Sunday, September 18, 2016

Hashtag Group Terpisah

Enam tahun kalau tiap-tiap hari jumpa. Kena marah bersama. Jadi kesayangan bersama. Panas & hitam bersama. Mengharungi suhu -30 bersama. Model tanpa berbayar, hingga lahirnya 2 photographer. Dengar talk politik dalam bahasa Russia percuma tiap minggu. Apa lagi di negara Soviet yang menguji survivaliti & mental mengejar segulung ijazah perubatan. 1001 memori tercipta.
Tup tup kami dipisahkan. Di pertengahan jalan. Kini 3 minggu sudah berlalu memikirkan setiap pagi yang dilakukan sekiranya masih satu group. Sedih memang sedih tapi aturan Tuhan itu sentiasa kena pada tempat dan masanya. Hidup memang ironi , Tuhan akan menguji di titik yang paling lemah. Hingga kita dapat menutup titik tersebut dan terus ke fasa seterusnya.
Barangkali, sebelum terlebih gula dan garam, Tuhan tahan untuk mencukupkan. Biar secukup rasa.

Sunday, September 11, 2016

Nota kecil: Pengorbanan.

Cantik pula aturan Allah kali ini. Korban Bayram betul-betul jatuh pada awal semester. Saya percaya itu bukan satu kebetulan. Tahun ini merupakan tahun yang lain- kira macam sebuah bab baru. A brand new chapter in my life. Apabila rumah tidak relevan dijadikan zon selesa. Apabila teman perjuangan belajar dirombak sepenuhnya. Apabila sosok sosok inspirasi sudah tidak ada lagi. Mujur bekalan mental dan emosi sudah dipersiapkan awal awal lagi. Berbulan awalnya ekeke.

Akhirnya ia membawa saya ke satu tekad:
Sebagaimana selama ini aku sering terinspirasi, sudah tiba masa aku pula harus menginsporasi kepada generasi selanjutnya.

Maka beserta Korban Bayram, dari sini saya terfikir satu pertanyaan lanjutan,
apakah ibroh yang boleh diambil daripada interaksi kedua hal ini?

Yang terus terfikir oleh saya ialah HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN.

Bercakap soal pengorbanan amat mudah, namun untuk mempraktikkan ke dalam kehidupan seharian- setaraf macam Malaysia nak dapat pingat emas olimpik pertama. Huhu. Namun tidak rugi untuk memahami apatah lagi mencuba.

1- Hasil adalah directly proportional kepada pengorbanan.
Sejauh mana (to which extent) kita sanggup bekorban, sejauh itu jugalah hasil yang kita dapat. Andai kata lah, andai kata hasil yang kita perolah tidak setimpal dengan pengorbanan kita, tidak mengapa. Yang jelas, ada keberkahan di situ. Suka untuk saya katakan ini, at the end it's still worth the 'losings' & gains. At least the blessing of God Allah.

Bahkan, kejayaan yang kaudapat akhirnya hanya membuatkan semua pengorbanan itu kecil belaka.

2- Pengorbanan co-exist untuk berbagai perkara besar.
Tidak ada kemenangan, tanpa pengorbanan,
Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan.
Tidak ada cinta, tanpa pengorbanan.
Tidak ada kemanisan tanpa pengorbanan.

3- Pengorbanan itu keperluan untuk dakwah dan tarbiyyah.
Ini yang terpenting. Masakan perkara besar kaudapatkan tanpa pengorbanan? Persis lilin; dirinya terkorban demi menyinari yang lain. Wang, masa, perasaan, tenaga bahkan sampai satu tahap- nyawa. Itulah lumrah jalan ini. Jalan yang sangat melelahkan. Jalan yang sering menyakiti....ah,,, masih terlalu jauh untuk aku bercakap tentang ini. Sedangkan melaju ke hadapan pun aku masih berkira.

Jangan mengaku berjuang jika enggan bekorban, wahai diri wahai teman.

View dari bilik
Hmm. Sebenarnya apa itu pengorbanan? Layakkah dipanggil pengorbanan jika pada akhirnya berhujung pada yang bernama 'hati'? Bagaimana ia boleh menjadi indikator ikhlas- adakah wujud isitlah bekorban kalau memang ikhlas? Apakah limitasi bekorban?

kerana...

At the end of the day, chances for everyone to enter jannah are the same.

Friday, September 9, 2016

Awal semester.

Awal semester merupakan fasa yang kritikal. Dalam skop pelajar Malaysia di Russia, awal semester merupakan konflik emosi , mental & fizikal. Pulang dari tanah air tercinta setelah 2 bulan 'diternak'. Yang lebih menghibakan, meninggalkan insan insan tersayang lalu membawa sejuta harapan. Tak lupa beg beg yang berjumlah 40kg++. Setibanya di Rusia, perlu melepasi imigresen yang ketat, kemudian melapor di universiti. Kalau lambat kena denda 40k rubles (3k myr). Lalu bermulalah semester baru- praktikal exam, medical check up, urusan rumah. Yang lebih perit- momentum untuk belajar. Awal semester meeting & laporan hampir setiap hari. Kashmar untuk para aktivis. Yang paling sakit antara semua, untuk bangkit daripada futur.

Futur? Jangan-jangan itu adalah kebodohan kita sendiri. Kali ke 4 sudah. Seorang muslim tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Jangan-jangan selama ini kita hanya berjuang dengan masalah yang tercipta dengan kebodohan kita sendiri. Atau, bahkan itulah ujian yang sesungguhnya.

Mujur wujudnya 'awal semester' ini. Kalau terbiar dalam kefuturan lebih lama sikit, boleh terkandas jadinya. Ternyata, jalan ini bukanlah untuk orang yang lemah. Jalan ini neraka untuk orang yang ingin bersenang-lenang. Maka aku harus mencari semula kekuatan! Tangguhkan kesenangan!
"Keberhasilan dakwah bukan kerana kita ni hebat, profesional mahu pun bijak berkata dan menyampaikan materi.
Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan kekuatan hati kita. Kekuatan kerana kuatnya tafarrugh kita pada Allah dan kerana hati kita lillah!"
-muharrikdaie-
Apa khabar hamasah?
mampukah ia membasah?

Manfaatkan peluang dan masa yang diberi, wahai jundi.