Wednesday, April 12, 2017

MENELADANI MERPATI

Lain org, lain caranya melihat dan mentadabbur segala yg berlaku di sekeliling kita.

Kita ambil contoh merpati. 

Kalau orang lapar, nampak merpati macam BBQ atau Kazan Kebab (lama tak jumpa Bakhtiar hhu). Kalau aktivis alam sekitar, nampak merpati ni simbol keamanan, simbol cinta, simbol kebebasan. Kalau Galena Felixovna ( sementara cycle infectious masih freshh) mungkin nampak merpati ni beliau ingat pasal ornithosis atau ptitsacosis. 
Lain orang lain cara mereka menterjemahkan sesuatu. Semua berbalik kepada ilmu & didikan mereka macam mana. Kita yang dididik dengan islam sejak bangku sekolah, plus point ditarbiyyah dengan usrah yang berantai setiap minggu, harus belajar melihat melalui kaca mata islam (quran & sunnah). Hakimnya Allah dan Rasul. Harus ada kaca mata itu. :)

1- Allah Maha Pemberi Rezeki
Ada hadis (nanti sya paste di bawah) bahawa Allah menggunakan analogi BURUNG untuk Dia 'memperkenalkan' Dirinya kepada kita, salah satu namaNya- ArRazzaq. Maha Pemberi Rezeki. Hamba mana yang tak gembira bila tuannya perkenalkan diri sebagai orang paling kaya tapi paling pemurah. ;)

2- tawakal
Juga dalam hadis yang sama. Di sini ada mesej penting, iaitu tawakal bukan bermakna kita tak buat apa-apa. Burung tahu ada Sang Pemberi Rezeki, namun burung tetap terbang ke sana ke mari untuk mencari rezeki. Kita, jangan nak beralasan tawakal selagi belum berusaha sehabis mampu. Lepas tu baru berdoa. Biasa dengar kan usaha, doa, tawakal. ;)

3- si burung kecil
Dalam kisah lain kita meneladani semangat si burung pipit kecil untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Bila di-mapuh dia menjawab, usaha kecilnya itu adalah jawapan untuk soalan "apa yg kamu dah lakukan utk islam?"  

++++++++++++++++++++++++++++



Dari Umar bin Al Khoththob radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
”Seandainya kalian betul-betul bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rizki sebagaimana burung mendapatkan rizki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali sore harinya dalam keadaan kenyang.”
HR. Ahmad (1/30), Tirmidzi no. 2344, Ibnu Majah no. 4164, dan Ibnu Hibban no. 402

**makanan burung dah nak habis. kena beli baru!

#sentiasaberusaha

No comments:

Post a Comment