Monday, March 30, 2015

Be a community!

"Diorang kata: kita datang sini nak jadi doktor, so kenapa datang/buat benda2 persatuan ni"

Curhat perasaan seseorang masa sesi penutupan. Tapi bila gandingan MSA-IMAM-KUV buat pogram Medical Competition, kehadiran tetap sangat kurang malah lebih sedikit berbanding mana-mana pogram pun. Dan bak kata Encik Saifuddin, hidup ni perlu sentiasa bergerak, bukan duduk di satu tempat je. Kita sempitkan hidup kita hanya pada medik? Lebih2 lagi medik kat Russia ni yang tak setough medik di Msia.

Hari ini. Aku sangat kecewa dengan batchmates. Dah lah penyertaan yang perlu 9 orang tapi 5 orang je sanggup bekorban. Dah tu kelima-lima ni jugak yang hadir. We are the participants and we are the only ones from our batch who came. Wow. p/s: kecuali shamin la sbb dia organizer.


Mungkin apalah sangat kan, satu pogram je. Tapi ni kan pogram medik! Setahun sekali je. Apa yang diorang mahu sebenarnya? aku tertanya-tanya ni

Mungkin diorang tak rasa sendiri organize event?
Mungkin kegagalan aku selaku media director msa mempromosikan MIMC?

Cerita-cerita yang berlaku disebalik beradanya kami berenam di sana, menghampakan aku...

seteruk-teruk seorang senior dulu2 pun, diorang cerita dia supportive bila ada event. at least datang bahkan mereka antara yang menjayakan projek.

Wednesday, March 25, 2015

Curhat seorang abang.

"Bukan kau rapat dengan dia ke dulu, kenapa sekarang tak puas hati semacam je ngan dia?"

The only reason adalah kerana dia telah menghancurkan hati wanita. Senang je, kalau takde niat nak kahwin, jangan mulakan apa2. Let say lah awal2 tu kata memang niat nak kahwin. Sepatutnya kalau niat dah camtu, jadilah apapun, yang penting jaga batas no1, perbaiki diri no2, menerima seadanya no3 tak kira lah dah bosan ke (kalau tiap hari chatting mana tak bosan), jumpa yg lebih baik ke (ni kes tak jaga hati ni), etc. Kalau niat baik, iA perasaan yang hilang tu pun Allah boleh hadirkan semula selepas kahwin.


Tapi dia hancurkan hati wanita yang takde apa kaitan ngan kau pun. So ?


Entah lah. Mungkin kau takde adik perempuan atau kakak. Kalau ada pun kau mungkin tak pernah lihat adik2 kau murung sebab ditinggalkan/ditipu laki tak guna (tapi waktu itu dalam hati kau bersyukur sangat2 sebab adik kau ditinggalkan laki tak guna). Aku sendiri menghormati pendirian adik2 aku nak bercinta, tapi aku akan selalu pesan, kalau dah bercinta tu dont cross the line and pastikan till jannah, kalau belum ada kekalkan untuk yg berhak. Perasaan bila seseorang (walaupun bespren) menipu/mengecewakan wanita, kemudian empati aku kepada wanita tu sama macam kebencian aku melihat adik2 aku ditipu lelaki lain. Tak sanggup.

.
Btw aku tak kira hati pempuan ni lembut ke, mudah disentuh ke (sebab aku pernah jumpa perempuan yang sebaliknya), cepat cair ke. Tapi ingatan aku kepada adik2, kakak2, umi, future zaujah membuatkan aku tak boleh lihat wanita dikhianati. Apatah lagi untuk mengkhianati nauzubillah.
.
Err bukan nak kata aku ni bagus ke apa tapi the point is, aku sayang adik2/akak2 aku ok !


.
.
Adik2 yang aku sayang sekali, dunia ni tak seindah yang kita lihat. Ummah kita masih lemah. Masyarakat masih kurang faham. Dunia sudah tenat. Di luar sana banyak cerita buruk yang berlaku, belum lagi yang tidak dicapai dek media massa. Marah aku, buruk sangka aku sebenarnya bukanlah kerna membenci, tapi aku sayang kamu. Aku marah kerana aku takut. Aku buruk sangka pada orang2 di luar sana. 

Ini baru satu perkara. Belum lagi berbicara tentang di Sana. wA.


Harapan aku, kalau kita boleh berapat mesra di dunia, apa salahnya kita berbonding di syurga sana. aminn,

.
.
.
Harap kamu mengerti. Dan syukur, kerana Allah masih jaga.
.
Maaflah atas kelemahan badah sendiri seandainya tidak menjadi abang/adik yang baik.

Monday, March 23, 2015

Balasan senyap.

"Ok students, the time is over. You may be free."
"Prepadavatel, you missed my name."
"Its ok, i put mark ady for you."
"But you even didnt call my name."
"Because it's last name, of course it's yours"
"Oh ok, haha"

Pernah tak kita rasa terabai bila cikgu sebut nama semua orang tapi tak sebut nama kita. Seorang anak yang diabaikan ibu bapa, walaupun perasaannya tak seteruk perasaan orang yang dibenci ibu bapanya, tapi akan tetap ada rasa tak senang itu. Rasa terabai. Rasa dilupakan.

Lihatlah di dalam Al-Quran sendiri. Setiap kali untuk membezakan dua golongan, Allah membahasakan orang-orang yang zalim (melampaui batas) dengan orang-orang yang beriman (menjalankan amar makruf nahi mungkar). Allah langsung tak menyebut golongan ke-3. Yakni orang yang beriman tapi zalim terhadap diri sendiri/ benda lain. Misalnya;
"Tatkala mereka melakukan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik." Al-A'raf 7:165
Maksud di sini, golongan ketiga adalah golongan yang mengimani 6 rukun iman, melakukan ke5-lima rukun islam, namun dia bermaksiat dan tidak mencegah kezaliman yang berlaku. Pendek kata, dia seimbang antara hak dan batil. Allah langsung tak sebut golongan ini.

Bukankah senyap Allah itu adalah satu balasan?

Sukakah kita diabaikan ibu bapa?
Sukakah kita dilupakan guru?
Sukakah kita diketepikan kawan2?

Macam tu lah kita dengan Allah.

Makanya, mari kita jadi golongan yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Ajak orang kepada kebaikan dan menentang kezaliman. Paling kurang pun dengan hati (p/s: ikut kemampuan badan). inshAllah.

#bab3 #muntalaq

Wednesday, March 18, 2015

27

Markah kat Russia ni,
Dapat 3, 4, 5 kau tetap lepas,
Dapat 2 je fail,
Kalau 0 tu maknanya kau tak buat.
Tapi mustahil untuk dapat 1.

Tapi kita still nak dapat 5 jugak.

Kenapa kan? jawapannya selalu,
-nak dapatkan yang terbaik
-supaya exam nanti senang
-nanti cikgu lebih sayang

CLUE: so takkan masih taknak 27x ganjaran dengan keafdalannya?

if you know what i mean

Tuesday, March 17, 2015

Hati minta diisi

Salah satu mitos tentang ikan emas, adalah memori-3-saat-nya. Salah tau hha sebab ikan emas termasuk dalam salah satu ikan yang kita boleh latih sama macam kucing, tikus atau anjing. Boleh lihat buktinya di youtube iA. Dan ada satu perangai ikan emas ni, bila dia lapar dia akan berenang-renang ke arah sape2 yang datang dekat ngan aquarium.

Macam tu juga dengan perut kita. Bila lapar je, akan berkeroncong minta untuk diisi. Itulah lumrah alam. Setiap yang hidup, boleh mati. Setiap yang basah, boleh kering (erti kata lain juga mati). Maka akan merayu-rayu untuk dihidup dan dibasahkan.

Hati.

Hati juga boleh kering, hati boleh basah, boleh hidup malah mati. Bila ia kering, hati juga minta untuk dibasahkan. Bila hati kosong, ia meronta minta diisi.

Bagaimana kita makan,
bagaimana kita bagi ikan makan,
camtu lah kita isi hati kita juga,
tapi dengan membaca quran / amalan ruhi.

Jangan biarkan ia mati.
Basahkan hati

********************************************************
Kadang aku terfikir, buat manusia-manusia yang tak merasa nikmat iman dan islam lagi, apakah yang mereka isi untuk memenuhi hak hati? Cukupkah hanya dengan 'minum', main game, lepak-lepak kosong, tengok movie?

Cukupkah kepuasan dan ketagihan menjadi indicator terisinya hati?

Monday, March 16, 2015

Sindrom Barunakup.

"Aku tahu kau bersemangat buat kerja-kerja yang kau minat. Aku faham. Tapi kau kena balancekan masa kau. Jangan sampai satu hari nanti bila kau penat dan tak dapat balancekan masa, kau berhenti. Aku pernah berada di tempat kau."

Terima kasih dan jazakallah atas nasihat. Walaupun agak lama sudah tapi aku masih ingat. Sebab bukan senang dapat kawan yang boleh senang-senang je tegur kita. Lagi satu, aku nampak memang camtu, ada satu sindrom ni, orang kata sindrom baru-nak-up. Dan bagaimana kita mengatasi sindrom ni, treatment apakah? Itulah yang bakal menentukan natijah kita selepas tu. Samada terpesong, kecundang atau istiqamah.

Sindrom baru-nak-up.

Sindrom ni secara teknikalnya adalah bila kita hyper dalam apa yang kita buat atau perjuangkan. Misalan terdekat kalau dalam dakwah tu, baru je join dakwah orang-orang camnilah (disclaimer: tak semua) yang paling mudah nak menghukum dan judge, tapi at the same time dia aktif bergerak, kalah murobbi dia. Ahaha. Selain tu, kata dasar baru tu menunjukkan apa-apa perkara baru pun kita akan ada sindrom ni. Masuk tahun baru ke, tiba-tiba power photography ke, first time sandang jawatan besar dll.

Jadi, kita akan jadi semangat amat. *which is normal la kan? ahak*

Dan fenomena ini bukan satu masalah pun. Its physiologic not pathologic :p Apatah lagi selagi tak ekstrimis dan kena pada caranya, ianya sangat baik. Bayangkan pemuda-pemuda yang hyper bila sama-sama bekerja, boleh goncang dunia ok haha. Boleh kata diorang ni sangat semangat.

Yang tak ok bila caranya salah. Bila cara tak betul, maka terjadilah implikasi yang tak patut. Contohnya baru je kenal jihad nak join isis dah nauzubillah. Ataupun terlalu memberat-beratkan dan semua benda tak betul sampai orang sendiri rimas kemudian menjauhkan diri dari kita. Implikasi kedua pula bila kita terlalu hyper-commited, lama kelamaan kita akan jadi penat, akhirnya berhenti serta-merta ataupun mula meminta ganjaran materialistik take it or leave it~ lol

Maka adalah inisiatif sendiri untuk kita kekalkan semangat yang telah terbina itu. Sindrom baru-nak-up mungkin diremehkan masyarakat tapi ia adalah satu fasa yang pasti dilalui,,,yang saya lihat sebagai salah satu proses intiqa' (penapisan) oleh Allah, terutamanya dalam DnT. Jadi amatlah penting untuk kita selalu bermuhasabah tentang dua perkara; sekaligus mentsabatkan diri;
1. niat
2. inspirasi.
Kalau kedua-dua perkara itu berbalik kepada Zat Yang Satu itu, iA takkan ada apa yang mampu melunturkan semangat kita. Meski tewas di dunia sekalipun, kemenangan yang sebenar adalah saat kaki melangkah ke jannah. Aminn.

Sahabat-sahabat fillah,
Jalan ini sangat panjang, jalan ini tak mudah,
Jalan ini tak dijanjikan kesenangan di dunia,
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu amat jauh terasa bagi mereka. Attaubah:42
Tapi cukuplah aku katakan; Allah,
serta rasa yang kau dapat bila dahi menyentuh lantai dan tangan menadah ke langit sebagai salah satu inspirasi untuk terus tsabat (teguh).
Tak lupa juga akan kehangatan ukhuwah itu sendiri.

Kalau level cam aku ni pun boleh sayang perasaan itu, apatah lagi orang yang sudah betul-betul lama dan komited di jalan ini. Rasa yang Allah bagi buat mereka mesti lebih cukup dan sempurna perencahnya. wA.

Tuesday, March 10, 2015

Terus kuat!

"Tak tahu lagi camne nak gembirakan hati semua orang. Baanyak benda perlu difikirkan. Aku penat sangat! i need ur motivation"

Sahabat, selama ini aku lihat engkau yang lebih kuat. Daripada kuatnya orang-orang sekeliling termasuk kau, maka aku juga menjadi kuat. Siapalah aku untuk kau meluahkan perasaan. Malah aku tak sekuat yang disangka. Ada kalanya aku lemah. Ada kalanya aku tersungkur dan semangat aku juga selalu luntur.

Dalam jalan ini aku bertemu orang-orang yang hebat. Aura-aura mereka sering meresap jadi inspirasi untuk aku. Mereka itu kadang-kadang bukanlah hebat dalam bidang masing-masing, tak petah bercakap, sangat merendah diri. Tapi ikhlas dan sangat semangat untuk tsabat. Aku terinspirasi daripada mereka.

Maka, nampak tak dari mana datangnya kuat aku itu.

Aku takde apa nak nasihatkan kau, melainkan terus jadi kuat! Soal lelah ke lillah, tu masing-masing boleh fikir sendiri. Allah itu sendiri adalah motivasi buat kita semua.

dan

Kau tak tahu siapa yang kau sedang beri inspirasi, malah akan terinspirasi, kalau kau terus kuat. Ada dan akan ada, percayalah.

Stay strong!
"Kenapa tak download kat torrent je? Free kan."
"Sebab bila beli, tak rasa ke macam kita support diorang."
"..."

Alangkah baiknya kalau prinsip yang sama kau gunakan masa beli produk zionis. Duit kau bukan saja di'derma'kan buat perosak-perosak orang muda, bahkan kepada pembunuh rakyat Palestin. Mungkin itu semua hak masing-masing untuk boikot atau tak.

Tapi,

Walau apapun alasannya, membeli produk-produk zionis itu ibarat menyumbang kepada kewangan mereka. Sama macam kau beli lagu mp3 tu. Dengan kewangan yang stabil itulah mereka mempertajamkan senjata-senjata mereka.

Boikot~!

Tuesday, March 3, 2015

A phenomenon with unknown etiology.

Sistem dan kehidupan kat Russia ni sangat mengubah pelajar-pelajar Malaysia kat sini. Samada menghancurkan atau membentuk, itu bergantung pada individu. Setiap orang datang daripada latar belakang berbeza, kebolehan fizikal, kematangan mental dan kekuatan jiwa yang berbeza. Semua tu mempengaruhi. Fenomena yang menarik untuk dilihat, sebab kat sini,,,mula2 kau sampai sini, COREnya adalah bahasa Russia yang semua orang sama je. Tahu basic ruski je. Datang dulu, semua luggage sama berat, keperluan barang sama jenis hha. Tapi kau straight A ke, sekolah elit ke, kaya atau miskin ke, semua tu cikgu takkan tanya. Semua orang bermula dari ZERO. Maka daripada zero itulah terbentuknya seorang yang baru. Dah la zero, dapat duit elaun/loan tiap-tiap bulan lagi. Bebas nak melakukan apa saja.

Malah ke mana duit itu pergi, boleh menyumbang kepada natijahnya.

Aku sendiri pun, daripada introvert jadi extrovert. Daripada pendiam (u have no idea how silent i was back then) jadi boleh bercakap la jugak. Daripada jenis yang kat sekolah dulu study je memanjang, kat sini buat macam-macam. Aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu. Sangat lain...

Ust Ridha di intec dulu, nasihat pertama dia dalam ceramah pertama kami time orientasi;
Jadilah seperti ikan. Walaupun air masin atau tawar, isi ikan tetap sedap.
Itulah antara nasihat yang aku paling ingat dan pegang sepanjang berada di sini. Mungkin kerana hakikatnya kehidupan di universiti itu sendiri. Kebebasan, keseronokan, keremajaan, serta persaingan itu semua kontra dengan realiti kehidupan luar sana. Kalau kita tak bijak menjaga diri dan prioriti, dikhuatiri hanyut ke laut.


Mungkin istilah 'menjadi lebih baik' tu sangat subjektif kan. Pada aku, asalkan nilai-nilai murni yang sinonim dengan Malaysia dan Asia tu kekal sepanjang 6 tahun di sini, itu juga dikira cukup baik. Dan 6 tahun di sini sangat lama apatah lagi semasa umur di tahap yang disebut sbgai kritikal. Siapa kita untuk 20-30 tahun seterusnya banyak dibentuk semasa umur kritikal ini.

Persoalannya, apakah punca yang boleh cater seseorang pelajar Malaysia di Russia sehingga mampu berubah 360degree samada ke arah yang lebih baik atau tak? Dan untuk menarik mereka ke jalan yang lebih baik, apakah titik tolaknya?

O.o

Monday, March 2, 2015

Teori

Logik 1: Universiti bukan untuk budak tadika, kecuali untuk menzalimi budak itu.
Logik 2: Pembelajaran aras tinggi hanya layak untuk golongan yang sudah melepasi sesuatu/beberapa tahap. Ahlinya haruslah orang yang mampu secara mental dan fizikal untuk memastikan kelancaran dan efisien sesebuah sistem.
Cerita: Mereka bertemu, berbincang, bercurahat tanpa mengajak malah memberitahu aku pun.

Jadi sudah jelas.

Aku tak perlu nak sedapkan diri sendiri. Tak perlu dengar penjelasan apa pun. Kerana jawapan yang mereka akan berikan akan sama.

Sedangkan jawapan itu, pada aku apalah sangat jika nak dibandingkan dengan keberadaan itu.

Ahh, apa aku cakap,,,,

Tapi persoalan kini, apakah selama iini,,
aku syok sendiri?

Sunday, March 1, 2015

Jangan merosak hangatnya perasaan

Hangatnya perasaan kerana indahnya ukhuwah. Apatah lagi ukhuwah yang terbina adalah hasil daripada persamaan cita-cita dan akhlak. Dasarnya iman. Indicator paling lemah adalah berlapang dada dan berbaik sangka. Di situ je sudah jelas apa yang perlu dijaga. Mungkin lemahnya iman atau berburuk sangka tak menghilangkan ukhuwah, tapi setidaknya ia melenyapkan hangatnya perasaan berukhuwah.

Ukhuwah. Persahabatan. Kawan.

Mungkin ketiga-tiga hubungan itu sama dari segi teknikal, tapi hakikatnya amat berbeza. Berkawan dengan semua, bersahabat pula tak semua. Jadi di mana letaknya ukhuwah? Ukhuwah boleh jadi dua-dua. Boleh jadi kita baru kenal orang tu tapi kita sudah berukhuwah. Boleh jadi dah berkawan berpuluh tahun, tapi belum berukhuwah. Malah saya percaya, ukhuwah boleh wujud dalam apa jua perhubungan dan watak. Tak kira samada sesama muslim-nonmuslim, lelaki perempuan (sebab dua benda ni sangat kontrovesi) apatah lagi sesama laki.

Jadi, apa indicator wujudnya ukhuwah itu?

Menjawab soalan ini, saya suka berpegang pada tingkatan ukhuwah ini, yang memang sangat sinonim dengan semua dah,,tingkatan pertama, iaitu berbaik sangka dan berlapang dada. Setiap teguran dan nasihat diterima, bahkan cuba berbaik sangka BUKANnya judge atau berprasangka. Manakala tingkatan tertinggi adalah itsar iaitu melebih-lebihkan sahabatnya. Di sinilah nampak beratnya ukhuwah, melebihkan sahabat hingga perlu mengorbankan masa, wang, perasaan, bahkan nyawa.

Apapun ukhuwah terkukuh adalah yang terjalin bila masing-masing memegang pada satu aqidah.

Pentingnya ukhuwah, ia adalah asas untuk kekuatan sesuatu ummah. Saya percaya, hangatnya ukhuwah itulah yang menjadi inspirasi buat kebanyakan mukmin yang bekerja membawa risalah islam sejak zaman Rasulullah saw lagi.

Jadi, jangan merosakkan hangatnya perasaan dengan buruk-sangkamu atau ketidak-lapang-nya dada terhadap sahabat. Boleh jadi di luar di ok, tapi di dalam dia sedang berperang dengan perasaan.

Bahkan, judging (buruk sangka) tu, tak patut wujud pun walaupun ukhuwah takde.