"Uba nak tahu satu benda tak?" sambil dia mendekatkan mukanya ke telinga saya, lantas berbisik, "Saya ni hanya lalang je uba..."
Apakah yang sedang bermain di fikiranmu, wahai akhi akhuhum fillah?
Seorang yang ditarbiyah tidak seharusnya melabelkan dirinya serendah rumput lalang-- yang ditiup angin sudah goyang. Apatah lagi dipukul ribut- pasti tumbang. Mengalah tanpa melawan. Dipijak-pijak namun tidak ada daya atau usaha pun untuk bangkit melawan.
Bagaimana mahu menagkis virus-virus penyakit hati apalagi musuh-musuh yang bertakhta dan anasir-anasir syaitan yang bermaharajalela?
Islam hari ini dihina bagai ia sebuah bahagian daripada norma hidup masyarakat, bahkan muslim dibunuh hanya untuk menambahkan angka statistik di dada akhbar. Anak-anak kecil hilang tempat berteduh, diambil segalanya...
ahh...!
Serendah itu kamu meletakkan posisi diri kamu? Apakah ini yang dimaksudkan Seikh Muhammad Ar-Rasyid-- singa yang dijinakkan menjadi anak kijang?
Lalang? Imperata cylindrica (google japp) ini?
Yang dipijak-pijak itu? Yang dicantass digondol diracun dihapus dengan 1001 cara? Yang....sering menjadi watak hitam dalam peribahasa-peribahasa melayu?
Akhi, mengapa bukan sebuah pohon yang rimbun & berbuah ranum?!
NAMUN...
Akhi,
adakah ini yang kau maksudkan--
TERUS BERJUANG WALAU TERBUANG?
Terus berjuang....ya, aku juga ingin menjadi seperti lalang....aku juga ingin menjadi sepertimu. Eh. Tidak, tidak, aku tidak salah menulis. Katamu telah membuat aku merenung lalang. Cubalah lihat pada sifat lalang. Lalang ada dimana-mana. Pelbagai metodologi & usaha dilakukan untuk menamatkan riwayat Sang Lalang ini namun ia tetap mandiri di mana-mana saja. Cara ke 1001 dicuba, maka lalang tampil dengan cara ke 1002 untuk terus MEMBUMI, bahkan lama-lama ia MELANGIT.
Alangkah kuatnya jati diri Sang Lalang.
Andai Sang Lalang mampu berkata-kata, pasti ia akan mengajarkan kepada kita tentang prinsip PERJUANGAN, ' walau terbuang teruskan berjuang !'. Hadirnya di mana-mana sahaja, tidak jemu mendekati masyarakat dalam apa keadaan dia sekalipun-- persis seorang jundi islam yang menyeru kepada al-haq. Kerana janji Allah itu, islam pasti menang satu hari nanti!
Adakah ini yang kau maksudkan, akhi?
'akhi hal turoka saintal kifa?'
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman. Al-Imran: 139Dakwah akan terus berjalan..
bersamamu atau tanpamu..
Dakwah tak memerlukan kamu, tapi kamulah yang memerlukan dakwah,
Namun ingatlah ummah memerlukan kamu.
Sebagaimana pakcik mashrut tak kisah kau nak naik ke tak, macam tu lah dakwah. Kerana next 'astanovka' dia tetap akan dapat juga seseorang yang akan memenuhi 'mesta'.
Akhi,
jangan jemu untuk berjuang!
Moga kita tak kalah dengan Sang Lalang.
