Raya tahun ni semua berkumpul kecuali family kaklong je. salah timing la kaklong and along, maybe patut reset semula, malah both akan sama2 gembira juga, which is the best solution ar haha. Raya tahun ni macam biasa, pergi dua kereta, kat Kg Ku Sayang Bukit Baru Melaka.Cuma yang lainnya kali ni kami bercokelat pula.
Raya pun tapi tak bermakna kita boleh lupakan saudara2 kita yang susah di sana. Ingat mereka dengan doa pun cukup at least. Lebih2 lagi bila memang diorang memang tgh betul2 dilanda musibah apatah lagi pembunuhan beramai2. mukmin itu kan bersaudara maka kita secara tak langsung mesti terbit rasa sedih itu juga.
Syawal kali ni, abuya ada idea utk disumbangkan buat Gaza. buat short film. tapi ini family collaboration je. director (abuya), pelakon (ayish aizat) dan jurukamera n editor adlh sya sendiri. pada awalnya saya cam tak rela jugak lah sbb time raya nak happy2 plak buat benda ni. tapi melihatkan kesungguhan abuya dan keikhlasan kojat utk menghasilkan usaha yg tak seberapa ni,,sya tersentuh. saya korbankan idea video peribadi semata2 untuk memberikan komitmen penuh buat video ini. harap allah menerima amalan ini sbgai salah satu usaha sya utk membantu mereka di sana.
berbanding tahun lepas, raya tahun ni kami tak banyak main bunga api and mercun. malah gambar2 pun kurang diambil tahun ini. tapi kemeriahan itu masih ada dan happening. malah budaya menziarahi masih diteruskan meskipun hanya dengan bertegur sapa dan salam. harap kemeriahan syawal dan sunnah menziarahi ini dikekalkan sampai bila2. :)
sebelum pulang ke KL juga, kami adik beradik singgah ke Melaka Wonderland. semua tu kami buat utk qashi hahaha. pendek kata, sibling bonding time! eh,,,qashi bonding time la haha. agak mahal la tp dgn kegembiraan yg dapat rasa berbaloi meskipun kulit makin gelap. hahaha.
No comments:
Post a Comment