Awal semester merupakan fasa yang kritikal. Dalam skop pelajar Malaysia di Russia, awal semester merupakan konflik emosi , mental & fizikal. Pulang dari tanah air tercinta setelah 2 bulan 'diternak'. Yang lebih menghibakan, meninggalkan insan insan tersayang lalu membawa sejuta harapan. Tak lupa beg beg yang berjumlah 40kg++. Setibanya di Rusia, perlu melepasi imigresen yang ketat, kemudian melapor di universiti. Kalau lambat kena denda 40k rubles (3k myr). Lalu bermulalah semester baru- praktikal exam, medical check up, urusan rumah. Yang lebih perit- momentum untuk belajar. Awal semester meeting & laporan hampir setiap hari. Kashmar untuk para aktivis. Yang paling sakit antara semua, untuk bangkit daripada futur.
Futur? Jangan-jangan itu adalah kebodohan kita sendiri. Kali ke 4 sudah. Seorang muslim tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Jangan-jangan selama ini kita hanya berjuang dengan masalah yang tercipta dengan kebodohan kita sendiri. Atau, bahkan itulah ujian yang sesungguhnya.
Mujur wujudnya 'awal semester' ini. Kalau terbiar dalam kefuturan lebih lama sikit, boleh terkandas jadinya. Ternyata, jalan ini bukanlah untuk orang yang lemah. Jalan ini neraka untuk orang yang ingin bersenang-lenang. Maka aku harus mencari semula kekuatan! Tangguhkan kesenangan!

"Keberhasilan dakwah bukan kerana kita ni hebat, profesional mahu pun bijak berkata dan menyampaikan materi.
Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan kekuatan hati kita. Kekuatan kerana kuatnya tafarrugh kita pada Allah dan kerana hati kita lillah!" -muharrikdaie-
Apa khabar hamasah?
mampukah ia membasah?
Manfaatkan peluang dan masa yang diberi, wahai jundi.
No comments:
Post a Comment