Friday, July 25, 2014

tak sangka tinggal lagi dua hari ramadan dan aku masih begini. kalau camni memang aku termasuk orang2 yg bodoh, rugi dan terpedaya. pelbagai alasan dicipta untuk tidak memanfaatkan ramadan kali ini tapi apa ruang yg diberi? itu ke yg patut aku persembahkan buat allah?

sememangnya aku hamba yg hina. bila ujian datang aku merungut panjang. bila nikmat datang aku kufur nikmat. betapa bodohnya dan hinanya aku di sisiNya. pun masih bercakap soal agama, dakwah dan tarbiyyah.

ohh pergi mampus lah aku. mampus semampus2nya. fitnah buat agama. lebih baik aku menyepi kerana kehadiran dan kewujudan aku hanyalah merosakkan. sungguh!

we are the media.

http://blogs.channel4.com/paul-mason-blog/impact-social-media-israelgaza-conflict/1182

artikel ini menjawab soalan bagaimana isu di gaza kali ini mendapat perhatian yg sangat hangat. malah buat diri pun, ini kali pertama saya sendiri turut mengeshare apa yg dishare orang ramai. macam menyemak je,,sorang nak share semua nak share. tapi itulah yg sya sering buat sekarang wakaka. bukanlah kerana baru sedar ke apa, malah sya dah mula boikot sejak 2009 lagi apatah lagi mendoakan. kenapa concern sya kini menjerumus kpda share2 ni? nahhh hadam status ini;

we always blame the media while we live in an era where we are the media.

nampak tak? kadang tu kita (fokus; saya) sering persalahkan media. media ni belum kenal maka tak tahu. diorang ni hanya agent penyebar propaganda je. percayalah. diorang tak tipu tapi hanya putar belit ataupun sorokkan kebenaran. pendek kata; brainwash. haaa. kalau otak dah kena basuh, maka mulalah membuta ikut. benda salah pun dikatakan betul, dan sebaliknya. erti kata lain, fanatisme atau sokong membabi buta.

we are the media.

nampak tak ayat tu? kita media? camne plak tu kan sedangkan kita ni student kena study,,tak un pekerja kena lah kerja je cari duit...media punya kerja nak sebarkan maklumat tu serahkan pada wartawan2 dan pemberita dan akhbar. hahaha...wehh ingat senang ke nak jadi orang media. saya sendiri biro media pun, dah terasa bebannya. 

pertama, dari segi kebenaran maklumat. samada sumber mahupun cara penyampaian. kadang tu terpaksa kumpul sumber drpda beberapa orang,,dan tak semua fakta boleh dikongsi, ada yg perlu ditapis ada yg tak boleh sebar. semua tu kena tahu. then cara penyampaian, jangan sampai menimbulkan salah faham dan caranya perlu selari dgn audiens kita.

kedua, audiens. tak guna un sebar maklumat/info tapi takde orang dengar. so kat sini kreativiti atau bakat memainkan peranan yg sangat penting. menulis? bercakap? poster? video? asalkan boleh tarik audiens then takde lah syok sendiri jek. kalau xde audien cam bercakap kat dinding kott...

tu la sedikit sbyk pengalaman sebgai biro media. tapi kita sebagai media; dengan erti kata lain; social media.  kalau gov's media kita rasa tak berguna, maka mainkan peranan kita.

abuse it!

Wednesday, July 16, 2014

sebut saja rumah dah boleh terbayang sebuah bangunan kecil yg mengandungi insan2 tersayang dan ketenangan yang menghangatkan. rumah juga boleh diumpamakan sebagai syurga dunia; tempat kita berehat dan berlindung. saat makin homesick itulah then tiba2 murobbi saya sebut rumah itu tempat futur. ironi. -,-

lalu saya pun bersuara; dah sepuluh bulan duduk di luar, apa salahnya dua bulan duduk di rumah, tempat di mana terletak reda yg mendahului reda allah buat kita. beliau pun kata; bukan bermaksud kita perlu keluar rumah utk elak jadi futur. wee lega i :)

sebenarnya futur itu ada di mana-mana. tak mengenal tempat pun. bergantung pada diri kita je sejauh mana kita meletakkan ketenangan hati di tempat tersebut. jangan tenang hingga kita terlalai. tenang itu biarlah memanfaatkan. untuk berehat sektika atau nak recover tenaga.

cuma ingat, futur jangan lama-lama. nanti jadi sebati. nanti susah nak bangkit semula.

sudah lebih separuh bulan ramadan berlalu. dah la ramadan, bulan yg allah limpahkan rahmatNya berganda-ganda, bulan yg dijanjikan keampunan dan syurga, serta bebas daripada hasutan-hasutan syaitan. tapi masih boleh futur ke tahap yg kritikal.

ohhhh -,-


Saturday, July 12, 2014

menulis buku?

alkisahnya saya disuruh menulis tanpa saya setuju terlebih dahulu. bukanlah saya tak mahu menulis, tapi soal nak cetak jadi buku itu yang saya taknak. sebab memang terbukti,,baca blog ni anda akan rasa macam baca karangan PMR. masuk pertandingan menulis yg 4 orang peserta pun tak menang top 3. -,- saya tahu abuya nak anaknya jadi pewaris bagi kerja menulis dia. tapi menulis itu bukan medan saya. medan saya adalah media. masa, duit, pikiran saya banyak tertumpu pada idea2 tentang photografi, poster, photo dan video editting. tak pernah terlintas nak tulis buku.

memang saya suka menulis, tapi soal nak mencetak tu cerita lain boleh tak? fuhhh...sebab berat tau tanggungjawab menulis ni. tak silap boleh menjadi fitnah buat diri sendiri. wuuu.

sebenarnya medan sya media. best media ni. saya dah jatuh cinta pada medan ni. malah selain doktor, saya nampak masa depan saya ada pada media. hehe yakin je. tapi itu lah cabarannya. kadang org sya sayang and rapat sekalipun belum tentu menyokong saya. ada masa saya bersendirian, sampai buat kerja separuh jalan, ada masa saya malas nak buat. semangat dan inspirasi tu jarang datang dari orang, tp kalau bukan drpda allah mmg sya cepat putus asa dan berhenti sekerat jalan.

biarlah saya all out dalam media sebelum medan saya bertukar kepada profesion saya kelak. saya tak petah bercakap. saya tak pandai menulis. anda ada dua benda tu,,,maka hidup anda senang!!! saya mencemburui anda kerana medan dakwah ke bisnes ke friendship anda everywhere dan anytime! tapi saya ada minat yg mendalam dalam dunia media. dan bakat2 ini saya mahu salurkan ke jalan islam dan sewaktu dengannya. dan itulah satu2nya cara saya nak menampung tugas untuk ummah ni......buat sementara ini

siapa tahu kalau saya akan mati sebelum sempat saya bergelar Doktor.

apa lah sangat kan, sikit je sumbangan ni orang tak pandang pun lagipun usaha dan pegorbanan pun masih berkira lagi, tapi cukuplah kalau allah membenarkan amal tu meski sekecil zarah sekalipun. andai saya terpaksa menulis juga, doakan supaya allah permudahkan.