Monday, May 25, 2015

1.
Maybe there is someone,
in ur heart, in ur mind, in ur life, in ur dream.
But there is Someone,
who will never leave you alone.

The One who will respond to you,
who will listen, who wont reject u.
u crawl to Him, He 'walks' to u,
u walk to Him, He 'runs' to u.

The One and only; Allah...

Maka carilah orang-orang yang boleh membawa kita kepadaNya.
cari. dan jadi. hha




2..
Sebenarnya apa-apa yang kita buat MESTI PASTI CONFIRM TOCHNA ada orang tak suka. Tak kira benda tu baik ke jahat. Kita ajak buat benda baik ke, kita suruh tinggalkan benda jahat ke, apatah lagi kalau kita yang buat, kita takkan lari daripada lumrah alam tu;

For every action, there will be opposite reaction.
Newton 3rd Law of Motion: F = -F

Tapi kadang tu kesian dan rasa teruk kerana tak mampu buat apa-apa. Aku tertanya camne lah diorang hidup kalau benda baik pun nak benci, benci, benci. Manalah silapnya kami ni bila tengok perlian, kutukan, parodi menghina kepada orang-orang yang berusaha berbuat baik,,,entahhhh laaa...tapi kesian!

Haters gonna hate, hate, hate and the rest live, sleep and socialize happily *in fact its what make then suffer HAHA* Isn't ironic?


Namun apakah kita hanya perlu membiarkan? inshaAllah tapi ada yang lagi baik. Iaitu kita bermuhasabah kenapa orang membenci kita, mungkin ada benda yang kita terlepas pandang. Mungkin kita sombong? mungkin kita perlu selami perasaan mereka. Yang penting jangan balas atau lagi membuka ruang utk dikutuk. Try to be positive and santuni mereka dengan ramah dan baik. Apapun sabar dan doa yang terbaik. Semua ini memerlukan proses. InshaAllah.

Saturday, May 23, 2015

Sembilan per sepuluh. # bisnes

Ditanya mengenai plan semester hadapan, saya memilih untuk stay di hostel je. Maaflah atas ajakan-ajakan merekrut housemate baru yang ditolak....alasan utama saya adalah untuk meneruskan bisnes kat hostel selain perkara-perkara lain. Betapa aku sayang bisnes printing dan hair-cutting kat Hiro tu, bukan sebab duit tapi manfaat-manfaat yang menyusul selepas itu. Malah yang diharungi sebelum mula bisnes, bila memikirkan tersengih sendiri *ngehh gila ke apa ni* uhukks

Ingat lagi dulu, tanya pendapat umi. Tanya kawan-kawan. Istikarah. Malah 'iklan' sulung aku di group fb tu, terbiar +- 2 minggu sebelum tertekannya button 'post' tu ! hahhaha.


Kehidupan aku banyak berubah kerana bisnes. Sebab untuk berbisnes kita perlu berubah. Pesanan seorang sahabat;

"aku pesan satu je, kalau kau nak berbisnes mula2 sekali kau kena berubah" Bro S

Malahan amanat biro ekonomi yang dipegang, untuk menjana dana,, juga sedikit sebanyak telah membuka mata aku melihat signifikan saranan berniaga dalam islam. Kini makin jelas dengan istilah sembilan persepuluh rezeki adalah perniagaan. Malah disusun oleh Allah untuk Nabi Muhammad saw pergi berniaga sebelum beliau dilantik menjadi Rasul. Ada sesuatu dalam berniaga yang Allah nak terapkan kepada Nabi saw. Kalau diteliti dengan lebih dalam pun, berniaga itu adalah anologi terbaik buat dakwah; yakni;

1. Bekerja keras dengan modal wang, tenaga, dan masa untuk mendapat pulangan yang lumayan untuk tempoh masa yang panjang. Bersusah dulu, senang kemudian. *i know u are thinking what im thinking hee*
2. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tercengang groupmate sya bila sya bagitau berapa hasil bisnes sya selama setahun haha. Agak2 kat akhirat nanti camtu lah, amalan yang terlihat kecil who knows itulah asbab kita masuk syurga :')
3. Masam muka, kurang customer; Lesu dakwah, kurang tarikannya. Senyum! be posotive! Bukankah senyum itu sedekah?
4. Modal tu 100% guaranteed kembali ke pangkuan tangan. (asalkan berpegang pada cara yg betul dan tak give up :) )
5. ...
6. dll
"Wahai orang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui." Al-Saff: 10-11 
“Ketahuilah! Sesungguhnya barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah! Sesungguhnya barang dagangan Allah itu adalah syurga.” ~H.R. Tirmidzi dari Abu Hurairah r.a.



Malahan selain wang, perkara-perkara yang menyusul;
1. Mendapat kawan ramai. Pelbagai negara lagi tu.
2. Melatih fluency bercakap dalam bahasa asing (customer pun terdiri daripada orang ruski dan negara lain).
3. Ilmu baru ( cth: saya belajar 'physiology' dan 'pathophysio' of printer malahan ramai pm saya minta pendapat dan nasihat beli printer)
4. Melatih soft skill; senyum, ringankan ucap trimas, cepat2 minta maaf, customer pun cam patient, lain orang lain ragam. Sabar je lah kalau pukul 1am pintu kena ketuk nak print~ hha kalau tersalah potong rambut orang pun stay cool XD

Nahhh itulah yang mampu sya fikirkan buat masa sekarang. Masih ada banyak yang terkadang fikir-fikir camtu tapi tak datang pulak sekarang. Saja nak tulis di sini sebab kalau saya cerita pun orang tak kisah nak tahu. Menulis untuk menyelami perasaan diri hehe. Kongsi apa yg dirasa. Biarpun baru setahun jagung tapi banyak benda dah belajar. Pada orang ramai, apa-apa kepentingan untuk bisnes je mesti duit. Ada yang ibarat menegur khuatir diri terlalu sibuk dengan bisnes hingga mengabaikan tarbiyyah diri *jazakallah* tapi ada juga yang mengingatkan bukan di hostel je boleh buat duit. Amboii ingat aku nak sangat ke duit.

Saya bukan gila duit tapi saya perlukan duit lebih. Sya dilemma dengan hobi yang sangat mahal (fotografi) dan perancangan untuk travel. Malah sya perlukan laptop yang lebih baik untuk kelancaran kerja2 media esp utk PS, LR, SV, dan AE. Rugi lah kalau biarkan peluang yang hadir, lagi rugi kalau saya lepaskan rezeki yang memang ada.

Namun atas concern-concern yang diajukan iA saya akan meneliti semula keputusan. Moga yang dipilih itu nanti adalah yang terbaik dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Medan berniaga juga sangat luas.
Boleh jadi ke laut, boleh jadi tenggelam. *apa lagi jual ikan laa hhi*
Mohon doakan...


Sunday, May 10, 2015

Muhasabah 10.05

"Kenapa taknak uba? Bukan uba lagi suka ke kalau ada perempuan"

Lelaki mana tak suka wanita kan, bahkan wanita tu kelemahan lelaki. Bahayanya wanita ni, seringkali dibuat senjata oleh saitanirojim. Bayangkan saitan, dengan senapang wanita~ apatah lagi kalau wanita itu sendiri2 'mempersiapkan diri' untuk menjadi senapang saitan tanpa sedar, senang la kerja saitanirojim just cucuk2 je lelaki, settle. So lelaki2 wanita2 haruslah pandai jaga diri dan hati masing2. Tapi itulah cabaran paling payah.

Dulu aku Allah jadikan gementar berkawan dengan wanita. Maka aku telah memilih untuk menjauhi wanita. Sepanjang waktu persekolahan, kawan perempuan yg pernah aku ada boleh kira sebelah tangan je. Betapa diamnya aku dengan wanita ni sampai aku pernah kena cop sombong (sumber: thru adik sendiri hho ) Daripada cakap dgn gagap dan suara gugup, baik aku takyah cakap je. Benda ni dulu aku anggap sebagai anugerah Allah nak kawal aku je. So, why not~ cop la aku apa pun, me is me ! hha

Satu hari aku mendengar ceramah En Zabidi Mohamed kat USIM. Kagum dengan beliau aku tanya "camne abuya boleh belajar berceramah di hadapan ramai dgn penuh yakin?" Mungkin naluri seorang ayah, mungkin sama darah dan genetik, mungkin pernah lalui situasi sama, mungkin. Beliau jawab simple je, "Belajar cakap dengan perempuan" sambil drive melepasi traffic light suadamai. Sampai tu je aku ingat hha, (tapi masih boleh replay lagi situasi masa tu dalam kepala)

Panduan tu aku pegang. Panduan tu telah menjadi salah satu prinsip aku sampailah hari di mana soalan tu dilontarkan kepada aku;
"Kenapa taknak uba? Bukan uba lagi suka ke kalau ada perempuan"

Mungkin kerana terlalu berpegang pada prinsip tu, aku telah melupakan the-so-called 'anugerah' yang Allah telah bagi dulu. Walaupun pada hemat aku, dah cuba elakkan berkawan rapat dgn wanita melainkan tak lebih darpada sekadar kenal nama muka, bertegur sapa, menunaikan hak2 sbg ahli komuniti di sini. Tapi soalan yang telah dilontar menimbulkan satu lagi persoalan baru;

Masihkah relevan prinsip itu untuk aku pegang?
Apakah progress kepada cara itu?
Adakah alternatif lain yg sekurang2nya lebih 'selamat'?

PERSOALAN PERLU DIJAWAB!
Sebelum fitnah itu menjadikan aku fitnah.
Sebelum aku larut dgn tipu daya saitonirojim.
Nauzubillah..

# Apapun, aku bersyukur sebelum prinsip tu datang Allah dah hadirkan seseorang untuk bertapa di hati. Siapa tahu kalau tak, mungkin aku ni dah jadi apa ntah~ pftt.. Perancangan dan timing allah sentiasa tepat.
# jaga iman, jaga hati, jaga diri,
# sekadar muhasabah diri