Thursday, June 16, 2016

Kita akan terus diuji dan teruji.

#copypaste #muharrikdaie

Akhi.
Sebenarnya kelemahan adalah perkara biasa didalam organisasi. Kita akan terus diuji dan teruji. Sebab itu kita kena ‘menghayati tarbiyah’!
Jika hanya mengikuti tarbiyah tetapi tidak menghayati tarbiyah, kita akan kehilangan ‘rasa’.
Apabila kehilangan rasa , kita ibarat benda yang tidak bernyawa yang tak punya lagi kendali diri. Itulah puncanya.
Menghayati tarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah kerana kamu harus mengekang diri kamu dari istirihat kerana istirihat ini adalah musuh terbesar kita meskipun berada didalam kesibukan yang mendera.
Sebab itu kita lihat ramai yang mengikuti tarbiyah tetapi tidak berprestasi dan tidak produktif. Lemah dan terus lemah meskipun mereka adalah pemimpin, murabbi dan sebagainya sedangkan mereka sepatutnya punya gerak yang tak kenal henti. Teguh dan tidak kenal menyerah kerana itulah bukti kejujuran dengan dakwah ini!


Tapi apa yang berlaku kepada kita tidak seperti Abu Ayub Al Ansari yang sentiasa bersemangat biarpun usia mencecah 80 tahun masih didalam jihad.
Adapun kita adalah yang suka istirehat.
Tidur sepenuh kelopak mata. Makan sepenuh mulut. Tertawa sepenuh kerongkong dan menghabiskan waktu dengan FB movie Youtube hingga yang terjelma dari diri kita adalah tubuh tubuh yang gemuk dan montel serta airmuka yang keruh keletihan dalam istirehat!


Marilah akhi …
kita menuju kepada pengislahan.
Menuju hasasiyah iman dan taqwa dan meninggalkan istirehat dan menjadi manusia cahaya yang bersedia menerangi diri kita dan manusia lain. Agar satu hari nanti kita tidak berlari ketakutan menghindari kematian dan dapat menghijab diri kita dari kesakitan kematian yang melolong.
Jangan kita jadikan waktu yang berbaki ini bagai limbah yang tak berharga dan menjadi pak turut kepada dunia.

Jadilah kita seorang pencinta.
Memang seorang ‘Pencinta’ sibuk dengan cintanya. Sehingga dia merasakan kelazatan seluruh yang dicintanya. Jika banyak perkara yang ia cinta maka ia harus membahagikan ruang waktu untuk semua yang dicintainya.
Wahai Allah aku bantu aku dijalan ini dan matikan aku dengan pahala syahid yang akan memelukku.



No comments:

Post a Comment