Monday, August 18, 2014

URL blog.

pertama sekali, jzkk buat insan anonimos yang menegur URL blog sebelum ini. memang tak sopan. kemudian saya puas memikirkan URL baru untuk blog ini. inilah yang paling susah haha. akhirnya terfikir nak letak URL sama macam nama instagram kan, so iA pendirian kali ni tetap. sebab pada blog ni pun ibarat jurnal hidup, maka taknak la letak yang islamik apatah lagi yg pelik2. biar selari dengan empunya blog. alaa petik dari nama je URL kali ni haha.

Cuma saya nak kongsi la kan apa yang pernah terfikir; kadang tu kita ada masalah dengan orang sampai kita rasa macam nak hilangkan kewujudan kita totally daripada sosial. sebab selagi benda2 tu wujud, maka komitmen kita banyak,,ditambah lagi dengan masalah yang wujud. fikiran kita akan serabut. contoh macam sya sendiri, agak lambat reply mesej kat wassap tapi selalunya laju utk balas mesej fb. kenapa? sebab saya lebih suka bukak fb,,tempat di mana sya boleh update isu semasa, kembangkan bakat malah berkongsi apa saja pada semua. tapi jarang bukak wassap, sampai ada kawan pernah tegur sebab lambat reply :p

ahhh apa aku cakap ni...

dan mungkin URL blog ni orang takkan jumpa. apatah lagi saya buat something supaya kalau orang subscribe pun, diorang takkan dapat news utk update terbaru dari saya melalui blog ini. tengok lah camne saya determine tapi buat masa sekarang saya lebih selesa camni. dan bukan saja2, tapi ada sesuatu yang mendesak saya buat camni. perkara tu mungkin da lepas, takyah ungkit, tapi takkan saya nak patah balik (maksudnya tukar ke url lama).

once kita dah melangkah ke hadapan, jangan berundur. melainkan kalau betul2 perlu.

Sunday, August 17, 2014

Syawal 1435 | 2014

Raya tahun ni semua berkumpul kecuali family kaklong je. salah timing la kaklong and along, maybe patut reset semula, malah both akan sama2 gembira juga, which is the best solution ar haha. Raya tahun ni macam biasa, pergi dua kereta, kat Kg Ku Sayang Bukit Baru Melaka.Cuma yang lainnya kali ni kami bercokelat pula.










Raya pun tapi tak bermakna kita boleh lupakan saudara2 kita yang susah di sana. Ingat mereka dengan doa pun cukup at least. Lebih2 lagi bila memang diorang memang tgh betul2 dilanda musibah apatah lagi pembunuhan beramai2. mukmin itu kan bersaudara maka kita secara tak langsung mesti terbit rasa sedih itu juga.

Syawal kali ni, abuya ada idea utk disumbangkan buat Gaza. buat short film. tapi ini family collaboration je. director (abuya), pelakon (ayish aizat) dan jurukamera n editor adlh sya sendiri. pada awalnya saya cam tak rela jugak lah sbb time raya nak happy2 plak buat benda ni. tapi melihatkan kesungguhan abuya dan keikhlasan kojat utk menghasilkan usaha yg tak seberapa ni,,sya tersentuh. saya korbankan idea video peribadi semata2 untuk memberikan komitmen penuh buat video ini. harap allah menerima amalan ini sbgai salah satu usaha sya utk membantu mereka di sana.



















berbanding tahun lepas, raya tahun ni kami tak banyak main bunga api and mercun. malah gambar2 pun kurang diambil tahun ini. tapi kemeriahan itu masih ada dan happening. malah budaya menziarahi masih diteruskan meskipun hanya dengan bertegur sapa dan salam. harap kemeriahan syawal dan sunnah menziarahi ini dikekalkan sampai bila2. :)

sebelum pulang ke KL juga, kami adik beradik singgah ke Melaka Wonderland. semua tu kami buat utk qashi hahaha. pendek kata, sibling bonding time! eh,,,qashi bonding time la haha. agak mahal la tp dgn kegembiraan yg dapat rasa berbaloi meskipun kulit makin gelap. hahaha.



Thursday, August 14, 2014

1. "treated like a children but expected to act like an adult" ini adalah hakikat yang berlaku yang kadang2 membuatkan diri ingin memberontak. bahkan saya yakin ramai lagi yg sedang menghadapinya. cuma bagaimana attitude kita lah yg menentukan apa tindakan kita. moga allah terus memberikan aku kekuatan utk kekal sabar.

2. apabila cuti yg diperuntukkan untuk rehat, tapi dikongkong buat benda yg diluar bidang kita. bukan selalu ada masa rehat camni. sampai ada rasa cuti itu lebih mengstresskan daripada bekerja/study itu sendiri.

3. kebahagiaan itu boleh tapi bukan selamanya ditentukan dengan duit. malah material sekalipun. kita boleh lihat betapa ramai orang yg hidupnya miskin dan susah tapi lebih tenang bahagia berbanding orang yg hidupnya berkereta mewah dan berumah besar. lagi, betapa duit juga tak mampu membeli beberapa perkara misalnya; keluarga, kasih sayang dan masa.