Sunday, May 10, 2015

Muhasabah 10.05

"Kenapa taknak uba? Bukan uba lagi suka ke kalau ada perempuan"

Lelaki mana tak suka wanita kan, bahkan wanita tu kelemahan lelaki. Bahayanya wanita ni, seringkali dibuat senjata oleh saitanirojim. Bayangkan saitan, dengan senapang wanita~ apatah lagi kalau wanita itu sendiri2 'mempersiapkan diri' untuk menjadi senapang saitan tanpa sedar, senang la kerja saitanirojim just cucuk2 je lelaki, settle. So lelaki2 wanita2 haruslah pandai jaga diri dan hati masing2. Tapi itulah cabaran paling payah.

Dulu aku Allah jadikan gementar berkawan dengan wanita. Maka aku telah memilih untuk menjauhi wanita. Sepanjang waktu persekolahan, kawan perempuan yg pernah aku ada boleh kira sebelah tangan je. Betapa diamnya aku dengan wanita ni sampai aku pernah kena cop sombong (sumber: thru adik sendiri hho ) Daripada cakap dgn gagap dan suara gugup, baik aku takyah cakap je. Benda ni dulu aku anggap sebagai anugerah Allah nak kawal aku je. So, why not~ cop la aku apa pun, me is me ! hha

Satu hari aku mendengar ceramah En Zabidi Mohamed kat USIM. Kagum dengan beliau aku tanya "camne abuya boleh belajar berceramah di hadapan ramai dgn penuh yakin?" Mungkin naluri seorang ayah, mungkin sama darah dan genetik, mungkin pernah lalui situasi sama, mungkin. Beliau jawab simple je, "Belajar cakap dengan perempuan" sambil drive melepasi traffic light suadamai. Sampai tu je aku ingat hha, (tapi masih boleh replay lagi situasi masa tu dalam kepala)

Panduan tu aku pegang. Panduan tu telah menjadi salah satu prinsip aku sampailah hari di mana soalan tu dilontarkan kepada aku;
"Kenapa taknak uba? Bukan uba lagi suka ke kalau ada perempuan"

Mungkin kerana terlalu berpegang pada prinsip tu, aku telah melupakan the-so-called 'anugerah' yang Allah telah bagi dulu. Walaupun pada hemat aku, dah cuba elakkan berkawan rapat dgn wanita melainkan tak lebih darpada sekadar kenal nama muka, bertegur sapa, menunaikan hak2 sbg ahli komuniti di sini. Tapi soalan yang telah dilontar menimbulkan satu lagi persoalan baru;

Masihkah relevan prinsip itu untuk aku pegang?
Apakah progress kepada cara itu?
Adakah alternatif lain yg sekurang2nya lebih 'selamat'?

PERSOALAN PERLU DIJAWAB!
Sebelum fitnah itu menjadikan aku fitnah.
Sebelum aku larut dgn tipu daya saitonirojim.
Nauzubillah..

# Apapun, aku bersyukur sebelum prinsip tu datang Allah dah hadirkan seseorang untuk bertapa di hati. Siapa tahu kalau tak, mungkin aku ni dah jadi apa ntah~ pftt.. Perancangan dan timing allah sentiasa tepat.
# jaga iman, jaga hati, jaga diri,
# sekadar muhasabah diri

1 comment:

The Real Mashi said...

Ehem2.. dah boleh isi borang ni.

Post a Comment