Tuesday, February 17, 2015

Tazkirah [peringatan] demi tazkirah Allah berikan buat ummat. Tragedi demi tragedi tahun 2014, diikuti perancangan Charlie Hebdo, Islamophobic attack di Eropah, tragedi Chapel Hill dan Mustafa Mattan. *hasbunallahwanikmalwakil* Yang terakhir adalah pemergian TGNA, seorang ulama' yang pada aku...supersayya! Sampai umur 84tahun ke hujung nafas pun jiwa dan hamasahnya muda memperjuangkan islam di Malaysia. Malah sangat zuhud langsung tak dilalaikan dunia.

Apa yang menarik, tarikh kematian TGNA sama dengan IHAB. Perg sama! Takde konspirasi atau benda-benda pelik ok, tapi memetik sedikit persoalan daripada peristiwa ini. Dalam Islam takde istilah kebetulan. Pasti ada sebab mengapa Allah takdirkan sama.

Nampak? Persamaan dua orang tokoh ini, masing-masing menghabiskan masa hidupnya membawa risalah Islam. Mereka berdakwah. Dan dakwah itu, adalah peninggalan daripada Rasulullah saw. Nabi Muhammad saw dilantik jadi Rasul untuk berdakwah. Lepas mangkat tugas dakwah tu tergantung. Eh bukan! Tapi terpikul kepada para sahabat. Daripada para sahabat, turun kepada tabii tabiin, dan berterusan. Daripada generasi ke generasi, sampailah ke hari ini.

Rasulullah saw wafat, meninggalkan para sahabat.
IHAB meninggal, meninggalkan para duat.
TGNA meninggal, meninggalkan siapa?

Memandangkan allayarham TGNA paling hampir dengan generasi kita, baik umur mahupun negara. Persoalannya, kalaulah tugas membawa risalah tu ditinggalkan pada kita, sudah bersediakah kita?

Mungkin berat sangat untuk jadi daie atau muslim yang baik. Tapi apa yang saya lihat, tak perlu kata daie/muslim, bahkan untuk jadi pelajar/mahasiswa yang berguna untuk komuniti dan negara pun...belum lagi. Apa yang diorang fikir, adalah kesenangan dan hiburan semata-mata. Termasuk juga orang yang hidupnya sekadar pada buku teks, seolah-olah orang lain tak wujud.

Btw saya lebih respect dengan orang yang ada memperjuangkan sesuatu *tak membabi buta* beserta prinsip-prinsip yg rasional (even benda tu tak islamik pun) daripada orang yang hidupnya sekadar hidup, bekerja sekadar untuk bekerja. Sekurang-kurangnya carilah sesuatu yang kita sanggup mati untuk perjuangkan -quoted-

Harap mereka semua sedar realiti dunia ni in term of tempat persinggahan sebelum terlambat. Perbetulkan konsep YOLO tu.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). -Al-Mulk: 2- 
--1.52am 17.02.15--

DISCLAIMER: Tak tujukan pada sesiapa pun. Takde golongan khusus. Umum dan random. Sekadar curahan hati di awal pagi

No comments:

Post a Comment