Monday, March 30, 2015

Be a community!

"Diorang kata: kita datang sini nak jadi doktor, so kenapa datang/buat benda2 persatuan ni"

Curhat perasaan seseorang masa sesi penutupan. Tapi bila gandingan MSA-IMAM-KUV buat pogram Medical Competition, kehadiran tetap sangat kurang malah lebih sedikit berbanding mana-mana pogram pun. Dan bak kata Encik Saifuddin, hidup ni perlu sentiasa bergerak, bukan duduk di satu tempat je. Kita sempitkan hidup kita hanya pada medik? Lebih2 lagi medik kat Russia ni yang tak setough medik di Msia.

Hari ini. Aku sangat kecewa dengan batchmates. Dah lah penyertaan yang perlu 9 orang tapi 5 orang je sanggup bekorban. Dah tu kelima-lima ni jugak yang hadir. We are the participants and we are the only ones from our batch who came. Wow. p/s: kecuali shamin la sbb dia organizer.


Mungkin apalah sangat kan, satu pogram je. Tapi ni kan pogram medik! Setahun sekali je. Apa yang diorang mahu sebenarnya? aku tertanya-tanya ni

Mungkin diorang tak rasa sendiri organize event?
Mungkin kegagalan aku selaku media director msa mempromosikan MIMC?

Cerita-cerita yang berlaku disebalik beradanya kami berenam di sana, menghampakan aku...

seteruk-teruk seorang senior dulu2 pun, diorang cerita dia supportive bila ada event. at least datang bahkan mereka antara yang menjayakan projek.

No comments:

Post a Comment