Sunday, August 6, 2017

MEMORI

"Siapa boleh beri pendapat, kenapa Allah menciptakan memori?" Akhi A melontarkan soalan kepada para peserta. Tiada yang menyahut lalu satu nama dipetik.
"Sebagai...  penguat." jawabnya ringkas tapi dalam (baca: deep).

Memori tercipta bukan sekadar ingatan
Namun bersamanya hadir perasaan
Yang menjadi kekuatan di sepanjang perjalanan

Lantas saya teringat akan filem Disney, Inside Out. Filem yang mampu menggerakkan emosi kita. Filem tentang perjalanan perasaan dalam kehidupan. Film animasi ini saya telah tonton sebanyak 3 kali kerana ibrah yang dipetik sangat besar. Banyak pengajaran boleh diambil tapi paling besar adalah watak Sadness.

Dalam kehidupan, kita melalui pelbagai fasa- gembira sedih, manis pahit, bangkit jatuh dll. Antara yang paling menyakitkan adalah kehilangan. Namun dalam Inside Out, Sadness mengajari kita bahawa setiap kehilangan, akan disusuli kesedihan. Itu fitrah. Manusia.

Ada orang hilang duit
Ada orang hilang sumber pendapatan
Ada orang hilang rumah & negara
Ada orang kehilangan seluruh ahli keluarga

Kesedihan itu lalu memimpin penanggungnya kepada fitrah.

Kepada tuhan.

Tanpa kesedihan mungkin kita tidak tahu peritnya kehilangan. Tanpa kesedihan mungkin kita tidak mensyukuri erti kebahagiaan. Tanpa kesedihan mungkin kita tidak menjiwai hidup sedari kewujudan tuhan.

Apabila bebanan kesedihan terlalu berat untuk ditampung
Memaksa kita untuk tunduk sujud
Saat dahi menyentuh lantai
Memori tercipta
Kekuatan terbina...

Pernahkah anda merindui detik itu?


Saya pernah mengeluh akan satu ujian. Namun seorang sahabat hanya mengatakan, "satu hari nanti kau akan merindui saat-saat ini."

No comments:

Post a Comment