Tuesday, February 26, 2019

LALUAN MENDAKI, MEMBANGUN KEBERSAMAAN

Dua perkara

Pertama- perngalaman pertama masuk hutan dengan menaiki pacuan 4 roda tapi sebagai jumper (penumpang) sahaja. Destinasi 30km tapi mengambil masa 4jam, boleh bayangkan tanah yang macam mana sampai terpaksa memandu purata 7km/jam? Itu cuaca yang paling ideal kata pilot, gelaran buat pemandu 4x4. Sekali sekala abang-abang pilot ni bergurau tapi seakan mengharap hujan supaya trek lebih mencabar.

"Memang kalau lagi susah trek lagi best ke?" tanya aku menduga

Soalan aku tu ibarat pemetik, bom memori mereka tak lama dulu. Memecah kesunyian malam.

"Hari ni trek yang kita lalu 4 jam, kami pernah lalu 4 hari!" abang Jebon memulakan cerita, dan disambung abang Sobri, abang Afifi, sampai Epul pun yang sedang di perbaringan turut serta dalam sesi bedtime story yang beratapkan bulan bintang itu.

Bagi peminat sukan ini, semakin mencabar trek offroad itu, lebih mereka sukai.

Sebab tu untuk memasuki hutan mesti berkonvoi sekurang-kurangnya 3 biji kereta. Tiada amaran awal apa akan terjadi. Tiada komunikasi luar, kecuali antara 3 pilot tersebut.

Aku cuba memikirkan apakah falsafah sukan ini. Cik google pun tiada jawapan buat persoalan aku ini. Mungkin geng geng ni rare. Cuma paling hampir yang aku boleh tangkap, adalah frasa abang Jebon sewaktu sesi bedtime story tersebut,

"Brotherhood punya pasal, kami sanggup.."
Begitulah.

...........................................

Ketika perjalanan mendaki dan semakin sulit,
kebersamaan bangun seharum semerbak.

persis perjalanan yang satu ini...


Tim triton Epul **view belakang menyedihkan

No comments:

Post a Comment