardu kifayah. so itulah gunanya ustaz2 and ulama2 di dunia ni hoho

selama ni untuk jawapan kenapa nak jadi daie,..hanyalah kerana umat islam ini umat pertengahan. kamilah yang kena jadi saksi antara manusia dgn allah. ya, kita bukan nabi atau ustaz tp kita adlah saksi. sebagai saksi, harus kita sampaikan kebenaran. kalau tak sampaikan kebenaran, itulah yang akan menjadi dakwaan2 utk kita daripada seluruh manusia. dakwah itu adlh hak manusia daripada umat islam. mereka berhak untuk tuntut dari kita. malah orang baik yang dibinasakan adlh org alim yang tidak mencegah kemungkaran nauzubillah. nampak macam selfish kan tapi itulah hakikatnya. memang kita perlu selfish sebb di padang masyar nanti,,kita tak kenal pun orang lain,,bahkan nabi kata semua bogel pun langsung org x endah dek kerana memikirkan diri sendiri semata2. tapi percayalah, "selfish" seorang daie itu pun,,once dia dah jadi daie dia akan lebih concern dan kisah tentang orang sekeliling dan dunia (kalau belum then fikir2kan). 

dan sebagai hamba allah,,cukupkah kita hanya dengan beribadah dan tadbir bumi dengan baik? mestilah kita nak jadi lebih baik kan.  misalnya seorang student tu kerjanya utk study. tapi kalau dia mampu study di samping bekerja/bersukan/belajar skill lain,,,tak ke hebat student tu? camtulah kita. takkan kita nak jadi muslim yg hanya beribadah dan mentadbir bumi dengan baik semata2. kita haruslah buat lebih daripada itu. jadi muslim yang hebat. tak sama orang yang duduk beribadah/mengajar dengan orang yg pergi berjuang. orang berjuang tu allah kata lebih faham. lagi sebab kita nak meraih rahmat dan reda allah,,which is the key to the jannah. 

jannah...isnt that our greatest motivation? but non daie also can get allah's attention thus enter jannah. again, why u wanna be a daie?

jawapan prof abdul latiff mohamed senang je. semua orang akan masuk syurga. tapi PROSES bagaimana kita masuk syurga itulah yang patut menjadi ketakutan kita. azab kubur, slideshow amalan, giliran padang masyar, dihisab setiap perbuatan dan harta even sekecil2 zarah, dan azab neraka. dalam al-quran sendiri, lebih banyak menceritakan tentang hari kiamat dan kebangkitan dripda neraka. dan itulah sebab kenapa kita nak perlu jadi daie. untuk masuk jannah tanpa hisab. mA. doa yang proff ajar pada kami, yg sya takkan lupa sepanjang hidup sya iA;

"ya allah, masukkan aku ke jannatul firdaus tanpa hisab"

No comments:

Post a Comment