Thursday, August 29, 2019

SATU TAHUN

SATU TAHUN

HO ni merupakan kashmar untuk grad medik. Apatah lagi yang dah menunggu setahun.

Biasa untuk student medic, benda paling takut adalah nak masuk HO nanti. Statistik terbaru, 3 tahun terakhir ni hampir setiap hari akan ada HO quit.

Setahun menunggu. Semua lupa.

Balik je Malaysia, aku pasang target,
" Setahun ni nak buat sesuatu sampai aku rasa HO tu ibarat satu kerehatan "

Selama ni tak sempat nak share satu-satu, so aku listkan untuk tatapan akan datang

Actually aku pun tak tahu sangat apa aku buat tapi alhamdulillah. Travel ke 3 negara (Korea, Indonesia, Sri Lanka), buat umrah, join 2 international event (FIMA & Al-Sharq), bina networking dalam line medikal & powil, buat satu buku (tapi bukan buku sendiri la hehe), buat Grab, tambah 2 keluarga angkat, dapat turun ke 2 kawasan bencana (Sg Kim Kim & Kuala Koh), volunteerism, chief IMAM Youth, penggerak IMAN dll.

Aku pernah burn out sekali, 3 hari tidur...solat semua langgar je.

Yang gagal pun banyak. Ni memang aku taknak fikir, maaf.

Yang penting setahun tu jangan tak buat apa-apa. Orang akan suggest macam-macam. Dengar boleh tapi percaya jangan. Plz jangan percaya dengan pesanan senior yang suruh enjoy, makan, tidur repeat.

Bila tempoh menunggu tu jadi setahun, dia tak sama dengan 3 bulan. Selain retain knowledge, please retain passion.

Untuk retain knowledge, boleh buat study group dengan budak lokal. Join pogram charity sebagai medikal volunteer. Join medicorp! Yang lain takyah haha

Actually benda aku paling nak share is feed the passion to become a doctor.

Sampai kau rasa nak cepat masuk HO, bukan sebab malas nak jawab soalan orang tapi sebab nak upgrade diri supaya boleh buat LEBIH.

1) Buat la kerja orang marhaen,
Menerobos akar umbi.
Kena faham camne susahnya nak cari duit. Kalau kerja gaji 4-5 ribu, akan senang take for granted antaranya untuk quit. Akan faham perasaan patient,  faham perasaan staff nurses,  PPK

2) Join volunteerism.
By default, doktor itself adalah kerja yang mulia.
Kena faham perasaan orang susah. Sampai satu masa nak cepat masuk HO, supaya boleh jadi doktor dan boleh buat lebih lagi untuk masyarakat.

Sampai kau rasa HO is the best part of your life sebab boleh belajar tolong orang.

Berbalik kepada pesanan aku tadi, dengar boleh. Percaya jangan.Terpulang kepada masing-masing. Setiap orang lain,,

Saturday, June 22, 2019

Jumpa di tujuan

panjang perjalanan ini, entah bila akan tuntas

akhi, andai tak direzekikan bertemu dalam perjalanan, pastikan bertemu di TUJUAN. doakan aku tsabat

maafkan aku yang bertatih di jalan dakwah, sedangkan mampu untuk pecut berlari.

pesan nta, kita hanya perlu Allah, AQ&S, dah ukhuwah. aku akan simpan semat dalam hati

terima kasih kerana masih bersabar atas kurang acuhnya aku, dalam hak-hak ukhuwah

dan dalam perjalanan menuju tuhan, yang sumpah susah nak mati..melainkan hanya menumpang di atas ukhuwah ini

Wednesday, April 17, 2019

Bila kita turun ke lapangan dan terjun ke dalam masyarakat, aku selalu question adakah selama ni kita adalah golongan yang bekerja atau hanya sekadar bercakap tentang dakwah berintikan teori-teori ikhwan yang bombastik? Ustaziyartul alam? Merasakan kita adalah penyambung rantaian dakwah Rasulullah saw?

Lalu kudrat kita dikuras hingga ke tuntas, wang kita perlu dikorek hingga ke sisa-sisa, tidur kita tidak sama dan selena dahulu. Seakan tidak ada ruang untuk istirehat hatta dari emosi dan perasaan yang merinding.

Rabbi Sharli Sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan mil-lisaani yafqahu qawli

Friday, April 12, 2019

BURN OUT

Hakikatnya aku orang yang sangat lemah, hina dan berlumuran dosa. Mungkin lebih hina daripada pelacur, pembunuh kerana aku sendiri sudah dapat tahap tahu & faham itu tapi masih culas menjalankan tugasan. Lebih teruk, dengan kotoran-kotoran yang aku bawa ini, masih tetap untuk bersama dakwah.

Allah,andai Kamu masih mengizinkan aku masih tetap di sini, berikan aku kekuatan untuk aku berubah menjadi lebih baik. Bukannya membiarkan aku terkontang-kanting. Menzalimi insan-insan yang sepatutnya aku santuni yakni sentuhi. Kukuhkan asas aku, lapangkan hati aku, permudahkan perkara yang aku lemah. Pasti, aku serahkan hidup matiku untukMu

Ampunilah aku Allah, Tuhan Yang Maha Baik

Friday, April 5, 2019

Ke belakang satu langkah, untuk berlari beribu batu!

Katakan kepadaku wahai sahabat,  apa yang kau rasakan saat pertama kalinya melihat Kaabah? Iya, syahdu. Tak semena-mena air mata menitik. Terharu. Jiwa terasa ringan, keawang-awangan. Allah..allah..Allahh

Lalu apakah kata yang sesuai andai kata dapat melihat nikmat agung, yakni wajah Allah taala? Tiada kata, tiada tara. Gerangan bagaimana sang Rasulullah saw saatnya melihat Rabb?

Betapa isra' & mikraj adalah satu  'escapism' buat sang nabi daripada deraan rasa sakit, bebanan yang menghimpit, dan kehilangan yang perit. Kepedihan yang baginda alami, melangkaui batas seorang manusia. Lalu?
Betapa isra' mikraj adalah goda-goda untuk istirehat, lari dari masalah dakwah dan manusia.

Sahabat, pernah terfikir andainya... nabi memilih untuk tinggal saja di lapisan langit mikraj tersebut?

TIDAK, bahkan perjalanan itu merupa satu perhentian sejenak sang nabi saw, untuk mengorak langkah ke hadapan. Isra mikraj yang penuh syahdu, hiba dan nikmat hanyalah bekalan untuk sang nabi berjuang hingga risalah kebenaran ini tersebar ke seluruh ummat.

Ke belakang satu langkah, untuk berlari beribu batu!

Nabi Muhammad saw memilih untuk turun ke bumi & berdakwah! Melakukan amar makruf nahi mungkar. Berjuang bagi menegakkan keadilan islam dan hanya meng-Esa-kan Allah taala

Kekhusyukan & gelora nikmatnya ibadah bukan tujuan nabi saw, sebaliknya hanyalah perhentian sejenak. Sedangkan baginda adalah manusia paling khusyuk. Namun bagindalah manusia paling ummatik dan amat cinta kepada ummat manusia.

Hingga nikmat & rahmah islam dirasai lebih 2 bilion umat manusia hari ini termasuk kita.

Lalu, kita hanya masih ingin bercandu dalam beragama? Sweet sangatkan solat hingga menangis, sedekah hingga merasa takjub, berzikir puasa siang malam, sedangkan membuta hingga kezaliman bertakhta..

..hingga ummah serak memanggil kalian?

Wahai sahabat, ayuh menjadi sebahagian daripada rantaian tasbih ini

**Perhatikan, ibrah israk mikraj ini dengan solat.

Image may contain: 1 person

Thursday, March 21, 2019

Bila kau dapat tahu anak usrah kau sering bercerita pasal usrah dia kat kawan-kawan

sedangkan kau tak buat yang terbaik

Tuesday, February 26, 2019

LALUAN MENDAKI, MEMBANGUN KEBERSAMAAN

Dua perkara

Pertama- perngalaman pertama masuk hutan dengan menaiki pacuan 4 roda tapi sebagai jumper (penumpang) sahaja. Destinasi 30km tapi mengambil masa 4jam, boleh bayangkan tanah yang macam mana sampai terpaksa memandu purata 7km/jam? Itu cuaca yang paling ideal kata pilot, gelaran buat pemandu 4x4. Sekali sekala abang-abang pilot ni bergurau tapi seakan mengharap hujan supaya trek lebih mencabar.

"Memang kalau lagi susah trek lagi best ke?" tanya aku menduga

Soalan aku tu ibarat pemetik, bom memori mereka tak lama dulu. Memecah kesunyian malam.

"Hari ni trek yang kita lalu 4 jam, kami pernah lalu 4 hari!" abang Jebon memulakan cerita, dan disambung abang Sobri, abang Afifi, sampai Epul pun yang sedang di perbaringan turut serta dalam sesi bedtime story yang beratapkan bulan bintang itu.

Bagi peminat sukan ini, semakin mencabar trek offroad itu, lebih mereka sukai.

Sebab tu untuk memasuki hutan mesti berkonvoi sekurang-kurangnya 3 biji kereta. Tiada amaran awal apa akan terjadi. Tiada komunikasi luar, kecuali antara 3 pilot tersebut.

Aku cuba memikirkan apakah falsafah sukan ini. Cik google pun tiada jawapan buat persoalan aku ini. Mungkin geng geng ni rare. Cuma paling hampir yang aku boleh tangkap, adalah frasa abang Jebon sewaktu sesi bedtime story tersebut,

"Brotherhood punya pasal, kami sanggup.."
Begitulah.

...........................................

Ketika perjalanan mendaki dan semakin sulit,
kebersamaan bangun seharum semerbak.

persis perjalanan yang satu ini...


Tim triton Epul **view belakang menyedihkan

Thursday, February 21, 2019

VPIRYOD!

Rasa lemah tak berdaya –
Pundak yang terasa lelah –

kata M.Lili, adalah isyarat rabbaniyah paling indah daripada Allah kepada manusia bahwa sudah mendesak saat berdo'a

kata ust Rahmat, adalah pembuktian awal siapa di antara kita yang beriman

jangan berhenti!
kum fa anzir! infiru!